Sunday, October 5, 2014

Cinta Nakal - 1


“Awak nak tahu sesuatu tak?”
                        Zahrah menoleh ke  arah Faizul sambil menyimpul tangan di dada. Macam gangster pula si Zahrah ni. Muka tak nak senyum. Masam aje. Beginilah jadinya kalau masa lapangnya diganggu. Habis rosak mood.
                        Sebal!
                        “Do you love me?” Faizul senyum lebar.
                        “Soalan tahap ke berapa ni? Sekolah rendah? Sekolah menengah? Diploma? Digree? Not romantic. Tahu tak!” Selamba saja si Zahrah ni buat muka kelat macam jeruk petai dalam balang kaca. Jeruk yang dah tamat tempoh. Busuk pula tu!
                        Faizul kelihatan tenang. Kalau tak tanya, asyik rasa tak tenang saja. Kalau dah tanya, beginilah jadinya. Jawapan yang diharapkan, langsung tak menjadi. Macamlah dia tak kenal dengan insan yang bernama Zahrah ni. Masam mencuka aje mukanya.  Susah betul nak senyum. Tak tahu apa lagi yang dia hendak buat untuk memiliki hati perempuan itu. Sabar ajelah Faizul oi. Selama ni dirinya yang jual mahal. Sekarang si Zahrah pula yang jual mahal. Baru adil.
                        Faizul yang sedang berdiri di sebelah pelita buluh masih  tersenyum. Alangkah indahnya zaman kanak-kanaknya dapat diulang kembali. Memang takkan dapat dilupakan. Pengalaman yang hanya dapat rasa sekali saja dalam seumur hidup. Apabila dapat bunga api aje, memang tak ingat dunia. Asyik main aje sampai penat. Teringat lagi ibunya marah sampai tak ingat nak masuk rumah. Seronok sangat dapat bunga api. Faizul tersenyum sendirian.
                        “Tolong jangan main-main boleh tak!” kasar sedikit suara Zahrah.
                        “Main apanya?”
                        “Sebenarnya awak nak tanya apa. Tolonglah jangan membuang masa saya dekat sini. Saya tak berminatlah nak tengok awak tenung pelita tu. Bosan! Bukannya boleh berubah pun pelita tu. Lainlah kalau boleh berubah. Jadi teddy bear tak  apalah juga. Boleh dipeluk.”
                        “Awak peluk ajelah saya. Saya kan teddy bear awak. Teddy bear yang sah dipeluk. Tak haram pun kan?”
                        Gulp!
                        Muka Zahrah terus berona merah. Malu! Lelaki itu memang dah tak betul. Cakap main lepas aje. Sedar ke tidak apa yang dicakap tu? Entahlah. Malas hendak fikir. Zahrah yang berdiri di belakang Faizul masih berpeluk tubuh. Memanglah pelik sikap si Faizul pada malam itu. Alih-alih mengajaknya ke luar rumah. Do you love me? Teddy bear? Peluk? Zahrah hanya gelak dalam hati. Tak kelakar pun. Mengacau orang saja kerjanya. Kalau setakat panggil dia nak tengok pelita  lebih baik tak payah. Buat penat aje. Lebih baik duduk dalam rumah, tengok TV. Lagi bagus.
                        Faizul diam. Sakit pula hati Zahrah dibuatnya. Macam cakap dengan angin aje. Mahu aje dia mencubit lelaki itu sekuat mungkin. Biar lebam. Biar menjerit sampai satu kampung dengar. Senang-senang saja mendapat publisiti percuma. Menantu pak Ibrahim tak tahan sakit? Nampak sangat tak macho.
                        “Kalau setakat awak nak suruh saya jadi tiang TNB dekat sini lebih baik tak payah. Cukup ajelah tiang TNB dekat depan tu. Tak payah nak pacak tiang banyak sangat. Buat menyemak. Penat tau tak berdiri aje.” Geram Zahrah pula.
                        “Jadi, awak ni tiang TNB versi manusialah ni?” Faizul tergelak kecil. “Oh. Baru saya tahu. Selama ni saya berkahwin dengan tiang elektrik. Nasib baik saya tak mati kejung. Perh! Bahaya betul!” Selamba saja dia mengenakan si Zahrah. Dia memandang ke hadapan kembali dan hanya menggeleng perlahan.
                        Membulat mata Zahrah. Tiang elektrik versi manusia? Panas saja telinga mendengar. Dia sudah mengepal penumbuk. Rasa macam mahu beri penumbuk percuma aje kepada lelaki itu. Mulut tak  ada insurans takaful betul! Kalau ada insurans pun mesti sudah tamat tempoh.
                        “Siapa suruh awak berdiri?” Faizul memaling tubuh ke  arah Zahrah.
                        “Habis tu? Nak suruh saya cangkung makan batu-batu ni semua? Macam tu? Makan rumput? Makan pasir?”
                        “Boleh ke?”
                        Zahrah terdiam. Sedikit membulat matanya.
                        “Kalau boleh makan, makanlah. Jimat beras dekat dalam rumah tu. Tak payah ibu dan ayah awak beli beras lebih. Masuk rumah nanti, terus tidur. Habis cerita. Jangan nak banyak bunyi.” Perli Faizul yang masih tersenyum lembut. Dia mula mengatur langkah ke tempat Zahrah. Masam mencuka lagi muka si Zahrah. Geram berganda-ganda dibuatnya. Asyik kena perli aje. Kalau lama-lama macam ni, hilang terus tahap kesabarannya.
                        Tiba saja Faizul di hadapan Zahrah, dia merenung ke anak mata Zahrah. Zahrah berlagak poyo. Muka tu langsung tak gentar dengan renungan si suami padahal jantung tu dah bergetar laju. Macam nak tercabut. Tak tahan dengan renungan maut oleh lelaki itu. Elakkan dia rebah saja ke jalan.
                        “Jujur dengan saya. Awak nak apa sebenarnya?” soal Zahrah. Detakan jantung semakin tidak keruan. Dah gila agaknya. Lain macam saja renungan si Faizul. Siap mengenyitkan mata sebelah kirinya lagi. Perh! Zahrah tergamam seketika.
                        Comel?
                        Mungkin.
                        “Agak-agak?”
                        “Manalah saya tahu.”
                        “Awak tahu.”
                        “Saya tahu?” dahi Zahrah mula berkerut.
                        “Yelah. Awak memang tahu. Awak cuba nak menafikannya.”
                        “Nonsense!”
                        Faizul mula menunduk sedikit. Wajah Zahrah masih menjadi mangsa renungan mata si Faizul. Dia memang tidak pernah rasa jemu untuk menatap wajah Zahrah. Baginya ia adalah satu nikmat kebahagiaan dan kegembiraan. Sudahlah  berwajah putih, comel pula tu. Lelaki mana yang tidak suka seperti isterinya itu. Bertuah sungguh dia mendapat Zahrah. Geram tahap nak lompat bintang aje.
                        “Saya? Menafikan?”
                        Faizul mengangguk.
                        “Apa awak merepek ni! Sekejap! Saya….”
                        Terus hinggap satu ciuman di pipi Zahrah. Zahrah terkedu. Mukanya mula berona merah kembali. Kena cium? Masih terasa sentuhan lembut bibir lelaki itu. Mata membulat dan tidak berkelip. Kenapa  Faizul tiba-tiba menciumnya? Aduh! Rasa nak pitam. Faizul masih tersenyum.
                        “It was what I wanted.”
                        “Maksud awak?”
                        “The kiss.”
                        “Hah?” mulut ternganga sedikit.
                        “Yang tu awak memang tahu.”
                        “Maksudnya?” Zahrah blur sekejap.
                        “Awak tahu yang saya suka cium awak. Awak tak pernah nak halang saya. Awak kan isteri saya. Awak mesti tak marah saya kalau saya cium awak. Sebabnya saya ada hak. Saya suami awak yang sah. Anything I can do to you. Kalau sehari saya tak cium awak, memang tak boleh. Tak menjadi satu kesalahankan? Tak masuk lokapkan?” tersenyum lebar.
                        Zahrah diam. Tak tahu hendak berkata apa. Lidah terus kelu. Dia  menoleh ke kiri. Mujur tiada orang. Dia menoleh ke kanan pula. Dia mula melepaskan helaan nafas lega. Tersentak pula. Bukan ke itu macam…
                        Gulp!
                        Sangkaan jatuh meleset ke bawah. Ibrahim dan Fatimah hanya tersenyum saja memandangnya. Mereka berselindung di sebalik pokok mempelam.  Cepat-cepat Zahrah memandang ke hadapan. Dia malu. Malu! Ibu dan ayah  tengok apa yang dah terjadi. Baru beberapa bulan  berkahwin, suaminya sudah mula buat perangai miang keladi tahap ke sepuluh. Selama ni biasa-biasa saja. Nak kenyit mata, rapat-rapat, suara ala romantis. Apa semua tu? Memang tak boleh diterima. Sukar hendak dipercaya. Detik itu, alih-alih buat pula.
                        “Kenapa? Malu?” soal Faizul perlahan.
                        Diam.
                        “Buang ajelah rasa malu awak tu. Ini baru sikit tau !”
                        “Sikit?”
                        “Awak takkan dapat jangka apa yang saya nak buat dekat awak.”
                        Tak dapat menjangka? Apa maksud Faizul? Aduhai! Zahrah mula rasa tak sedap hati. Dia macam faham aje maksudnya. Takkan nak menyanyi depan orang ramai kut. Menyanyi untuknya? Dijauhkanlah. Dia tak mahu semua itu. Kalau hal tu terjadi, bukan setakat rasa malu aje, dia tak nak keluar rumah. Dia tak suka dirinya mendapat perhatian umum. Rasa popular macam artis pula.
                        “Dengan ibu dan ayah, takkan nak malu kut? Bukannya saya buat yang tak senonoh pun dengan awak. Just a kiss. Ibu dan ayah awak tu takkan marah saya punya. Sekali lagi saya cakap, saya ni suami awak. Saya berhak buat apa aje dekat awak. Mereka tak boleh nak marah saya. Nak cium awak depan orang ramai pun saya sanggup buat.”
                        Zahrah terus tertelan liur. Cium depan orang ramai? Tak! Itu takkan terjadi. Menyanyi depan orang ramai pun tak boleh terjadi. Si Faizul ni bukannya boleh percaya sangat. Kalau dibuat juga nanti, tahulah macam mana dia hendak mengajar si suami yang perasan ala romantik tu. Asyik terbayang saja nanti.
                        Wajah Faizul didekatkan lagi ke muka isterinya. Hampir berlaga dengan hidung. Zahrah  tertelan liur lagi. Suaminya hendak buat apa lagilah ketika itu. Hendak menolak muka lelaki itu, niatnya terus dimatikan. Ibu dan ayahnya sedang melihatnya. Nanti mereka kata apa pula dia menolak muka lelaki itu. Dia benar-benar terperangkap dalam renungan si Faizul.
                        “You are my responsibility.” Sambung Faizul lagi dengan perlahan.
                        Membulat mata Zahrah melihat Faizul.  Sengaja dia berbuat begitu. “Muka tembok eh?”
                        “Buat apa nak muka tembok. Saya guna muka saya sendirilah. Saya tak pernah nak rasa malu pun dengan apa yang saya buat asalkan benda tu betul. Saya akan malu bila…”
                        Muka Faizul mula tertunduk. Wajah Zahrah mula terkebelakang sedikit. Kenapa pula ni? Satu andaian mula datang. Nak cium lagi? Tak mungkin! Tadi dah cium, takkan nak cium lagi. Tolonglah jangan buat dirinya serba tak kena. Elakkan pengsan aje nanti.
                        “Bila apa?
                        “Bila awak peluk saya.”
                        “Hah? Awak gila ke apa! Takkan terjadi.”
                        “Bukannya haram pun.”
                        “Saya tahulah tak haram tapi…”
                        “Kalau saya peluk awak, tak apa. Saya takkan malu. Macam ni.”
                        Faizul terus menerkam tubuh Zahrah. Dia memeluk dengan erat. Zahrah tergamam. Tadi kena cium, sekarang kena peluk? Kepala Zahrah mula pening. Memanglah si Zahrah tak faham dengan perangai si Faizul. Angin apa entah pada malam itu yang berderu merasuk si Faizul. Angin  Thailand agaknya. Nak romantik pulak. Selama ni tak  nak romantik. Asyik nak bersikap dingin saja dengarnya. Sabar sajalah Zahrah selama ni menelan tingkah laku lelaki itu.
                        “Saya nak awak tahu sesuatu tentang saya.”
                        “A..pa… dia?” gagap Zahrah membalas.
                        “Saya…” rambut Zahrah di belai lembut oleh Faizul.
                        “Saya…”
                        Zahrah mula tidak senang hati. Cakap hendak sangkut-sangkut pula. Rasa berdebar-debar tu tak boleh hilang. Semakin bertambah, adalah. Zahrah! Cuba bertenang sikit. Tarik nafas. Turun nafas. Dia tertelan liur lagi.
                        “Saya apa?”
                        “Saya nak awak terima saya sebagai suami awak dengan ikhlas. Tolong beri saya peluang. I just need the opportunity. Saya tak nak sia-siakan lagi peluang tu.”
                        Zahrah terkedu kali kedua. Faizrul terus merenggangkan pelukan terhadap Zahrah. Dia kembali menatap wajah yang sudah mencuit tangkal hatinya. Kali ini dia hendak menatap puas-puas. Dia tidak mahu lagi bersikap seperti dulu. Matlamat sudah selesai.
                        “Apa awak cakap?”
                        “I want you to accept me as the most important man in your life.” Lembut saja tuturan kata si Faizul.
                        “Selama ni pun, memang penting pun kan?”
                        “Memang. Saya nak lagi penting.”
                        Angin malam yang masih menderu lembut masih jelas terasa. Deruan angin  tersebut membuat Faizul rasa semacam. Rasa itu tiba-tiba saja datang. Jantungnya mula berdegup kencang. Rasa apakah itu? Takkan perasaan yang satu itu? Takkan dia cuba hendak menafikannya lagi?
                        Cinta?
                        Betul ke? Selama ini rasa itu kerap hadir apabila mereka berdua. Faizul hanya memangkah saja apa yang dirasai selama ini. Demi satu ujian. Ujian? Detik itu, dia tidak mahu memangkah lagi. Bukan menginginkan sesuatu yang menyakitkan tetapi mahu sesuatu yang mengembirakan. Kehadiran cinta yang seindah pelangi.
                        “Saya tak nak kehilangan awak. Awak adalah lautan cinta saya. Izinkan saya merentasi lautan tu. Berapa jauh pun yang saya terpaksa rentasi, saya sanggup. Cinta saya terhadap awak melebihi segalanya.”
                        “Apa awak merepek ni? Tak payah nak ayat berbunga sangatlah.”
                        “Untuk kepuasan awak. Saya tahu awak suka.”
                        “Saya suka? Tak  ada maknanya.”
                        Wajah Zahrah dielus lembut pula. Pandangan Zahrah masih terpaku memandang Faizul. Ini mimpi? Tidak. Buktinya dia dapat merasa elusan lembut lelaki itu. Sungguh lembut elusannya.
                                You are my angel. You are my wings. If I do not have wings, I can not afford to fly high. My life would be complete. Kalau sayap saya tak  ada, saya tak berupaya hendak menempuh liku-liku hidup saya. Saya nak awak dalam hidup saya. Awak adalah semangat saya.” Luah Faizul pula.
                        Dari renungan mata, Zahrah beranggapan apa yang didengarinya kala itu adalah sebagai satu luahan yang ikhlas. Dia dapat merasakan keikhlasan itu. Tapi….
                        Sukar hendak percaya apa yang dilaluinya ketika itu. Keliru pun ada.
                        Dia bukan yang dulu. Sekarang ni dia dah lain. Dia jadi mr. charming pulak. Betul ke apa yang aku nampak ni? Sikap berlagak dia pergi ke mana? Sikap dingin dia dah humban ke laut mana? China Selatan? Atau pun dah masuk ke bendang?  Jangan-jangan ini jelmaan dia. Ish! Takkanlah. Merepek aje aku malam ni. Be positive Zahrah  oi! Bisik hati Zahrah.
                        Zahrah melepaskan satu helaan nafas dengan perlahan. Dia berdehem kecil dan cuba berlagak tenang. Anggap aje tak  ada apa-apa yang terjadi.
                        “Okay. Awak nak apa sebenarnya daripada saya? Please tell me. Saya akan buat apa saja untuk awak. Saya kan…” terasa susah pulak hendak menghabiskan ayat.
                        “Saya apa?” wajah Faizul mula didekatkan kembali ke muka Zahrah.
                        Zahrah cuba menenangkan diri lagi. Mudah sangat getar. Dia memang tak sanggup hendak menatap renungan si Faizul. Dia mengharap lagi, janganlah dia pengsan. Kepala dah pening. Renungan Mr. Charming punya pasal. Silap-silap tak tidur malam nanti.
                        “Saya apa?” soal Faizul lagi.
                        “Saya kan… isteri awak.” Sambung Zahrah sedikit tertunduk.
                        “Isteri saya?”
                        Zahrah mengangguk perlahan.
                        “If you’re my wife, you must do something for me. Boleh?”
                        “Apa dia?”
                        Faizul mula berpeluk tubuh. Dia mengusap dagu dan mula berfikir. Apa yang dia hendak suruh isterinya berbuat untuknya. Fikir! Idea nakal?  Apa pula? Otak ligat berfikir. Ini permulaan untuk dia merapatkan hubungannya dengan Zahrah. Dia mula tersenyum sedikit sinis.
                        Zahrah setia menanti setiap lontaran patah kata yang keluar dari mulut Faizul. Berdebar-debar pula rasanya. Dia macam tak percaya ketika itu Faizul versi baru. Dia hanya tawakal saja apa yang dipinta oleh suaminya.
                        “Betul ni awak sanggup buat apa saja untuk saya?”
                        Angguk.
                        “Anything?”
                        “Yalah. Nak suruh saya makan pasir ke baru awak percaya?”
                        “Ish! Janganlah makan pasir. Makan saya aje.” Tergelak kecil.
                        Membulat lagi mata Zahrah. Nak geram yang entah ke berapa kali pun tidak tahu. Berlawak tu ganas betul. Makan betul-betul baru tahu.
                        “Seorang isteri kan kena patuh cakap suami.”
                        “Okay.”
                        Faizul mula memegang tangan Zahrah dengan erat. Zahrah sedikit terkejut. Faizul menarik tangan Zahrah supaya mengikutinya. Laju betul si Faizul ni berjalan. Hampir aje si Zahrah hendak tersepak batu. Bukan batu kecil tapi batu besar. Kalau tersepak, berdarah kakinya nanti. Terus diketuk kepala suaminya.
                        “Awak nak bawa saya pergi mana ni?”
                        “Adalah.”
                        “Janganlah nak berahsia sangat. Beritahu ajelah.”
                        Tiba sahaja di hadapan rumah, Faizul mengambil daun kelapa lalu diberi kepada Zahrah. Zahrah pelik. Daun kelapa itu dilihat. Hendak buat apa pula ni? Takkan nak buat reben kut. Lepas tu letak dekat kotak hadiah. Begitu?
                        “Ambil ni.”
                        “Daun ni? Nak buat apa?”
                        Faizul mengangguk sambil tersenyum.
                        “Untuk?” soal Zahrah lagi.
                        “Buat ketupat.”
                        “Hah? Ketupat?” suara sedikit meninggi.
                        Terus terbeliak mata Zahrah. Ketupat? Biar betul! Takkanlah. Habislah!
                        “Kenapa?”
                        Zahrah tersengih lalu menggeleng perlahan. Belum sempat dia hendak membuang patah kata, Faizul menyambung lagi katanya.
                        “Kalau awak buat, awak akan dapat ganjaran.”
                        “Ganjaran?”
                        Faizul mengangguk lagi. Ganjaran apa pula ni? Zahrah mula memikir.
                        “Apa dia?”
                        “Awak akan dapat… dapat…” Kepala yang tidak gatal mula digaru. Susah pula Faizul hendak mengungkapkan hal yang satu itu. Malu pun ada juga. Kalau difikirkan balik, sampai bila hendak malu. Jangan disebabkan malu nanti, dia juga yang melepas. Menyesal dan kecewa tak sudah. Kata hendak mula hubungan yang baru. Jadi kena mengatur strategi.
                        “Dapat apa?”
                        Faizul mengukir senyum kembali.
                        “Awak dapat… dapat… kasih sayang saya.”
                        Terus tertutup rapat bibir Zahrah. Biar betul dia mendengar  semua itu? Kasih sayang? Macam pelik aje bunyinya. Benda yang tak dapat dipegang tapi dapat dirasa.
                        “You can love me, I will give free gifts to you.”
                        Diam. Otak Zahrah masih tak dapat proses apa yang hendak dikatakan. Macam kilang kasut terputus wayar. Buntu sekejap. Pemberian? Zahrah tidak faham. Pemberian apa pula? Selama ni bukan ke lelaki itu sudah memberi yang sepatutnya. Tempat tinggal, pakaian dan makanan. Nafkah zahir sudah selesai.
                        Jika hendak mengutarakan tentang kehendak? Tidak! Selama ini Zahrah tidak pernah meminta apa-apa pun kepada Faizul. Dia bukan jenis yang meminta. Sudah mendapat tempat tinggal pun dah bersyukur. Kemewahan adalah satu bonus untuknya. Dia bukan materialistik.
                        Faizul menapak ke hadapan Zahrah. Dia mendekatkan kembali mukanya ke muka Zahrah. Dia tersenyum lebar.
                        “Awak akan dapat cinta saya. I sincerely give to you.”
                        Bertambah membulat anak mata Zahrah mendengar kata lelaki itu. Mendapat cinta lelaki itu? Bukan ke selama ini dia mengharapkan cinta lelaki yang bernama Faizul Arman? Ya! Dia mengharapkan cinta lelaki itu. Tetapi masalahnya….
                        Zahrah tersengih kecil.
                        “Ada masalah sikit.”
                        “Apa?”
                        “Saya tak pandai buat ketupat.” Perlahan saja Zahrah menuturkannya.
                        “Hah?”
                        Zahrah masih tersengih. Habislah rahsia besarnya yang satu itu sudah terbongkar. Teramat pasti si Faizul terkejut besar. Perempuan tak tahu membuat ketupat? Aduh! Selepas ni macam manalah dia hendak menghadap muka lelaki itu. Malunya.



                        Faizul hanya mengeluh perlahan sejak tadi. Tingkah laku si Zahrah asyik menjadi mangsa tatapannya. Bila nak siap? Berjanggut kut nak menunggu.
                        Tunggu?
                        “Sampai bila saya kena tunggu ni? Penat tau tak!”
                        Zahrah tersengih kecil memandang Faizul. Inilah akibatnya kalau orang tak pandai buat ketupat. Sampai bila-bila pun buat, takkan menjadi. Masuk sana, masuk sini, akhirnya balut tangan sendiri. Selepas itu rebus dan makan.
                        “Sampai ke subuhlah kamu menunggu isteri kamu ni buat ketupat. Takkan menjadilah. Kamu makan ajelah ketupat yang ibu buat ni. Sama aje.” Sampuk Fatimah yang berada di hadapannya.
                        “Hah! Betul tu. Sama ajekan.” Celah Zahrah.
                        Faizul memandang Zahrah. Zahrah hanya tersenyum kelat. Tahu sangatlah apa maksud pandangan itu. Dia meneruskan lagi membuat ketupat. Bilalah hendak siap. Dia sudah bosan.
                        “Faizul bukannya apa ibu. Faizul teringat sangat nak rasa ketupat buatan anak ibu ni. Tahun ni raya pertama Faizul beraya sebagai suami dia. Naklah juga saya merasa hasil tangan isteri saya sendiri. Lagi pun bukannya selalu dapat makan ketupat. Betul tak, bu?” kerlingnya terhadap Zahrah.
                        Zahrah yang mendengarnya, rasa geram pun ada. Itu bukan macam perli ke? Menyindir? Habis daun kelapa tu digulungnya. Tak menjadi-jadi. Nak kena masuk dekat lubang sana, lubang sini. Pening dibuatnya. Kan senang kalau beli yang dah siap. Tak payah hendak menganyam lagi. Ada yang senang, mahu juga buat yang susah.
                        Fatimah hanya tersenyum sahaja mendengar kata-kata Faizul. Dia meneruskan lagi membuat ketupat nasi. Cantik saja bentuknya. Empat segi tepat. Kalau ketupat bawang, bentuknya tak sama seperti ketupat nasi. Bentuknya ada sedikit bujur.
                        “Lambat lagi?” soal Faizul memandang Zahrah kembali.
                        “Entahlah.”
                        “Aik! Entah pulak jawabnya.”
                        “Saya memang tak tahu buatlah.”
                        “Cubalah lagi. Saya pasti awak mesti boleh buat.”
                        “Makan yang ibu buat aje ya?”
                        “Buat demi saya. Please…” terserlah barisan gigi putih si Faizul.
                        Zahrah menyampah pula tengok Faizul. Manjalah pula. Ingat comellah kalau buat macam tu? Hendak menampakkan gigi semua tu. Membodek aje tahu. Dia hendak buat macam mana lagi ni? Aduh! Kenapalah suaminya minta buat ketupat. Mintalah yang lain. Kalau suruh menyapu rumah, cepat aje dia buat.
                        Ceh! Sapu rumah konon! Faizul pun boleh buat.
                        “Tak payah buat eh? Boleh tak? Awak makan aje ketupat buatan ibu. Sama ajekan. Letak beras, rebus, jadilah ketupatnya. Kenyang juga perut awak nanti.” Zahrah cuba memujuk. Dia memang dah berputus asa hendak membuatnya. Malas pun ada juga.
                        “No.” geleng Faizul.
                        “Please…”
                        Faizul menggeleng. Belum sempat Zahrah menjawab….
                        “Tadi kan ibu dah ajar. Saya nak awak buat ketupat tu untuk saya. Buat sampai berjaya. Kalau awak tak buat, awak yang rugi tau.”
                        “Kenapa pula saya nak rugi? Saya still dapat makan ketupat ni. Itu hah. Ibu dah  buat banyak. Ketupat bawang ada, ketupat nasi pun ada. Tinggal pilih aje. Mungkin ketupat segera pun ada.”
                        “Bukan yang tu.”
                        “Habis tu?” soal Zahrah sedikit tidak faham.
                        “Hal lain.”
                        Faizul mula mengesot ke sisi Zahrah. Mukanya mula didekatkan ke telinga Zahrah. Gayanya macam orang hendak berbisik saja.
                        “You will not get a reward from me.” Bisik Faizul perlahan.
                        Terus membulat mata Zahrah. Ganjaran? Macam mana dia boleh terlupa pula pasal hal tu. Kalau dia tidak dapat membuat ketupat yang dipinta oleh Faizul, ini bermakna dia takkan mendapat ganjaran tu.
                        Kasih sayang?
                        Cinta?
                        Bukan ke selama ini Zahrah mengimpikannya? Takkan hendak melepaskan peluang yang ada di depan mata? Zahrah menggeleng perlahan. Takkan dilepaskan.
                        “Saya dah cuba tapi memang tak boleh.”
                        “Awak boleh.”
                        “Tak boleh. Ini hah. Cuba awak tengok ni.” Tunjuk Zahrah daun kelapa di tangannya. Habis berbelit-belit. Dah macam orang kena ikat tangan dengan pencuri aje.
                        Faizul memandang sekejap lalu memandang wajah Zahrah kembali. Dia tersenyum nipis. Jari telunjuk Faizul mengelus lembut pipi Zahrah. Zahrah sudah rasa semacam. Jantungnya buat hal lagi. Habislah! Jari Faizul pun tak boleh duduk diam. Hendak merayap aje.
                        “Saya sayang awak tau.” Perlahan saja suara Faizul. Menggoda habis.
                        Zahrah terdiam. Anak matanya masih memaku tepat ke anak mata Faizul. Fatimah pula hanya menjadi pemerhati. Senyum saja dari tadi. Dia memang tak sangka menantunya itu, romantik orangnya. Cakap pun hendak berbisik. Bertentangan mata pula tu. Macam tengok drama TV pula. Drama tak kena bayaran pun.
                        “Kasih sayang dan cinta saya hanya untuk awak. You have to try to get it. Can?”
                        Masih diam.
                        “Saya dah dapat rasa cinta awak. Saya dah dapat rasa kasih sayang awak. Walaupun ia adalah sebuah rasa cinta dan kasih sayang yang nakal untuk saya. Saya suka. Takkan awak tak nak rasa cinta dan kasih sayang saya?”
                        Hidung si Zahrah dicuit pula oleh Faizul. Apa yang dirasai oleh Faizul kala itu adalah cinta. Dia yakin dia memang mencintai isterinya, Zahrah. Faizul mula menerima takdir yang telah ditentukan dalam hidupnya. Biar lambat penerimaannya, asalkan dia dapat bersama dengan seorang perempuan yang bernama Zahrah Imani.
                        “Other women will not be able to feel love and love me except you. You're entitled to love and love me.” Sambung Faizul lagi.
                        Tidak berkelip mata Zahrah memandang Faizul. Betul ke lelaki yang berada di sisinya itu adalah lelaki yang bernama Faizul Arman? Lelaki yang penuh dengan kata-kata cinta. Sekali lelaki itu mengungkap perihal cinta, membuatkan Zahrah terpegun. Tergamam. Rasa tidak percaya pun ada. Mungkinkah kepakaran lelaki itu tentang cinta?
                        Pipi Faizul ditepuk perlahan oleh Zahrah. Dia mahu memastikan apa yang terjadi ketika itu bukan mimpi. Kalau mimpi, mahu merana dirinya nanti. Dia mahu apa yang terjadi kala itu adalah realiti.
                        “Awak ni Faizul kan? Stubborn man?” soal Zahrah.
                        “Kenapa? Tak percaya?”
                        “Jangan buat ini sebagai mimpi.”
                        “This is not a dream but a reality.”
                        Zahrah diam kembali. Dia sedikit tertunduk.
                        “Saya nak sangat rasa ketupat buatan awak. Sedap atau tak, itu hal nombor dua. Apa yang penting, seorang suami hendak merasa hasil tangan isterinya. Baik atau buruk seorang isteri tu, saya sebagai suami awak akan menerima awak dengan seadaanya.”
                        Wajah Zahrah yang tertunduk itu didongak ke  atas oleh Faizul. Bibir lembut Zahrah dielus oleh Faizul. Detakan jantung Zahrah memang tidak dapat ditahan lagi. Rasa hendak terkeluar aje.
                        “People in this world is not perfect. We improve our weaknesses together.” Ujar Faizul lagi.
                        Zahrah memberanikan matanya memandang wajah Faizul. Ini tak boleh jadi. Jika lama-lama dia melayan perangai Faizul yang entah apa-apa tu, dia pula yang jadi tak betul. Tak keruan dibuatnya.
                        “Awak pandai buat ketupat?” soal Zahrah.
                        “Mestilah pandai.”
                        “Betul ni?” Zahrah seakan tidak percaya kata lelaki itu. Pandai? Biar betul!
                        “Betullah, sayang. Buat apa abang nak tipu pulak.” Faizul masih tersenyum.
                        Gulp!
                        Zahrah mahu pitam. Sayang? Telinga tak salah dengar? Pada malam itu, macam-macam hal terjadi pada dirinya. Ini mesti kes angin  malam yang dah merasuk ke dalam diri suaminya itu. Itu yang tak betul jadinya. Aduhai! Zahrah tak sanggup nak menghadapi semua itu lagi. Dia takut. Takut dipermainkan oleh lelaki yang bernama Faizul Arman.
                        “Kalau tak percaya juga, biar abang tunjukkan.”
                        Faizul terus mengambil daun kelapa dari tangan Zahrah. Zahrah terkedu lagi. Abang? Tadi sayang? Aduh! Zahrah cuba beriak biasa. Anggap saja apa yang didengarinya tadi, tidak wujud.
                        No sayang, no abang.
                        Okay!
                        Selepas beberapa minit, Faizul siap membuat satu ketupat. Zahrah sedikit terkejut. Memanglah si Faizul pandai membuat ketupat. Dia memandang wajah Faizul tidak berkelip-kelip. Lelaki itu tidak tipu. Ingatkan pandai tengok aje.
                        “Sekarang biar abang yang ajar sayang.”
                        Faizul terus memegang tangan Zahrah supaya mengikut gerak geri tangannya membuat ketupat. Zahrah masih terkejut. Dia hanya mengikut saja gerak geri tangan Faizul. Dia merelakan Faizul memegang tangannya.
                        No haram but halal.
                        Abang lagi?
                        Zahrah buat-buat tidak dengar.
                        “Nak buat ketupat ni kena fokus. Bukan senang nak membuatnya. Nak dapatkan seketul cinta pun bukannya senang. Susah. Kena tempuh macam-macam dugaan. Dugaannya, inilah. Nak buat ketupat. Seorang isteri kena belajar buat sesuatu yang disukai oleh suaminya. Bila dah dapat buat, memang tak sia-sia membuatnya. Cinta seorang lelaki yang bernama Faizul Arman hanya untuk seorang perempuan yang bernama Zahrah Imani. Anggap aje ketupat ni cinta abang.”
                        Gulp!                                                                                 
                        Zahrah tergamam mendengarnya. Faizul masih ralit memandang daun kelapa yang berada di tangan. Mulut bercakap tapi mata memandang ke tempat lain.

                        Anggap ketupat seperti cinta?

7 comments:

Unknown said...

ada typo sikit and ada satu ayat xsesuai

Bertuah sungguh dia mendapat Zahrah.


*mendapat tu tukarkan pada memiliki (^_^) good job teruskan oh ye tadi ada kesilapan nama patutnya Faizul tapi jadi Faizrul

Anonymous said...

ada sambungan lg x en penulis?

Ery Aieril said...

okay... akan diperbetulkan... akan ada sambungan.. tunggu ya ;) cuba bagi komen sikit untuk bab satu ni... heee

Noriko Studio said...

Bab satu dah sweet sgt. Romantiknya si Faizul ni. Still kurang faham sikit jalan ceritanya. Bagaimana perkahwinan itu terjadi? Apakah mereka ni kahwin paksa? Kenapa Zahrah dingin dgn Faizul? Zahrah ni mmg cinta akan Faizul kan or Faizul menolak Zahrah pada awalnya.
Hurmmm...akak wait bab 2.

Ery Aieril said...

tq sis norita jusuh... kita tunggu by bab... akan penuh persoalan nanti.. hehe

Anonymous said...

so sweeett....!!!
i hope you can write more sweet stories..
keep it up! naikkanlah status penulis lelaki..
sekarang ni ramai penulis perempuan jek..citer nye pon klise2
hope ade kelainan pada citer awak..anyway this story is so sweet..
thanx for brighten up my days.. ^_^

Munyrah Azry said...

Wowwww bce part 1 ni.. Rse nk terbang melayang je bce.. Owhhh sweetnye awk Faizul.. Nk je cari lelaki mcm dye ni.. hahaha