“Awak…”
panggil Zahrah lembut.
Faizul masih buat tahi
mata. Lena betul tidurnya. Mentang-mentanglah rumah di tengah-tengah sawah,
angin banyak, pangkin bawah pokok, sedap aje dia buat tahi mata. Disebabkan
lelaki itulah, dia kena membebel dengan ibu. Nak berehat pun tak senang.
Zahrah sudah
menggoyangkan kaki Faizul.
“Awak… bangunlah…
Janganlah nak tidur aje.”
Kelopak mata Faizul mula
bergerak. Ada sajalah yang menganggu dia tidur. Tadi buah mempelam jatuh, ini
pula macam ada orang menggoyangkan kaki.
“Bangunlah…”
“Ada apa? Saya nak
tidurlah.”
“Bangun ajelah. Ada hal
sikit nak cakap.”
Terkebil-kebil Faizul
memandang Zahrah. Sempat lagi dia
menggosok mata. Dia terus bangun. Masih mamai lagi. Tersengguk-sengguk
pula. Walaupun dalam keadaan begitu, kesegakan lelaki itu masih terserlah.
Rambut yang sedikit kusut masai itu, menampakkan lagi kecomelan lelaki itu.
Macam budak kecil baru bangun tidur aje. Zahrah cepat-cepat mengusir satu
perasaan yang bertandang dalam dirinya.
“Sedar ke tak ni?” soal
Zahrah.
Faizul hanya mengangguk
lemah. Mata masih berat. Rasa mengantuk tak hilang lagi. Memanglah teramat
seronok tidur di pangkin. Sejuk aje badan disapa oleh sang angin. Rasa macam
tak nak bangun aje.
“I need your help. Your energy.”
“Tolong?”
“Yelah.”
“Apa dia?”
Faizul mula bersila
pula. Belum sempat Zahrah hendak menyambung kata, Faizul mendahului lagi. “Hah!”
Terkejut Zahrah
dibuatnya. Suka sangat hendak buat segmen mengejut. Zahrah mula mengurut dada.
Sabar ajelah dia dengan si Faizul. Kecil besar aje dia tengok suami bertuah tu.
“Kenapa pulak ni?”
Faizul tersenyum lebar.
Zahrah yang melihatnya sudah pelik. Tersenyum pula si Faizul ni. Dah tak betul
agaknya. Tiba-tiba aje nak tersenyum.
“Saya tahu.”
“Awak tahu apa?”
“Awak nak ni kan….”
Faizul terus menunjukkan pipi kanannya.
Terus
membulat mata Zahrah. Dia menolak perlahan muka lelaki itu. Hal itu saja yang
lelaki itu fikir. Tak ada hal lain ke
apa yang nak fikir. Geram pula hati. Faizul masih tersenyum. Nampak
sangat muka si Zahrah yang menahan malu.
“Awak nak saya kiss awak
kan? Ala.. Boleh aje. I’m ready. Anytime.”
Dikenyitkan mata kirinya. Lain macam aje senyum si Faizul ni. Senyum nakal
namanya tu.
“Eeii!! Awak jangan nak
perasan. Tak ada maknanya. Lebih baik
saya cium kucing kelabu tadi tu dari saya cium awak. Eerrgghh!!”
“Okay. Kucing pun
kucinglah. Okay juga.”
Zahrah diam.
“Kalau awak cium kucing
tu, itu bermakna awak cium saya juga. Tadi saya cium kucing tu. My kiss
ada pada kucing tu. My kiss cium
awak.”
“Tak kelakar!”
“Kelakar!”
“Awak peserta raja lawak
yang pertama tersingkir.”
“Ceh! Yang pertama? Tak support suami betul!”
“Tak kelakar, buat apa
nak sokong. Buang masa aje.”
“Okay.” Merajuk. Mulalah
tarik muka.
Zahrah mengherot senyum
nipis melihat muka merajuk si Faizul. Comel betul! Macam budak kecil tak dapat gula-gula aje. Senyum terus mati. Dia
tidak mahu Faizul tahu dia senyum. Kalau tahu, nampak sangat dia menggedik.
“Stopped!”
“Kiss?”
Kedua-dua kening Faizul
turun naik. Dia menggaris senyuman kembali. Zahrah tak tahu nak cakap apa lagi.
Ingatkan merajuk tu nak lama-lama tapi sekejap aje. Hampeh betul! Dia
menggeleng perlahan. Faizul mengesot ke hadapan. Malulah tu agaknya isteri dia.
Hilang sudah rasa mengantuk dia dek usikannya terhadap Zahrah. Suka sangat dia
melihat muka malu si Zahrah. Merah kemerahan muka isterinya. Rasa hendak peluk
aje. Kalau peluk tak nak lepas.
“We go back to our topic. Boleh?”
Rasa sebal masih ada.
Tahan sajalah si Zahrah.
“Okay.”
“Bukan saya yang nak
minta tolong dekat awak tapi ibu. Dia yang nak minta tolong dekat awak. Dia
cari menantu dia ni tadi tapi tak jumpa. Anak dia ni jugalah kena cari menantu
dia ni.”
“Menantu dia, suami
awak.”
“Stop! Tak kelakar.”
“Okay.” Malas nak cakap
lebih-lebih. Nak mengusik pun tak boleh.
“Boleh ke tak ni nak
minta tolong?”
“Kena buat apa?”
“Dia suruh awak kait
kelapa. Pokok dekat depan rumah tu. Dia nak masak. Kalau tak masak, pagi raya
nanti tak makan.” Tunjuk Zarrah ke hadapan rumah.
“Okay. Sekarang ke?”
Terus terbuntang besar
mata si Zahrah. Okay? Tak terkejut ke? Biar betul lelaki ni? Tak rasa takut ke
apa. Sudahlah tak pernah mengait kelapa. Sikit pun tak ada rasa gentar. Kalau
buah kelapa jatuh atas kepala baru tahu. Koma berbulan-bulan. Tak pasal-pasal
dia menjadi janda kesepian. Ceh! Jandalah sangatkan. Rindu cakap rindu Zahrah
oi. Dia mula menggaru kepala. Suaminya pandai ke nak mengait kelapa? Masih
pelik.
“Okay awak cakap?”
“Habis tu awak nak suruh
saya cakap apa. Tak okay? Macam tu? Atau awak ada jawapan cadangan untuk saya?”
balas Faizul bersahaja.
Zahrah menjeling geram.
Ada aje jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu. Jawapannya semua menyakitkan
hati.
“Tak takut?”
“Buat apa nak takut.
Kait kelapa ajekan.”
“Poyo!”
“Cakap saya poyo pulak!”
“Awak pandai ke nak
mengait buah kelapa tu?”
Faizul masih tersenyum.
“Entah. Agak-agak awak?”
“Entah awak cakap? Awak
ni memang dah gila.”
“Gila pun saya ni suami
awak. A handsome man.” Tersenyum
lebar.
“Handsome lah sangat! Perasan! Mestilah awak tak pandai. You city boy. Mana tahu buat kerja
mengait tu.”
“Kalau saya boleh kait
awak dulu, kenapa pulak saya tak boleh nak kait kelapa tu? Itu kerja senang ajelah.”
“Awak samakan saya
dengan kelapa tu?”
Zahrah bercekak pinggang
pula. Geram! Rasa nak diketuk aje kepala si suami bertuah itu. “Melampau betul!”
Faizul terketawa kecil.
“Ketawa pulak! Awak ni
memang nak kenakan dengan saya?”
“Jangan pandang sebelah
mata dekat suami awak ni. Wait and see.”
Seliparnya mula disarung
kembali. Faizul menuju ke hadapan rumah. Zahrah rasa tidak percaya. Lelaki itu
beriak tenang aje. Langsung tak ada sedikit
pun rasa gentar yang dirasai. Risau pula Zahrah dibuatnya. Jangan-jangan si
Faizul berlagak pandai. Bukannya boleh percaya sangat lelaki itu. Buat ikut
suka aje. Dia mengikuti jejak Faizul.
“Awak tengok tau!”
“Buah kelapa tu jatuh
atau tak.”
“Mesti jatuh.”
“Berlagak tu simpan
sikit dalam kocek tu. Jangan nak tunjuk sangat!”
“Buah kelapa dah jatuh
nanti, saya keluarkan berlagak saya tu.”
Faizul tersenyum lebar.
Dia sudah bersedia hendak mengait buah kelapa. Tinggi betul pokoknya. Zahrah
tetap rasa ngeri. Takut buah kelapa tu nanti jatuh atas kepala atau di kaki.
Rasa sakit tak hingat. Demam sebulan dibuatnya. Dia sempat membayangkan lagi
macam mana bunyi buah durian jatuh dari atas pokok. Kuat bunyinya jatuh ke
tanah. Itu baru buah durian, belum lagi buah kelapa. Ngeri!
Selepas beberapa minit,
gugur dua buah biji kelapa ke tanah.
Ppuukk!!
Ppuukk!!
Tak percaya. Tidak
berkelip mata Zahrah melihat buah kelapa itu jatuh lalu dia menjatuhkan
pandangan ke muka Faizul. Faizul pula sudah memeluk batang pengait. Dia
tersenyum lebar memandang Zahrah. Kedua-dua keningnya turun naik. Baru
isterinya tahu yang dia serba boleh. Bukan nak belagak tapi menunjukkan
kebolehan.
“I’m not great?”
“Awak rasa berlagak
saya tadi boleh dikeluarkan tak?” perli pula.
Zahrah diam. Tak tahu
nak cakap apa. Masih rasa terkejut. Buah kelapa itu jatuh? Tak ada monyetkan atas pokok tu? Macam tak
percaya aje si Faizul dapat mengait buah kelapa. Pelik betul! Mana lelaki itu
belajar? Takkan pernah buat kut selama ni? Soalnya sendirian.
“Jangan ingat lelaki
bandar tak tahu nak buat kerja semua ni. Cuma malas aje nak tunjukkan. Bukan
nak riak tapi ingin memberitahu. Jadi, saya tak riakkan?”
Zahrah cuba berlagak
tenang. Muka dia pula kena basuh dengan kata-kata lelaki itu. Menyakitkan hati
betul.
“Hah! Jangan lupa bagi
kelapa tu dekat ibu.”
“Takkan tak ada hadiah kut.”
“Hadiah?”
“Yalah. Dapat peluk awak
pun dah cukup.”
“Malas nak layan.”
“Alaaa…”
“Peluklah pokok kelapa
tu.”
“Nanti saya nak tau!
Jangan lupa pulak. Nak peluk ketat-ketat.”
Faizul masih tersenyum.
Zahrah terus meluru pergi dari situ. Merah padam mukanya. Faizul hanya
menggeleng sahaja melihat keletah Zahrah. Ada sahaja keletah perempuan itu
yang berjaya menggeletek pintu hatinya.
Dia terus mengambil buah kelapa itu dan beredar dari situ. Dia memang tak
sangka setelah sekian lama tak mengait kelapa, detik itu dia mengait kelapa
lagi. Nasib baik dia tak rasa kekok tadi.
Tubuh Zahrah bersandar
di sebalik pintu. Faizul berlagak tenang saja. Dia mengukir senyum nipis. Mesin
parut kelapa dilihat oleh mereka berdua. Faizul pandai memarut kelapa?
“Kalau saya pandai kait
kelapa, saya pun pandai parut kelapa.”
“Jangan pandai cakap
aje. Buat! Baru saya percaya.”
“Nanti saya nak peluk
tau!”
Gulp!
Zahrah buat-buat tidak
dengar. Bunyi bising mula mengetuk gegendang telinga. Faizul khusyuk memarut
kelapa. Kuat betul bunyi mesin tersebut. Sejak tadi Zahrah asyik saja memerhati wajah Faizul. Lelaki itu kelihatan
tenang saja. Dia memang benar-benar tidak percaya apa yang sedang dilihatnya
itu.
Pandai kait kelapa?
Pandai parut kelapa?
Memang tak boleh nak
percaya.
Lelaki bandar moden kut.
Sedap betul angin
menyapa badan. Faizul berdiri di tepi bendang. Anak mata menikmati keluasan bendang
sawah padi yang menghijau. Memang dia berasa tenang ketika itu. Walaupun cuaca
ketika itu panas, panasnya tak terasa sangat. Faizul berada di bawah payungan
sebuah pokok. Pokok apa pun dia sendiri tidak tahu. Pokok mempelam agaknya.
Muka Faizul masih
dibasahi dengan peluh.
“Nah.” Hulur Zahrah
sehelai tuala kecil kepada Faizul dari arah belakang.
Faizul melihat tuala tersebut.
Dia tidak ambil malah dia menoleh badannya ke belakang.
“Untuk saya?”
“Taklah. Untuk
orang-orang yang ada dekat tengah sawah tu.”
“Bila saya boleh peluk?”
“Tak ada hal lain ya awak nak fikir?”
“Selagi tak dapat, saya asyik teringat aje.”
“Tukar topik.”
Faizul tersenyum nipis
lalu mengambil tuala kecil itu. Dia mula mengelap dahi dan leher yang dibasahi
peluh. Rasa lega sikit. Kuranglah rasa melekit. Angin menderu lagi. Zahrah
masih memerhati Faizul. Kadang-kadang dia merasakan lelaki itu lucu pula.
Peluk? Nak kata romantik? Bibir mula menguntum senyum sekejap.
“Terima kasih.”
“Sama-sama.”
Faizul mengelap lagi peluh
yang bertapa di muka. Tak nak ada setitis peluh pun. Terasa ringan mukanya.
Bertambah rasa sejuk angin yang merempuh muka. Zahrah mula tertunduk. Dia macam
serba tak kena dan mula bermain-main dengan jari-jemari. Tingkah Faizul yang
masih mengelap peluh, dia perasan tingkah Zahrah. Dia mula berasa pelik.
Pandangan mata jatuh ke muka isterinya.
“Awak dah kenapa ni?” soal
Faizul.
Diam.
“Kalau awak ada masalah,
beritahulah dekat saya. Mungkin saya
boleh tolong.”
“Urm…”
Faizul menapak selangkah
dan memegang erat tangan Zahrah. Zahrah tergamam. Dia melihat tangannya yang
dipegang oleh lelaki itu. Hendak tarik tapi tak boleh. Tak sampai hati pula.
“Just tell me what you want to say.”
Zahrah mula mendongak.
“Betul ni?”
Faizul mengangguk.
“Awak tak kisah?”
“Tak. Saya akan dengar
apa saja yang isteri saya nak cakapkan. You
are my interests. My shoulder has always been a place of shade and
discharges to you, dear.”
Dear?
Zahrah mahu pengsan.
Bukan kerana rasa menyampah tapi suka. Sayang? Ya! Dia memang sayang terhadap
lelaki itu.
“Macam mana ya awak
pandai kait kelapa tadi? Parut kelapa pun awak pandai.”
Faizul terus terketawa.
Bukan ketawa besar tapi ketawa kecil aje. Ingatkan hal apalah yang hendak
ditanya oleh isterinya. Reaksi muka macam hendak bertanyakan hal serius saja.
Rupa-rupanya pasal buah kelapa. Kait dan parut kelapa.
“Ish! Ketawa pulak. Tak
lawaklah. Saya serius tau!”
“Okay! Saya cuba
serius.” Cuba menahan ketawa tapi tak boleh. Letus juga ketawanya lagi.
Zahrah yang melihat,
hanya menjeling geram. Dia menepuk perlahan tangan lelaki itu. Dia menoleh saja
ke belakang dan hendak pergi dari situ, Faizul pantas memegang tangan. Langkah
terhenti.
“Laaa… janganlah pergi.
Okay! Saya tak ketawa lagi.”
Zahrah menoleh semua
ke arah Faizul. Wajah beku tanpa segaris
senyuman. Dia masih bengang lagi. Rasa macam nak kepit aje kepala lelaki itu.
Asyik nak ketawa saja sampai tak boleh nak membezakan waktu serius atau waktu
berlawak. Faizul masih memegang tangan Zahrah. Dia elus pula dengan lembut.
“Kenapa awak tanya?
Pelik?”
“Memang tak boleh nak
tanya ke? Salah?”
“Saya tak cakap salah pun.
Pasal suami awak, awak patut tahu.”
“Tahu pun! Tak adillah
kalau awak nak tahu pasal saya ajekan.”
“Pasal awak?” dahi mula
berlipat.
“Yalah. You know everything about my family.
Macamlah saya tak tahu.”
“Apa awak tahu?”
Faizul mula tertelan liur.
Takkan Zahrah sudah tahu kut. Pasal isterinya seorang anak yang manja? Tak suka
buat kerja? Aduhai! Dia sedikit tersenyum kelat. Habislah. Dia macam tahu saja
apa yang bakal terjadi kepada dirinya nanti. Tak kena cubit, mungkin kena pukul
di lengan.
Yang lain?
Mungkin kena geletek. Macam
tak. Nasib baik tak tersembur ketawanya. Kalau kena geletek, okay juga. Dapat
mengeratkan kasih sayang suami dan isteri. Ceh! Jauh betul berangan.
“Awak dah soal
macam-macam dekat ibu dan ayah. Ingat saya tak tahu?”
“Macam mana awak tahu?
Dia orang beritahu?”
“Saya ada telinga. Saya
boleh dengar.”
“Amboi! Sejak bila jadi
pengintip pulak ni! Nakal betul!” tangan isterinya di tarik ke hadapan. Faizul
tersenyum lebar. Nasib baik Zahrah tak jatuh ke dakapan Faizul. Dia menarik
nafas lega. Kalau jatuh, rasa malu tak sudah. Muka merah aje nanti. Ada saja
nanti menjadi bahan ejekan untuk dirinya. Itulah yang dia paling tak suka.
“Okaylah. So, awak pelik
sebab saya pandai buat semua tu?”
“Sikitlah. Saya ingat
orang macam awak ni tak pandai buat semua tu. Yelah. Biasanya orang yang tinggal
dekat bandar, hendak apa aje, pergi aje beli dekat kedai. Beli yang dah siap. Tak adanya nak ambil kelapa dekat pokok, selepas
tu parut. Saya yakin sangat sesetengah orang dekat bandar tu, mesti tak pandai
nak kait dan parut kelapa.”
“Sesetengah? Maksudnya
tak semuakan?”
Zahrah diam. Ya tak ya
jugakan. Apalah yang dia cakapkan tadi. Lain kali fikirlah sebelum cakap.
Faizul bukan dalam golongan yang dimaksudkan. Hendak tersengih? Tidak. Dia
perlahan-lahan memaling muka ke tepi. Malu sangat-sangat.
“Tapi saya lain kan?
Saya pandai buat semua tu. Dulu saya macam awak juga.”
“Macam saya?” Zahrah memandang Faizul kembali.
“Ya. Macam awak. Saya
pernah tinggal dekat kampung. Tapi kampung saya tak ada sawahlah. Kampung biasa aje. Saya pernah
kait kelapa tu semua. Apabila awak suruh saya buat semua tu, saya langsung tak
risau. Bukan sekali saya buat, tapi banyak kali.”
“Awak pernah duduk
kampung?” rasa macam tak percaya pula.
Faizul mengangguk.
“Awak kena percaya tu. Saya
pernah tinggal dengan nenek. Banyak
jugalah saya belajar masa duduk dekat kampung dulu. Macam mana nak tangkap
ayam, sembelih ayam, panjat pokok, dan macam-macam lagilah. Saya takkan lupa
apa yang saya lalui dulu. Bagi saya itu semua satu pengalaman yang teramat
berharga bagi saya.”
Zahrah diam. Dia sudah
silap menilai tentang lelaki itu. Tak tahulah pula dia yang selama ni lelaki
itu pernah tinggal di kampung. Tanpa disedari, wajah sedikit tertunduk. Semakin
erat Faizul memegang tangan Zahrah.
“Awak… tolong tengok
saya.”
Zahrah memberanikan anak
mata memandang lelaki itu. Dia tidak betah memandang renungan Faizul. Nanti mulalah
jantungnya hilang kawalan. Itu salah satu kelemahannya.
“Awak seorang perempuan
kampung. Macam awak cakap tadi, saya seorang lelaki bandar.”
“So?”
“Saya bukan seorang
lelaki bandar yang sepenuhnya. Saya juga seorang lelaki kampung.”
“Saya minta maaf. Saya…”
“Tak payahlah awak nak
minta maaf. Saya tak ambil hati pun awak cakap saya city boy. Lagi pun awak tak tahu sepenuhnya tentang saya. Selama
ini awak hanya kenal saya sebagai seorang lelaki bandar aje kan.”
Zahrah diam.
“Tak mustahilkan kalau
lelaki bandar dan perempuan kampung bersatu? Untuk hidup bersama. Berkongsi apa
saja. Semua tu salah ke?” Soal Faizul perlahan.
Diam lagi. Lidah Zahrah memang
kelu. Jawapan apa yang harus diberikan kepada Faizul? Ya! Memang tak salah.
Tapi Zahrah merasakan dirinya tak layak untuk lelaki seperti Faizul. Darjat
antara mereka berbeza. Rumah banglo dan rumah kampung. Zahrah sedar
kedudukannya. Apabila dia teringat saja pasal darjat antara mereka, dia tidak
mahu orang lain melabelkan dirinya sebagai perempuan mata duitan. Pasti orang
akan mengatanya. Yalah, orang biasa berkahwin dengan orang berada.
“Saya tak kisah awak
siapa. Apa yang saya kisahkan adalah soal hati. Perasaan saya terhadap awak.
Jika sekali cinta di hati saya ni dihadirkan untuk awak, Zahrah Imani, saya
takkan mengalihkan cinta saya ni kepada orang lain. Cinta saya hanya untuk
awak. Please remember! Just for you.” Luah Faizul tulus.
Diam lagi.
“I will try to be the best husband for you. I would do anything for
you. How difficult it is, when I remembered my love to you, I will be stronger.
My spirit is love you. Love you my inspiration.”
Wajah Zahrah diusap
lembut lalu dihadiahkan satu kucupan di pipi Zahrah. Zahrah terpempam. Dia
mendapat ciuman lagi? Adakah dengan ciuman, lelaki itu hendak menunjukkan
keikhlasan untuk menjernihkan hubungan yang keruh dulu? Tapi apa motif lelaki
itu ciumnya pada hari-hari yang lepas? Sebagai tanda hormat? Tanda kasih
sayang?
“Hidup ni bukan seperti
kaca. Saya tak nak menyakitkan hati awak lagi tapi saya nak menyenangkan hati
awak. Saya menantikan erti cinta sebenar daripada awak. Saya menantikan
kemesraan yang tercipta antara kita dulu. Kemesraan dunia facebook kita. Saya
mahukan kemesraan yang sebenar yang terjadi di depan mata.”
Tangan Zahrah pula
dikucup lembut. Anak mata Zahrah masih mengekori tingkah lelaki itu. Hatinya
benar-benar tersentuh dengan luahan Faizul. Ya! Sekali lagi dia dapat merasakan
keikhlasan yang diberi oleh lelaki itu. Dia mahu menangis tapi ditahan. Dari
sinaran mata, lontaran setiap patah kata,
dia dapat merasakan keikhlasan daripada Faizul.
“I’m willing to wait. Five months? Two years? I'm willing to wait for
you.”sambung Faizul lagi.
Bergenang air mata di
tubir mata. Tinggal menunggu saat untuk tumpah di pipi namun Zahrah hanya mampu
menahan dari jatuh. Dia tidak mahu menjadi lemah di hadapan Faizul. Bukan
kerana ego tapi dia tak mahu simpati.
3 comments:
Ery...awat heroin hang ni jenis keras ye.Kenapa Zahrah labelkan diri dia buka ego. Simpati? Rasanya Faizul tu dh jelas dalam soal hatinya kepada Zahrah tapi kenapa Zahrah still beku. Tak suka sikap Zahrah ni...Kesian Faizul menagih kasib seorang isteri...
hehe.. kita tunggu mcm mana faiuzl hendak menangih kasih seorang isteri. sebab itulah dinamakan cinta nakal... ;)
Haaaa tulah Zahrah jgn main pndang sebelah mata.. ckp pun lepas je.. tak knal betul2 suami awk tu.. skrg dh thu kan.. haihhh sikap Zahrah ni makin lama sye bce makin menyampah pulak.. sombong sgat.. Kesian Faizul.. Eeee geram kite.. Mehh la pas Faizul ke sye.. Ngeee
Post a Comment