Tuesday, October 7, 2014

Cinta Nakal - 2

“Other women will not be able to feel love and love me except you. You're entitled to love and love me.”
                        Masih terngiang-ngiang kata-kata Faizul terhadapnya sebentar  tadi. Zahrah hanya berpeluk tubuh di bersebelahan pangkin. Angin malam memang jelas terasa. Dia masih tak percaya apa yang berlaku tadi.
                        Satu keluhan perlahan dilepaskan. Bingung pula. Aku yang layak mendapat cinta dia? soal suara hatinya.
                        Zahrah sendiri tidak tahu hendak mempercayai sepenuhnya atau tidak terhadap kata-kata Faizul tadi. Bukan ke selama ini lelaki itu ramai yang meminati dia? Berderet-deret perempuan yang mahukan dia tapi kenapa dia yang menjadi sasarannya? Menjadi pilihannya? Dia yang layak mendapat cinta lelaki itu? Macam tak percaya.
                        Tertunduk pula.
                        Tak mungkin!
                        Tapi….
                        Zahrah mendongak semula. Tak tahu hendak mengulas apa lagi. Dia mula duduk di pangkin. Satu keluhan lagi dilepaskan.
                        “Awak kena kahwin dengan saya.” Suara Faizul mula kedengaran. Nada suaranya kelihatan serius. Tajam pandangan anak mata memandang wajah Zahrah.
                        “What?”
                        “Marry me.”
                        “Are you crazy?”
                        “No.”
                        “You crazy.”
                        Zahrah melepaskan keluhan geram. Lelaki yang berada di hadapannya itu memang tidak betul. Ingatkan setelah berjumpa dengan lelaki itu, dia dapat apa yang diimpikannya. Suatu perjumpaan yang indah. Ajak pergi makan ke, tengok wayang ke. Ini tidak. Lain pula jadinya. Minta kahwin.
                        Berkahwin dengan dia?
                        Memanglah Zahrah naik angin.  Tak logik! Ingat sekarang ni ada cameraman ke  apa. Ini bukan pengambaran drama. Tahu! Mesti ada wayar terputus dalam otak lelaki itu. Itu yang minta hal yang bukan-bukan aje.
                        “Saya serius.” Ujar Faizul.
                        “Saya pun serius.
                        “Kenapa? Awak tak boleh terima saya? Tell me why.” soal Faizul tenang.
                        “Awak dengar sini apa yang saya nak cakap.”
                        “I’m listening to.” Balas Faizul.
                        Zahrah menapak beberapa langkah ke hadapan. Dia berdiri tegak di hadapan Faizul. Muka lelaki itu ditenung dalam-dalam. Mata dikecilkan.
                        “Awak tahukan saya ada dekat sini kenapa?”
                        “Ya. Saya memang tahu. Saya yang suruh awak datang sini.”
                        “Jadi, inilah…..”
                        “Kali pertama saya jumpa awak. Betul?” celah Faizul.
                        Zahrah terdiam sejenak. Geram pula dia melihat muka lelaki itu. Dia belum habis bercakap lagi, lelaki itu sudah buka mulut. Kalau ya pun hendak bercakap, tunggulah dirinya habis bercakap dulu. Sebal betul! Dia paling pantang  kalau ada orang memintas apa yang dia hendak cakap.
                        “Memang saya akui, selama ni saya kerap chat dengan awak dekat facebook. Twitter. Saya senang hati dapat chat dengan awak. Saya terima pelawaan awak untuk berjumpa dengan saya ni pun  bukan kerana terpaksa. Saya pun teringinlah juga nak berjumpa dengan awak. So, I follow my conscience. Saya merelakan diri dan ikhlas untuk berjumpa dengan awak.”
                        Faizul diam. Dia ingin mendengar apa yang diperkatakan oleh Zahrah. Berpeluk tubuh pula. Nasib baiklah cuaca ketika itu tidak panas. Redup saja. Mentari berselindung di sebalik awan yang berarak.
                        “We are just friends.” Sambung Zahrah lagi.
                        “Memang kita kawan tapi saya nak berkahwin dengan awak.”
                        “But why me?”
                        “Saya yakin awak adalah jodoh saya.”
                        “Ridiculous!”
                        Faizul bergerak ke sisi Zahrah. Dia mengukir senyum nipis dan tekad dengan niatnya. Dia akan pastikan niatnya itu tercapai.
                        “Saya tahu awak bukan seorang yang senang terima seorang lelaki dalam hidup awak. Dan saya dapat merasakan awak suka dekat saya. Betul?”
                        Zahrah terus menoleh ke muka Faizul. Suka? Lagilah mengarut. Serta merta muka Zahrah kelihatan sedikit pucat. Kenapa hendak pucat pula ni?
                        Zahrah suka Faizul?
                        “Saya pun suka dekat awak. Sebab tu saya mengambil keputusan hendak berjumpa dengan awak. Saya tak nak kita berkawan tanpa bersua muka. Bosan juga kan kalau kita asyik chat aje. Bagi saya, awak berbeza dengan perempuan lain. Saya ingin berkawan dalam erti kata yang sebenar. Keluar bersama-sama, pergi makan, tengok wayang.”
                        Diam. Lelaki tu suka kepada dia? Zahrah macam tidak percaya. Tak mungkin! Lelaki itu belum kenal lagi hati budinya takkan dah jatuh hati pula. Ini tetap mengarut. Dia tak boleh terima.
                        “Kita berkenalan pun dah hampir tiga tahun dekat facebook. Awak tak pernah menolak kehadiran saya. Kalau awak tak suka saya, mesti awak dah block saya. Betulkan?” soal Faizul pula.
                        Diam.
                        “Awak pun serba sedikit dah tahu perangai saya macam mana kan. Nampaknya awak pun dah boleh terima perangai saya. Awak tak pernah tak balas chat saya. Mesti balas. Malah setiap hari saya mengharapkan  awak chat dengan saya. Detik tu saya merasakan saya mula rasa suka dekat awak. Please do not consider this as a dream.”
                        Wajah Faizul mula didekatkan ke muka Zahrah. Dia mula senyum menyenget. Terpana Zahrah melihatnya. Jantungnya mula beroperasi laju. Lelaki itu sudah kenapa pula. Kenapa hendak mendekatkan mukanya pula? Tak malu  ke  apa kalau orang lain tengok.
                        “Without you my life is not perfect.” Sambung Faizul lagi.
                        Zahrah tertunduk sedikit. Dia mula bermain dengan emosi. Lidah kelu tapi kata hati pantas aje bersuara. Bermacam-macam dia menyoal akal. Lelaki itu…
                        Cerewet.
                        Berlagak.
                        Cakap besar.
                        Kuat sentap.
                        Tapi satu hal yang Zahrah suka terhadap lelaki itu adalah….
                        Pandai memujuk.
                        Dia mengetahui  semua itu sepanjang dia berkenalan lelaki itu di facebook. Ya! Zahrah suka sifat lelaki itu yang pandai memujuk. Terasa macam dirinya dihargai saja. Bila sekali lelaki itu dah memujuk dirinya, terus hilang amarah yang bertapa di hati. Walaupun mata hanya melihat setiap patah kata yang terpapar di skrin, dia yang membacanya seperti tidak percaya apa yang dibaca. Kata-kata lelaki itu seperti memujuk kekasih hati yang sedang merajuk. Memang terbaik! Cair habis.
                        “Saya tak pernah nak tipu awak. Saya berlaku jujur dengan awak. Ya! Saya memang cerewet, berlagak, dan suka cakap besar. Buat apa saya hendak sembunyikan sikap saya  memandangkan itu adalah sikap saya yang sebenar kan? Macam awak nampak saya tadi, kereta tu memang milik saya. Honda accord tu baru aje saya beli.”
                        “Saya tak tanya pun pasal kereta tu.”
                        “Saya tahu awak tertanya-tanya. Jadi saya akan menjelaskan apa yang patut untuk awak tahu. I know what you think.”
                        “Manalah tahu awak pinjam kereta kawan awak kan? Saya mana tahu.”
                        “Saya akan buktikan.”
                        Zahrah terus melihat wajah Faizul. Buktikan? Lelaki itu hendak buat apa? Janganlah buat hal yang bukan-bukan. Sekejap! Takkan hendak menjerit pula. Macam dia tengok dalam drama TV, lelaki akan menjerit untuk membuktikan yang dirinya adalah benar. Si perempuannya pula terkejut. Takkan Zahrah hendak mengalami semua tu? Tak! Kata hati mula memangkah.
                        “I say again, I’ll prove it.” Ujar Faizul lagi.
                        Tiba sahaja di hadapan sebuah rumah banglo besar, Zahrah sedikit terkejut. Tercengang pun ya juga. Dia macam faham apa tindakan lelaki yang bernama Faizul. Zahrah memandang Faizul di sisi. Pandangan yang mengambarkan meminta penjelasan.
                        “Inilah jawapan saya. My evidence to you.” Ujar Faizul.
                        Zahrah seperti tidak percaya. Memang betullah rumah besar itu milik Faizul. Jika melihat kebesaran rumah itu, memang dah macam rumah Menteri aje.  Faizul menekan remote kawalan. Pintu pagar besar yang berwarna seakan emas terbuka luas. Zahrah memandang ke hadapan. Kereta melucur masuk ke dalam. Dia lagilah bertambah  terkejut. Banyak betul kereta yang berada di ruang parkir. Setelah dikira, ada empat buah kereta. Jika termasuk kereta yang sedang dinaikinya itu adalah lima. Tertelan air liur Zahrah.
                        Pintu kereta dibuka. Faizul terus keluar dan menuju ke tempat Zahrah. Pintu dibuka. Zahrah terkedu. Lelaki itu buka pintu untuknya? Jatuh hati pula Zahrah dengan tingkah lelaki itu. Romantik sangat. Faizul tersenyum. Entah kenapa Zahrah melihat senyuman lelaki itu seperti ada yang tak kena. Jantungnya memang bermasalah. Suatu penyakit yang pelik.
                        Penyakit cinta?
                        “Terima kasih.” Zahrah keluar dari perut kereta.
                        Faizul masih tersenyum. Zahrah mula memandang persekitaran rumah. Terpegun sekejap. Memang cantik. Ada rumput karpet. Kolam ikan.
                        “Jom masuk?”
                        “Masuk?”
                        “Yalah. Takkan hendak duduk dekat luar ni kut. Panas.”
                        “Nak jumpa siapa?”
                        “Awak akan tahu nanti.”
                        Zahrah hanya mengangguk. Iyakan sajalah.  Dia akan mengikut segala permainan lelaki itu. Jika dia sudah menjejakkan kaki ke dalam rumah lelaki itu nanti, jadilah seorang tetamu yang baik. Jangan menjadi seperti tetamu yang menjengkalkan hati.
                        Baru saja Zahrah hendak menapak ke hadapan, pandangannya terhala ke hadapan. Kedengaran derapan kaki seseorang.
                        “Mama…”
                        Puan Hafizah tersenyum lebar memandang anak lelakinya itu. Dia menapak ke tempat keberadaan Faizul. Akhirnya detik yang ditunggu telah tiba. Ini ke perempuannya? Dia macam tidak percaya melihat penampilan insan tersebut. Kelihatan sopan aje. Tak  ada macam orang berlagak pun. Inilah yang dia suka. Pandai Faizul mencari yang menepati citarasanya. Zahrah mula tertunduk. Malu!
                        “This is the answer?” soal Puan Hafizah terhadap Faizul.
                        Zahrah yang mendengarnya sedikit pelik. Jawapan? Jawapan apa pula ni. Dia tidak faham. Zahrah mendongak kembali lalu tersenyum nipis memandang wanita yang dikira berusia itu. Memanglah tidak nampak ditelan umur yang banyak. Wanita yang dihadapannya itu memanglah seorang yang cantik dan pandai bergaya. Terpegun pula Zahrah melihatnya.
                        “As you wished, mum.” Jawab Faizul dengan senang hati.
                        Puan Hafizah terus memandang wajah Zahrah. Zahrah mengangguk kecil dan masih tersenyum. Dia hendak cakap apa? Otak buntu. Memang mulut tak boleh hendak membuang patah kata.
                        “Can we start?” soal Puan Hafizah.
                        Tak faham. Dahi Zahrah berkerut.
                        Start?
                        Belum sempat Zahrah hendak buka mulut, Faizul memintas dengan katanya. Lagi sekali. Faizul memintas apa yang hendak dicakapkannya. Geram! Zahrah menjeling tajam ke  arah Faizul. Zahrah masih bingung dengan apa yang dah terjadi.
                        “Mama. Kita bincang dekat dalam. Boleh?”
                        Puan Hafizah tersenyum.
                        “Jemput masuk. Anggap aje rumah ni seperti rumah kamu sendiri. You’re my daughter. Rumah ni rumah kamu juga nanti.”
                        Langkah Puan Hafizah terus di atur masuk ke dalam rumah. Tinggal Faizul dan Zahrah. Anak? Apa semua ni? Zahrah semakin tidak faham. Elok sahaja Faizul memandang Zahrah, dia dapat mengagak apa yang Zahrah hendak bertanya kepadanya.
                        “Jom masuk.”
                        “Sekejap!”
                        “Apa semua ni? Saya tak faham.”
                        Diam.
                        “Tolong jelaskan kepada saya sekarang!”
                        “You will get the answer  later.”
                        “Saya nak sekarang!”
                        Faizul terus menapak masuk ke dalam rumah. Zahrah terpinga-pinga. Lelaki itu tidak mahu jawab. Mendengus lagi. Bertambah geram. Jawapan?  Sakit pula hatinya melihat lelaki itu. Permainan apa yang dia sedang hadapi ketika itu? Dia mulai bingung. Macam nak kena migrain aje.
                        Setelah punggung Zahrah melabuh di sofa…
                        “Cantik betul bakal menantu mama ni.” Suara Puan Hafizah kedengaran.
                        Zahrah terpempam. Bakal menantu? Faizul yang mendengarnya pun sedikit terkejut. Mamanya pun satu. Tak menyempat betul hendak bercakap mengenai itu. Pasti Zahrah terkejut besar. Tidak lama selepas itu, anak mata Faizul bertembung dengan anak mata Zahrah. Terus pucat wajah Faizul.



                        “Termenung jauh nampak?” suara seseorang  mula menembus ke gegendang telinga Zahrah.
                        Zahrah terkejut. Dia terus menoleh ke kanan. Ingatkan siapalah tadi. Dia buat muka kelat dan memandang ke hadapan kembali. Dasar suami angin malam. Memanglah tiba-tiba hendak menjadi seorang suami yang penyayang. Biasanya panggilan antara mereka, saya dan awak saja. Kini nak bersayang dan berabang pula. Terasa janggallah pula.
                        “Boleh saya duduk?” soal Faizul tersenyum.
                        “Kalau saya larang pun, awak tetap nak duduk juga kan?”
                        Faizul terus mencubit pipi Zahrah. Geram! Tengah marah pun nampak comel aje. Zahrah buat-buat tidak tahu saja. Anggap saja tiada apa-apa yang berlaku. Punggung Faizul mula melabuhkan di pangkin.
                        “Awak marah saya ke?”
                        “Mana ada.”
                        “Kalau tak marah, kenapa muka tu masam aje. Marah sayalah tu.”
                        “Suka hati awaklah nak cakap apa pun. Malas nak layan.”
                        “Orang yang malas berusaha, memanglah orang tu rugi. But you do not. You’re a hardworking person. Your effort should be commended.”
                        “Perli saya lah tu?”
                        “Ish! Taklah. Saya cakap yang betul. Bertuah saya dapat isteri macam awak ni.”
                        “Yalah tu.”
                        “Yalah. Jujur saya cakap, usaha awak patut dipuji.”
                        “Kalau seorang isteri tu tak pandai buat ketupat, kira bertuah jugalah ya?” perli Zahrah pula. Sengaja dia berkata begitu. Kalau sehari dia tak mengenakan si Faizul, memang tidak sah. Ada saja yang hendak dicakapkan. Ketika itu pasal ketupat. Esok? Entahlah. Pasal lemang kut. Pelita ke, apa ke.
                        “Tapi sekarang awak dah pandaikan?” soal Faizul pula.
                        Diam. Zahrah hanya memendam perasaan dalam hati. Geram? Sakit hati? Pelbagai perasaan mula menapak dalam diri. Asyik nak menang aje si Faizul. Bertambah geram si Zahrah dibuatnya. Asyik nak geram aje. Dia sendiri pun pelik. Orang kata kalau geram ni tandanya suka? Betul ke?
                        Gulp!
                        Zahrah terkedu. Tak mungkin! Geram bukan tandanya suka tapi sakit hati.
                        Faizul masih tersenyum. Angin malam ketika itu memanglah sejuk. Banyak saja angin. Kalau rumah di tengah-tengah sawah padi, memanglah ada untungnya. Pada waktu malam, angin memang banyak. Salah satu sebab kenapa Faizul menyukai kampung isterinya adalah…
                        Angin.
                        Memang terbaik. Kalau dekat bandar, memanglah susahlah hendak mendapat angin yang sebegitu. Asyik hidu asap kenderaan aje. Mendatangkan penyakit. Satu hal dia berasa gembira ketika itu adalah isterinya dah pandai buat ketupat. Tahun depan bolehlah buat lagi untuknya. Jangan lupa sudah macam mana hendak membuatnya.
                        “Pagi raya nanti saya nak rasa ketupat tu. Boleh?”
                        Diam. Zahrah leka memandang bendang sawah yang tetbentang luas. Nampak lentokan padi yang ditiup angin.
                        “Boleh tak?” soal Faizul lagi.
                        “Okay.” Jawab Zahrah acuh tidak acuh saja.
                        Faizul berdiri. Tangannya berada dalam poket seluar. Zahrah pantas melihat lelaki itu yang sedang berdiri di hadapannya.
                        “Kenapa pulak ni?” soal Zahrah.
                        “What do you think?”
                        “Manalah saya tahu.”
                        Faizul mula tersenyum nakal dan mengenyitkan mata kirinya. Membulat besar mata Zahrah. Dia terus menginjak ke belakang. Senyum tu lain macam. Kenyit mata tu pun sama. Lelaki itu mahu apa? Faizul mula mengatur langkah.
                        “Awak nak buat apa ni? Awak jangan macam-macam.”
                        “Saya peduli apa. Suka hati sayalah nak buat apa pun.”
                        “Saya menjerit kang!”
                        “Jeritlah. Saya nak dengar.”
                        “Awak jangan nak cabar saya.”
                        “It’s up to you. We are husband and wife.” Faizul masih tersenyum nakal. Dia hendak berbuat apa ajelah tu dengan si Zahrah. Sampai pucat wajah si Zahrah dibuatnya. Wajah Faizul mula dekat dengan wajah Zahrah.
                        “Awak tu milik saya.” Ujar Faizul.
                        “So?”
                        “Awak ikhlas?”
                        “Ikhlas?”
                        Faizul mengangguk perlahan. “Awak ikhlas tak terima saya sebagai suami awak? Atau pun terpaksa? Dah lama saya nak tahu.”
                        Zahrah diam. Baru tadi dia teringat hal yang lepas. Semuanya pasal lamaran si lelaki yang bernama Faizul Arman. Semua terjadi secara tiba-tiba. Kini lelaki itu  mengutarakan hal keikhlasan pula. Kenapa mesti bercakap hal tu? Dia tak suka. Selama ini dia ikhlas ke menerima seorang lelaki yang bernama Faizul Arman dalam hidupnya? Sebagai seorang suami?
                        “Saya perlukan jawapan daripada awak.”
                        “Tapi kenapa baru sekarang awak tanya? Kenapa bukan dulu?” soal Zahrah sedikit berani.
                        Faizul pula terdiam. Dia masih statik dengan kedudukannya.
                        “Dah dua bulan saya berkahwin dengan awak. Awak anggap saya ni seperti tak wujud aje. Awak pergi kerja, balik kerja, makan, lepas tu tidur. Ada awak nak tengok saya? Ada awak nak tanya khabar saya? Sakit ke, apa ke. Itu ikhlas ke namanya? Saya rasa awak yang tak ikhlas dan bukannya saya. Apa saja saya buat untuk awak, saya ikhlas.” Luah Zahrah.
                        “Saya….”
                        “Awak ingat dua bulan tu sekejap ke? Huh!”
                        “Saya….”
                        “Cukup! Saya tak nak dengar.” Zahrah menepis halangan tangan Faizul namun tidak berjaya. Lelaki itu masih dengan tetap dengan tingkahnya. Zahrah memandang Faizul dengan sedikit geram.
                        “Tolong jangan halang saya.”
                        “Awak tak boleh pergi.”
                        “Kenapa pulak? Tolong beritahu saya sekarang. Saya kena tengok muka awak 24 jam ke? Nak layan awak setiap masa? Oh lupa pulak. Awak kan raja. Semua arahan nak kena patuh. Okay.”
                        Faizul terdiam. Pedas sungguh perli isterinya.
                        “Awak perlu cari makna ikhlas tu apa. Fahamkan betul-betul. Kalau saya tak ikhlas, saya takkan berkahwin dengan awak. Siapa saya hendak menolak takdirkan? Jadi, tolong ke tepi. Saya nak masuk.”
                        “Saya buat semua tu bersebab.”
                        “Bersebab? Hah! Ini kelakar.”
                        Kedengaran hembusan nafas yang dilepaskan oleh Faizul. Zahrah masih memerhati wajah Faizul. Sayu pula wajah si Faizul. Hendak menagih simpatilah tu. Zahrah tidak faham. Apa sebenarnya lelaki itu mahukan? Sampai sahaja di kampungnya, lelaki itu terus berubah. Menjadi seorang suami idaman setiap perempuan. Seorang yang penyayang, mengambil berat dan sentiasa membuat si isteri gembira dan bahagia. Janganlah dia buat semua itu hanya lakonan. Demi ibu dan ayah.
                        “Saya cuma nak menguji awak aje.”
                        “Menguji saya? Ini memang kelakar.”
                        “Saya serius.”
                        “Kenapa awak nak menguji saya? Takut saya ni kikis duit awak? Ambil harta awak? Macam tu? Kalau awak fikir macam tu, kenapa ambil perempuan macam saya ni sebagai isteri awak? Tak takut? Ramai lagi perempuan di luar sana yang boleh jadi isteri awak. Untuk pengetahuan awak, saya tak pernah terbayang pun hendak ada seorang suami yang kaya-raya, ada syarikat besar, ada rumah besar dan kemewahan. Nak tahu tak sebabnya apa? Sebabnya itu betul tentu menjaminkan kebahagiaan. Lagi pun saya masih muda hendak fikir pasal kahwin.”
                        Faizul diam lagi. Dia macam tidak percaya Zahrah begitu. Perempuan itu fikir hendak mengikis duitnya? Harta benda? Kenapa sampai begitu sekali isterinya berfikir. Dia tak  ada maksud macam itu pun. Apa yang dia mahukan, kejujuran dan keikhlasan menerima dirinya sebagai seorang suami.
                        “Saya minta awak berkahwin dengan saya seolah-oleh saya ni macam seorang lelaki yang terdesak nak cari calon isteri.”
                        “Tahu pun.” Celah Zahrah selamba.
                        Lain macam pula raut wajah si Faizul. Zahrah sudah kecut perut. Kuat ke suaranya tadi? Cepat-cepat Zahrah memandang ke hadapan. Wajah Faizul masih kaku tanpa segaris senyuman.
                        “Tujuan saya buat semua tu sebab  saya nak tengok awak sudi atau tak terima saya sebagai suami awak. Saya nak tengok tingkah laku awak terhadap saya. Awak sendiri tahukan macam mana kita berkahwin dulu. Awak seakan tak rela nak berkahwin dengan saya. Ya! Apa awak cakap  memang betul. Awak memang ikhlas berkahwin dengan saya. Saya boleh nampak tu semua.” Sambung Faizul lagi sedikit tertunduk.
                        Zahrah pantas memandang ke kirinya. Wajah sugul Faizul menjadi mangsa renungannya. Rasa serba salahlah pula. Rapuh betul perasaan seorang isteri. Terkenang hal lalu pula.
                        “Awak mengemas rumah saya, awak masak untuk saya, awak sediakan pakaian untuk saya, awak hantar saya ke pintu rumah bila saya pergi kerja, awak menyambut saya bila saya balik kerja. Itu dah cukup menggambarkan yang awak betul-betul ikhlas terhadap saya. Bagi saya awak buat semua tu menandakan awak sayang saya.”
                        Faizul terus memandang Zahrah. Nampak tenang aje di wajahnya.
                        “Saya tak pernah kata yang saya tak suka awak. Saya tak pernah kata yang saya benci dekat awak.” Pipi gebu Zahrah dielus lembut oleh Faizul. Dia merenung dalam-dalam ke anak mata Zahrah.
                        “Selama ni salah satu tanda saya cintakan awak, saya menghargai awak dalam hidup saya, ialah….”
                        Berdebar-debar pula Zahrah hendak mendengar patah kata yang keluar dari mulut Faizul.  Renungan lelaki itu yang boleh membuatkan dirinya pengsan. Renungan yang boleh menusuk ke kalbu.
                        “Apa dia?”
                        “Smile belongs to me.”
                        Zahrah sedikit terkedu. “Senyum?”
                        Faizul mengangguk perlahan.
                        “Dalam sehari saya tak pernah lupa hendak memberikan sekuntum senyuman saya untuk awak. Tak kisahlah saya buat apa pun, bila saya terserempak dengan awak, saya pasti akan tersenyum kepada awak. Itu bukan senyuman plastik tapi ia adalah sekuntum senyuman ikhlas  yang terukir di bibir saya. Senyuman istimewa untuk isteri saya, Zahrah Imani.” Bibir Zahrah dielus pula Faizul.
                        Ya! Memang betul kata Faizul. Baru Zahrah teringat. Selama ini lelaki itu apabila terserampak saja dengan dia, pasti akan mengukir senyum. Tak pernah tak senyum. Dengan senyuman tulah serba sedikit membuatkan hatinya tenang. Rasa suka pun ada. Kadang-kadang dia merasakan kenapa pula suaminya senyum? Tak nak nak bercakap tapi suka senyum? Sampai dia fikir, si Faizul ni mat senyum ke  apa.
                        “Mulai detik ni, saya nak cakap dekat awak yang saya…”
                        Zahrah tertelan liur.
                        “I will show my real sincerity to you, dear. I want us to live like everyone else. The happy couple. Can?”
                        Suara si Faizul sudah macam orang berbisik saja. Zahrah tergamam. Kini dia dapat merasakan apa yang diluahkan oleh lelaki itu, memang benar-benar ikhlas. Ya! Faizul memang ikhlas terhadapnya.
                        Happy couple?

                        Zahrah kaku seketika.

5 comments:

Noriko Studio said...

Faizul ni ingat isteri ni spt apa. Beria2 kahwin dgn Zahrah tapi layanan tak sepatutnya. Ada pulak menguji isteri sampai mcm tu.
Sesiapa pun akan terasa jika suami meragui si isteri. Mcm mana Zahrah nk berikan kasih sayang kalau si suami buat tk endah aje.

Ery Aieril said...

amboi sis! geram nampak... kiki.. kita tunggu kejutan by bab ya...

Hazira Che Hasan said...

Wow..br kenal, jumpa jer terus ajak kahwin. Biar betul? Kalau dah mmg tertulis jodoh tu kan..lari ke mana pun xguna.
Nak uji pun agak2 la..rasanya kalau perempuan lain dah bye2 dah...

Ery Aieril said...

Kan... heee.. nsib baiklah si zahrah tu okay orngnya....

Munyrah Azry said...

Wowww mcm tu je dorg kal then terus khwin.. perghhh kleas kau Faizul.. Tapi knpe Faizulbuat mcm tu dekat Zahrah.. Klau sye lah dh lama tgglkan... Huhh mnyampah dpt lelaki mcm ni.. Wat dunno je kat kite.. Hahaha