Sunday, July 15, 2012

BAB 1 - Sepet Jodohku?



Edryka sudah seperti cacing kepanasan yang asyik mundar mandir di depan perpustakaan UITM Shah Alam. Seperti sedang menunggu seseorang gayanya. Muka tu nak ketat semacam saja. Macam gunung berapi nak meletup. Merah padam  muka tu. Tahan panas keberangkaliannya. Jam ditangan ditatap berulang kali. Bengang betul dia menunggu! Hampir setengah jam masih belum muncul.
                        “Manalah dia ni! Aku dekat sini dahlah panas! Habis berpeluh muka aku ni! Janji pukul sembilan sampai sekarang tak muncul lagi. Apa punya orang pun tak tahu! Aku pantang kalau orang tak tepati masa ni!” geram Edryka kala itu.
                        Kelihatan seorang perempuan yang sedang menuju ke Edryka. Tercungap-cungap dibuatnya. Perempuan tu hendak berjumpa Edryka atau ke perpustakaan? Kalau dia break, memanglah nak jumpa si Edryka. Kalau terus macam nampak lampu hijau traffic light tu, memanglah perpustakaan tu jadi hala tujunya. Perempuan itu kelihatan tergesa-gesa seperti sudah terlepas temu janji dengan kekasihnya jek.
                         “Sorry la Ryka. Aku lambat! Traffic sesak tadi. Macamlah kau tak tahu traffic area kat sini macam mana. Kalau hari-hari macam ni, pening aku dibuatnya. Duduk berjam-jam dalam teksi tu.”ujar perempuan itu kepada Edryka. 
                        Kepanasan di muka Edryka sudah jelas kelihatan.
                     “Banyak la kau! Aku kat sini dah macam udang kena bakar tau tak! Kalau ada Fresh Oren dekat sini, dah lima gelas habis! Silap-silap dengan gelasnya sekali aku telan! Itu jelah alasan kau! Tak ada alasan lain ke kau nak bagi. Muak tau tak! Tu jelah hari-hari aku dengar. Cakaplah kucing kau nak beranak ke! Burung merpati nak bertelur ke!” tak puas hati nampak.
                        Akhirnya muncul juga orang yang ditunggu-tunggu. Tercunggap-cunggap Lily menanggung keletihan.
           “Relax lah Ryka.  Janganlah nak marah-marah macam ni. Aku pun panas juga tau! Aku dalam perut teksi tu macam dah nak terbakar. Nampak je macam teksi baru tapi macam aku naik teksi buruk je! Pak cik tu punyalah  kedekut nak pasang air-cond dia. Kalau pasang pun, apa salahnya! Aku bayar jugak tambang teksi cabuk dia tu! Harap je pakai kereta waja. Serupa jek  naik teksi biasa!” jelas Lily sambil mengawal keletihannya.
            Edryka merenung geram pada satu-satunya sahabatnya yang paling rapat itu.
            “ Dah lah. Jom masuk! Nak bebel dengan kau ni pun tak guna! Kalau bebel hari ni pun, silap-silap esok pun buat lagi. Air liur aku je yang habis. Naik kering tekak aku ni! Kalau dah kering, nak belanja aku air tak apalah juga. Ini tak! Hampeh!”
            ‘Mulut tu asyik nak membebel jek. Hai telinga aku ni dah lali dengan semua ni. Kau untunglah pergi sini pun rumah kau dekat. Bukan macam aku ni hah. Rumah jauh macam duduk dekat hulu sana. Takkanlah tak faham lagi kot! Keluar awal ke lambat ke, sama je. Sabar jelah aku dengan kau ni!’ desis hati Lily.
                          Sifat panas baran Edryka sudah sebati dalam dirinya. Macam adun kuih tu! Memang tidak dapat dipisahkan dari dirinya. Maklumlah sejak azali lagi sudah berada di sisinya. Panas baran pun ada juga sifat kelembutannya. Ianya akan muncul dalam sesuatu keadaan je. Ada juga sifat pemalunya.  Sifat pemalunya itu, kadang kadang orang menyifatkannya sebagai seorang yang sombong. Yelah boleh disama ertikan tak nak bergaul dengan orang lain. Buat hal sendiri je.
                              Edryka dan Lily mencari tempat duduk yang tersorok sedikit daripada pandangan orang ramai. Senang la sikit hendak mengulang kaji, nanti tak ada  gangguan. Cuba bayangkan  kalau semeja dengan orang yang kuat kaki  gosip, tak pasal-pasal tak dapat fokus. Apa yang dibaca pun langsung tak masuk dekat otak. Mulut tu tak reti nak berhenti bercakap. Dosa tu confirm lah dapatkan.
                        “Ryka, aku nak pergi sana dulu! Aku nak pergi ambik buku ekonomi aku dulu.” pinta Lily.
                        Edryka hanya mengeluh perlahan. Disebabkan kau lambat tadi, malas aku nak layan kau. Jalanannya disambung kembali.
                        “Eleh! Nak touching dengan aku lah tu! Tak pa. Sekejap je tu! Kau tunggulah kejap lagi kena dengan kuasa aku. Cair habis! Tak ada lagi keras kau tu!“bebelnya perlahan menjeling ke arah kawannya itu.
                        Lalu Lily menuju ke rak buku untuk mencari buku subjeknya iaitu ekonomi. Itulah subjek kegemarannya. Selesai sahaja mengambil, Lily menuju ke tempat duduknya kembali.
                        “ Ryka,kau marah dekat aku lagi ke? Dah-dahlah marah kau tu. Aku bukannya sengaja pun. Aku betul betul minta maaf. Kau pun tahu kan rumah aku jauh macam duduk kat hulu sana. Aku pun bukannya sengaja nak datang lambat. Kat sini bandar bukannya pekan. Kalau universiti kita ni kat pekan, sebelum pukul lapan aku dah terpacak kat sini. Tak sesak!” mendayu pulak suara si Lily ni. Sesi memujuk ya.
                        Edryka yang hanya terdiam sekejap bersuara kembali. Kelembutan hatinya mula menerpa jiwanya. Kalau bab-bab pujuk-memujuk ni, suara mendayu-dayu   memanglah kelemahannya. Keras terus cair.  Lemah betul hati kau ni, Edryka.
                        “Kau ni macamlah tak kenal aku. Bukan sehari dua kau kenal aku kan. Aku tak marah lah. Lagi pun kau ada sebab  yang logik kan. Kalau kau bagi sebab yang tak logik, memang nak  kena shoot  dengan aku. By the way, sorrylah aku marah kau tadi. Lama tau tak aku tunggu kau. Macam manalah aku tak angin. Kalau lima atau sepuluh minit okaylah lagi! Ini hampir setengah jam!” keluhnya perlahan.
                        Lily tersengih. Macam kerang busuk ada juga.
                        “Ala bukannya salah aku pun. Salah pak cik teksi yang bawak teksi cabuk tu! Perlahan jek dia bawak. Macam kura-kura! Nak buat macam mana lagi kan! Dah lah jalan sesak masa tu. Nak tak nak terima je lah.”
                        “Urm... Ye lah tu.” Edryka buat muka dua posennya.
            Lily tersenyum. Pantang buat ayat sedih, terus cair.
            “Kau tak marah aku lah ni?”soal Lily.
            “Uurrmm.....” macam nak tak nak jawab je. Tersenyum sikit.
            “Sayang kau! Ni yang Edryka aku kenal. Tak baik tau nak marah-marah kawan sendiri. Mulai esok, aku janji aku takkan lambat lagi! Okay?” Tabur janji pulak si Lily ni.
            “Nak membodek lah tu. Itu jelah yang kau tahukan. Tak ada modal lain kan. Tak pa! Aku nak pastikan janji kau tu betul! Sahih!  Aku tak nak janji palsu yang pernah kau buat dulu! Ingat sikit kalau orang yang bermanis tabur janji ni dan tak buat, kau fikirlah sendiri akibatnya. Kau tanggunglah sorang!” jawab Luna Farisya.
            Tersengih sampai gigi tu tersusun rapi lagi. Boleh buat iklan gigi ni.
            “Ya! Ya! Aku tahulah. Nanti janji aku yang lepas tu, aku tebuslah balik.”
            Edryka menggeleng perlahan.
            “Boleh pulak macam tu ya! Ingat janji tu macam nak tebus barang ke apa! Suka hati kaulah Lily. Itu hidup kau kan. Bukannya hidup aku.”
            Lily sudah melihat sekitarnya.
           Kelihatan seorang lelaki memasuki ke dalam perpustakaan. Apabila sahaja lelaki itu masuk, semua perempuan melihat ke arahnya. Ketampanan lelaki itu mampu menggoda naluri wanita. Lelaki seakan K-pop sudah meracuni fikiran kaum hawa yang berada disitu. Comelnya dia. Aduh!
                          Lelaki tersebut mengenakan t-shirt berwarna hitam campuran putih. Bajunya seakan k-pop dan seluar jean berwarna biru campuran warna putih. Perh! Mahu pengsan habis nanti. Teramat kacak dan comel.
                         Lily juga tidak ketinggalan melihat lelaki itu. Buntang matanya.
                        ‘Mak oi! Dia ni orang ke apa! Apasal comel sangat ni! Tak pernah aku nampak lelaki secomel dia ni. Aku nak dikategorikan dia ni sebagai apa ek? Comel ke handsome? Lain maksud tu! Jap!  Dia ni orang Malaysia ke apa? Takkan orang luar negara pulak kot!’ desis hati Lily.
                        Mata tu bukannya nak tengok buku, tapi merayap je tengok ke tempat lain. Lily terpana apabila melihat lelaki tersebut.
                        ‘Aku rasa dia ni bukan orang sini kot! Tengok mata dia tu sepet. Nak kata cina takkanlah. Cina pun aku boleh beza. Kulit muka dia pulak licin sey. Putih dah satu hal. Tak ada pulak bekas-bekas jerawat. Satu lagi, rambut dia tu. Macam artis k-pop gitu. Comelnya!!!’ desis hatinya lagi. Senyuman terukir di bibirnya.
                        Pantang nampak lelaki kacak.
                        “ Ly,aku nak tanya sikit. Soalan ini macam mana ek? Aku kurang faham lah. Macam berbelit jek soalan ni.” Tanya Edryka sambil menghulurkan bukunya.
                        Edryka yang perasan akan pandangan Lily ke tempat lain pantas menggeleng perlahan. Keluhnya.
                        ‘Aku ingat dia ni baca buku dia! Hampeh betul dia ni! Nak je aku hempuk buku ni kat kepala kau tu! Mata tu tak boleh nak duduk diam agaknya. Tahulah library ni dah cantik sikit. Tak payahlah nak over sangat! Macam orang jakun pun ada jugak! Aish dia ni!!’ geram hati Edryka.
                        “ Oit Ly! Ly!” Panggil Edryka.
                        Pekak ke apa dia ni. Sampai orang panggil pun tak dengar.
                        Edryka tersenyum nakal. Tak pa. Kau buat pekak ya. Kau tunggu. Edryka sudah bangun dari dudukannya lalu menuju ke sisi kawannya itu. Telinga kawannya itu menjadi sasarannya.
                        “Ly!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Edryka. Hah ambik kau!
                        Terkejut habis si Lily. Berderau darahnya. Dia sudah melihat kawannya itu.. Kacaulah pulak dia ni. Hilang fokus aku kat mamat comel tu. Ish!!!
                        “Wei! Apa ni? Kalau ya pun nak panggil aku, panggil elok-eloklah! Bingit sey telinga aku. Kalau aku dah pekak nanti macam mana? Kau nak bagi telinga kau tu kat aku? Ish dia ni!!” Telinga di pegang. Kuatnya.
                         “Oh! Panggil elok-elok eh! Aku dah panggil baik-baik, kau boleh pulakkan tebalkan telinga kau tu macam telinga gajah.  Aku panggil kau sampai air liur aku ni dah nak kering tahu tak. Kau boleh buat selamba je. Tengok apa  pun aku tak tahu.  Cuba fokus sikit dengan apa yang kau baca tadi tu. Ini tak. Mata tu nak merayap jek tengok tempat lain. Nanti tak lulus exam baru kau tahu. Jangan nak menangis depan aku.” Edryka tidak puas hatinya.
                        Tersengih pulak si Lily ni. Dah tahulah tu salah dia. Macam kerang busuk je.
                           “Sorry la Ryka. Kita pause dulu pasal study kita ni. Sekarang ni aku nak kongsi sesuatu dengan kau. Kau tahu tak, fikiran aku ni dah terkena racun dan panahan asmara. Berbisa wey! Alamak! comelnya mamat tu! Kan best kalau dia jadi pak wa aku.” Jawab Lily dan pandangannya kembali ke arah lelaki tersebut.  Berkerut dahi Edryka apabila Lily berkata sedemikian.
                        Edryka pelik. Dah kenapa pulak si Lily ni!
            “ Oit…Apa yang kau mengarut ni! Dah mulalah tu perangai sengal dia tu! Cuba cakap dengan aku, panah asmara apa pulak ni. Kalau ya pun nak berangan ke kota kayangan dan jumpa dengan putera raja, kau balik rumah berangan atas katil. Nak berangan tu tak bertempat langsung! ” Balas Edryka.
            Lalu, Lily mengalihkan pandangannya ke arah Edryka.
                        “Aku bukan berangan tapi realiti. Aku ada ternampak seorang mamat ni. Handsome sey! Cair hati aku tengok dia! Elok aku demam terus baik demam aku ni. Wah….. Kalau kau tengok dia, mesti kau suka.”
            Edryka bertambah pelik. Dah bertambah kronik ni kawan dia ni.
            ‘Sekejap! Ada ke lelaki kat dalam perpustakaan ni? Setahu aku bila aku masuk tadi, seorang lelaki pun tak nampak. Eish! Kawan aku ni dah mereng agaknya! Seram pulak aku dengan dia ni. Perempuan pun boleh cakap lelaki.’ berderau pulak darahnya.
            “ Cuba kau tengok mamat dekat kaunter tu. Yang tengah pinjam buku tu. Handsome. Muka dia ada ala ala k-pop sikit. Pipi dia tembam je. Comel!  Muka dia tu seakan penyanyi Korea, tapi aku tak ingat pulak namanya. Apa pun dia tu memang comel.” sambung Lily dengan suara panahan cintanya.
            Edryka pun melihat ke kaunter. Edryka terpaku apabila melihatnya. Memang diakui, kata  rakannya itu betul. Seorang lelaki yang berdouble triple handsome. Comel pulak tu. Ketampanannya terserlah dengan gayanya.
             Lily yang perasan akan pandangan Edryka terhadap mamat k-pop tu,  pantas dipintas oleh tangannya.
            “ Eh.. Chop!!!! Ryka, mamat tu aku punya. Kau jangan nak sambar aku punya! Kalau kau nak, kau pergi cari sendiri!”suruh Lily.
                           Pandangan Edryka terhenti apabila rakannya memintas pandangannya.
                        “ Alah! Tak ada maknanya. Tak hingin aku! Macamlah mamat tu dengan rasminya milik kau! Kalau dah  milik kau tu, lainlah. Ini angan je lebih. Mimpi siang hari je lah! Lagi pun dia tu bukan lah kacak  sangat pun. Aku boleh cari lebih baik dari mamat tu.”balas Edyka. Hatinya tidak berhenti memuji ketampanan lelaki itu.
                        Mulut cakap lain, hati cakap lain.
                        “Ada aku kisah! Yang penting dia aku punya!”ujarnya perlahan. Pandangannya dihala kembali ke lelaki tersebut.
            Lelaki yang menjadi perhatian ramai wanita di situ selesai meminjam bukunya. Lalu, dicarinya tempat duduk untuk didudukinya. Apa lagi. Gediklah   semua perempuan kat situ. Menyampah pulak tengok gayanya! Tersipu-sipu jek. Tersengih macam kerang busuk. Siap tarik kerusi lagi suruh mamat tu duduk. Memang tak tahu malu betullah minah ni semua. Jangan haraplah mamat tu nak duduk dengan korang semua. Hehe.
            Lelaki tersebut hanya tersenyum je. Tak ada pulak tanda-tanda dia nak duduk dekat kerusi tu semua. Perpustakaan ni kan besar. Banyak lagi tempat duduk yang ada.
             Anak matanya sudah melihat ke bahagian belakang perpustakaan. Lalu dia berlalu dari situ dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
            Habis buku dihentaknya. Mulalah tu buat muka tempe basinya. Dah orang tak nak, takkan nak dipaksa pulak. Wahai perempuan semua yang perasan cantik. Terimalah hakikat bahawa lelaki tu tak nak duduk dekat dengan korang semua. 

Saturday, July 14, 2012

Sinopsis Sepet Jodohku?

“Kenapalah muka mamat ni selalu sangat muncul dekat otak aku ni? Lama-lama aku boleh gila macam ni! Kalau sehari tak kacau aku, tak boleh agaknya. Ada je nak menyibuk! Aku ni dah kenapa selalu sangat teringat dekat dia tu! Semalam datang dalam otak aku, sekarang pun sama. Dia ni dah pasang mantera ke apa sampai aku boleh teringat dekat dia. Ish! Pergilah kau jauh-jauh dari hidup aku. Merosakkan pemandangan je!” – Edryka.

Tidak tenang langsung hidup Edryka. Ada saja pengacau yang ingin menganggu dirinya. Seorang lelaki yang tak pernah disangka-sangka hadir dalam hidupnya.

“Okay. Nanti saya buat hari hari temu janji tu. Hari-hari saya nak jumpa awak. Nanti taklah bosan hidup saya ni. Kalau awak tolak temu janji saya pada hari tu, esok ada lagi. Kalau awak tolak lagi, esok lusanya ada lagi. Senang cerita setahun saya buat temu janji dengan awak sampai awak terima temu janji saya. Lepas tu bolehlah saya dengar suara awak dan dapat tengok muka awak yang comel tu. Saya suka sangat.” – Rain.

Takkan pernah ada perkataan putus asa dalam hidup seorang lelaki berwarganegara Korea yang bernama Rain Danial. Kalau dah suka dekat seorang perempuan, memanglah dikejar sampai dapat.

“Aku takkan lepaskan kau kali ni. Aku akan pastikan kau terima cinta aku. Aku takkan biarkan kau bahagia dekat sana. Hanya aku je yang berhak dapatkan cinta kau. Bukanya perempuan lain.” – Katrina.

‘Katrina. Aku takkan biarkan kau hancurkan hidup aku. Aku takkan sesekali terima kau dalam hidup aku. Aku lebih rela menerima seorang perempuan asing yang aku tak kenal dan aku menyukainya dengan sepenuh hati. Bukannya seperti kau! Seorang perempuan asing yang datang dalam hidup aku secara tiba-tiba dan aku langsung tak menyukai kau.

Hati aku tak boleh dipaksa. Aku bukan robot mainan kau! Ini hidup aku. Aku ada hak untuk menentukan hidup aku! Hidup aku bukan di tangan kau! Kau tak berhak mencorakkan susur galur hidup aku! Sampai bila-bila pun aku takkan terima kau! Takkan pernah!’ bisik hati Rain dengan panjang lebarnya.

“Apa kau cakap? Harimau betina? Huh! Kalau aku harimau, kau tu apa pulak? Arnab? Yang perasan comel dekat U ni? Macam tu? Tak habis-habis nak berangan angan mat jenin dia tu! Kau jangan ingat kau dah boleh buat orang bangga dengan kau, kau dah rasa hebat sangat! Yelah! Satu fakulti ni suka dekat kau! Semuanya gara-gara sikap kau yang perasan comel tu! Sopan je! Tambahnya lagi, orang dapat tahu hubungan kau dengan mamat sepet tu! Semuanya nak tumpang gembira! Bagi akulahkan, membazir je nak suka dekat kau dan tumpang gembira tu semua! Tak berfaedah langsung!” – Selly.

Ada saja pengacau dalam hubungan Rain dan Edryka. Haru biru betul! Apa sajalah dugaan yang diterima mereka. Masing-masing tepu dengan ego yang bersarang dalam diri. Ini semua disebabkan cinta. Cinta membuatkan timbul rasa dendam dalam diri. Sanggup berbuat apa saja. Dendam, cinta, kisah silam? Yang mana satu menjadi keutamaan?