Kelihatan
Datuk Sazali sudah berada di meja makan sedang membaca surat khabar Berita Harian.
“Morning, pa.”Sapa Edryka dengan ceria kepada Datuk Sazali.
Datuk sazali yang
mendengar panggilan anaknya itu, pantas memandang ke arah anaknya yang sedang menuruni anak tangga. Kegembiraan
sudah mengiringinya pada pagi itu.
“Morning, sayang. Awal
bangun. Jom sarapan.” Ujar Datuk Sazali.
Edryka tersenyum lalu menarik kerusi di meja makan untuk duduk dan
sertai papanya sekali.
“Ceria anak papa pagi
ni? Ada apa apa yang istimewa ke hari ni? Ada date?”Soal Datuk Sazali tersenyum.
Edryka yang sedang
mengambil teko yang berisi air teh di
sebelahnya terhenti seketika.
“Apa papa cakap, date? Haha. Papa jangan nak sebut pasal
Korea semalam tu. Mengarut je. Tak ada nya nak date. Kalau ada pun date,
Ryka nak date dengan buku-buku Ryka.
Itu lagi bagus. Ada jugak faedahnya. Loving
with book.
Pa, hidup ni kan selalu kena ceria. Baru permulaan hari
kita ni terasa ceria. Gembira. Kalau pagi-pagi macam ni muka dah monyok macam
tempe basi, mana best macam tu. Rezeki tak masuk. Kalau dah bad mood, semua kerja tak nak buat. Untuk pengetahuan
papa, Ryka ni bukan seorang yang pemalas ya. Ryka kan macam papa. Hardworking person. Orang yang rajin akan berjaya. Betul tak?” Balas Edryka
dengan tersenyumnya.
Datuk sazali tersenyum
dengan kata anaknya. Memang benar akan kata anaknya itu.
“Amboi! Anak papa ni, boleh jadi pakar
motivasi nampak. Cakap tu nak panjang lebar je. Kalah pakar motivasi yang ada
kat Malaysia ni. Silap-silap kalah pakar motivasi hebat yang ada dekat dunia
ni.” Usik Datuk Sazali kepada anaknya dengan sedikit senyuman.
Edryka tersenyum dengan
usikan papanya itu.
“Ryka tak nak jadi pakar
motivasi. Biarlah Ryka cari kerja lain. Sekat pintu rezeki orang pulak. Nanti
kesian dekat pakar motivasi yang sedia ada dekat Malaysia ni tak boleh nak cari
makan. Kalau anak papa ni dah jadi macam tu, asyik Ryka je yang beri motivasi.
Yang lama dipinggirkan. Ye lah anak papa ni kan yang terbaik.” Keningnya
diangkat berulang kali.
Amboi! Perasan pulak
diri tu! Hehe.
Datuk Sazali hanya
menggeleng sambil tersenyum dengan kata anaknya itu. Ada je idea nak
dicakapkannya.
“Papa, mama mana? Kenapa
mama tak join sekali?” Soal Edryka.
Anak matanya sudah merayap ke ruang dapur.
“Mama kamu tu dekat
dapur. Tolong bibik. Macamlah kamu tak kenal dengan mama kamu yang teramat
rajin tu. Biasalah mama kamu tu kan semua kerja nak dibuatnya. Kalah tugas papa
dekat pejabat. Silap-silap kalah tugas Perdana Menteri. Sibuk je memanjang. Nak
makan dengan kita ni pun tak ada masa.” Jawab Datuk Sazali. Anak matanya
dikerling ke arah dapur. Manalah tahu isterinya itu curi-curi dengar.
“Pa, perlahanlah sikit suara tu. Nanti kalau mama dengar, masak
kari kita nanti. Ryka tak nak. Kari tak nak, asam pedas pun tak nak.” geleng
Edryka. Cakap macam dalam kelambu pulak. Takut kantoilah tu.
“Mama takkan dengar
punya. Papa jamin. Kalau papa kena masak kari, Ryka pun sama. Bersubahat.”
Anaknya itu dilihat kembali. Tersenyum sedikit.
“Ye lah tu. Ryka tetap tak
nak masuk campur. Buat-buat tak dengar je. Papa tanggunglah sorang-sorang.”
Balas Edryka. Selamba je dia buat muka roti kaya. Macam roti di depannya itu.
Nak lepas tengkuk dia je. Roti di hadapannya diambil lalu disuapkan ke dalam
mulut. Makan lagi bagus.
Tiba-tiba kedengaran
suara Datin Azizah di ruang makan. Wow!!!!macam Super Girl. Cakap saja terus
muncul. Itulah kelebihan isteri Datuk Sazali. Tak ada tanda-tanda langsung nak
muncul.
“Amboi! Kalau bab-bab
mengata ni anak-beranak ni nombor satu yer. Tak ada kerja lain ke selain nak
mengata orang pagi pagi ni. Pagi-pagi dah dapat dosa.” Datin Azizah bersuara
sambil lengan bajunya dilipatkan. Keningnya dinaikkan.
Datuk sazali dan Edryka
terkejut dengan kemunculan suara itu. Mereka memandang sesama mereka dan hanya
tersengih sahaja. Terpamer kemas gigi putih Edryka. Ingat ini iklan Darlie ke
apa. Habis tertelan terus roti dalam mulut Edryka. Tertelan paksa.
“Ala,ma. Saja gurau-gurau
pagi ni. Bukan selalu kan. Baru warna-warni pagi ni. Betul tak? Lagi pun mama
pagi ni cantik sangat. Kalah ratu dunia. Betul tak ma? Mama Ryka kan cantik.
Kalah Fasha Sandha.” Ujar Edryka sambil melihat Datin Azizah. Hah dah mula tu!
“Papa, betulkan mama
pagi ni cantik sangat! Kecantikan yang luar biasa. Terpegun sekejap! Heee...”
ujar Edryka pandang papanya. Tersenyum ada makna tu.
“Haah. Betul! Betul!
Mama kamu memang cantik sangat hari ni. Suka betul papa tengok pagi ni.” jawab
Datuk Sazali. Tahu takut. Gagap sekejap.
“Eih! Anak mama ni kalau
bab memujuk memang nombor satu. Tak ada siapa yang boleh lawan. Ada je taktik
dia. Sama macam papa dia. Otak tu bergeliga macam ikan laga. Habis tu selama ni
mama tak cantiklah ya! Hari ni baru cantik! Macam tu!” Balas Datin Azizah
tersenyum sinis sambil mengerling sekilas kepada suaminya.
Memang tidak dinafikan, pagi itu Datin Azizah
kelihatan teramat cantik. Dengan mengenakan baju kebaya berwarna krim berbunga
mawar merah. Kecantikannya lahir sejak azali lagi.
Gerun pulak Datuk Sazali
melihat kerlingan isterinya itu. Macam harimau nak makan orang je. Tertelan air
liurnya. Mata tu nak sepet je tengok orang. Memang dah sah-sahlah sekejap lagi
dirinya kena baham.
Cetus ledakan ketawa Edryka
melihat papanya itu. Macam orang buat salah je. Pucat habis muka tu.
“Ryka tak nak masuk
campur. Papa handle lah sendiri ya
dengan mama. Ryka pergi dulu. Dah lambat ni. Nanti lambat pulak sampai.”ujar Edryka
tersenyum pada papanya.
Begnya disebelah diambil
lalu diletakkan ke bahunya. Sempat pulak dia ambil roti kaya lagi.
Datuk Sazali sudah
membulatkan matanya melihat tingkah anaknya itu. Pandai betul nak selamat diri.
Sama-sama buat, sama-samalah tanggung. Ini tidak. Seorang je yang kena
tanggung. Mana adil macam ni.
“Papa, Ryka pergi dulu
ya.” Tangan papanya disalam lalu diciumnya. Tersenyum je.
“Ryka kena bayar hutang
Ryka dekat papa. Kalau papa kena, Ryka pun kena jugak.” bisik Datuk Sazali di
telinga anaknya itu.
Edryka masih tersenyum
lebar. Bahunya hanya dijungkit. Mamanya disalam pula. Langkah mula diatur ke
pintu rumah. Geleng perlahan dibuatnya.
‘Nampak sangat papa
takut kat mama. Goodluck papa. Jangan
papa tak pergi kerja sudah hari ni. Hehe.’ desis hati Edryka.
Pintu rumah dibuka.
Sebaik sahaja hendak tutup pintu tersebut, Edryka menjengah sikit kepalanya di sebalik
pintu.
“Mama. Bukan hari ni je
mama cantik. Sebelum ni pun mama cantik jugak. Sebab tu papa bertambah sayang
dekat mama. Kalau tak percaya, cuba mama tanya papa. Betul tak apa yang Ryka
cakapkan ni. Mama kan buah hati papa. You
are the first and the last.
Cuba mama tengok papa
hari ni pakai tali leher warna apa. Warna pink kan. Itu tandanya papa selalu
sayang dekat mama. Betul tak papa?” ujar Edryka tersenyum lagi.
Datuk Sazali sudah bulat
matanya lagi pandang anak bertuahnya itu. Ada je idea nakalnya. Datin Azizah
hanya tersenyum saja.
‘Tunggulah. Sekejap lagi
serangan akan dilancarkan. Heee....’ bisik hati Datin Azizah.
“Okaylah. Ryka pergi
dulu. Jangan bergaduh tau.” pintu ditutup.
Edryka menggeleng lagi.
Asyik tersenyum je.
‘Harap-harap dengan cara
ni dapat selamatkan papa. Jangan cakap aku nak lepaskan seorang diri pulak!
Asalkan aku dah buat apa yang patut. Berbaloi atau tak, itu nombor dua. Tapi
aku yakin dengan apa yang aku buat tadi mesti jadi punya. Confirm 200%.’ desis hatinya.
Isterinya disisi
dipandang perlahan. Hanya tersenyum lebar je. Nasib baik gigi putih dia tu tak
nampak sekali. Gerun di hati tetap terasa.
“Sayang memang nampak
cantik. Betul! Abang tak tipu! Apa yang Ryka cakap tadi semuanya betul!
Sayanglah buah hati abang.” ujar Datuk Sazali. Tali lehernya dibetulkan. Macam
ketat pulak tali lehernya.
“Oh ye ke? Terima kasih.
Zizah hargai sangat! Abang pun buah hati Zizah. Kenapa pulak dengan tali leher
tu? Ketat ke? Biar isteri abang yang cantik ni betulkan.” Datin Azizah masih tersenyum lebar.
Tertelan air liur.
‘Lain macam je bini aku
ni! Dia nak buat apa pulak ni! Puji salah, tak puji salah. Mana satulah yang
betul. Haaiisshhh!!! Lebih baik diam je mulut aku ni.’ desis Datuk Sazali. Gundah
hatinya.
Tali leher suaminya
dipegang. Diurutnya perlahan tali leher tersebut. Dari bawah ke atas. Lembut je
tingkahnya. Ada tak gaya perempuan melayu terakhir?
“Suami Zizah ni memang handsome
walaupun rambut tu dah beruban sikit. Tak nampak tua pun. Tetap kacak di
mata isteri abang ni. Beruntung Zizah dapat suami macam abang ni. Tambah-tambah
lagi bila pakai tali leher warna pink ni. Sesuai sangat!” Anak matanya terarah
pada tali leher suaminya.
Datuk Sazali hanya tersenyum
kelat. Berderau darahnya. Berdetak laju
jantungnya. Dah tak boleh kawal lagi
detak jantungnya itu. Elakkan terkeluar jantungnya nanti. Hehe.
Sepantas kilat, tali
leher yang dipegang ditarik ke atas.
Menjerut habis.
“Sayang! Apa ni!” Macam
orang tercekik tulang je. Habis terbatuk-batuk dibuatnya.
“Tak ada apa. Zizah Cuma
nak betulkan tali leher ni. Longgar sangat. Kalau macam ni baru betul. Khas
untuk suami Zizah yang tersayang ni.” tangannya dilepaskan dari tali leher
suaminya itu.
Datin Azizah sudah
meniup tangannya. Tersenyum puas. Fuh! Macam Awal Ashaari pulak gayanya.
“Sayang nak abang pergi
cepat ke apa!” Jeritnya perlahan. Tali lehernya diperbetulkan kembali.
Dilonggarkan sedikit. Isterinya dilihat. Kecut perut dibuatnya.
“Zizah nak bagi
abang handsome sikit. Sebelum-sebelum ni abang tak handsome. Hari ni baru handsome.”
balas Datin Azizah. Balas dendam nampak!
Terkedu Datuk Sazali
mendengarnya.
‘Ini kes balas dendamlah
ni! Aku yang buat semua ni, aku yang terkena balik. Apalah nasib aku hari ni!
Ryka memang kena bayar hutang dekat papa.’ bisik hatinya.
Datin Azizah sudah
berlalu ke dapur. Kemenangan dirasai. Tersenyum puas.
“Jangan lambat pulak
pergi kerja tu. Kalau tali leher tu tak okay lagi, biar sayang abang yang
cantik ni buat lagi.” pesan Datin Azizah dalam jalanannya itu.
Kelibat isterinya
dilihat sambil tersenyum.
“Apa-apa pun abang
sayang dekat isteri abang. Dunia dan akhirat.” ucapnya perlahan.
Kelihatan seorang lelaki
berkemeja lengan panjang berkotak kotak kecil berwarna hitam putih dan berseluar jean blue-black sedang menuju ke arah Rain sambil disandang begnya.
Tersenyum je mukanya. Comel macam Dafi tu. Sesiapa sahaja yang melihat gayanya pasti akan
terpikat. Cair habis.
“Hai,Rain. Kau buat apa
dekat sini? Sorang je?” Soal lelaki tersebut.
Rain mengalihkan
pandangannya ke arah suara yang sudah menerpa gegendang telinganya itu. Hanya
tersenyum nipis.
“Tak la, Qi. Aku berdua
dekat sini. Ni hah! Kat sebelah aku ni kan ada orang. Takkan kau tak nampak
pulak. Kau tak nampak memang butalah kan.” Tersenyum Rain lalu menggeleng perlahan. Dah
tahu dirinya seorang boleh tanya lagi dengan siapa.
Rifqi hanya tersenyum
ketawa dengan usikan kawannya itu. Lantas dia duduk bersebelahan Rain sambil
melihat apakah yang sedang dibaca Rain.
Khusyuk habis.
“Pandai ya kau buat
lawak. Aku ingat kau tak pandai buat joke.
Yelah ini kali pertama kau buat aku tersenyum dengan lawak kau tu. Tapi lawak
kau tu hanya 5% jelah menjadi. Kau kena
berusaha lagilah nak mantapkan lagi
lawak kau tu. Nak cepat menjadi lawak kau tu, tengok Super spontan. Habis cerita.” Ujar Rifqi dengan sedikit
ketawanya.
Muka kawannya itu
dilihat. Pelik.
“Apa kau cakap? Super
spontan? Apa tu?” soal Rain.
Rifqi menahan ketawanya.
Lalu dia menepuk bahu kawannya itu.
“Tak ada apalah. Tak
penting. Tak payahlah kau nak fikir tu semua. Lebih baik kau fokus balik kat
buku kau tu. Lagi bagus. Kalau ada ilmu yang kau nak kongsikan dengan aku, bagi
tau aku. Jangan bolot sorang je.” Tak habis-habis dengan ketawanya. Macam lawak
Jozan pulak nak ketawa macam tu.
Rain mengangguk
perlahan.
‘Kau ni memang pelik.
Tak pa lah. Malas nak fikir. Sekejap! Aku ada buat lawak ke tadi? Qi ni betul
ke tak! Seram jugak aku. Ketawa lain macam je. Aarrhh! Malaslah nak fikir tu
semua. Aku baca buku ni lagi bagus. Kau nak ketawa ke apa ke suka hati kau lah.
Jangan kacau aku sudah.’ desis hati Rain.
Dalam bacaannya itu, dia
teringat sesuatu. Mungkin kawannya tahu. Bahu kawannya ditepuk perlahan. Serangan
mengejut tidak dapat dielakkan. Tepat terkena sasarannya. Rain menutup buku
bacaannya.Kawannya dilihat.
“Oh mak kau!” Melatah
pulak si Rifqi ni. Terkejut beruk di buatnya.
Ingatkan perempuan je
yang kuat melatah ternyata lelaki pun ada yang melatah juga. Jarang nampak
lelaki melatah. Hehe.
‘Aku nak tanya ke tak?
Kalau aku tak tanya, aku jugak yang rugi. Kalau Qi tahu pasal si perempuan
tu, aku jugak yang melepas. Mungkin Qi
kenal perempuan tu. Tak salahkan kalau aku mencuba dulu.’ gumam hati Rain. Muka
kawannya itu dilihat.
“Kau ni dah kenapa? Terkejut
tahu tak! Janganlah tengok aku macam tu! Nak serious je muka tu. Macam aku ni
ada buat salah dekat kau je. Cuba muka tu mesra alam sikit. ” berderau darahnya
bila kena tepuk dengan kawannya itu. Dadanya diurut perlahan. Terus mati
ketawanya itu.
“Qi, kau kenal tak perempuan yang bernama Edryka
dekat U ni? Dia free hair.” Soal Rain.
Berkerut dahi Rifqi
sebaik sahaja kawannya itu bertanya tentang seorang perempuan kepadanya.
‘Perempuan tu dah buat
apa pulak dekat dia ni? Ini mesti Rain dah pernah jumpa dia. Kalau dia tak
jumpa, takkan dia tanya pasal perempuan tu dekat aku. Takkan perempuan tu cari
pasal pulak dekat Rain. Takkanlah. Biasanya orang yang cari pasal dekat dia tu.
Kalau orang dah tak sudi nak bercintan-cintun, nak berkongsi sayang, hati dah
tak sudi, dipaksa, mahu tak melenting tuan badan. ‘ bisik hati Rifqi.
Rain mengeluh. Orang
tanya dia, boleh pulak dia mengelamun.
“Oit! Aku tanya kau,
boleh pulak nak berangan.” sergah Rain.
Kelam kabut kau Rifqi. “
Apa? Apa?”
“Kau berangan apa ni?
Ini last aku tanya. Kau kenal tak
perempuan tu?” soal Rain lagi.
Buat habis air liur aku je
cakap dengan kau ni, Qi. Gelengnya perlahan.
‘Sekejap! Takkan Rain
dah jatuh hati dekat perempuan tu? Ish! Takkanlah! Biar betul? Tak! Tak! Itu
semua tak betul. Tapi kalau betul, macam mana pulak! Kiranya kalau betul Rain
dah pernah jumpa perempuan tu, boleh dianggap pertemuan pertamalah ni. Atau pun
boleh dikatakan cinta pandang pertama. Ish! Hebat betul penangan perempuan tu
sampai kawan aku ni boleh tersangkut dekat dia. Ilmu dunia manalah dia guna ni!
Mungkin sebab tu juga, dia tanya aku pasal perempuan tu. Sekarang nak siasatlah
ni.’ gumamnya lagi. Macam-macam andaian terjah dalam otaknya.
Kawannya itu dilihat.
“Edryka? Uurrm... Macam
pernah aku dengar nama tu. Tapi tak ingatlah pulak dekat mana aku dengar. Sekejap! Mana kau tahu ni? Kau kenal ke
perempuan tu? Kau pernah jumpa dia?” dalih Rifqi.
Satu lagi keluhan
dilepaskan.
“Aku tanya kau, kau
tanya aku balik. Macam ni. Tak silap aku, kawan dia tu nama Lily. Kau kenal tak?” Sambung Rain.
‘Memang betullah
perempuan tu. Confirm kawan aku ni
pernah jumpa perempuan tu. Sampai nama kawan perempuan tu, Rain boleh tahu.’
bisik hati Rifqi lagi.
“Sebelum tu, kau jawab
dulu soalan aku. Dekat mana kau jumpa dia? Macam mana kau kenal dia?” kening
kanan Rifqi dinaikkan. Macam penyiasat pulak dia ni.
Bahu kawannya dipeluk.
“Kalau kau nak aku jawab
soalan kau tu, bagi tahu aku dulu kau kenal ke tidak dia tu? Kalau kau tak nak
bagi tahu, aku boleh tanya orang lain. Aku tak rugi pun. Aku teramat yakin,
orang lain kenal dia tu. Senang cerita aku tanya orang yang sama fakulti dengan
dia.”
“Ugut nampak?” balas
Rifqi.
“Terpulang. Jadi
sekarang, aku bagi kau pilihan. Kau nak jawab atau tak? Yes or no?” ringkas Rain menjawab.
“Okay okay. Kalau dah
satu fakulti, memanglah orang kenal dengan perempuan tu. Tak payah kau nak tanya
orang lain, biar aku cakap. Aku memang kenal dia tu. Tapi kenal setakat nama je
lah. Hati budi dia tu aku tak kenal sangat. Dia ambil course pendidikan. Boleh
tahanlah perempuan tu. Cantik. Siapa yang tengok dia tu mesti cair. Terpikat
habis!”
Rain hanya mengangguk.
“kenapa kau tanya? Boleh
aku tahu kenapa?” Duga Rifqi ingin mendapat kepastian. Mesti ada apa-apa ni.
“Aku ada terjumpa dia
lepas aku buat pendaftaran masa first day aku dekat sini. Macam kau
cakap tadi, dia tu memang cantik orangnya. Boleh tahanlah. Siapa tak nakkan
kalau perempuan cantik macam tu. Setiap orang ada kelebihankan. Susah kalau nak
cari perempuan cantik macam dia tu. I mean it’s natural. No make up.
Bukan macam dekat negara aku tu, ye lah semua perempuan dekat sana memang
cantik. Cantik pun muka plastik. Walaupun tak semua, puratanya memang macam tu.
Dekat sini lain. Tak ada
muka plastik. Original. Itu yang aku nak.” Jawab Rain.
Aik,dah memuji pulak. Takkan
dah tersangkut pulak dengan minah sombong tu. Uurrmm. Jangan cakap semua dugaan
aku tadi tu betul. Bisik hati Rifqi.
“Alang-alang kau dah
tanya pasal perempuan tu, meh sini aku bagi tau sikit tentang perempuan tu.
Maklumat yang aku nak bagi tahu ni semuanya betul. Aku nampak dengan dua bijik
mata aku ni. Lepas tu kau nak percaya ke tak, terpulanglah dekat kau.
Untuk pengetahuan kau, dia
tu lain sikit. Ter-over sikit orangnya. Maksud aku dia tu sombong sikit. Kawan
pun memilih. Yang si Lily tu pun orang biasa je. Tapi tak tahulah macam mana
perempuan tu boleh berkawan dengan dia tu. Maklumlah perempuan tu kan anak orang kaya. Adatlah
kan bila bapak kaya anak jadi macam tu. Berlagak macam anak VVIP. Macam anak tokei kayu balak je. Nasib baiklah
aku tak jadi macam tu. Aku ni bolehlah di katakan baik. Tak kisah dengan siapa
aku nak berkawan.
Bapak aku pun kaya juga,
tapi kaya biasa-biasa je. Setiap orang kan lain-lain sikapnya. Kalau aku tengok
kau ni, susah aku nak cakap macam mana. Dress
up biasa je. Tapi tak apalah. Kau kaya ke, apa ke, aku tak kisah. Aku berkawan
ikhlas. Aku tak kisah apa asal usul kau. Yang penting hati mau kena bersih dan
ikhlas.” Ujar Rifqi tersenyum. Sempat pulak kata dirinya baik. Baik ke? Hehe.
Rain sedikit terkejut
dengan kata rakannya itu. Sombong? Dia teringat dengan peristiwa lepas. Hatinya
sudah terpaut dengan seorang gadis bernama Edryka. Dengan sikap jual mahal
perempuan itu membuatkan dirinya untuk mendekati perempuan itu lagi. Apa yang
buruk semuanya boleh dibuang dan diperbaiki.
“Rain, kau suka dia ke?”Tanya
Rifqi.
Tergamam Rain dengan
pertanyaan Rifqi. Seolah-olah ada kesukaran untuknya menjawab. Lidah kelu untuk
berkata-kata.
“Eh, merepek la. Aku
Cuma nak berkawan dengan dia je. Tak lebih dari tu. Kalau kau kata dia tu
sombong, aku tak kisah. Orang boleh berubahkan. Boleh dibentuk. Mungkin orang
lain tak boleh ubah sikap dia tu. Tapi dengan aku manalah tahukan sikap dia tu
boleh hilang. Kita hanya mampu berusaha. Lagi pun, tak salahkan kalau aku
mencuba.” Balas Rain dengan tersenyumnya.
Rifqi tersenyum
mendengar akan kata rakannya itu.
‘Memang sahlah kau ni
dah suka dekat perempuan tu. Kau memang tak boleh tipu aku. Aku nak tengok
sejauh mana kau boleh bertahan dengan perempuan tu. Kalaulah kau berjaya buang
sikap kebal sombong perempuan tu, aku salute
dekat kau. Pulut kuning aku buat untuk kau. Bukan setakat pulut kuning je,
daging rendang pun aku sanggup masak untuk kau.’ desis hatinya.
Ingat ini hari raya ke
nak masak rendang. Penipuan yang dibuat Rain jelas terpapar di raut mukanya
itu. Tak ada bakat langsung nak menipu.
Dah suka cakap jelah suka. Tak payah nak cover
sangat.
“Kalau aku nak tunggu
kau straight to the point, sampai KL
ni kena Tsunami pun belum tentu kau nak bagi tahu dekat aku kan. Macam nilah. Apa
kata kalau kau dapat tackle dia, memang
kau adalah lelaki yang teramat beruntung dekat U ni. Aku tabik dekat kau. Ye
lah selama ni pun lelaki lain yang pernah nak tackle dia semua tak dapat. Akhir sekali give up dengan sikap sombong dia tu.” Tutur Rifqi.
“Salah seorang lelaki tu,
mesti kaulah kan. Betul tak?” duga Rain. Wajahnya didekatkan ke muka Rifqi.
Rain tersenyum.
Terkejut dibuatnya.
Tertelan paksa air liurnya. Dah terkena dekat batang hidung sendiri.
“Eh, mana ada. Aku
sekali tengok perempuan tu tambah-tambah lagi dengan perangai dia tu, yang tak
semegah tu aku dah meluat. Nak je aku
pusing kepala dia tu laju-laju. Sekali jentik pusing je kepala tu. Terus black list dalam calon-calon isteri aku.
Berlambak lagi perempuan yang ada dekat U ni. Tinggal mengayat je. Lepas tu
cairlah kan.” tembak dengan katanya.
Pandangan Rifqi dihala
ke kiri. Merah padam muka tu. Macam orang kena makan cili padi kampung je.
Kalau boleh nampak asap dekat muka tu, mahu ketawa berdekah-dekahnya. Bayangkan
jelah.
Rain kembali seperti
sedia kala lalu membuka bukunya dan meneruskan bacaannya itu. Gelengnya
perlahan. Baginya, dia sudah mengetahui serba sedikit tentang perempuan
kesukaannya itu. Buat masa ini, apa yang dia dapat tu sudah cukup.
‘Masih ada banyak masa
lagi. Tak perlulah nak terburu-buru sangat. Masa tu akan datang jugak nanti.
Aku yakin peluang yang aku harapkan tu akan jadi milik aku. Aku akan buat
sikit-sikit supaya dia suka dekat aku. Kalau dah cinta, dah sayang apa boleh
buat. Usaha tu yang penting.’ bisik hati Rain. Senyuman senang mengiringi
bacaannya.
No comments:
Post a Comment