Edryka
yang sedang menelaah bukunya itu tidak sedar akan kehadiran seseorang yang sedang menuju ke tempatnya. Lily sudah perasan akan kehadiran lelaki yang
dilihatnya itu. Dia sudah perbetulkan bajunya. Sempat lagi buka bedak compact
nya. Touch up apa yang patut. Diletakkan kembali bedaknya itu ke dalam beg. Hatinya
sudah diterpa perasaan bahagia.
“Hello…” Ujar mamat k-pop yang
digelar oleh Lily.
Edryka yang sedang leka
membelek bukunya itu, pantas dikejutkan
oleh satu suara yang tak dikenali. Lily sudah mempamerkan senyumannya itu yang
tak lekang dari bibirnya.
‘Lily ni dah kenapa!
semacam je. Janganlah tersengih sampai macam tu sekali. Nanti tak pasal-pasal
orang labelkan kau tu perempuan gedik pulak! Jari tu duduk diam-diam tak boleh ke! Jangan nak gulung-gulung baju
tu! Dah macam orang tak betul je!’ kawannya itu dilihat.
“ Hello too..”jawab Lily.
Luna
Farisya sudah pandang ke hadapan. Bulat anak matanya.
‘Hah? Apa mamat ni buat dekat sini? Aku
ingat siapa tadi. Tak kan lah dia nak duduk dekat sini pulak. Dekat sini tempat
duduk punyalah banyak. Dekat sini jugak dia nak duduk. Masalah betullah dia ni!
Tak aman hidup aku hari ni.” Gerutu hati Edryka.
“Can I
seat here?” Ujar lelaki itu tersenyum.
Lily
mempersilakan lelaki itu untuk duduk.
“Sure.” Lily tarik kerusi di sebelahnya hanya tersenyum lebarnya.
Suka pulak hatinya ketika itu.
Edryka yang berada di sebelahnya itu, terkejut
dibuatnya dengan kata rakannya itu.
“Ish, dia ni!!! Sesuka hati ja suruh
mamat sepet tu duduk. Kalau ya pun tanya
la aku dulu boleh ke tak. Ini tak ada kebenaran aku pun. Macam dia seorang je
dekat sini. Kau tunggulah! Aku ketuk kepala kau tu sampai keluar burung baru
tahu! Macam dia seorang je dekat sini!” Gerutu Edryka lagi.
“ Thank you.” Ujar lelaki itu kepada Lily sebaik sahaja
membenarkannya duduk di situ.
Lily tesenyum. Tak sudah dengan
senyumnya itu.
“ Welcome.”
Jawab Lily.
Lelaki itu perasan akan seseorang yang berada di sebelah perempuan yang sudah
membenarkan dia duduk di situ. Perempuan itu memang cantik. Terpana sekejap lelaki itu
melihatnya. Jantungnya bergetar laju ketika itu.
“My name is Rain. You?” Ujar
lelaki itu sebaik sahaja memperkenalkan dirinya.
‘Peliknya nama. Mesti dari Korea. Setahu aku
kalau dah nama Rain ni mesti dari Korea. Macam seorang artis tu. Ish! Lupa
pulak siapa dia tu. Tapi kan, kalau dah tengok dari dekat ni, muka tu pun dah macam Korea. Sebijiklah macam
Korea. Tak ada yang kurang sikit pun.’ Bisik
hati Lily.
Lily menggeleng
perlahan.
“Oh..My
name is Lily. Are you new student
here?” Jawab Lily dengan mengajukan satu pertanyaan kepada mamat k-pop itu.
“ Yes. This my first day is here.” Balas Rain.
Edryka hanya terdiam sambil
membelek bukunya. Telinganya menangkap perbualan lelaki tak diundang itu dengan kawannya.
‘Nak speaking London lah konon! Geli pulak
telinga aku ni dengar. Eeeiii!!’ desis hati Edryka.
“Where do you from? I think you not from here,right? Based on your look,I
don’t think so.”Tanya Lily.
Rain hanya tersenyum
dengan pertanyaan Lily.
“Yes. I from Korea.” Balas Rain.
Hati lily terpa gembira.
‘Hah kan betul apa yang
aku anggap tadi. Korea. Patutlah comel semacam jek. Rupa tu tak macam lelaki Malaysia.
Ya Allah, dekat sebelah aku ni lelaki Korea. Aku tak bermimpi! Akhirnya aku dapat jugak
jumpa lelaki Korea. Face to face.
Sabar! Sabar! Jantung aku ni tak boleh terkeluar. Kawal sikit.’ nafasnya
dihembus perlahan.
“I came here because I’m followed my parent. Their moved here. My father
is work here.” Sambung Rain.
“ Oh..i see..” Jawab Lily dengan ringkas. Hanya angguk perlahan.
Rain tersenyum.
“ You, cakap saja melayu. I boleh faham. Kesian tengok you. Lidah you tu berbelit-belit nak cakap
inggeris.”ujar Rain tersenyum dan memahaminya.
Lily terkejut dengan pertukaran bahasa yang
dituturkan oleh mamat tersebut. Edryka juga kelihatan sedemikian. Betul ke ni?
“You boleh cakap melayu?” Soal Lily dengan perasaan ingin tahu.
“Ya, I boleh cakap
melayu. Tak ada lah mahir sangat. Biasa-biasa je. Kenapa tak percaya ke?” Jawab
Rain sambil menaikkan kening kanannya itu.
Alamak! Comelnya mamat
ni buat macam ni. Haiiiii. Cair pulak aku nanti depan mamat ni. Pantas Lily
kembali di alam realiti.
“Macam mana you boleh tahu cakap melayu? You
belajar sendiri ke?”Soal Lily.
“ Sebenarnya,
my mum orang Malaysia. My pa, orang Korea. Mummy I adalah ajar
I sikit sikit cakap melayu. Dulu, susah juga nak cakap melayu. Yelah, macam
pelik je bunyinya kan. But now,dah
fasih sikit. Taklah terer macam you. Kalau setakat nak bercakap dengan orang,
mungkin boleh faham sikit-sikit.
Dulu,masa I belajar cakap melayu, nak ketawa pun ada. Macam budak sekolah rendah
je. Lama juga I nak faham cakap melayu. Dengan sokongan my mum, akhirnya i berjaya
jugak. Lagi pun i rasa tak rugi pun belajar tu semua. Now i dekat Malaysia boleh cakap bahasa tu. Yelah kalau i cakap
inggeris tak semua orang tahukan. So it’s
better i cakap melayu je. Senang.” Sambung Rain lagi.
‘Peramah pulak si mamat ni. Aku
Tanya sikit, panjang berjelar pula dia jawab. Macam keretapi. Tapi tak
apalah,aku suka juga. Sekurang kurangnya dia bukan seorang yang pendiam.’Bisik
hati Lily.
“ Ye ke? Untung la you,dapat tahu
cakap melayu. Tak la you berasa kekok dekat Malaysia ni kan. Lama ke you dekat
Malaysia ni?”
“Bergantung pada my dad lah. Kalau
dia lama dekat sini, lamalah i dekat sini. Kalau sekejap, sekejaplah i kat
sini. I ikut je.” jawab Rain.
Rain hanya tersenyum dan
pandangannya bertukar arah kepada Edryka. Seperti hendak menegurnya sahaja.
Lily hanya mengangguk
perlahan.
“Hai,wak. Senyap je.
Dalam mulut tu ada emas ke sampai susah sangat nak cakap.” Tegur Rain kepada Edryka.
Lily perasan akan
teguran yang dibuat oleh lelaki itu kepada kawannya. Hatinya mula bergelodak.
Macam ombak besar je melanda dirinya. Takkanlah dirinya tu rasa cemburu pulak.
Baru kenal tak sampai setengah jam dia sudah rasa semua tu.
Edryka hanya memandang
sekilas sahaja kepada mamat tersebut dan memandang bukunya kembali.
‘Boleh pulak dia cakap
dalam mulut aku ada emas. Ish! Dia ni nak kena dengan aku agaknya. Sesuka hati
mulut dia jek nak cakap macam tu! Kalaulah dalam mulut aku ni ada emas, dah
lama aku jual. Tak payah aku nak simpan! Buat menyemak je!’ desis hatinya.
Lily yang perasan kawannya
itu tidak memberi sebarang tindak balas, dia melihat Rain kembali.
‘Tak mesra alam
langsung! Senyum pun tak nak!’ Sempat pulak Lily mengutuk kawannya itu.
“Kawan I ni memang macam
ni. Susah sikit nak berbual dengan
orang. Dia tu lebih suka bercakap dan bercinta dengan buku dia tu. Nama dia Edryka.”
Lily mencelah.
Pantas Edryka melihat Lily dengan perasaan
yang meluap-luap sebaik sahaja dia menyebut namanya dan memperkenalkan dirinya
kepada mamat itu.
‘Kau ni Ly. Memang nak
kena dengan aku. Suka hati mak bapak kau je nak sebut nama aku kat mamat sepet
ni.’ kecik besar je Edryka jeling kawannya itu.
“Oh ye kew? Nice to meet you, Edryka. Tak baik tau
kalau mulut tu nak diam je. Sekali sekala kenalah bercakap jugak. You are a beatiful girl.” Ujar Rain
sambil pandangannya menuju tepat ke muka Edryka.
Tersentak Lily
dibuatnya.
‘Dia puji Ryka? Aku yang
depan dia ni tak nak dipuji pulak. Jangan cakap yang dia dah tersangkut dengan
Ryka dahlah. Sakitnya hati aku!!!’ mendidih hati Lily.
“ Thanks.” Jawab Edryka sepatah. Hatinya tidak keruan bila lelaki itu
memujinya sebegitu.
Terlakar satu senyuman
kegembiraan di bibir. Rain seakan sudah jatuh hati dengan Edryka dengan
pertemuan kali pertama yang tak disengajakan ini.
Lily ligat mencari
soalan apa yang harus ditanya kepada lelaki disebelahnya itu. Dirinya memang
berasa cemburu dengan pujian tersebut.
“You ambil jurusan
apa?”Tanya Lily.
“ Oh..I ambil course muzik. I memang minat
muzik.”jawab Rain.
“You pulak ambil course apa?”soal Rain. Aik nak berbalas
pulak.
“ I ambil Ekonomi. I nak
jadi cikgu. Cikgu Ekonomi. I memang minat jadi cikgu. ” Jawab Lily tersenyum.
Rain melihat jam tangan
yang berada di pergelangan tanganya itu.
“ Ok la. I ada hal ni. Maklum
lah ini firsrt day I dekat sini. Banyak benda nak kena buat. So,I kena
pergi dulu. Apa pe pun fun jumpa
korang berdua dekat sini. I harap kita boleh jadi kawan.” Ujar Rain.
“Kalau macam tu,
pergilah uruskan hal you tu. Nak uruskan hal kemasukan dekat sini pun macam
leceh je. Banyak prosedur kena buat. I pun
seronok dapat jumpa you. I macam tak percaya yang lelaki Korea datang ke
meja i dan berbual dengan i. Macam mimpi pulak. Biasanya i tengok dekat TV je.”balas
Lily tersenyum.
Rain terasa pelik.
Dahinya berkerut.
“Wait! You cakap apa
tadi? Le... leceh. Apa tu? Saya tak tahu.”
Lily hendak tergelak je.
Itu pun takkanlah tak tahu.
“Takkan itu pun you tak
tahu. Uurrmm.. Macam mana nak cakap ya. Maksudnya macam..macam... Hah, leceh tu
maksudnya susah. Difficult. Faham
tak?”
“Oh. Nampaknya i kena
banyak belajar lagilah bahasa melayu dari you. Sampaikan le.. leceh tu pun i
tak tahu. Susah pulak i nak sebut. It’s a
new word. Okay lah. Saya pergi dulu. Bye. ” Ujar Rain tersenyum sambil menolak kerusi yang
didudukinya ke dalam meja.
“Okay.” jawab Lily.
Rain mempercepatkan langkahnya ke luar perpustakaan. Urusan apalah lagi yang
belum diselesaikannya.
‘Lawak pulak dia ni! Dah
lah comel. Nampak sweet je. Kenapalah urusan kau tu tak diselesaikan je dari
tadi sebelum kau masuk perpustakaan ni. Rasa sayang pulak nak berhenti cakap
dengan kau, wahai mamat k-pop. Dia ni memang dah melekat kat hati aku ni.’
Berangan je lah kau
Lily.
‘Fuh,pergi pun mamat
poyo tu. Aman sikit hidup aku. Siap kau Lily. Aku akan buat perhitungan dengan
kau hal ni. Apa yang penting bukan sekarang. Kau tunggulah!’ Getus hati Edryka.
“Sudah! Sambung study
kau tu. Mamat poyo tu a.k.a mamat mata sepet tu dah tak ada. Tak payah tengok
mamat tu sampai bijik mata kau tu nak terkeluar. Fokus dekat buku kau tu. Dalam
exam nanti tak ada pun pasal mamat sepet tu. Pantang nampak lelaki handsome
sikit! Mulalah tu ulat bulu naik ke badan. Tergedik sana, tergedik sini.” Ujar
Edryka.
Macam tak puas hati je
si Edryka ni. Hehe. Takkan cemburu kot.
Lily pantas memandang ke
kawannya itu.
“ Ryka, kau ni janganlah
sombong sangat. Mamat poyo atau mamat mata sepet yang kau gelarkan tu nak berkenalan dengan kau je pun. Dia bukannya nak buat benda tak baik.
Muka baby face dia tu takkanlah orang
jahat. Dia baik je. Cubalah jadi orang yang mesra alam sikit.” Luah Lily sambil tepuk tangan kawannya di atas meja.
“ Dah,tak ada maknanya. Kau
belum kenal lagi perangai lelaki macam mana. Nanti kalau dah terkena dekat
batang hidung sendiri baru kau tahu. Lepas tu kau nak menangis sampai mata kau
tu bengkak macam panda dah tak guna. Jangan nak luah kat aku. Kau cari je lah
orang lain nak luahkan perasaan kau tu. Aku tak nak dengar lagi dah. Now
continue your study!” Balas Edryka
sambil menyambung pandangannya ke buku.
Tegas nampak si Edryka.
Ada pengalaman hitam ke dalam hidupnya tentang lelaki? Hatinya pernah
dipermainkan ke dulu?
‘Aku benci lelaki macam
tu! Dia tu sama je macam lelaki lain. Harap muka je market tapi perangai kalah
setan! Mula-mula mengayatlah lebih-lebih. Buat-buat baik. Lepas tu buat taik.
Bukan taik kucing tapi taik anjing. Busuk! Cukuplah sekali aku kena dulu. Serik!
Serik tau tak!’ monolog hatinya.
Lily menuruti sahaja
tanpa banyak kata.
“Okay.” lemah Lily
menjawab. Malas nak cari pasal semata-mata pasal lelaki.
Jam di perpustakaan itu
yang terserlah kecantikannya sudah menunjukkan jam 4 petang. Senyap seketika
suasana di perpustakaan itu. Semua orang sedang menelaah bukunya. Musim exam
dah dekat. Kedengaran pergerakan bilah kipas menjadi teman melebarkan sayapnya
untuk menjalankan tugasnya sebagai penyebaran udara.
Lily ketika itu,sudah
seperti dalam kepanasan. Tak boleh nak duduk diam. Tergaru sana, tergaru sini.
Punggung tu dah lenguh ke sebab dah duduk lama-lama. Ada saja si Lily ni. Gelagatnya
itu pantas disedari oleh Edryka. Edryka
hanya menggelengnya.
“ Kau ni dah kenapa
pulak? Dah macam ikan kena bakar je? Ni mesti ada apa apa ni.” Soal Edryka
kepada Lily.
Lily hanya tersenyum
liat kepada Edryka.
“Perut aku ni ha tengah
buat okestra yang tak berbayar. Tak tahan aku nak mendengarnya. Dari tadi tak
di isi. Aku ingat nak isi sekarang.” Balas Lily dengan lawak bodohnya itu.
Hah dah mula la si Lily ni. Ish! Tak habis-habis.
“ Oh,okestra. Okestra
sengaja dibuat buat atau semula jadi? Cuba cakap kat aku! Tak nak study macam-macam je alasannya. Nanti
telinga aku ni jugak panas dengar rentehen kau tu. Tak luluslah. Pointer
rendahlah. Semua keluar nanti.
Sekejap! Ataupun ni
semua pasal mamat mata sepet tu. Apa yang dia dah hembus kat kau pun aku tak
tahu. Dalam otak kau sekarang ni mesti tengah terfikir kat manalah mamat tu. Dah makan ke belum. Dia
tengah buat apalah sekarang ni. Betul tak?” Duga Edryka dengan kening kananya
di naikkan.
“ Ceh! Janganlah tengok
aku macam tu. Ini original tau. Okestra aku ni tak terima bayaran lagi tau
sejak pagi tadi. Tu yang aku cepat je untuk jumpa kau dekat gedung ilmu ni.
Sampai makan minum aku pun lupa nak isi.
Pembetulan. Ini semua
tak ada kena mengena dengan mamat sepet kau tu. Ryka, Jomlah kita pergi makan.
Aku dah lapar ni. Please!!!! ” Luah Lily
sambil tangannya memegang perutnya.
Edryka berasa kesian kepada Lily. Pantang
Nampak orang dalam kesusahan, kesedihan, mulalah sifat keprihatinannya muncul.
Memang lembut hati si Edryka ni.
“Apa-apa je lah. Mulut kata lain, hati kata
lain. Kalau kau dah lapar sangat, kau
tahan la sikit. Pukul 5 nanti,aku belanja kau. Kita pergi pizza hut. Kita makan
sama sama. Aku nak habiskan sikit study aku ni. Nak buat nota apa yang patut.”
Ujar Edryka.
Senyuman di muka Lily mula terukir sebaik sahaja mendengar
kata rakannya itu.
“ Thanks, Ryka.” Jawab Lily.
“ Suka la tu. Dengar je
pasal makan terus ceria muka tu. Kalau tak, tadi muka tu dah macam ayam berak
kapur je. Tambah-tambah lagi, orang nak belanjakan.” Edryka tersenyum dengan
katanya.
Lily hanya tersenyum
gembira.
“Rezeki jangan ditolak.”
tersengih pulak. Ryka kau lah kawan baik aku dunia dan akhirat. Untung ALLAH
pertemukan aku dengan kau. Semoga hidup kau dimurahkan rezeki selalu.
No comments:
Post a Comment