Jam
tepat jam 7.30 pagi.
“Comelnya.”
Faizul tersenyum lalu
mengambil kucing yang berbulu kembang di kakinya. Macam kucing parsi aje. Bukan
setakat macam tapi memang betul pun. Memang comel. Lembut saja bulunya. Suka
pula Faizul dibuatnya. Badan kucing tersebut diusap perlahan. Rasa macam mahu
bela kucing saja bila dia balik KL nanti. Mama mesti tak kisah. Bisik hatinya
pula.
“Kenapalah kau ni comel
sangatkan. Kepala bulat. Hidung kemik pulak tu. Alala… busuknya muka kau ni.”
Habis muka kucing itu
diciumnya. Macam tak nak lepas aje si Faizul terhadap kucing tersebut. Kucing
tersebut berwarna kelabu memanglah takkan dilepaskan. Warna kelabu adalah warna
kegemaran Faizul. Rasa macam seronok bermain dengan kucing.
Didukung pula kucing
parsi itu. Dah macam dukung anak pula gayanya. Si Faizul suka kucing ke? Tengok
dari gaya macam sukakan kucing. Nampak penyayang saja sikap si Faizul. Itu baru
dengan kucing, dengan bakal anaknya nanti macam mana pula? Mungkin penyayang
juga. Ayah mana tak sayang anak.
Elok sahaja langkah
Zahrah jejak ke luar rumah, dia
tersenyum lebar. Macam biasa udara di kampung tetap nyaman. Bukan macam udara
di bandar. Nak hirup pun tak boleh. Habis tercemar dengan asap kenderaan. Itu
belum dicampur dengan asap dari sektor perkilangan. Memanglah kualiti udara
semakin merosot. Udara yang tak sihat dan boleh mendatangkan penyakit. Kalau
dah batuk, kenalah pergi jumpa doktor.
Zahrah tergamam apabila
dia menoleh ke kiri. Biar betul?
“Call me Faizul. Boleh?” ujar Faizul kepada kucing tersebut.
Faizul ni betul ke
tidak. Cakap dengan kucing pula. Macam faham aje binatang berkaki empat itu.
“Kucing juga merupakan
ciptaan Allah. Umat islam di dunia ni kira beruntung dapat memegang kucing.
Anjing yang tak boleh pegang. Haram. Tapikan…. Awak ni memang comellah. Comel
sangat. Kalau awak nak tahu, saya ni memang sukakan kucing. Dulu pun arwah papa
suka kucing.” Muka kucing itu dicium lagi oleh Faizul. Dah macam bercakap
dengan perempuan pula. Siap menggunakan ungkapan awak dan saya. Sudah-sudahlah
Faizul oi. Tak habis-habis hendak mencium kucing tu. Lemas kucing tu dibuatnya.
Telinga Zahrah tak silap
dengar ke? Zahrah seperti tidak percaya apa yang didengarinya kala itu. Faizul
sukakan kucing? Biar betul? Tak berkelip dia memandang Faizul yang sedang
mendukung kucing berbulu kembang itu. Memang sukar hendak percayalah.
Ini mimpi ke? Bercakap
dengan kucing pulak tu. Bisik hatinya pula.
“Aku ingatkan lelaki
bandar tak suka kucing, tapi dia ni sukakan kucing? Pelik betul! Biar betul dia
ni? Aku macam tak percaya pulak. Ish! Mengarutlah.” Omel Zahrah perlahan.
Zahrah menggeleng
perlahan.
Elok sahaja Faizul
memandang ke belakang, semakin melebar senyuman dia. Zahrah tidak berkelip
melihat dirinya. Dia tahu sangatlah apa yang berlegar di otak Zahrah. Faizul
mengatur langkah ke tempat Zahrah. Zahrah masih memaku pandangan ke muka
Faizul.
Ini bukan mimpi. Dia
datang dekat aku. Itu memang dia. Dia suka kucing? Dia memang suka kucing.
bisik hatinya. Satu keluhan dilepaskan. Susah dia hendak mengakuinya.
Semakin erat Faizul
memeluk kucing tersebut.
“I know what you’re thinking now.”
“Ceh! Poyo. Kalau tahu,
apa dia? Beritahu saya sekarang. Saya nak dengar.” Kedua-dua kening Zahrah
turun naik.
“Rahsia.” Jawab Faizul
masih tersenyum.
“Ini memang poyo
terlebih.”
“Dah namanya rahsia,
mana boleh beritahu.”
Faizul menyenget senyum.
Zahrah pasti terkejut dia mendukung kucing dan beranggapan dia menyukai
binatang berkaki empat itu. Tapi dia memang dah lama tak terjumpa dengan
kucing. Di tepi jalan raya pun susah nak jumpa. Apabila sekali dah jumpa,
jadilah macam orang jakun. Macam tadi.
Zahrah buat muka
kelatnya. Jawapan yang membosankan. Selalu sangat mendengar jawapan yang sebegitu.
Rahsia konon. Tunggu sajalah sampai bila lelaki itu hendak berahsia dengannya.
“Ni kucing siapa?” soal
Faizul.
“Hah?”
“Awak ni pekak eh?”
“Mana ada pekak. Suka
hati aje cakap saya pekak.”
“Habis tu, janganlah hah
sangat. Tanya pasal kucing aje kut. Saya tanya ni kucing siapa? Comel betullah.
Suka pulak saya dengan kucing ni.”
“Urm.. urm…kucing tu…”
payah pula Zahrah hendak menjawab. Bagai ada sesuatu yang tersekat di
kerongkong.
“Kesian pulak kucing ni
kalau dia sesat. Mesti dia tercari-cari rumah tuan dia. Yelah kalau kucing
macam ni biasanya tinggal dalam rumah. Mana biasa dengan dunia luar macam ni kan. Dahlah panas. Kucing
jenis ni suka cuaca yang sejuk.” Ujar Faizul seraya memandang kucing dalam
dukungannya itu.
Walaupun muka kucing tu
nampak busuk, monyok aje, Faizul tetap suka. Lain daripada yang lain. Sudahlah muka bulat, mata pun bulat. Biji mata
berwarna kuning. Kalau di kedai, kucing yang jenis macam itu harga boleh
mencecah ribuan ringgit. Silap-silap lima ribu ringgit. Mungkin harga itu
paling murah. Tengoklah jenis baka apa pula. Orang yang suka kucing parsi
sanggup membelinya. Untuk memuaskan kepuasan dan demi minat.
“Kenapa pulak kucing tu
nak sesat? Mana ada sesat.” Gagap Zahrah menjawab. Dia sudah menoleh ke kanan
perlahan-lahan.
“Apa awak cakap? Tak
sesat? Maksud awak?”
“Saya cakap kucing tu
tak sesat.”
“Mana awak tahu?”
“Inilah rumah dia.”
“Hah?” Faizul seakan
tidak percaya. Ini bermakna kucing tersebut milik…
“Tak payah nak terkejut
sangatlah. Pasal kucing aje kut.” Perli Zahrah pula. Padan muka lelaki itu. Hanya
muka kelat dilemparkan kepada Faizul. Tak habis-habis nak buat muka terkejut.
Menyampah pula dibuatnya.
“Kenakan saya pulak.”
“Baru adil.”
“Whatever lah. Tapi kucing ni….”
“Ibu yang bela dia. Ibu
sukakan kucing. Ibu bela kucing ni sejak kecil lagi.” Celah Zahrah sambil
berpeluk tubuh.
Faizul memandang kucing
itu sekejap lalu memandang ke muka Zahrah kembali. Dia tidak percaya yang
kucing dalam dukungannya itu milik ibu mertuanya. Selama ini tidak pernah tahu
pula.
“Kenapa saya tak tahu?”
“Awak tak tanya.”
“Memang nak kena tanya
eh?”
“Tak kelakar.”
Faizul tersenyum nipis.
Kucing dalam dakapannya dilihat kembali.
Tangan kucing itu digoyang-goyangkan pula. Rasa macam peluk anak patung. Tak
nak dilepaskan. Kalau boleh nak bawa tidur sekali.
“Bolehlah kita jumpa
hari-hari kan? Miaw…” ujar Faizul kepada kucing berwarna kelabu itu. Kucing
tersebut hanya memandang Faizul. Fahamlah tu kut.
Zahrah menggeleng
perlahan.
Sengal! Dengan kucing
pun jadi. Manalah kucing tu faham. Dia ni memang tak betul! Bisik hatinya lagi.
Faizul memandang Zahrah.
Dia masih tersenyum.
“Awak suka kucing?”
“Bolehlah. Suka
biasa-biasa aje. Tak obses sangat.”
“Kalau macam tu
baguslah. Senang sikit kerja saya.”
Berkerut dahi Zahrah
mendengar kata lelaki itu.
“Apa yang bagusnya?”
soalnya pula.
“Saya ingat nak bela
kucing.”
“Hah?” Terkejut si
Zahrah ni macam gaya orang terkejut
besar aje.
“Tak payah nak terkejut
sangatlah. Hal kucing aje kut.” Perli Faizul lagi.
Terus pucat muka si
Zahrah. Kena perli lagi? Dia kalah lagi. Tak beri peluang langsung untuk
dirinya menang. Lelaki itu asyik nak menang saja. Mana ada orang nak kalahkan.
Mesti hendak menang. Faizul masih tersenyum lebar.
“Saya ingat bila kita
balik KL nanti, saya nak beli kucing. Saya nak bela. Seronok pulak ada kucing
ni. Lagi best kalau ada kucing comel macam ni. Bulu dia lembut.” Sambung Faizul
lagi.
Terkedu Zahrah mendengarnya.
Nak bela kucing? Biar betul mamat ni!
Kalau dia pergi kerja,
siapa nak jaga kucing tu? Hah! Jangan cakap aku yang….
Zahrah tertunduk. Habis
mulut tu terkumat-kamit. Apa yang dibebelnya pun tidak tahu. Anggap sajalah
lelaki itu tidak bercakap apa-apa. Suaminya tidak akan membeli dan membela
kucing. Ya! Takkan. Dia mengangguk tanda faham. Sebenarnya hendak menyedapkan
hati saja. Faizul ralit melayan kucing tersebut. Manja pulak kucing parsi milik
ibu mertuanya itu.
“Zahrah… Zahrah…”
panggil Fatimah dari dapur.
Ibu si Zahrah ni,
sentiasa saja sibuk di dapur. Lap sana, lap sini. Kalau tidak mengelap pun,
mengemas pinggan mangkuk. Dia tak boleh melihat keadaan dapur berselerak. Menyakitkan
mata. Biar barang-barang yang terdapat
di dapur nampak tersusun dan menyedapkan
mata memandang.
Zahrah yang sedang
membelek Iphonenya, terbantut. Dia mengeluh perlahan. Apa lagilah yang ibunya
mahu. Memanglah hidupnya takkan tenang. Kalau di rumah, beginilah jadinya. Fatimah
asyik saja memanggil namanya. Kalau nak berangan sampai ke bintang pun,
terbantut. Dia mengeluh perlahan dan membuat muka kelat.
“Ya, bu.” Macam suara
malas aje.
“Kamu buat apa tu?”
“Macam biasa.”
Fatimah bergerak ke meja
makan. Dia hanya menggeleng melihat Zahrah. Faham sangatlah kalau dia nampak
raut wajah anaknya begitu. Penyakit malas mula menjelma kembali. Asyik nak
duduk aje. Berehat tak sudah. Macam badan tu penat sangat. Penat buat tahi mata
adalah.
“Kamu ni asyik duduk
aje. Cubalah tolong ibu dekat dapur. Cepat sikit kerja ibu habis. Kamu tak
kasihan dekat ibu ke?” Bebel Fatimah.
“Penatlah, bu.” Balas
Zahrah dalam gaya orang malas.
“Banyaklah kamu punya
penat. Alasan tu aje yang kamu bagi. Kamu buat apa aje? Cuba beritahu ibu.”
Fatimah mula bercekak pinggang.
“Takkan nak buat laporan
kut.”
“Hah! Menjawab aje. Dah
kahwin, perangai tu tak berubah langsung. Sama aje.”
“Ibu tanya, Zahrah
jawablah.”
Geram pula Fatimah
mendengarnya. Bilalah anaknya itu hendak berubah. Sudah berkahwin ke, hidup
membujang ke, sama saja. Risau pula apabila anaknya itu tinggal di Kuala
Lumpur. Macam manalah tingkah laku di rumah besannya. Menyenangkan atau
menyusahkan. Gerun pula dia hendak membayangkan. Keburukan saja dia fikir. Kebaikan
sikit saja. Adakah anaknya asyik hendak berehat aje? Tak nak buat kerja? Membiarkan
emak mertua membuat kerja? Dia mengeluh lagi.
“Kenapalah kamu ni malas
sangat! Tolonglah berubah Zahrah oi! Tunjukkan kelakuan yang baik depan suami dan ibu mertua kamu. Janganlah nak
malukan ibu dan ayah.”
“Zahrah sedang cuba
menjadi yang terbaik. Setakat ni abang Faizul okay aje. Tak ada pula nak cakap
yang bukan-bukan dekat Zahrah. Ibu jangan risaulah. Tahulah Zahrah jaga diri.”
Zahrah tersengih kecil.
Yang terbaik? Fatimah
menggeleng lagi. Malas dia hendak berdebat dengan anak yang banyak mulut itu. Kalau
masuk pertandingan pidato, memanglah sesuai. Kalau dia cakap lagi pun, ada saja
anaknya hendak katakan. Nak pukul, nak cubit, dah besar. Dah faham bahasa. Dia
tunggu ajelah apa maksud yang terbaik itu.
“Ibu nak tanya sikit ni.”
mata melilau ke bahagian atas rumah.
“Apanya, bu?”
“Mana suami kamu?” soal
Fatimah.
“Entah.”
“Entah kamu jawab?”
“Zahrah betul-betul tak
tahulah. Takkan Zarrah nak intip dia 24 jam kut.”
Fatimah menggeleng lagi.
Sakit pula hatinya. Nampak sangat anaknya bukan seorang isteri yang prihatin
terhadap suami. Kalau suami keluar rumah, tanyalah hendak pergi ke mana. Ini
tidak. Buat tidak tahu saja. Melampau pula si Zahrah ni. Fatimah mula bercekak
pinggang.
“Bertuah punya anak.
Suami sendiri pun tak tahu ke mana. Dah! Kamu pergi cari dia. Nanti kalau
terjadi apa-apa dekat dia, kita juga yang susah. Nak berjawab dengan mak dia
nanti. Dahlah dia tu tak biasa dengan kawasan kampung ni.”
Zahrah mula menggaru
kepalanya yang tidak gatal. Badan mula menegak. Risau sangat ibunya. Macamlah
si Faizul tu anak kandungnya. Risau terlebih. Menantu aje kan. Janganlah nak
melebih-lebih pula. Kadang-kadang dia terfikir, apa istimewanya si Faizul tu
sampai ibu ambil berat terhadap lelaki itu?
Nak kata segak?
Comel?
Pandai mengambil hati?
Berfikir sekejap. Macam
ada aje semua tu. Dia mengeluh pula. Mungkin pengalaman dapat menantu lelaki
menyeronokkan? Entahlah.
“Ibu janganlah risau
sangat. Pandailah suami Zahrah tu jaga diri.”
“Risau ke, tak risau ke,
ibu nak kamu pergi cari sekarang!”
“Cari dia? Nak buat apa
pulak? Tunggu ajelah dia balik.”
“Jangan nak membantah!”
“Tapi…”
“Tak ada tapi tapi lagi. Bangun dan pergi cari
sekarang!”
Zahrah mengeluh.Malas
betul dia hendak mencari suaminya itu. Buat pening kepala saja. Dia mula
memikir. Ke mana pula lelaki itu pergi. Menyusahkan betul! Takkan nak berjalan
satu kampung pula. Dia menggeleng perlahan. Sudahlah panas. Terus gelap
kulitnya nanti. Dia tidak mahu. Suaminya
itu pun menantu kesayanganlah katakan. Sayang si Faizul tu mengalahkan anak
sendiri. Arh! Membebel hatinya.
Aik!
Takkan si Zahrah ni cemburu pula? Takkan dengan suami sendiri nak berasa
cemburu?
“Ibu nak minta tolong
dia sikit.”
“Tolong?”
“Yelah. Kalau nak
harapkan kamu, memanglah kamu tak boleh buat.”
“Amboi, ibu! Selama ni
Zarrah memang tak pandai buat kerjalah ya? Macam tu?” Zarrah tersenyum sumbing
pula. Dia berpeluk tubuh.
“Bukan macam tu.”
“Habis tu, minta tolong
dekat Zahrah ajelah. Tak payahlah nak
minta tolong dekat suami Zahrah pula. Zahrah akan buat apa aje yang ibu
suruh. Macamlah ibu tak biasa buli anak ibu ni kan?”
Fatimah pula berpeluk
tubuh. Minta tolong daripada anaknya? Hah! Macam boleh ajekan. Tunggu dan
lihat. Dia tersenyum nipis.
“Betul ni kamu nak
buat?”
“Betullah. Hal kecil
aje.”
“Kamu boleh kait kelapa
tak?”
Terkedu Zahrah
mendengarnya. “Hah? Kait kelapa?”
Fatimah mengangguk
perlahan.
“Aah. Boleh tak? Kalau
boleh, kamu ajelah yang buat.”
Pantas Zahrah
menggeleng. “Tak boleh.”
“Kata sanggup buat
tadi.”
Zahrah tersengih. Nak
kait kelapa memanglah dia takkan buat. Belum sempat dia nak mengelak, buah
kelapa jatuh atas kepalanya. Terus koma tiga bulan. Satu kerja yang bahaya
boleh menggadaikan nyawa. Terus pucat muka tu.
“Tahu tak nak buat. Itukan
kerja orang lelaki. Dah! Pergi cari suami kamu tu. Suruh dia kait buah kelapa.
Lusa dah nak raya. Bolehlah nak masak apa yang patut.”
Zahrah tercengang lagi.
“Suami Zahrah?”
“Yelah! Dah! Jangan nak
banyak tanya lagi. Ibu ke dapur dulu. Jangan lupa cakap dekat Faizul. Ibu
tunggu dekat dapur.” Fatimah terus berlalu dari situ.
Zahrah melepaskan helaan
nafas berat. Tertelan lagi liurnya. Dia masih tak percaya yang ibu suruh Faizul
mengait kelapa. Takkan ibu dah lupa kut yang lelaki itu orang bandar dan
bukannya orang kampung. Kalau orang kampung, pandailah nak mengait kelapa.
Kalau orang bandar? Pandai apa ajekan. Kait perempuan, pandailah. Dia menepuk
muka pula. Pening!
Langkah mula di atur ke
muka pintu. Dekat manalah pula dia hendak mencari si Faizul. Lelaki tu asyik
menghilang aje. Tak reti nak duduk diam. Kaki tu asyik nak berjalan aje. Tak
tahu penat ke apa. Sekeliling rumah dia mencari.
Elok sahaja dia memakai
selipar, langkahnya terhenti. Terkejut tak terkata. Mulut terbuka. Pandangannya
terpaku di pangkin rumah. Zahrah menggeleng perlahan. Siap berpeluk tubuh lagi.
Rasa macam nak gigit aje lelaki itu. Geram pula tengoknya! Senang hati nampak!
3 comments:
Bila masuk bab ke 3 ni, rasa confuse sikit about panggilan. Bab ke 2 dh elok bahasakan abg n syg.
Hummm...Faizul ni ni mmg ok sgt kan. Wpun kaya tetap bijak menyesuaikan diri dgn sekeliling. Tidak kekok tinggal di kampung. Zahrah pula yg terlebih risau kan.
zahrah risau sebb suami dia org bandar. huhu. takut terjadi apa-apa pulak nanti. pasal panggilan tu, sis akan dapat tau juga nnti sebabnya... ;)
Untunglah Zahrah suami dye minat kucing hahaha.. Tapi tak suke lah prgai Zahrah mcm ni.. Suami dye ckup baik dh .. Eeee nk katok je Zahrah ni.. Hahaha
Best best Ery..
Post a Comment