Zahrah menoleh ke arah Faizul sambil menyimpul tangan di dada.
Macam gangster pula si Zahrah ni. Muka tak nak senyum. Masam aje. Beginilah
jadinya kalau masa lapangnya diganggu. Habis rosak mood.
Sebal!
“Do you love me?” Faizul senyum lebar.
“Soalan tahap ke berapa
ni? Sekolah rendah? Sekolah menengah? Diploma? Digree? Not romantic. Tahu tak!” Selamba saja si Zahrah ni buat muka kelat
macam jeruk petai dalam balang kaca. Jeruk yang dah tamat tempoh. Busuk pula
tu!
Faizul kelihatan tenang.
Kalau tak tanya, asyik rasa tak tenang saja. Kalau dah tanya, beginilah
jadinya. Jawapan yang diharapkan, langsung tak menjadi. Macamlah dia tak kenal
dengan insan yang bernama Zahrah ni. Masam mencuka aje mukanya. Susah betul nak senyum. Tak tahu apa lagi yang
dia hendak buat untuk memiliki hati perempuan itu. Sabar ajelah Faizul oi.
Selama ni dirinya yang jual mahal. Sekarang si Zahrah pula yang jual mahal.
Baru adil.
Faizul yang sedang berdiri
di sebelah pelita buluh masih tersenyum.
Alangkah indahnya zaman kanak-kanaknya dapat diulang kembali. Memang takkan dapat
dilupakan. Pengalaman yang hanya dapat rasa sekali saja dalam seumur hidup. Apabila
dapat bunga api aje, memang tak ingat dunia. Asyik main aje sampai penat.
Teringat lagi ibunya marah sampai tak ingat nak masuk rumah. Seronok sangat
dapat bunga api. Faizul tersenyum sendirian.
“Tolong jangan main-main
boleh tak!” kasar sedikit suara Zahrah.
“Main apanya?”
“Sebenarnya awak nak
tanya apa. Tolonglah jangan membuang masa saya dekat sini. Saya tak berminatlah
nak tengok awak tenung pelita tu. Bosan! Bukannya boleh berubah pun pelita tu.
Lainlah kalau boleh berubah. Jadi teddy bear tak apalah juga. Boleh dipeluk.”
“Awak peluk ajelah saya.
Saya kan teddy bear awak. Teddy bear yang sah dipeluk. Tak haram pun kan?”
Gulp!
Muka Zahrah terus berona
merah. Malu! Lelaki itu memang dah tak betul. Cakap main lepas aje. Sedar ke
tidak apa yang dicakap tu? Entahlah. Malas hendak fikir. Zahrah yang berdiri di
belakang Faizul masih berpeluk tubuh. Memanglah pelik sikap si Faizul pada
malam itu. Alih-alih mengajaknya ke luar rumah. Do you love me? Teddy bear? Peluk? Zahrah hanya gelak dalam hati. Tak
kelakar pun. Mengacau orang saja kerjanya. Kalau setakat panggil dia nak tengok
pelita lebih baik tak payah. Buat penat
aje. Lebih baik duduk dalam rumah, tengok TV. Lagi bagus.
Faizul diam. Sakit pula
hati Zahrah dibuatnya. Macam cakap dengan angin aje. Mahu aje dia mencubit
lelaki itu sekuat mungkin. Biar lebam. Biar menjerit sampai satu kampung
dengar. Senang-senang saja mendapat publisiti percuma. Menantu pak Ibrahim tak
tahan sakit? Nampak sangat tak macho.
“Kalau setakat awak nak
suruh saya jadi tiang TNB dekat sini lebih baik tak payah. Cukup ajelah tiang
TNB dekat depan tu. Tak payah nak pacak tiang banyak sangat. Buat menyemak. Penat
tau tak berdiri aje.” Geram Zahrah pula.
“Jadi, awak ni tiang TNB
versi manusialah ni?” Faizul tergelak kecil. “Oh. Baru saya tahu. Selama ni
saya berkahwin dengan tiang elektrik. Nasib baik saya tak mati kejung. Perh!
Bahaya betul!” Selamba saja dia mengenakan si Zahrah. Dia memandang ke hadapan
kembali dan hanya menggeleng perlahan.
Membulat mata Zahrah.
Tiang elektrik versi manusia? Panas saja telinga mendengar. Dia sudah mengepal
penumbuk. Rasa macam mahu beri penumbuk percuma aje kepada lelaki itu. Mulut
tak ada insurans takaful betul! Kalau
ada insurans pun mesti sudah tamat tempoh.
“Siapa suruh awak
berdiri?” Faizul memaling tubuh ke arah
Zahrah.
“Habis tu? Nak suruh
saya cangkung makan batu-batu ni semua? Macam tu? Makan rumput? Makan pasir?”
“Boleh ke?”
Zahrah terdiam. Sedikit
membulat matanya.
“Kalau boleh makan,
makanlah. Jimat beras dekat dalam rumah tu. Tak payah ibu dan ayah awak beli
beras lebih. Masuk rumah nanti, terus tidur. Habis cerita. Jangan nak banyak
bunyi.” Perli Faizul yang masih tersenyum lembut. Dia mula mengatur langkah ke tempat
Zahrah. Masam mencuka lagi muka si Zahrah. Geram berganda-ganda dibuatnya. Asyik
kena perli aje. Kalau lama-lama macam ni, hilang terus tahap kesabarannya.
Tiba saja Faizul di
hadapan Zahrah, dia merenung ke anak mata Zahrah. Zahrah berlagak poyo. Muka tu
langsung tak gentar dengan renungan si suami padahal jantung tu dah bergetar
laju. Macam nak tercabut. Tak tahan dengan renungan maut oleh lelaki itu.
Elakkan dia rebah saja ke jalan.
“Jujur dengan saya. Awak
nak apa sebenarnya?” soal Zahrah. Detakan jantung semakin tidak keruan. Dah
gila agaknya. Lain macam saja renungan si Faizul. Siap mengenyitkan mata
sebelah kirinya lagi. Perh! Zahrah tergamam seketika.
Comel?
Mungkin.
“Agak-agak?”
“Manalah saya tahu.”
“Awak tahu.”
“Saya tahu?” dahi Zahrah
mula berkerut.
“Yelah. Awak memang
tahu. Awak cuba nak menafikannya.”
“Nonsense!”
Faizul mula menunduk
sedikit. Wajah Zahrah masih menjadi mangsa renungan mata si Faizul. Dia memang
tidak pernah rasa jemu untuk menatap wajah Zahrah. Baginya ia adalah satu
nikmat kebahagiaan dan kegembiraan. Sudahlah berwajah putih, comel pula tu. Lelaki mana
yang tidak suka seperti isterinya itu. Bertuah sungguh dia mendapat Zahrah.
Geram tahap nak lompat bintang aje.
“Saya? Menafikan?”
Faizul mengangguk.
“Apa awak merepek ni! Sekejap!
Saya….”
Terus hinggap satu
ciuman di pipi Zahrah. Zahrah terkedu. Mukanya mula berona merah kembali. Kena
cium? Masih terasa sentuhan lembut bibir lelaki itu. Mata membulat dan tidak
berkelip. Kenapa Faizul tiba-tiba
menciumnya? Aduh! Rasa nak pitam. Faizul masih tersenyum.
“It was what I wanted.”
“Maksud awak?”
“The kiss.”
“Hah?” mulut ternganga
sedikit.
“Yang tu awak memang
tahu.”
“Maksudnya?” Zahrah blur
sekejap.
“Awak tahu yang saya
suka cium awak. Awak tak pernah nak halang saya. Awak kan isteri saya. Awak
mesti tak marah saya kalau saya cium awak. Sebabnya saya ada hak. Saya suami
awak yang sah. Anything I can do to you.
Kalau sehari saya tak cium awak, memang tak boleh. Tak menjadi satu kesalahankan?
Tak masuk lokapkan?” tersenyum lebar.
Zahrah diam. Tak tahu
hendak berkata apa. Lidah terus kelu. Dia menoleh ke kiri. Mujur tiada orang. Dia
menoleh ke kanan pula. Dia mula melepaskan helaan nafas lega. Tersentak pula.
Bukan ke itu macam…
Gulp!
Sangkaan jatuh meleset
ke bawah. Ibrahim dan Fatimah hanya tersenyum saja memandangnya. Mereka berselindung
di sebalik pokok mempelam. Cepat-cepat
Zahrah memandang ke hadapan. Dia malu. Malu! Ibu dan ayah tengok apa yang dah terjadi. Baru beberapa
bulan berkahwin, suaminya sudah mula
buat perangai miang keladi tahap ke sepuluh. Selama ni biasa-biasa saja. Nak
kenyit mata, rapat-rapat, suara ala romantis. Apa semua tu? Memang tak boleh
diterima. Sukar hendak dipercaya. Detik itu, alih-alih buat pula.
“Kenapa? Malu?” soal
Faizul perlahan.
Diam.
“Buang ajelah rasa malu
awak tu. Ini baru sikit tau !”
“Sikit?”
“Awak takkan dapat
jangka apa yang saya nak buat dekat awak.”
Tak dapat menjangka? Apa
maksud Faizul? Aduhai! Zahrah mula rasa tak sedap hati. Dia macam faham aje
maksudnya. Takkan nak menyanyi depan orang ramai kut. Menyanyi untuknya?
Dijauhkanlah. Dia tak mahu semua itu. Kalau hal tu terjadi, bukan setakat rasa
malu aje, dia tak nak keluar rumah. Dia tak suka dirinya mendapat perhatian
umum. Rasa popular macam artis pula.
“Dengan ibu dan ayah,
takkan nak malu kut? Bukannya saya buat yang tak senonoh pun dengan awak. Just a kiss. Ibu dan ayah awak tu takkan
marah saya punya. Sekali lagi saya cakap, saya ni suami awak. Saya berhak buat
apa aje dekat awak. Mereka tak boleh nak marah saya. Nak cium awak depan orang
ramai pun saya sanggup buat.”
Zahrah terus tertelan
liur. Cium depan orang ramai? Tak! Itu takkan terjadi. Menyanyi depan orang
ramai pun tak boleh terjadi. Si Faizul ni bukannya boleh percaya sangat. Kalau
dibuat juga nanti, tahulah macam mana dia hendak mengajar si suami yang perasan
ala romantik tu. Asyik terbayang saja nanti.
Wajah Faizul didekatkan
lagi ke muka isterinya. Hampir berlaga dengan hidung. Zahrah tertelan liur lagi. Suaminya hendak buat apa
lagilah ketika itu. Hendak menolak muka lelaki itu, niatnya terus dimatikan.
Ibu dan ayahnya sedang melihatnya. Nanti mereka kata apa pula dia menolak muka
lelaki itu. Dia benar-benar terperangkap dalam renungan si Faizul.
“You are my responsibility.” Sambung Faizul lagi dengan perlahan.
Membulat mata Zahrah
melihat Faizul. Sengaja dia berbuat
begitu. “Muka tembok eh?”
“Buat apa nak muka
tembok. Saya guna muka saya sendirilah. Saya tak pernah nak rasa malu pun dengan
apa yang saya buat asalkan benda tu betul. Saya akan malu bila…”
Muka Faizul mula
tertunduk. Wajah Zahrah mula terkebelakang sedikit. Kenapa pula ni? Satu
andaian mula datang. Nak cium lagi? Tak mungkin! Tadi dah cium, takkan nak cium
lagi. Tolonglah jangan buat dirinya serba tak kena. Elakkan pengsan aje nanti.
“Bila apa?
“Bila awak peluk saya.”
“Hah? Awak gila ke apa!
Takkan terjadi.”
“Bukannya haram pun.”
“Saya tahulah tak haram
tapi…”
“Kalau saya peluk awak,
tak apa. Saya takkan malu. Macam ni.”
Faizul terus menerkam
tubuh Zahrah. Dia memeluk dengan erat. Zahrah tergamam. Tadi kena cium,
sekarang kena peluk? Kepala Zahrah mula pening. Memanglah si Zahrah tak faham
dengan perangai si Faizul. Angin apa entah pada malam itu yang berderu merasuk
si Faizul. Angin Thailand agaknya. Nak
romantik pulak. Selama ni tak nak
romantik. Asyik nak bersikap dingin saja dengarnya. Sabar sajalah Zahrah selama
ni menelan tingkah laku lelaki itu.
“Saya nak awak tahu
sesuatu tentang saya.”
“A..pa… dia?” gagap
Zahrah membalas.
“Saya…” rambut Zahrah di
belai lembut oleh Faizul.
“Saya…”
Zahrah mula tidak senang
hati. Cakap hendak sangkut-sangkut pula. Rasa berdebar-debar tu tak boleh
hilang. Semakin bertambah, adalah. Zahrah! Cuba bertenang sikit. Tarik nafas.
Turun nafas. Dia tertelan liur lagi.
“Saya apa?”
“Saya nak awak terima
saya sebagai suami awak dengan ikhlas. Tolong beri saya peluang. I just need the opportunity. Saya tak
nak sia-siakan lagi peluang tu.”
Zahrah terkedu kali
kedua. Faizrul terus merenggangkan pelukan terhadap Zahrah. Dia kembali menatap
wajah yang sudah mencuit tangkal hatinya. Kali ini dia hendak menatap
puas-puas. Dia tidak mahu lagi bersikap seperti dulu. Matlamat sudah selesai.
“Apa awak cakap?”
“I want you to accept me as the most important man in your life.” Lembut
saja tuturan kata si Faizul.
“Selama ni pun, memang
penting pun kan?”
“Memang. Saya nak lagi
penting.”
Angin malam yang masih
menderu lembut masih jelas terasa. Deruan angin
tersebut membuat Faizul rasa semacam. Rasa itu tiba-tiba saja datang. Jantungnya
mula berdegup kencang. Rasa apakah itu? Takkan perasaan yang satu itu? Takkan
dia cuba hendak menafikannya lagi?
Cinta?
Betul ke? Selama ini
rasa itu kerap hadir apabila mereka berdua. Faizul hanya memangkah saja apa
yang dirasai selama ini. Demi satu ujian. Ujian? Detik itu, dia tidak mahu
memangkah lagi. Bukan menginginkan sesuatu yang menyakitkan tetapi mahu sesuatu
yang mengembirakan. Kehadiran cinta yang seindah pelangi.
“Saya tak nak kehilangan
awak. Awak adalah lautan cinta saya. Izinkan saya merentasi lautan tu. Berapa
jauh pun yang saya terpaksa rentasi, saya sanggup. Cinta saya terhadap awak
melebihi segalanya.”
“Apa awak merepek ni?
Tak payah nak ayat berbunga sangatlah.”
“Untuk kepuasan awak.
Saya tahu awak suka.”
“Saya suka? Tak ada maknanya.”
Wajah Zahrah dielus
lembut pula. Pandangan Zahrah masih terpaku memandang Faizul. Ini mimpi? Tidak.
Buktinya dia dapat merasa elusan lembut lelaki itu. Sungguh lembut elusannya.
“You are my angel. You are my wings. If I do
not have wings, I can not afford to fly high. My life would be complete. Kalau
sayap saya tak ada, saya tak berupaya
hendak menempuh liku-liku hidup saya. Saya nak awak dalam hidup saya. Awak
adalah semangat saya.” Luah Faizul pula.
Dari renungan mata,
Zahrah beranggapan apa yang didengarinya kala itu adalah sebagai satu luahan
yang ikhlas. Dia dapat merasakan keikhlasan itu. Tapi….
Sukar hendak percaya apa
yang dilaluinya ketika itu. Keliru pun ada.
Dia bukan yang dulu.
Sekarang ni dia dah lain. Dia jadi mr. charming pulak. Betul ke apa yang aku
nampak ni? Sikap berlagak dia pergi ke mana? Sikap dingin dia dah humban ke
laut mana? China Selatan? Atau pun dah masuk ke bendang? Jangan-jangan ini jelmaan dia. Ish! Takkanlah.
Merepek aje aku malam ni. Be positive Zahrah
oi! Bisik hati Zahrah.
Zahrah melepaskan satu
helaan nafas dengan perlahan. Dia berdehem kecil dan cuba berlagak tenang.
Anggap aje tak ada apa-apa yang terjadi.
“Okay. Awak nak apa
sebenarnya daripada saya? Please tell me.
Saya akan buat apa saja untuk awak. Saya kan…” terasa susah pulak hendak
menghabiskan ayat.
“Saya apa?” wajah Faizul
mula didekatkan kembali ke muka Zahrah.
Zahrah cuba menenangkan
diri lagi. Mudah sangat getar. Dia memang tak sanggup hendak menatap renungan
si Faizul. Dia mengharap lagi, janganlah dia pengsan. Kepala dah pening.
Renungan Mr. Charming punya pasal. Silap-silap tak tidur malam nanti.
“Saya apa?” soal Faizul
lagi.
“Saya kan… isteri awak.”
Sambung Zahrah sedikit tertunduk.
“Isteri saya?”
Zahrah mengangguk
perlahan.
“If you’re my wife, you must do something for me. Boleh?”
“Apa dia?”
Faizul mula berpeluk
tubuh. Dia mengusap dagu dan mula berfikir. Apa yang dia hendak suruh isterinya
berbuat untuknya. Fikir! Idea nakal? Apa
pula? Otak ligat berfikir. Ini permulaan untuk dia merapatkan hubungannya
dengan Zahrah. Dia mula tersenyum sedikit sinis.
Zahrah setia menanti
setiap lontaran patah kata yang keluar dari mulut Faizul. Berdebar-debar pula
rasanya. Dia macam tak percaya ketika itu Faizul versi baru. Dia hanya tawakal
saja apa yang dipinta oleh suaminya.
“Betul ni awak sanggup
buat apa saja untuk saya?”
Angguk.
“Anything?”
“Yalah. Nak suruh saya
makan pasir ke baru awak percaya?”
“Ish! Janganlah makan
pasir. Makan saya aje.” Tergelak kecil.
Membulat lagi mata
Zahrah. Nak geram yang entah ke berapa kali pun tidak tahu. Berlawak tu ganas
betul. Makan betul-betul baru tahu.
“Seorang isteri kan kena
patuh cakap suami.”
“Okay.”
Faizul mula memegang
tangan Zahrah dengan erat. Zahrah sedikit terkejut. Faizul menarik tangan
Zahrah supaya mengikutinya. Laju betul si Faizul ni berjalan. Hampir aje si
Zahrah hendak tersepak batu. Bukan batu kecil tapi batu besar. Kalau tersepak,
berdarah kakinya nanti. Terus diketuk kepala suaminya.
“Awak nak bawa saya
pergi mana ni?”
“Adalah.”
“Janganlah nak berahsia
sangat. Beritahu ajelah.”
Tiba sahaja di hadapan
rumah, Faizul mengambil daun kelapa lalu diberi kepada Zahrah. Zahrah pelik.
Daun kelapa itu dilihat. Hendak buat apa pula ni? Takkan nak buat reben kut.
Lepas tu letak dekat kotak hadiah. Begitu?
“Ambil ni.”
“Daun ni? Nak buat apa?”
Faizul mengangguk sambil
tersenyum.
“Untuk?” soal Zahrah
lagi.
“Buat ketupat.”
“Hah? Ketupat?” suara
sedikit meninggi.
Terus terbeliak mata
Zahrah. Ketupat? Biar betul! Takkanlah. Habislah!
“Kenapa?”
Zahrah tersengih lalu
menggeleng perlahan. Belum sempat dia hendak membuang patah kata, Faizul
menyambung lagi katanya.
“Kalau awak buat, awak
akan dapat ganjaran.”
“Ganjaran?”
Faizul mengangguk lagi.
Ganjaran apa pula ni? Zahrah mula memikir.
“Apa dia?”
“Awak akan dapat…
dapat…” Kepala yang tidak gatal mula digaru. Susah pula Faizul hendak
mengungkapkan hal yang satu itu. Malu pun ada juga. Kalau difikirkan balik,
sampai bila hendak malu. Jangan disebabkan malu nanti, dia juga yang melepas.
Menyesal dan kecewa tak sudah. Kata hendak mula hubungan yang baru. Jadi kena
mengatur strategi.
“Dapat apa?”
Faizul mengukir senyum
kembali.
“Awak dapat… dapat…
kasih sayang saya.”
Terus tertutup rapat
bibir Zahrah. Biar betul dia mendengar semua itu? Kasih sayang? Macam pelik aje
bunyinya. Benda yang tak dapat dipegang tapi dapat dirasa.
“You can love me, I will give free gifts to you.”
Diam. Otak Zahrah masih
tak dapat proses apa yang hendak dikatakan. Macam kilang kasut terputus wayar.
Buntu sekejap. Pemberian? Zahrah tidak faham. Pemberian apa pula? Selama ni
bukan ke lelaki itu sudah memberi yang sepatutnya. Tempat tinggal, pakaian dan
makanan. Nafkah zahir sudah selesai.
Jika hendak mengutarakan
tentang kehendak? Tidak! Selama ini Zahrah tidak pernah meminta apa-apa pun
kepada Faizul. Dia bukan jenis yang meminta. Sudah mendapat tempat tinggal pun
dah bersyukur. Kemewahan adalah satu bonus untuknya. Dia bukan materialistik.
Faizul menapak ke
hadapan Zahrah. Dia mendekatkan kembali mukanya ke muka Zahrah. Dia tersenyum
lebar.
“Awak akan dapat cinta
saya. I sincerely give to you.”
Bertambah membulat anak
mata Zahrah mendengar kata lelaki itu. Mendapat cinta lelaki itu? Bukan ke
selama ini dia mengharapkan cinta lelaki yang bernama Faizul Arman? Ya! Dia
mengharapkan cinta lelaki itu. Tetapi masalahnya….
Zahrah tersengih kecil.
“Ada masalah sikit.”
“Apa?”
“Saya tak pandai buat
ketupat.” Perlahan saja Zahrah menuturkannya.
“Hah?”
Zahrah masih tersengih.
Habislah rahsia besarnya yang satu itu sudah terbongkar. Teramat pasti si
Faizul terkejut besar. Perempuan tak tahu membuat ketupat? Aduh! Selepas ni
macam manalah dia hendak menghadap muka lelaki itu. Malunya.
Faizul hanya mengeluh
perlahan sejak tadi. Tingkah laku si Zahrah asyik menjadi mangsa tatapannya. Bila
nak siap? Berjanggut kut nak menunggu.
Tunggu?
“Sampai bila saya kena
tunggu ni? Penat tau tak!”
Zahrah tersengih kecil
memandang Faizul. Inilah akibatnya kalau orang tak pandai buat ketupat. Sampai
bila-bila pun buat, takkan menjadi. Masuk sana, masuk sini, akhirnya balut
tangan sendiri. Selepas itu rebus dan makan.
“Sampai ke subuhlah kamu
menunggu isteri kamu ni buat ketupat. Takkan menjadilah. Kamu makan ajelah
ketupat yang ibu buat ni. Sama aje.” Sampuk Fatimah yang berada di hadapannya.
“Hah! Betul tu. Sama
ajekan.” Celah Zahrah.
Faizul memandang Zahrah.
Zahrah hanya tersenyum kelat. Tahu sangatlah apa maksud pandangan itu. Dia
meneruskan lagi membuat ketupat. Bilalah hendak siap. Dia sudah bosan.
“Faizul bukannya apa
ibu. Faizul teringat sangat nak rasa ketupat buatan anak ibu ni. Tahun ni raya
pertama Faizul beraya sebagai suami dia. Naklah juga saya merasa hasil tangan
isteri saya sendiri. Lagi pun bukannya selalu dapat makan ketupat. Betul tak,
bu?” kerlingnya terhadap Zahrah.
Zahrah yang
mendengarnya, rasa geram pun ada. Itu bukan macam perli ke? Menyindir? Habis
daun kelapa tu digulungnya. Tak menjadi-jadi. Nak kena masuk dekat lubang sana,
lubang sini. Pening dibuatnya. Kan senang kalau beli yang dah siap. Tak payah
hendak menganyam lagi. Ada yang senang, mahu juga buat yang susah.
Fatimah hanya tersenyum
sahaja mendengar kata-kata Faizul. Dia meneruskan lagi membuat ketupat nasi.
Cantik saja bentuknya. Empat segi tepat. Kalau ketupat bawang, bentuknya tak
sama seperti ketupat nasi. Bentuknya ada sedikit bujur.
“Lambat lagi?” soal
Faizul memandang Zahrah kembali.
“Entahlah.”
“Aik! Entah pulak
jawabnya.”
“Saya memang tak tahu
buatlah.”
“Cubalah lagi. Saya
pasti awak mesti boleh buat.”
“Makan yang ibu buat aje
ya?”
“Buat demi saya. Please…” terserlah barisan gigi putih si
Faizul.
Zahrah menyampah pula
tengok Faizul. Manjalah pula. Ingat comellah kalau buat macam tu? Hendak
menampakkan gigi semua tu. Membodek aje tahu. Dia hendak buat macam mana lagi
ni? Aduh! Kenapalah suaminya minta buat ketupat. Mintalah yang lain. Kalau
suruh menyapu rumah, cepat aje dia buat.
Ceh! Sapu rumah konon!
Faizul pun boleh buat.
“Tak payah buat eh?
Boleh tak? Awak makan aje ketupat buatan ibu. Sama ajekan. Letak beras, rebus,
jadilah ketupatnya. Kenyang juga perut awak nanti.” Zahrah cuba memujuk. Dia
memang dah berputus asa hendak membuatnya. Malas pun ada juga.
“No.” geleng Faizul.
“Please…”
Faizul menggeleng. Belum
sempat Zahrah menjawab….
“Tadi kan ibu dah ajar.
Saya nak awak buat ketupat tu untuk saya. Buat sampai berjaya. Kalau awak tak
buat, awak yang rugi tau.”
“Kenapa pula saya nak
rugi? Saya still dapat makan ketupat
ni. Itu hah. Ibu dah buat banyak.
Ketupat bawang ada, ketupat nasi pun ada. Tinggal pilih aje. Mungkin ketupat
segera pun ada.”
“Bukan yang tu.”
“Habis tu?” soal Zahrah
sedikit tidak faham.
“Hal lain.”
Faizul mula mengesot ke
sisi Zahrah. Mukanya mula didekatkan ke telinga Zahrah. Gayanya macam orang
hendak berbisik saja.
“You will not get a reward from me.” Bisik Faizul perlahan.
Terus membulat mata
Zahrah. Ganjaran? Macam mana dia boleh terlupa pula pasal hal tu. Kalau dia
tidak dapat membuat ketupat yang dipinta oleh Faizul, ini bermakna dia takkan
mendapat ganjaran tu.
Kasih sayang?
Cinta?
Bukan ke selama ini
Zahrah mengimpikannya? Takkan hendak melepaskan peluang yang ada di depan mata?
Zahrah menggeleng perlahan. Takkan dilepaskan.
“Saya dah cuba tapi memang
tak boleh.”
“Awak boleh.”
“Tak boleh. Ini hah.
Cuba awak tengok ni.” Tunjuk Zahrah daun kelapa di tangannya. Habis
berbelit-belit. Dah macam orang kena ikat tangan dengan pencuri aje.
Faizul memandang sekejap
lalu memandang wajah Zahrah kembali. Dia tersenyum nipis. Jari telunjuk Faizul
mengelus lembut pipi Zahrah. Zahrah sudah rasa semacam. Jantungnya buat hal
lagi. Habislah! Jari Faizul pun tak boleh duduk diam. Hendak merayap aje.
“Saya sayang awak tau.”
Perlahan saja suara Faizul. Menggoda habis.
Zahrah terdiam. Anak
matanya masih memaku tepat ke anak mata Faizul. Fatimah pula hanya menjadi
pemerhati. Senyum saja dari tadi. Dia memang tak sangka menantunya itu,
romantik orangnya. Cakap pun hendak berbisik. Bertentangan mata pula tu. Macam
tengok drama TV pula. Drama tak kena bayaran pun.
“Kasih sayang dan cinta
saya hanya untuk awak. You have to try to
get it. Can?”
Masih diam.
“Saya dah dapat rasa
cinta awak. Saya dah dapat rasa kasih sayang awak. Walaupun ia adalah sebuah
rasa cinta dan kasih sayang yang nakal untuk saya. Saya suka. Takkan awak tak
nak rasa cinta dan kasih sayang saya?”
Hidung si Zahrah dicuit
pula oleh Faizul. Apa yang dirasai oleh Faizul kala itu adalah cinta. Dia yakin
dia memang mencintai isterinya, Zahrah. Faizul mula menerima takdir yang telah
ditentukan dalam hidupnya. Biar lambat penerimaannya, asalkan dia dapat bersama
dengan seorang perempuan yang bernama Zahrah Imani.
“Other women will not be able to feel love and love me except you.
You're entitled to love and love me.” Sambung Faizul lagi.
Tidak berkelip mata
Zahrah memandang Faizul. Betul ke lelaki yang berada di sisinya itu adalah
lelaki yang bernama Faizul Arman? Lelaki yang penuh dengan kata-kata cinta.
Sekali lelaki itu mengungkap perihal cinta, membuatkan Zahrah terpegun.
Tergamam. Rasa tidak percaya pun ada. Mungkinkah kepakaran lelaki itu tentang
cinta?
Pipi Faizul ditepuk
perlahan oleh Zahrah. Dia mahu memastikan apa yang terjadi ketika itu bukan
mimpi. Kalau mimpi, mahu merana dirinya nanti. Dia mahu apa yang terjadi kala
itu adalah realiti.
“Awak ni Faizul kan? Stubborn man?” soal Zahrah.
“Kenapa? Tak percaya?”
“Jangan buat ini sebagai
mimpi.”
“This is not a dream but a reality.”
Zahrah diam kembali. Dia
sedikit tertunduk.
“Saya nak sangat rasa
ketupat buatan awak. Sedap atau tak, itu hal nombor dua. Apa yang penting,
seorang suami hendak merasa hasil tangan isterinya. Baik atau buruk seorang
isteri tu, saya sebagai suami awak akan menerima awak dengan seadaanya.”
Wajah Zahrah yang tertunduk
itu didongak ke atas oleh Faizul. Bibir
lembut Zahrah dielus oleh Faizul. Detakan jantung Zahrah memang tidak dapat
ditahan lagi. Rasa hendak terkeluar aje.
“People in this world is not perfect. We improve our weaknesses
together.” Ujar Faizul lagi.
Zahrah memberanikan
matanya memandang wajah Faizul. Ini tak boleh jadi. Jika lama-lama dia melayan
perangai Faizul yang entah apa-apa tu, dia pula yang jadi tak betul. Tak keruan
dibuatnya.
“Awak pandai buat
ketupat?” soal Zahrah.
“Mestilah pandai.”
“Betul ni?” Zahrah
seakan tidak percaya kata lelaki itu. Pandai? Biar betul!
“Betullah, sayang. Buat
apa abang nak tipu pulak.” Faizul masih tersenyum.
Gulp!
Zahrah mahu pitam.
Sayang? Telinga tak salah dengar? Pada malam itu, macam-macam hal terjadi pada
dirinya. Ini mesti kes angin malam yang
dah merasuk ke dalam diri suaminya itu. Itu yang tak betul jadinya. Aduhai!
Zahrah tak sanggup nak menghadapi semua itu lagi. Dia takut. Takut dipermainkan
oleh lelaki yang bernama Faizul Arman.
“Kalau tak percaya juga,
biar abang tunjukkan.”
Faizul terus mengambil
daun kelapa dari tangan Zahrah. Zahrah terkedu lagi. Abang? Tadi sayang? Aduh!
Zahrah cuba beriak biasa. Anggap saja apa yang didengarinya tadi, tidak wujud.
No sayang, no abang.
Okay!
Selepas beberapa minit,
Faizul siap membuat satu ketupat. Zahrah sedikit terkejut. Memanglah si Faizul
pandai membuat ketupat. Dia memandang wajah Faizul tidak berkelip-kelip. Lelaki
itu tidak tipu. Ingatkan pandai tengok aje.
“Sekarang biar abang yang
ajar sayang.”
Faizul terus memegang
tangan Zahrah supaya mengikut gerak geri tangannya membuat ketupat. Zahrah
masih terkejut. Dia hanya mengikut saja gerak geri tangan Faizul. Dia merelakan
Faizul memegang tangannya.
No haram but halal.
Abang lagi?
Zahrah buat-buat tidak
dengar.
“Nak buat ketupat ni
kena fokus. Bukan senang nak membuatnya. Nak dapatkan seketul cinta pun
bukannya senang. Susah. Kena tempuh macam-macam dugaan. Dugaannya, inilah. Nak
buat ketupat. Seorang isteri kena belajar buat sesuatu yang disukai oleh
suaminya. Bila dah dapat buat, memang tak sia-sia membuatnya. Cinta seorang
lelaki yang bernama Faizul Arman hanya untuk seorang perempuan yang bernama
Zahrah Imani. Anggap aje ketupat ni cinta abang.”
Gulp!
Zahrah tergamam
mendengarnya. Faizul masih ralit memandang daun kelapa yang berada di tangan.
Mulut bercakap tapi mata memandang ke tempat lain.
Anggap ketupat seperti
cinta?
7 comments:
ada typo sikit and ada satu ayat xsesuai
Bertuah sungguh dia mendapat Zahrah.
*mendapat tu tukarkan pada memiliki (^_^) good job teruskan oh ye tadi ada kesilapan nama patutnya Faizul tapi jadi Faizrul
ada sambungan lg x en penulis?
okay... akan diperbetulkan... akan ada sambungan.. tunggu ya ;) cuba bagi komen sikit untuk bab satu ni... heee
Bab satu dah sweet sgt. Romantiknya si Faizul ni. Still kurang faham sikit jalan ceritanya. Bagaimana perkahwinan itu terjadi? Apakah mereka ni kahwin paksa? Kenapa Zahrah dingin dgn Faizul? Zahrah ni mmg cinta akan Faizul kan or Faizul menolak Zahrah pada awalnya.
Hurmmm...akak wait bab 2.
tq sis norita jusuh... kita tunggu by bab... akan penuh persoalan nanti.. hehe
so sweeett....!!!
i hope you can write more sweet stories..
keep it up! naikkanlah status penulis lelaki..
sekarang ni ramai penulis perempuan jek..citer nye pon klise2
hope ade kelainan pada citer awak..anyway this story is so sweet..
thanx for brighten up my days.. ^_^
Wowwww bce part 1 ni.. Rse nk terbang melayang je bce.. Owhhh sweetnye awk Faizul.. Nk je cari lelaki mcm dye ni.. hahaha
Post a Comment