Wednesday, July 19, 2017

Pre Order SAYAP CINTA UNTUK DIA - ERY AIERIL






Bismillah...


SAYAP CINTA UNTUK DIA
#RomanceComedy
#CeritaSenyumSenyum
#PastiJatuhCinta
#CetakanTerhad
#500UnitSahaja


PRE ORDER DIBUKA!
HARGA MAMPU MILIK!

Hanya JUALAN ONLINE saja!
TAKKAN ada ulang cetak!
TAKKAN ada di kedai buku!

PRE ORDER DIBUKA DARI 18 JULY SEHINGGA 30 AUGUST 2017.

-----

BLURB

Kerana Luggage London…

Tercipta detik pertemuan Afrin Arfa dengan lelaki yang bernama Jazli Qays. Ralit sangat tengok luggage tu, nasib baiklah tak terlanggar tubuh lelaki itu. Bila lihat lelaki itu, Afrin memang tergamam. Penampilan kemas. Model kah dia?

Siapa sangka di rumah…

“Sayang anak mama.”

Mahu terkejut Afrin. Apa maksud semua ni? OMG! Takkan mama ada anak lain? Dia ada abang tiri? Apa hubungan di antara mereka berdua? 

Afrin bagai tak dapat mengelak dari bertemu dengan Jazli. Macam ada magnet menarik untuk mereka bertemu. Dia mengelak seakan tuhan tak mengizinkan apa yang diniatnya.

Siapa sangka cinta itu memang buta.

“Walaupun setitis kasih awak tu jatuh ke dalam hati saya, saya rasa tak beri kesan kut dekat saya. Sebabnya dalam hati saya ni ada banyak lapisan. Mungkin kasih awak tu takkan lepas pada lapisan pertama hati saya. Yalah… setiap lapisan tu tebal. Mustahillah boleh tembus.” - Afrin

“Saya akan buat awak serasi dengan saya. Saya akan tunjukkan dekat awak yang kata-kata saya akan dapat menembusi setiap lapisan hati awak. Tiga lapisan aje kan? Bila dah sampai final stage, saya akan buat awak jadi isteri saya.” - Jazli

Afrin berang! Sesuka hati saja menetapkan hatinya ada tiga lapisan. Kalau dia bantah pun, macam tak ada guna. Kalau dah kata tiga lapisan tu, tigalah jawapannya. Takkan jadi empat lima enam dah.

“You are the beauty and I’m the beast?” - Jazli
“Apa awak cakap?” - Afrin
“I’m the beast?” - Jazli

Sasau Afrin. Kadang-kadang ayat lelaki itu begitu manis sampai buat dia terkedu dan merasakan yang lelaki itu dapat melepasi tiga lapisan hatinya. Mulut takkan cakap kalau tak boleh buat.

“Kenapa awak sanggup berhadapan dengan risiko?” - Afrin
“Risiko apa?” - Ery
“Risiko kehilangan kawan baik awak sendiri?” - Afrin

Siapa Ery? Berjayakah Jazli mendapatkan sayap cintanya? Atau Jazli berputus asa di tengah jalan?

-----

HARGA :

SEMENANJUNG : RM 2O + RM8 = RM28
SABAH SARAWAK : RM 23 + RM12 = RM 35

-----

1) First payment first serve.

2) Cetakan akan dibuat selepas pre order ditutup.

3) September nanti akan dicetak dan pos.

4) 200 pembeli terawal akan mendapat #POSKAD istimewa.

5) Setiap pembelian juga akan mendapat sign penulis dan sedikit kata-kata di dalam novel. Siapa pernah beli novel dengan ery sebelum ni, mesti tahu apa maksudnya. (tulisan cantik tau! Payah nak jumpa. Haha)

6) Penghantaran akan menggunakan #POSLAJU.

7) #Komen atau #pm penulis Ery Aieril untuk pembelian. Whatsapp pun boleh 01126971971

8) Join group : https://www.facebook.com/groups/eryaieril/

-----

CARA PEMBAYARAN :

CIMB BANK
7057483767
ZUHAIRIL NIZAM BIN ZULKIFLI 

Sila sertakan dengan bukti pembayaran.

Terima kasih :)

-----

PROLOG


“NAMA awak?”
“Hah? Nama saya?”
“Yalah. Boleh saya tahu nama awak?”
“Kenapa nak tahu nama saya?”
“Nama saya Jazli Qays.”
Afrin Arfa terkedu. Serius sedap nama tu. Macam nama novel.

Baru saja Afrin nak buka mulut kembali, dia terdengar bunyi deringan telefon. Bukan telefon bimbit miliknya tapi milik lelaki di hadapannya itu. Lelaki itu pinta diri berlalu dari situ dengan luggage London nya. Senyuman lelaki itu tampak manis sangat. Dia masih pelik melihat kelibat lelaki itu.

“Macam tu aje?” 

Afrin mengeluh. Nasib baik dia tak terlanggar lelaki itu tadi. Itulah ralit sangat tengok luggage London tu. Memang cantik. Terpegun. Tubuh dipusing ke kiri. Kelibat orang yang lalu lalang di dalam perut lapangan terbang pun boleh tahan ramai. Baru tiga langkah diatur, langkah terhenti.

“Lelaki tu dari mana? Siap ada luggage London dia lagi. Baru balik dari overseas? Kalau tengok penampilan dia, memang kemas. Macam model pun ada. Nak kata macam artis pun boleh. Tapi kalau artis mestilah aku kenal.” Kepala yang tak gatal digaru.

Tup tup…
Telefon bimbit berbunyi. 


“Ya. Rin dah nak sampai ni. Sabarlah sikit.”

Langkah disambung semula dengan cepat. Alahai abang. Tak tahu sabar betul! Tahulah baru balik dari Jepun. Dah puas berseronok di Jepun, baru nak balik Malaysia. Kalau tak puas berseronok dekat sana, memanglah tak nak balik Malaysia.

-----

Nak tahu rupa luggage London? Milik siapa?
Memang wujud tau! Serius cantik!
Boleh feeling time baca. Klik lahhh.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1500107923344546&set=pb.100000360586343.-2207520000.1500319031.&type=3&theater

Nak teaser lagi?
Klik link di bawah tu semuaa.

Teaser 1

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1502948806393791&set=pb.100000360586343.-2207520000.1500319023.&type=3&theater

Teaser 2

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1504355889586416&set=pb.100000360586343.-2207520000.1500319023.&type=3&theater

Teaser 3

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1506447439377261&set=pb.100000360586343.-2207520000.1500319023.&type=3&theater

Teaser 4

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1509175905771081&set=pb.100000360586343.-2207520000.1500319023.&type=3&theater

Teaser 5

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1510540522301286&set=pb.100000360586343.-2207520000.1500319023.&type=3&theater

Teaser 6

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1514505018571503&set=pb.100000360586343.-2207520000.1500319020.&type=3&theater

Teaser 7

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1516111885077483&set=pb.100000360586343.-2207520000.1500319020.&type=3&theater


Teaser 8


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1527895483899123&set=pb.100000360586343.-2207520000.1500319020.&type=3&theater

Teaser 9


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1529178327104172&set=pb.100000360586343.-2207520000.1500319020.&type=3&theater


Akan ada lebih banyak lagi teaser.
Nantikan yaaa 😍

Monday, June 20, 2016

Jualan Novel Terlaris!


Novel Terlaris!!!
Novel yang bergenre Cinta sweet ala romantik.
Rugi awak semua tak dapatkannya.
Di pasaran susah nak dapat sebab selalu habis.
Jadi hendak cepat, boleh beli novel tersebut dengan penulis.
Kalau beli dengan penulis, akan dapat sign berserta sedikit kata-kata yang ohsem.
Bestnya... tulisan penulis yang ala sweet romantik.
Berminat?
Boleh hubungi penulis di fb. cari saja ERY AIERIL.
Instagram : ery_aieril.
Ataupun boleh whatsapp 01126971971.
oh ya...
Harga berapa?
Sepet Jodohku? - RM35.00
Cinta Si Mamat Cappuccino - RM33.00
Cinta Roller Coaster - RM36.00
Harga yang dinyatakan termasuk postage.
Jika ada kenalan yang meminati novel, mohon hebahkan ya.
Ery Aieril sayang awak semuaaaa. ;)

Friday, June 10, 2016

PROLOG - Kerana Kau Aku Sanggup Terbang



                        “Aku ceraikan kau dengan talak satu!”
                        “Abang!!!”
                        “Apa? Kau nak marah aku?”
                        “Tarik balik apa yang abang cakap tadi.”
                        “Huh! Kau ingat perkataan cerai tu main-main? Senang nak ditarik balik? Aku lafazkan cerai dekat kau, dalam keadaan waras. Jadi… lafaz cerai aku adalah sah!”
                        Mata Rafia terus berkaca-kaca. Dia tak menyangka yang lelaki itu sanggup menceraikan dirinya. Apa salahnya? Kenapa sanggup diceraikan tanpa alasan yang munasabah?
                        “Abang…”
                        “Aku tak nak tengok muka kau lagi! Tolong berambus dari rumah ni!”
                        “Kenapa abang buat Fia macam ni?”
                        “Suka hati akulah, aku nak buat apa pun. Hak aku!”
                        “Hak Fia yang mencintai abang, macam mana pulak?”
                        Si suami senyap.
                        “Sikit pun abang tak sayang Fia?”
                        “Aku kata berambus!”
                        “Kenapa abang…”
                        “Aku kata berambus!!!”
                        Mata Rafia terbuka besar memandang siling bilik. Dia terus bangun dengan nafasnya sedikit tercungap-cungap. Lidahnya dibasahi dengan kalimah Allah.
                        Apa maksud mimpi tersebut?
                        “Ya Allah… Engkau nak beri petunjuk apa lagi kepada aku?”
                        Mulalah hati Rafia Fatina tak tenang.
                        Kali ini dia merasakan mimpi tersebut lain macam sangat.

                        Patut atau tidak, dia percaya pada mimpi tersebut?

Tuesday, April 21, 2015

Bab 1 - Awak Milik Saya


                        Klik!
                        Klik!
                        Wazrul kerjanya asyik tangkap gambar aje. Tak boleh nak buat kerja lain. Kalau sehari tak tangkap gambar, memang tak lengkap hidupnya. Kadang-kadang sampai fikir nak tangkap gambar apa. Buntu! Dia  dengan kamera canon miliknya tak boleh berpisah langsung. Asyik nak berkepit aje. Inilah namanya jodoh dengan canon.
                        Aduhai!
                        Inilah hidup mat photographer.
                        “Kalau tangkap gambar perempuan kan best. Mata ni segar sikit. Cantik! Lemah lembut! Sopan santun! Apa yang paling penting….” Wazrul mula bebel sendirian. Dia mula naik tangga. Apa yang dia belek dengan kameranya pun tidak tahu. Nampak berkilat aje. “Dia ada senyum yang menawan. Bila tengok aje, terus buat hati aku ni tergoda dan jatuh hati.” Dia tertunduk dan senyum sendirian.
                        “Perempuan?” geleng perlahan.
                        Bukan tak suka terhadap perempuan tapi…
                        “Aku ni nampak perempuan pun, tunduk aje. Malu! Kalau belakang perempuan kembang semacam, depan perempuan menguncup. Tak tahu kenapa. Haih! Sampai bila nak macam ni pun tak tahu. Kahwin ke tak aku ni.” Satu keluhan berat dilepaskan.
                        “Jadi berani sikit Wazrul oi!” bisik satu suara.
                        “Dah cuba tapi tak boleh.”
                        “Jadi photographer kena berani. Tak boleh nak takut.”
                        “Aku berani pun sekejap aje.”
                        “Memanglah kau takkan berkahwin.”
                        “Choi! Aku akan berkahwin juga. Mesti ada perempuan nakkan aku.”
                        Lelaki mana yang tak nak berkahwin. Nak ada isteri dan anak. Anak itulah penyambung keturunan. Manalah tahunya anaknya boleh mewarisi bakatnya. Menjadi seorang photographer yang terkenal dan berjaya. Masuk majalah atau TV, dah kira beruntung. Photographer ada nama. Orang pandang tinggi. Tiba sahaja di tingkat atas, dia terus menuju ke bilik bos. Dia macam biasa. Walaupun langkah yang diatur tampak lemah, lelaki itu cuba berlagak kuat.
                        “Bos.”
                        “Dah kenapa?”
                        “Hari ni bos nak suruh saya buat apa pulak?”
                        “Macam biasalah. Saya nak kamu guna kreativiti kamu sendiri.”
                        “Saya manalah tahu. Otak ni dah tak boleh fikirlah bos.”
                        “Macam tu pulak!”
                        “Idea tak ada. Hari ni otak tak boleh proses.”
                        Geleng kepala si Saiful. Insan yang bernama Wazrul, tu dah kenapa? Tak ada mood pula. Macam pelik aje. Biasanya setiap pagi cergas saja tapi pada pagi itu mood macam ke laut aje. Takkan sakit pula kut. Rambut tersisir rapi. Mata tak sembab. Kalau sembab memanglah tak cukup tidur.
                        “Sihat ke tak ni? Kalau tak sihat, ambil MC aje.” Ujar si Saiful.
                        “Sihatlah bos. Macamlah bos tak kenal saya. Saya mana suka cuti.”
                        “Hari ini saya tak kenal kamu. Kamu lain sangat!”
                        “Apa yang lainnya? Saya biasa ajelah.” Wazrul mendongak.
                        “Hari ini kami memang lain. Serius saya katakan.”
                        Saiful duduk di kerusi. Wazrul di hadapan mejanya. Fail yang berada di atas meja tersusun rapi. Macam biasa setiap pagi Saiful akan mengemas meja. Biar nampak kemas. Mata pun tak sakit memandang. Bila hati tenang, nak buat apa pun boleh. Nak mesej dengan kekasih hati pun boleh. Senyum meleret saja.
                        Erk!
                        Lagi tiga bulan nak bertunang.
                        “Kamu sakitkan?” soal si Saiful.
                        “Mana ada. Saya…”
                        “Jangan nak tipu sayalah. Awak bekerja dengan saya bukannya sekejap. Saya dah faham sangat  perangai kamu macam mana. Kamu tu bukan setakat photographer untuk syarikat saya ni tapi saya dah anggap kamu ni seperti kawan saya. Saya ambil berat pasal kamu dan kakitangan lain. Kalau betul tak sihat, ambil cuti. Hari ni tak payah kerja.”
                        “Saya cuma pening kepala aje.”
                        “Dah! Pergi ambil cuti. Dah sakit kepala, nak buat kerja apa pun tak boleh. Kalau buat juga, tak boleh fokus. Setiap hasil kerja kamu, saya nak yang terbaik. Semua orang kenal kamu dan tahu hasil kerja kamu macam mana. Jangan sesekali mengecewakan saya!”
                        Wazrul tak suka ambil cuti melainkan dia hendak berbuat sesuatu yang penting saja. Sakit boleh diatasi. Tak boleh nak manjakan sangat badan. Kalau dah berehat mulalah rasa malas. Itu yang dia tak suka. Dia nak jadi seorang yang rajin. Rajin membuahkan hasil. Kalau malas membuahkan…
                        Anak-anak pemalas!
                        “Bos janganlah risau. Saya ni kan kuat. Saya takkan pengsan punya. Saya boleh buat kerja lagi. Lagi pun, saya mana boleh duduk diam. Ada aje benda yang saya nak buat. Kalau saya terasa nak cuti, saya cuti. Okay?”
                        “Yalah tu. Risau pulak saya dengan kamu  ni.”
                        “Risau tu simpan dulu dalam laci meja bos tu. Apa plan hari ni?”
                        “Saya?”
                        “Bukan bos tapi saya.”
                        Saiful tak faham. Dia mula berkerut dahi. Plan apa pula? Baru masuk kerja dah kena fikir pasal plan. Semalam dia ada cakap apa-apa ke kepada Wazrul? Dia mula memikir. Setahunya tiada. Semalam lelaki itu bertugas di luar. Masuk pejabat pun pada waktu pagi. Itu pun sekejap. Wazrul menggeleng.
                        “Bos tak payahlah nak berkerut dahi macam tu. Bos tak fahamlah ni?”
                        “Plan apa?”
                        “Ish bos ni! Lupalah tu! Hari ni saya nak tangkap gambar apa?”
                        “Oh…Entahlah. Macam tak  ada job.”
                        “Tak  ada? Baguslah. Tak adalah saya nak berjemur panas. Lega!”
                        Saiful mula berfikir sesuatu. Takkan tak ada kerja pula kut. macam ada. Dahinya mula berkerut kembali. Setahunya semalam ada orang datang ke pejabat. Minta buat sesuatu tapi apakah benda itu? Aduh! Kuat lupa betul! Dia mengetuk kepala perlahan. Wazrul yang melihatnya malas nak ambil tahu. Dia membelek kamera canon di tangan. Tiup pula. Ada habuk melekat.
                        “Hah!”
                        “Bos nak makan apa?”
                        Melatah pula si Wazrul. Geram pula dia melihat Saiful. Dia mengurut dada perlahan. Hendak saja dia hempuk kepala bosnya itu dengan fail di atas meja itu. Saiful hanya tersengih saja. Ingatkan perempuan saja yang kuat melatah, lelaki pun ada yang melatah.
                        “Macamlah kamu tak kenal sayakan…”
                        “Nasib baik saya tak pergi KPJ.”
                        “Sorry… sorry. Kami ada kerja hari ni.”
                        “Laaa… kata  tak  ada. Baru nak rest.”
                        “Saya baru teringat. Kalau kita tak ambil job ni, memang rugi.”
                        Wazrul mengeluh. Terpaksalah dia buat kerja sebentar lagi. Bosnya suka sangat bagi harapan palsu. Lain kali fikir betul-betul ada kerja atau tidak. Saiful buka fail hitam. Dia hendak semak butiran yang ada di situ supaya tidak silap. Nampaknya kerja kali itu tidak susah pun. Tak susah tapi berharga.
                        “Kamu kena tangkap gambar bunga.” Pinta si Saiful.
                        “Hah? Bunga?”
                        “Kamu jangan risau. Ambil masa kamu dalam sebulan ni. Cari bunga yang menarik dan position yang bagus. Saya tahu kemampuan kamu. Lagi pun gambar tu  nak letak dalam majalah. Kalau kamu buat dengan baik, nama syarikat kita yang naik. Terkenal! Kamu pun turut terkenal. Apa yang penting, saya bagi bonus tiga bulan gaji kepada kamu. Okay?”
                        “Ini bukan masalah terkenal, pasal bonus tapi masalahnya saya.”
                        “Kamu? Ada masalah apa pulak?”
                        “Takkanlah… ish! Bos sendiri tahukan yang saya ni…”
                        “Anti dengan bunga?”
                        “Urm. Tahu pun!”
                        “Si  bedol Mail tu cuti hari ni. Kamulah yang kena buat.”
                        “Tunggu esok ajelah. Biar si bedol tu buat.”
                        “Dia cuti seminggu.”
                        Erk!
                        Wazrul terus tertelan liur. Sedikit terkejut! Memanglah si bedol tu hendak kena dengannya. Kenapa lelaki tu nak cuti dia tak tahu? Ish! Mesti nak kenakan dirinya. Jangan-jangan si Mail tu tahu tentang projek ini. Selepas tu mengelak. Dia pula yang kena. Dia mengeluh lagi. Sabar sajalah. Lagi pun jikalau lelaki itu beritahunya, mesti tak boleh cuti. Tapi kenapa tiba-tiba ambil cuti?
                        Pelik bin musyhkil!




                        “Masalah betul! Baru nak rilek hari ni. Choilah!”
                        Wazrul sudah menggeleng. Dah berapa kali geleng pun, tak terkira. Habis rosak rancangannya. Nak cari kasut tak jadi. Rancangannya yang satu itu ditangguh lagi. Berapa kali nak tangguh pun tak tahu.  Geram pula dia dengan si bedol a.k.a Mail Malik. Cuti tak beritahu pula tu. Siaplah lelaki itu apabila sudah naik kerja nanti. Kena belanja mee kari secret recipe.
                        “Bunga?”
                        Tabahkan hati. Tak suka bunga, dia kena suka. Keluh pula. Buntu!
                        “Aku nak tangkap gambar bunga apa pulak?”
                        “Bunga tahi ayam ajelah. Habis cerita.” Bisik satu suara.
                        “Ish! Gila ke  apa! Agak-agaklah.”
                        “Boleh apa. Cantik pun cantik.”
                        “Memanglah cantik tapi busuk. Kalau orang sekali pandang aje bunga tu, dah boleh agak nak cakap apa. Tup tup kalau orang berpemikiran jauh, orang tahu nilai seni tu apa, dapat tahu apa maksud penyampaian bunga tu.”
                        “Mulalah bahasa tu tahap tingkat empat. Choi!”
                        “Yalah. Contoh paling senang, orang. Luar nampak cantik tapi dalam… hampeh!”
                        “Bunga ada kaki tak nak?”
                        “Gila ke apa!”
                        “Apa salahnya kan?”
                        “Sekejap! Bunga ada kaki? Maksudnya?”
                        “Masuk simpang tiga dekat depan sana tu! Nanti dapat jawapan.”
                        Haih! Bunga ada kaki? Maksudnya? Otak Wazrul masih memikir. Bunga jenis apa pula tu? Kamera canon di tangan dilihat. Cari bunga lain. Idea masih tak  ada. Dia harus pergi ke mana? Takkan nak merayap di tepi jalan raya pula. Semata-mata nak cari bunga? Dia takkan berbuat begitu. Nanti orang kata tak betul pula. Sudahlah orang sudah mula kenal dirinya. Sebut sahaja nama Wazrul Aideen, berkulit putih, kening lebat, biji mata coklat, orang dah kenal. Dah macam artis lagaknya. Esoknya keluar surat khabar muka depan. Muka depan? Gila tak glamor!
                        “Apa kata kau pergi kedai bunga?” bisik suara itu lagi.
                        “Kedai bunga?”
                        “Di simpang tiga depan tu, ada kedai bunga. Try sana!”
                        “Itu bunga kertaslah. Aku nak bunga betul.”
                        “Carilah bunga yang dalam proses awet. Otak bagi berfungsi sikit, Wazrul oi!”
                        “Yek?”
                        “Kira untung aku bagi idea. Harap kau? Memang taklah.”
                        Wazrul mula mengusap dagu. Boleh pakai juga idea tu. Pergi ke kedai bunga tapi bunga apa aje yang ada? Dia mula berfikir lagi. Kalau setakat bunga mawar, matahari, pasti ada. Dia menggeleng pula. Bunga tu dah biasa tengok. Nak yang lain sikit. Jadilah jurugambar yang ada nilai. Kreatif!
                        “Apa kata kalau aku pergi nursery? Okay tak?” soalnya sendirian.
                        Dia beranggapan kalau pergi ke sana, boleh tengok pokok hidup di depan mata. Ada pelbagai jenis bunga. Tanam dalam pasu lagi. Salah satu bunga kesukaannya adalah bunga orkid. Di sana pasti ada pelbagai jenis bunga orkid. Dia suka bunga tulip juga tapi manalah ada dekat sana. Bunga tu ada di luar negara aje. Dia mengangguk dan mula memandang keadaan sekitar. Nasib baiklah dia sudah handal kawasan itu. Nursery yang terdekat bolehlah dia pergi. Tengok spesis bunga apa yang ada. Langkah mula diorak.
                        Sampai sahaja ke tempat yang dituju, langkah terhenti. Besarlah juga tempat tersebut. Dari luar pun, sudah nampak kelibat pokok bunga. Berkembang mekar pula tu. Dia ingat lagi kata-kata bos  tadi. Dia ada masa sebulan untuk mencari bunga yang menarik. Nak disiarkan dalam majalah, mestilah gambar yang menarik dan terbaik.
                        Langkah diatur masuk ke dalam. Dia tersenyum lebar. Sampai sahaja ke satu tempat di mana dipenuhi dengan bunga mawar, langkah terhenti. Dia terus tertelan liur. Mata tak berkelip. Cantik kut.
                        “Amazing!” ujarnya perlahan.
                        “Apa yang amazing nya tu?” Bisik suara itu lagi. Muncul tak sudah!
                        “Bungalah.”
                        “Bunga biasa atau yang luar biasa?”
                        “Entah. Apa yang penting, bunga tu menarik.”
                        “Kau tak nak petik?”
                        “Boleh ke?”
                        “Tak cuba kau tak tahu. Apa yang penting kau kena berani. Go wazrul!”
                        Mulalah Wazrul rasa semacam. Bunga tu terlampau cantik. Tak pernah nampak di tempat lain. Mulalah peluh menapak di dahi. Redup kut. Tak panas pun. Macam pelik aje. Jejak diatur sedikit perlahan. Kalau boleh nak lambat sampai. Nak tengok bunga tu puas-puas. Kamera di angkat ke atas. Sesi tangkap gambar bermula.
                        Klik!
                        Klik!
                        Klik!
                        Tiga gambar sudah siap diambil. Masih tak cukup. Biar banyak gambar diambil, nanti boleh pilih hasil yang terbaik. Semakin dekat. Akhirnya!
                        “Hello… miss?”
                        “Yes?”
                        “Can I know your name?”
                        “My name?”
                        “Yes.”
                        “For what?”

                        Gila ke  apa si Wazrul ni! Ini bunga apalah pulak. Takkan bunga boleh bercakap kut! Lain macam tu. Bunga ada rambut, hidung dan mulut? Serius cantik. Hati dah melekat, mulalah mata tak berkelip melihat. Inilah namanya bunga ada kaki.

Tuesday, November 11, 2014

Cinta Sepahit Cappuccino - 5

Laju saja langkah Liyana menuruni anak tangga rumahnya. Tersilang kaki baru tahu. Jatuh tergolek sampai ke bawah. Kalau sudah jatuh tu jadilah macam nangka busuk. Sakit satu badan. Dia sudah pandang papanya di meja makan. dan tersenyum nipis.
                        “Yana nak pergi mana tu?”
                        “Nak keluar sekejap. Jumpa kawan.”
                        “Kawan yang mana?”
                        “Pa… Yana kan…”
                        “Kamu tu anak papa. Mestilah papa nak tahu kamu keluar dengan siapa.”
                        “Papa jangan risaulah. Yana tahu jaga diri. Lagi pun ini kan hujung minggu.”
                        “Balik bila?”
                        “Macam biasa. Sebelum pukul 5.”
                        Kamarul terus meneguk air kopi. Lega sedikit tekaknya. Tak kering lagi.
                        “Papa.”
                        “Nak apa? Duit?”
                        “Taklah.”
                        “Habis tu?”
                        “Yana nak pinjam kereta. Boleh?”
                        “Yalah. Hati-hati.”
                        “Yana pergi dulu.” pinta Liyana dan terus berlalu dari situ dengan cepatnya.
                        Kelam kabut!
                        Menggeleng Kamarul dibuatnya. Tak sempat dia hendak mencelah kata. Satu keluhan dilepaskan.. Ke mana sajalah anaknya mahu pergi ketika itu. Fikir positif saja. Selama ini pun anaknya tidak pernah buat hal. Tahu jaga pergaulan. Sandwich di hadapannya itu diambil lalu  disuapkan ke mulut. Berseoranganlah dia pada pagi itu. Anak mata sudah melihat keseluruhan isi atas meja. Banyak betul makanan yang dibuatnya tadi. Semuanya makanan kegemaran anaknya. Rasa macam membazir pula.
                        “Siapalah yang nak makan semua ni. Kalau tahu jadi macam ni, buat sikit aje tadi. Tak tahulah pulak nak jadi macam ni. Tapi  tak apalah. Selagi boleh disumbat dalam mulut ni, sumbat ajelah. Nak gemuk badan ni, gemuklah.” Dia tersenyum nipis. Sandwich ditangannya di suap lagi ke dalam mulut.
                        Dalam suapan ketiga, Kamarul teringat hal semalam. Sebaik saja anaknya keluar dari kedai, dia perasan anaknya mengikuti seorang lelaki. Dia sudah pelik. Lelaki yang diekori anaknya itu sudah mendapatkan seorang lelaki yang agak berusia. Berkerut dahi Kamarul melihatnya.
                        Macam kenal tapi…
                        Kamarul mengamati lagi. Sah! Dia memang kenal.
                        Bukan ke tu lelaki tadi? Lelaki yang terlanggar dengan aku. Apa hubungan dia dengan budak lelaki tu?  Soal fikiran Kamarul.
                        Tanda tanya!
                        Asyik terfikir je!
                        Mereka sudah menahan teksi di tepi jalan dan dinaiki. Kamarul perasan anaknya turut menahan teksi dan mengikuti lelaki itu. Kamarul pelik. Kenapa pula anaknya hendak mengikut pula? Ada sesuatu yang terjadi ke? Niatnya untuk bersarapan ketika itu dibatalkan. Dia terus mendapatkan kereta  dan mengikuti jejak anaknya.
                        Dalam perjalanan, Kamarul sudah perasan teksi yang dinaiki anaknya berhenti di bahu jalan. Dia sudah menjauhkan kedudukan kereta   dari tempat keberadaan teksi anaknya itu. Mujur cermin gelap. Orang luar tak nampak bahagian dalam kereta. Senanglah sedikit untuk Kamarul mengetahui apa yang terjadi. Liyana  pun tidak akan perasan kehadirannya ketika itu. Rasa berdebar-debar pula Kamarul ketika itu.
                        Fariz dan ayahnya sudah keluar dari perut teksi  dan mengatur langkah perlahan masuk ke halaman rumah. Fariz hanya tersenyum.
                        “Ayah hati-hati.”
                        “Kamu jangan risaulah. Ayah okay aje.”
                        “Ayah nampak macam tak sihat. Itu yang Fariz risau.”
                        “Ada-ada aje kamu ni.”
                        Liyana keluar pula dari perut teksi dan terus menyorok di sebalik batang pokok besar. Dia sudah memandang ke dalam. Sayu sungguh dia melihat keadaan rumah di hadapannya itu. Kelihatan papan yang macam hendak reput saja. Bertambah rasa sebak di hati.
                        “Ya Allah. Ini ke rumah  dia? Usangnya rumah dia.”
                        Sampai saja di anak tangga, Ahmad memasuki dahulu ke dalam rumah. Fariz sudah buka kasutnya. Dia hanya tersenyum saja sebab dapat menjejaki ke rumahnya kembali.  Ternyata Allah masih memberi peluang kepadanya untuk bernafas lagi.
                        Liyana terkejut dengan kehadiran tiga orang lelaki ketika itu. Macam orang nak cari pasal aje. Kaki gaduh? Kaki samseng? Macam ya! Liyana sendiri pun tidak tahu. Tak berani nak menuduh.
                        Lintah darat?
                        Cepat-cepat Liyana membuang semua tanggapannya. Itu semua tak betul!
            Kamarul yang melihat dari dalam kereta turut pelik. Siapa pula lelaki-lelaki itu? Apa mereka mahukan? Tidak lama selepas itu, Kamarul perasan anak muda lelaki itu rebah ke jalan dan kelihatan seperti sedang menangis. Dia perasan anaknya turut menangis. Kamarul semakin pelik.
                        Apa dah terjadi sebenarnya? Soal hatinya.
                        Kamarul minum air kopi lagi. Teringat lagi hal malam semalam. Sebaik saja, anaknya tutup pintu rumah, dia terus duduk di sofa. Lemah saja keadaan anaknya ketika itu. Kamarul  mendapatkan Liyana.
                        “Kamu ni dah kenapa? Ada apa-apa yang berlaku ke?”
                        “Yana penat.”
                        “Cuba beritahu dekat papa. Kenapa mata tu sembab aje? Yana baru lepas menangiskan? Papa kenal anak papa.”  Dia sudah dapat mengagak mesti ada kaitan yang terjadi tadi.
                        Liyana diam. Rasa sebak yang dirasai tadi masih terasa. Walaupun telinga menangkap semua perbualan, hati ni….
                        Remuk!
                        Derita!
                        Mata dipejam perlahan. Masih terbayang bagaimana reaksi lelaki itu selepas dihina teruk oleh manusia yang tak bertamadun itu. Langsung tak ada adab! Menghina aje kerjanya! Macamlah diri tu sempurna sangat!
                        “Sayang….”
                        Liyana masih tertunduk. Kamarul memegang bahu Liyana dengan lembut.
                        “Just tell me, sayang.”
                        “No, pa. Yana…”
                        “Apa gunanya seorang ayah kalau tak dapat dengar masalah anak dia. Selama ni pun Yana selalu cerita masalah Yana dekat papa. Sampai ada orang gila nak kacau Yana pun, Yana kongsi dengan papa. Bukan setakat orang gila, Yana kena kejar dengan anjing pun, Yana beritahu papa. Kucing? Ingat?” tersenyum nipis.
                        “Ish papa ni! Hal tu dah lama kan.” Mula tersenyum.
                        “Papa ingat lagi macam mana reaksi Yana ketika tu. Takut macam kena kejar harimau aje. Macamlah anjing tu larat nak kejar. Anjing patah kaki aje pun.”
                        Akhirnya Liyana menggaris senyum nipis. Sempat lagi dia memukul perlahan tangan Kamarul. Malu! Pasal kucing tu pun, memang tak boleh dilupakan. Gara-gara kucing meleset dekat kaki, dia terus menjerit kuat. Berdengung seluruh isi rumah. Macam terkena cakar kucing aje. Kamarul yang mendengar, sudah tutup telinga. Tak tahan! Bingit!
                        Liyana tersenyum mengingat peristiwa tersebut. Sehingga ke detik itu, dia fobia apabila terserempak dengan binatang berkaki empat tu. Geli!
                        “Papa ingatkan pasal Yana derma darah tu?” soal Liyana.
                        “Kenapa? Yana tak tenang selagi tak jumpa lelaki tu?”
            “Mulanya memanglah macam tu. Yana takkan tenang selagi tak jumpa dia. Rasa gelisah aje! Untuk pengetahuan papa, Yana dah jumpa dia.” jelas Liyana lemah tertunduk.
                        “What?!”
                        Kamarul tersentak. Tekaannya hampir mengena. Jikalau betul apa yang dilihat tadi, ternyata lelaki itu adalah penerima darah anaknya. Itu bermakna lelaki yang terlanggar dengannya siang tadi adalah ayah kepada lelaki itu? Kecil betul dunia ni sehingga terlalu cepat merungkai segala persoalan yang ingin diketahui.
                        “Betul ni?”
                        Liyana mengangguk perlahan.
                        “Yana jumpa dekat mana?” soal Kamarul pura-pura. Dia mengingin tahu hal yang sebenar dari mulut anaknya.
                        “Sebenarnya….”
                        Lepas saja  Liyana menceritakan di mana pertemuannya dengan lelaki itu, mulut terasa berat untuk menceritakan tentang kisah hidup lelaki itu pula. Bukan hendak campur tangan tetapi dia kesian dengan nasib yang dialami lelaki itu. Kamarul patut tahu. Kata-kata lelaki yang sudah macam penyangak itu masih bermain di cuping telinga. Dah macam mendengar pita rakaman aje. Tahulah diri tu lahir dalam keadaan sempurna, tak payahlah sampai memerli dan mengaibkan orang.
Kamarul sedikit pelik dengan tingkah Liyana ketika itu.
                        “Papa nak tahu sesuatu tak?”
                        “Apa dia?” Risau Kamarul dibuatnya.
                        “Pasal lelaki tu.”
                        “Kenapa dengan dia?”
                        “Dia tak sempurna.”
                        Dahi Kamarul berkerut. Tak faham.
                        “Tak sempurna? Maksud Yana?”
                        “Papa jangan terkejut tau. Hal ni memang kita tak sangka.”
                        “Beritahu aje. Jangan buat papa risau.”
                        Liyana mengumpul kekuatan untuk mengungkapkan hal yang sebenar. Bukan untuk mengaibkan tentang lelaki itu tetapi tumpang rasa simpati. Mungkin ada pertolongan yang boleh diberikan kepada keluarga lelaki itu.
                        “Dia sebenarnya anak luar nikah.” jelas Liyana perlahan. Tertunduk lagi.
                        Kamarul sedikit terkejut  mendengarnya. Dia macam tidak percaya apa yang didengarinya ketika itu.
                        “Yana jangan nak buat cerita. Yana sedar tak  apa yang Yana cakapkan ni! Kalau hal tu tak betul, boleh jadi fitnah. Tahu tak! Memfitnah tu hukumnya lebih berat daripada membunuh.”
                        Liyana pantas menggeleng. Dia memandang Kamarul.
                        “Pernah ke Yana tipu papa?”
                        Kamarul terdiam. Memang benar anaknya itu tidak pernah menipu kepadanya. Jikalau Liyana hendak meminta sesuatu pun kepadanya, pasti akan berterus-terang. Itu satu hal yang tak boleh dinafikan. Perangai anaknya yang satu itu persis seperti isterinya.
                        “Betul ke ni, sayang?”
                        Liyana mengangguk.
                        “Mana Yana tahu?”
                        Liyana sudah cium lembut tangan Kamarul.
                        “Betul pa. Yana tak tipu. Sebelum tu Yana nak minta maaf dekat papa. Yana tak beritahu papa yang Yana ikut dia siang tadi sampai ke rumah dia. Yana tinggalkan papa. Hati Yana terdetik untuk mengikut dia. Tak sangka pulak bila sampai sana, ada sesuatu yang tak diduga berlaku. Yana dapat tahu rahsia besar lelaki itu. Yana sendiri pun terkejut bila dengar semua tu. Rasa macam nak gugur  jantung ni.” bela Liyana sungguh-sungguh.
                        Kamarul diam. Liyana menceritakan semuanya kepada dia.  Kamarul tidak mengungkapkan sepatah kata pun. Asyik betul dia mendengar penjelasan anaknya. Tidak disangka air mata yang tumpah ke wajah lelaki itu, adalah hal yang sukar hendak ditanggung. Dugaan yang terlalu besar. Kini, Kamarul benar-benar dapat merasai penderitaan yang ditanggung oleh lelaki muda itu. Terlalu penuh dengan episod penderitaan. Kejam betul orang yang selalu berfikir negatif dan suka mengaibkan orang.
                        “Akhir sekali, Liyana dengar yang lelaki tu mengaku  sendiri yang dia memang anak luar nikah. Ayah dia terlanjur dengan seorang perempuan ni. Sampai sekarang ayah dia tak kahwin lagi. Disebabkan memikirkan anak yang bakal lahir, ayah dia tekad untuk bertanggungjawab dan  menjaga dia. Sanggup membujang sampai ke tua. Pasal emak lelaki itu, Yana tak tahu.”
                        Kamarul mengenggam erat tangan Liyana.
                        “Apa lagi Yana dengar?”
            “Lelaki tu tak peduli dengan segala cemuhan dan cacian orang kampung. Dia pekakkan telinga. Dia memang seorang yang tabah. Kesian Yana tengok dia masa tu, pa. Kalau papa ada masa tu, mesti papa sedih. Memanglah dia tu anak luar nikah, janganlah orang memandang  hina dekat dia. Bukannya salah dia pun. Dia tak minta pun dilahirkan macam tu. Dia ada hak nak hidup macam orang lain. Yang bersalah pun ayah dia.  Yalah! Setiap orang dekat dunia ni berhak di beri peluang kedua.” luah Liyana lagi. Gugur air mata jernihnya.
                        Sebak pula Kamarul mendengar cerita anaknya. Dia sudah peluk Liyana dengan erat. Kepala anaknya diusap lembut.
                        “Sabar ya, sayang.”
                        “Yana betul-betul kesian dekat dia. Yana rasa macam nak tolong aje ringankan beban dia. Tapi Yana buntu. Tak tahu nak buat apa.”
                        “Papa faham perasaan Yana. Papa pun kesian dekat dia. Tapi Yana kena ingat, setiap manusia tak lari dari melakukan salah. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hambaNya yang ingin bertaubat. Allah tu Maha Pengampun, sayang. Dia sayang kepada hamba-hambanya.”
                        Liyana masih dengan tangisan air mata. Akalnya ligat berfikir dengan cara apa dia harus membantu lelaki itu. Takkan hendak tiba-tiba muncul depan lelaki tu? Mestilah lelaki itu pelik. Apatah lagi mendapat tahu di mana dia tinggal. Fikir Liyana! Teruskan berfikir.
           “Apa yang papa kagum sekarang, ayah dia dah sedar dari salah silap dia dulu. Papa tabik apa yang dia buat.  Ayah lelaki tu sanggup menjaga anak dia. Dia tak buang anak dia. Terbela jugak nasib anaknya tu. Dia memang seorang ayah yang bertanggungjawab. Jarang kita dapat tengok  hal macam ni dekat  luar.”
                        Diam.
                        “Guna otak dan berfikir.”
                        “Maksud papa?”
                        “Yana boleh bayangkan tak, kalau ayah lelaki itu buang anak dia ke tempat pembuangan sampah? Apa nasib bayi tu nanti? Hidup dalam kesejukan. Mati kelaparan. Dekat badan dia masih bermandikan darah. Tali pusat masih ada. Hina sangat ke bayi comel tu sampai sanggup diperlakukan sampai macam tu sekali? Kalau dibiarkan bayi masa tu, mungkin dah boleh dijadikan bahan makanan anjing-anjing liar. Memang tak boleh dibayangkan. Tak sanggup! Kasihan! Papa memang betul-betul kesian dengan bayi tu. Memang langsung tak  ada sikap kemanusiaan orang yang buang bayi tu. Binatang pun sayang anak.”
                        Pendengaran Liyana tidak sanggup mendengar kata-kata Kamarul lagi. Dia sudah menggeleng perlahan. Makin lebat air mata  yang jatuh. Dia seakan dapat merasakan keadaan bayi tersebut. Bayi yang tidak bersalah dan masih suci boleh dibuat macam sampah. Tak  ada sivik betul! Jikalau tidak mahu sekalipun bayi tu, letaklah di rumah anak yatim. Rumah kebajikan pun boleh. Terbela juga nasib bayi itu. Ada insan yang menyayanginya.
                        “Macam Yana cakap tadi, lelaki itu memang tak bersalah. Tapi Yana kena tahu, hidup dekat dunia ni tak lepas dari terkena cemuhan dan cacian orang apabila  mendapat tahu keburukan seseorang itu. Susah kita  nak jumpa orang yang boleh terima kita dengan seadanya. Kita ada fikiran yang waras, berpelajaran, dan jangan jadi  macam dia orang tu. Suka menghina aje! Kita boleh berfikir secara rasional terhadap apa  yang kita tempuhi. Berfikir secara baik itu yang membezakan seseorang itu dengan orang lain. Papa pasti, kedudukan lelaki itu di sisi Maha PenciptaNya teramat tinggi. InsyaAllah syurga tempatnya nanti. Allah teramat sayang kepada dia.” luah Kamarul lagi.
                        Liyana mengesat air mata. Dia sudah menyembam wajah ke bidang dada Kamarul. Kuat pula tangisan yang dikeluarkan. Kamarul hanya membiarkan saja Liyana  melayan perasaan. Dalam pada masa yang sama, dia kagum dengan sikap prihatin anaknya.
                        “But the important is…”
                        Wajah Kamarul terus dipandang.
                        “Apa, pa?”
                        “Kebijaksanaan. Itu yang membezakan kita dengan orang lain.”
                        Liyana tersenyum pahit.
                        Ya Allah. Engkau tabahkanlah hati lelaki itu. Berikanlah kebahagiaan dalam hidupnya. Hindarilah dia dari segala cemuhan dan cacian orang. Pinta hati Kamarul.




                        Liyana sudah memperlahankan kereta di bahu jalan. Dia sudah memandang ke  luar kereta. Pandangannya sudah tertancap pada rumah papan yang dah kiranya boleh dibuat muzium saja. Usang sungguh. Kereta BMW nya diberhentikan.
                        “Mana pulak dia ni?”
                        Masih tiada orang.
                        “Tak nampak pun batang hidung dia. Ish! Tak naklah aku batang hidung dia tu. Banyak tahi hidung aje! Menyesal aku cakap hidung. Aku nak rambut karat dia. Dengan rambut karat dia tu, senang sikit aku nak kenal pasti dia. Pergi mana-mana aje nampak rambut karat, mesti teringat dekat dia. Nak sangat diri tu perasan macam orang Hollywood.”
                        Fariz sudah menyarung selipar jepun dan mengatur langkah. Dia memakai pula  songkok hitam di kepala. Kala itu dia hanya berpakaian baju melayu berwarna biru gelap. Kelihatan tenang saja dari riak wajahnya. Dia sudah melipatkan sedikit lengan bajunya.
                        “Nanti bila nak buat kerja, tak  adalah kotor. Aku kena berjimat. Duit dah semakin sikit. Nanti kalau beli sabun baju, tak cukup pula duit nak makan. Fariz… kasihanlah dekat ayah kau. Dia dah tua. Kau kena senangkan hati dia dan bukannya susahkan hati dia.” ujarnya perlahan lalu tersenyum.
                        Dalam leka Liyana melihat persekitaran rumah tersebut, dia sudah perasan kehadiran  seseorang. Liyana hanya tersenyum saja. Mood yang merudum tadi automatik  menjadi gembira. Macam dapat gula-gula aje.
                        Ceh!
Macam budak tadika betul!
Cermin kereta dinaikkan. Takut pula lelaki itu nanti perasan kehadirannya ketika itu. Dalam pada masa yang sama, dia terpegun dengan penampilan lelaki itu. Rasa macam tidak percaya pula.
                        “Ya Allah. Lelaki ni dah kenapa! Suka sangat buat aku macam orang tak betul. Kacaknya dia ni! Macam kaki masjid aje. Amboi! Ayat tak boleh bla betul aku ni. Cakap handsome kan senang. Macam janggal aje nak cakap perkataan kacak tu. Urm… tapikan dia pakai pakaian macam ni memang menampakkan  lagi kekacakan dia. Bedal ajelah  Yana oi! Kacak pun kacaklah. Sejuk aje mata aku memandang dia. Aku memang dah jatuh hati dekat dia.”
                        Fariz sudah berada di bahu jalan. Dia sudah pandang ke kiri dan kanan. Lagaknya macam hendak menyeberang jalan saja. Setelah keadaan jalan raya kelihatan lenggang  sedikit, dia  menyambung kembali langkahnya. Fariz sudah masuk ke perkarangan surau.
                        Liyana pelik.
                        “Surau?”
                        Mata digosok perlahan. Tengok lagi.
                        Betul!
                        “Dia nak buat apa pulak dekat situ?  Takkan nak sembahyang kut. Sembahyang apa pagi macam ni. Waktu subuh dah habis.” bebel Liyana lalu lihat jam di pergelengan tangan.
                        Tersentak!
                        Liyana tersengih pula. Betul ke tidak Liyana ni. Tiba-tiba aje tersengih.
                        “Dah memang dia pakai baju melayu, mestilah nak ke surau. Aku ni pun satu. Tak boleh fikir langsung. Asyik blur aje! Apa pun tak boleh. Kenapalah sejak menjak ni otak aku blur aje. Kurang makan vitaminlah ni.” Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.
                        “Sekejap! Pukul 10? Takkan sembahyang sunat kut! Dekat rumah pun boleh buat.”Liyana mengeluh pula. Dia sudah bersandar di kerusi. Anak matanya masih memandang surau di seberang jalan itu.
                        Tersentak lagi.
                        “Betul ke mamat tu nak sembahyang? Takkanlah! Rambut pun macam warna besi karat. Bukan setakat macam aje, memang warna besi  karat. Ish! Mereng agaknya lelaki ni. Ada skru longgar ke  apa dekat kepala tu.  Memanglah tak sah sembahyang tu. Sia-sia je dia buat. Sengallah dia ni!”
                        Suka hati aje Liyana cakap orang sengal, merenglah. Macam diri tu cukup sempurna aje hendak mengata orang. Tersentak kali ketiga.
                        “Tapikan…”
                        Kejadian di coolblog terus menerjah ke dalam otak. Malu lagi! Tertunduk. Geleng perlahan.
                        “Berdosanya aku cakap dia macam tu. Kan kakak tu cakap, warna rambut lelaki tu original. Ish! Aku ni memang kuat pelupa. Untunglah kau mamat cappuccino oi! Sejak kecil lagi  rambut tu dah perang. Tak payahlah nak inai ke atau pun nak warnakan  rambut. Rambut aku juga yang hitam.” Kepalanya diketuk perlahan.
                        Liyana sudah terpandang kerusi di sebelahnya. Ada sehelai selendang.  Senyum lebar. “Memang kaulah mangsa aku.” Selendang terus diambil.
                        Surau dipandang kembali. Selendangnya terus diletakkan di kepala dan diperkemaskan. Habis dililitnya. Liyana  melihat cermin. Makin melebar senyumannya.
                        Ayu!
                        Comel!
                        “Siap! Cantik jugak aku pakai selendang ni. Dah aku ni cantik, pakai apa saja mesti cantik. “
                        Amboi! Perasan habis si Liyana ni. Tak habis-habis nak perasan cantik. Setiap manusia dekat dunia ni ada kelebihan yang tersendiri. Jika bukan Allah mengurniakan kecantikan, Allah memberi yang lain.
                        Kepandaian!
                        Bakat!
                        Pintu kereta dikuak lalu keluar dari perut kereta. Liyana sudah melihat pakaian yang terletak di tubuh. Sopan dan tidak terlalu ketat. Sesuailah jika dia masuk ke rumah Allah itu. Liyana sudah pandang ke kiri dan kanannya lalu melintas ke seberang jalan. Tak sabar pula dia  untuk melihat lelaki itu lagi.
                        Elok saja Fariz masuk ke perkarangan surau, dia rasa ada sesuatu yang tidak kena. Jantungnya mula berdetak kencang. Biasanya kalau dah berdetak kencang seperti itu, tandanya… dia pantas menggeleng. Tak mungkin! Orang macam dia, manalah ada perempuan yang nak. Duit sudahlah tak  ada. Rupa tak  ada. Rumah buruk. Kalau perempuan tahu semua tu, terus lari. Tak tahu nama pun tak  apa.
                        “Mana pulak dia ni? Sekejap betul hilang.”
                        Liyana  memanjangkan leher. Dia melihat sekeliling. Sunyi sepi. Macam tak  ada orang aje. Apa yang dia pelik, ke mana pula lelaki itu pergi? Dalam surau? Mungkin! Dia mengangguk perlahan. Tidak lama selepas itu dia perasan ada kelibat lelaki. Liyana  segera  menyorok di sebalik dinding dan curi-curi pandang lelaki itu. Lelaki itu bersama dengan seseorang. Mungkin ahli jawatankuasa surau.
                        “Muncul pun. Nasib baik surau ni tak besar macam masjid. Kalau tak jenuh aku nak mencari.” Selesai sahaja Liyana membetulkan selendang di kepala, dia tersentak!
                        “Adui! Aku ni dah macam pengintiplah  pulak! Kalau mat rambut perang tu tahu yang  aku ada dekat sini, memang  masak lemak cili api aku dibuatnya. Bukang setakat masak lemak cili api, asam pedas pun boleh. Ada lebih, digoreng pulak. Ish! Apalah yang aku melalut ni. Inilah kes tak cukup vitaminlah ni. Melalut tak tentu pasal.”
                        Liyana menutup muka dengan kedua-dua tangan. Sudah kenapa pulak dia ni! Macam minah gedik aje gayanya. Dia cuba menenangkan diri yang sedikit gelisah. Ditarik nafas dan dihembus perlahan. Harap semua okay.
           “Memanglah aku tak dapat  bayangkan kalau aku bersemuka dengan mat rambut karat ala cappuccino tu. Mesti terkejut trang-trang dibuatnya. Macam nak makan orang.”
                        Fariz terdengar seseorang bercakap di sebalik dinding. Dia pelik dan memperlahankan langkah. Dia sudah menjengah kepala. Terus mulat matanya. Rasa terkejut tak payah di kata. Macam… kenal!
                        Elok sahaja Liyana  memandang ke kanan, dia  terkejut besar. Bila pula lelaki itu datang ke tempatnya? Tak dengar bunyi orang berjalan. Pelik! Nasib baik tak melatah.  Tertelan air liuarnya. Dia tersenyum kambing. Siap melambai lagi.
                        “Hai....” sapa Liyana.
                        “Awak?” Rasa terkejutnya masih tidak hilang.
                        “Urm… awak sihat?”
                        “Macam mana awak boleh…”
                        “Tak payah fikirlah. Tak penting pun.”
                        Fariz terdiam. Dia masih tidak percaya perempuan coolblog yang digelarnya sedang berada di hadapannya. Ini mesti kes mengintip dirinya. Dia balik semalam, perempuan itu mengikut. Pasti! Fariz berpeluk tubuh pula. Tajam anak matanya memandang perempuan itu.
                        “Kenapa tengok saya macam tu? Takutlah. Menusuk hati. Tahu tak!”
                        “Menusuk hati?”
                        “Kelakar ke?”
                        “Ingat ini scene cinta ke apa, sampai nak cakap macam tu.”
                        “Spontan. Heee…”
                        Sabar sajalah Fariz ketika itu. Siasatan diteruskan kembali.
                        “Saya tengok bersebab.”
                        “Bersebab?”
                        Sebabnya…. Akulah tu. Pasti! Bisik hatinya pula.
                        “Jujur dengan saya.”
                        “Okay. Awak nak tahu apa?”
                        “Awak buat apa dekat sini?”
                        Liyana sudah tidak senang hati. Dia sudah bermain-main dengan jarinya. Dia hendak jawab apa? Buntu pula! Sengaja cari pasal! Takut pula dia hendak tengok muka lelaki tu. Garang betul! Macam singa nak makan orang aje! Tak reti nak senyum langsung! Kalau ya pun, senyumlah sikit muka tu! Sejuk sikit mata dia memandang. Izzue Islam pun tahu senyum.
                        Fariz tersentak.
                        “Hah!”
                        “What?!”
                        Fariz sudah bergerak ke hadapan sedikit supaya terlindung dari pandangan orang. Nanti kalau orang-orang surau nampak, kata apalah pula. Timbul lagi gossip. Itu yang tak sanggup nak dengar.  Muka perempuan itu tepat menjadi santapan penglihatan tajamnya.
                        “Kenapa pulak ni?”
                        “Awak ikut saya kan? Awak intip saya? Hah! Ataupun awak ada upah orang untuk intip saya? Macam tu? Huh! Saya dah agak dah. Mesti awak dah tahu dekat mana saya tinggal. Kenapalah awak ni selalu sangat muncul dalam hidup saya? Saya ingat dah tak jumpa awak lagi, ternyata jumpa jugak. Tak tenang betul hidup saya! Tolonglah benarkan saya hidup dengan tenang sikit.” keluh Fariz lalu memicit-micit kepalanya. Pening sekejap kepalanya.
Geram Liyana dengar. Dia berpeluk tubuh.
                        “Eh! Suka hati aje awak cakap saya upah orang. Membazirkan duit buat semua tu. Kalau saya nak upah orang pun, biarlah buat kerja mencabar sikit. Pergi overseas ke, apa ke. Tahu! Kalau setakat upah orang, nak tahu awak tinggal di mana, lebih baik tak payah. Saya boleh buat diri sendiri.”
                        “So, betullah?”
                        “Apanya?”
                        “Awak intip saya?”
                        “Kenapa? Tak boleh?”
                        Fariz mengeluh. Dia meraup wajah. Tak boleh nak kata apa dah. Apa yang dia rasa sekarang adalah malu. Dia malu apabila perempuan itu dapat tahu keadaan rumahnya seperti apa. Dia teramat pasti perempuan coolblog tu dari golongan yang berada. Tengok sajalah dari segi pemakaian. Boleh dapat beza baju yang terletak di tubuh, mahal atau tak. Anak mata Fariz sudah tertancap pada arah jalan. Dia menggeleng perlahan lalu melihat perempuan itu kembali.
                        Kereta dia betul-betul parkir depan rumah aku! Sengal punya perempuan! Macam manalah aku boleh tak perasan tadi. Ish! Apalah dia nak dari aku.Nak kata aku ada hutang dengan dia, tak adalah pulak. Perempuan ni betul ke tak? Tak ada lelaki lain ke apa yang dia nak ikut. Aku ni bukannya orang yang berduit. Seringgit adalah. Bebel hati Fariz pula.
                        Liyana sudah menarik tangan lelaki itu untuk mengikutinya. Fariz terkejut. Dia sudah melihat perempuan itu memegang tangannya. Suka hati saja memegang tangannya. Tidak pula dia hendak mencegahnya. Dia sendiri pelik kenapa dia tak nak tarik tangannya sendiri.
                        “Apa ni?” soal Fariz.
                        “Jangan banyak cakap! Ikut aje!”
                        “Awak jangan buat macam-macam. Ini kampung bukan bandar.”
                        “Ada saya kisah?!”
                        “Saya kisah!”
                        “Diam! Ikut aje!”
                        Fariz menggeleng perlahan.  Rasa mahu ditunjal-tunjal kepala perempuan tu. Dia tersentak. Jangan-jangan… Fariz  menghentikan langkah. Tak mungkin! Liyana sudah melihat Fariz. Sempat lagi dia membetulkan selendang yang hendak terjatuh. Licin sangat kain selendang tu. Nampak rambut sikit.
                        “Apa kes? Ada semut nak melintas ke?”
                        “Bukan semut tapi anai-anai.”
                        “Hah?! Ini tak kelakar.”
                        “Ada saya cakap kelakar?”
                        “Janganlah nak serius sangat muka tu. Senyum sikit.”
                        “Awak nak culik saya eh?”
                        “Baguslah kalau awak dah tahu.”
                        “What?!”
                        “Saya nak culik awak. Izinkan saya culik awak ya. Sekejap aje! Baikkan saya sampai minta izin. Jom kita pergi ke tempat persembunyian saya. Saya nak masak sup badan awak tu! Kerat lapan belas potong dadu. Biar lambat habis.  Lepas tu saya letak cappuccino. Jadilah sup badan mamat sengal rambut karat perisa cappuccino. Dah! Jangan nak banyak bunyi mulut tu! Ikut aje saya!” Liyana  menarik tangan Fariz kembali.
                        Bulat mata Fariz.
                        “What?!”
                        “Dah terkena penyakit what ke apa!”
                        “Awak panggil saya apa?”
                        “Tak penting!”
                        “Awak panggil saya mamat sengal rambut karat perisa cappuccino?’

                        Geram tahap dua ratus! Liyana buat tidak tahu saja.