Monday, August 6, 2012

Bab 5 - Sepet Jodohku?



Kelihatan Datuk Sazali sudah berada di meja makan  sedang membaca surat khabar Berita Harian.
                        “Morning, pa.”Sapa Edryka dengan ceria kepada Datuk Sazali.
                        Datuk sazali yang mendengar panggilan anaknya itu, pantas memandang ke arah  anaknya yang sedang menuruni anak tangga. Kegembiraan sudah mengiringinya pada pagi itu.
                        “Morning, sayang. Awal bangun. Jom sarapan.” Ujar Datuk Sazali.
                        Edryka tersenyum lalu  menarik kerusi di meja makan untuk duduk dan sertai papanya sekali.
                        “Ceria anak papa pagi ni? Ada apa apa yang istimewa ke hari ni? Ada date?”Soal Datuk Sazali tersenyum.
                        Edryka yang sedang mengambil teko yang berisi air teh  di sebelahnya terhenti seketika.
                        “Apa papa cakap, date? Haha. Papa jangan nak sebut pasal Korea semalam tu. Mengarut je. Tak ada nya nak date. Kalau ada pun date, Ryka nak date dengan buku-buku Ryka. Itu lagi bagus. Ada jugak faedahnya. Loving with book.
                        Pa, hidup ni  kan selalu kena ceria. Baru permulaan hari kita ni terasa ceria. Gembira. Kalau pagi-pagi macam ni muka dah monyok macam tempe basi, mana best macam tu. Rezeki tak masuk. Kalau dah bad mood,  semua kerja tak nak buat. Untuk pengetahuan papa, Ryka ni bukan seorang yang pemalas ya. Ryka kan macam papa. Hardworking person. Orang yang rajin akan berjaya. Betul tak?” Balas Edryka dengan tersenyumnya.
                        Datuk sazali tersenyum dengan kata anaknya. Memang benar akan kata anaknya itu.
                      “Amboi! Anak papa ni, boleh jadi pakar motivasi nampak. Cakap tu nak panjang lebar je. Kalah pakar motivasi yang ada kat Malaysia ni. Silap-silap kalah pakar motivasi hebat yang ada dekat dunia ni.” Usik Datuk Sazali kepada anaknya dengan sedikit senyuman.
                       Edryka tersenyum dengan usikan papanya itu.
                        “Ryka tak nak jadi pakar motivasi. Biarlah Ryka cari kerja lain. Sekat pintu rezeki orang pulak. Nanti kesian dekat pakar motivasi yang sedia ada dekat Malaysia ni tak boleh nak cari makan. Kalau anak papa ni dah jadi macam tu, asyik Ryka je yang beri motivasi. Yang lama dipinggirkan. Ye lah anak papa ni kan yang terbaik.” Keningnya diangkat berulang kali.
                        Amboi! Perasan pulak diri tu! Hehe.
                        Datuk Sazali hanya menggeleng sambil tersenyum dengan kata anaknya itu. Ada je idea nak dicakapkannya.
                        “Papa, mama mana? Kenapa mama tak join sekali?” Soal Edryka. Anak matanya sudah merayap ke ruang dapur.
                        “Mama kamu tu dekat dapur. Tolong bibik. Macamlah kamu tak kenal dengan mama kamu yang teramat rajin tu. Biasalah mama kamu tu kan semua kerja nak dibuatnya. Kalah tugas papa dekat pejabat. Silap-silap kalah tugas Perdana Menteri. Sibuk je memanjang. Nak makan dengan kita ni pun tak ada masa.” Jawab Datuk Sazali. Anak matanya dikerling ke arah dapur. Manalah tahu isterinya itu curi-curi dengar.
                        “Pa, perlahanlah  sikit suara tu. Nanti kalau mama dengar, masak kari kita nanti. Ryka tak nak. Kari tak nak, asam pedas pun tak nak.” geleng Edryka. Cakap macam dalam kelambu pulak. Takut kantoilah tu.
                        “Mama takkan dengar punya. Papa jamin. Kalau papa kena masak kari, Ryka pun sama. Bersubahat.” Anaknya itu dilihat kembali. Tersenyum sedikit.
                        “Ye lah tu. Ryka tetap tak nak masuk campur. Buat-buat tak dengar je. Papa tanggunglah sorang-sorang.” Balas Edryka. Selamba je dia buat muka roti kaya. Macam roti di depannya itu. Nak lepas tengkuk dia je. Roti di hadapannya diambil lalu disuapkan ke dalam mulut. Makan lagi bagus.
                        Tiba-tiba kedengaran suara Datin Azizah di ruang makan. Wow!!!!macam Super Girl. Cakap saja terus muncul. Itulah kelebihan isteri Datuk Sazali. Tak ada tanda-tanda langsung nak muncul.
                        “Amboi! Kalau bab-bab mengata ni anak-beranak ni nombor satu yer. Tak ada kerja lain ke selain nak mengata orang pagi pagi ni. Pagi-pagi dah dapat dosa.” Datin Azizah bersuara sambil lengan bajunya dilipatkan. Keningnya dinaikkan.
                        Datuk sazali dan Edryka terkejut dengan kemunculan suara itu. Mereka memandang sesama mereka dan hanya tersengih sahaja. Terpamer kemas gigi putih Edryka. Ingat ini iklan Darlie ke apa. Habis tertelan terus roti dalam mulut Edryka. Tertelan paksa.
                        “Ala,ma. Saja gurau-gurau pagi ni. Bukan selalu kan. Baru warna-warni pagi ni. Betul tak? Lagi pun mama pagi ni cantik sangat. Kalah ratu dunia. Betul tak ma? Mama Ryka kan cantik. Kalah Fasha Sandha.” Ujar Edryka sambil melihat Datin Azizah. Hah dah mula tu!
                        “Papa, betulkan mama pagi ni cantik sangat! Kecantikan yang luar biasa. Terpegun sekejap! Heee...” ujar Edryka pandang papanya. Tersenyum ada makna tu.
                        “Haah. Betul! Betul! Mama kamu memang cantik sangat hari ni. Suka betul papa tengok pagi ni.” jawab Datuk Sazali. Tahu takut. Gagap sekejap.
                        “Eih! Anak mama ni kalau bab memujuk memang nombor satu. Tak ada siapa yang boleh lawan. Ada je taktik dia. Sama macam papa dia. Otak tu bergeliga macam ikan laga. Habis tu selama ni mama tak cantiklah ya! Hari ni baru cantik! Macam tu!” Balas Datin Azizah tersenyum sinis sambil mengerling sekilas kepada suaminya.
                       Memang tidak dinafikan, pagi itu Datin Azizah kelihatan teramat cantik. Dengan mengenakan baju kebaya berwarna krim berbunga mawar   merah. Kecantikannya lahir sejak azali lagi.
                        Gerun pulak Datuk Sazali melihat kerlingan isterinya itu. Macam harimau nak makan orang je. Tertelan air liurnya. Mata tu nak sepet je tengok orang. Memang dah sah-sahlah sekejap lagi dirinya kena baham.
                        Cetus ledakan ketawa Edryka melihat papanya itu. Macam orang buat salah je. Pucat habis muka tu.
                        “Ryka tak nak masuk campur. Papa handle lah sendiri ya dengan mama. Ryka pergi dulu. Dah lambat ni. Nanti lambat pulak sampai.”ujar Edryka tersenyum pada papanya.
                        Begnya disebelah diambil lalu diletakkan ke bahunya. Sempat pulak dia ambil roti kaya lagi.
                        Datuk Sazali sudah membulatkan matanya melihat tingkah anaknya itu. Pandai betul nak selamat diri. Sama-sama buat, sama-samalah tanggung. Ini tidak. Seorang je yang kena tanggung. Mana adil macam ni.
                        “Papa, Ryka pergi dulu ya.” Tangan papanya disalam lalu diciumnya. Tersenyum je.
                        “Ryka kena bayar hutang Ryka dekat papa. Kalau papa kena, Ryka pun kena jugak.” bisik Datuk Sazali di telinga anaknya itu.
                        Edryka masih tersenyum lebar. Bahunya hanya dijungkit. Mamanya disalam pula. Langkah mula diatur ke pintu rumah. Geleng perlahan dibuatnya.
                        ‘Nampak sangat papa takut kat mama. Goodluck papa. Jangan papa tak pergi kerja sudah hari ni. Hehe.’ desis hati Edryka.
                        Pintu rumah dibuka. Sebaik sahaja hendak tutup pintu tersebut, Edryka menjengah sikit kepalanya di sebalik pintu.
                        “Mama. Bukan hari ni je mama cantik. Sebelum ni pun mama cantik jugak. Sebab tu papa bertambah sayang dekat mama. Kalau tak percaya, cuba mama tanya papa. Betul tak apa yang Ryka cakapkan ni. Mama kan buah hati papa. You are the first and the last.
                        Cuba mama tengok papa hari ni pakai tali leher warna apa. Warna pink kan. Itu tandanya papa selalu sayang dekat mama. Betul tak papa?” ujar Edryka tersenyum lagi.
                        Datuk Sazali sudah bulat matanya lagi pandang anak bertuahnya itu. Ada je idea nakalnya. Datin Azizah hanya tersenyum saja.
                        ‘Tunggulah. Sekejap lagi serangan akan dilancarkan. Heee....’ bisik hati Datin Azizah.
                        “Okaylah. Ryka pergi dulu. Jangan bergaduh tau.” pintu ditutup.
                        Edryka menggeleng lagi. Asyik tersenyum je.
                        ‘Harap-harap dengan cara ni dapat selamatkan papa. Jangan cakap aku nak lepaskan seorang diri pulak! Asalkan aku dah buat apa yang patut. Berbaloi atau tak, itu nombor dua. Tapi aku yakin dengan apa yang aku buat tadi mesti jadi punya. Confirm 200%.’ desis hatinya.
                        Isterinya disisi dipandang perlahan. Hanya tersenyum lebar je. Nasib baik gigi putih dia tu tak nampak sekali. Gerun di hati tetap terasa.
                        “Sayang memang nampak cantik. Betul! Abang tak tipu! Apa yang Ryka cakap tadi semuanya betul! Sayanglah buah hati abang.” ujar Datuk Sazali. Tali lehernya dibetulkan. Macam ketat pulak tali lehernya.
                        “Oh ye ke? Terima kasih. Zizah hargai sangat! Abang pun buah hati Zizah. Kenapa pulak dengan tali leher tu? Ketat ke? Biar isteri abang yang cantik ni betulkan.”  Datin Azizah masih  tersenyum lebar.
                        Tertelan air liur.
                        ‘Lain macam je bini aku ni! Dia nak buat apa pulak ni! Puji salah, tak puji salah. Mana satulah yang betul. Haaiisshhh!!! Lebih baik diam je mulut aku ni.’ desis Datuk Sazali. Gundah hatinya.
                        Tali leher suaminya dipegang. Diurutnya perlahan tali leher tersebut. Dari bawah ke atas. Lembut je tingkahnya. Ada tak gaya perempuan melayu terakhir?
                        “Suami Zizah ni memang handsome  walaupun rambut tu dah beruban sikit. Tak nampak tua pun. Tetap kacak di mata isteri abang ni. Beruntung Zizah dapat suami macam abang ni. Tambah-tambah lagi bila pakai tali leher warna pink ni. Sesuai sangat!” Anak matanya terarah pada tali leher suaminya.
                        Datuk Sazali hanya tersenyum kelat. Berderau darahnya. Berdetak  laju jantungnya. Dah tak boleh kawal lagi  detak jantungnya itu. Elakkan terkeluar jantungnya nanti. Hehe.
                        Sepantas kilat, tali leher yang dipegang  ditarik ke atas. Menjerut habis.
                        “Sayang! Apa ni!” Macam orang tercekik tulang je. Habis terbatuk-batuk dibuatnya.
                        “Tak ada apa. Zizah Cuma nak betulkan tali leher ni. Longgar sangat. Kalau macam ni baru betul. Khas untuk suami Zizah yang tersayang ni.” tangannya dilepaskan dari tali leher suaminya itu.
                        Datin Azizah sudah meniup tangannya. Tersenyum puas. Fuh! Macam Awal Ashaari  pulak gayanya.
                        “Sayang nak abang pergi cepat ke apa!” Jeritnya perlahan. Tali lehernya diperbetulkan kembali. Dilonggarkan sedikit. Isterinya dilihat. Kecut perut dibuatnya.
                        “Zizah nak bagi abang  handsome sikit. Sebelum-sebelum ni abang tak handsome. Hari ni baru handsome.” balas Datin Azizah. Balas dendam nampak!
                        Terkedu Datuk Sazali mendengarnya.
                        ‘Ini kes balas dendamlah ni! Aku yang buat semua ni, aku yang terkena balik. Apalah nasib aku hari ni! Ryka memang kena bayar hutang dekat papa.’ bisik hatinya.
                        Datin Azizah sudah berlalu ke dapur. Kemenangan dirasai. Tersenyum puas.
                        “Jangan lambat pulak pergi kerja tu. Kalau tali leher tu tak okay lagi, biar sayang abang yang cantik ni buat lagi.” pesan Datin Azizah dalam jalanannya itu.
                        Kelibat isterinya dilihat sambil tersenyum.
                        “Apa-apa pun abang sayang dekat isteri abang. Dunia dan akhirat.” ucapnya perlahan.




                        Kelihatan seorang lelaki berkemeja lengan panjang berkotak kotak kecil berwarna hitam  putih dan berseluar jean blue-black sedang menuju ke arah Rain sambil disandang begnya. Tersenyum je mukanya. Comel macam Dafi tu.  Sesiapa sahaja yang melihat gayanya pasti akan terpikat. Cair habis.
                        “Hai,Rain. Kau buat apa dekat sini? Sorang je?” Soal lelaki tersebut.
                        Rain mengalihkan pandangannya ke arah suara yang sudah menerpa gegendang telinganya itu. Hanya tersenyum nipis.
                        “Tak la, Qi. Aku berdua dekat sini. Ni hah! Kat sebelah aku ni kan ada orang. Takkan kau tak nampak pulak. Kau tak nampak memang butalah kan.”  Tersenyum Rain lalu menggeleng perlahan. Dah tahu dirinya seorang boleh tanya lagi dengan siapa.
                        Rifqi hanya tersenyum ketawa dengan usikan kawannya itu. Lantas dia duduk bersebelahan Rain sambil melihat apakah yang sedang dibaca  Rain. Khusyuk habis.
                        “Pandai ya kau buat lawak. Aku ingat kau tak pandai buat joke. Yelah ini kali pertama kau buat aku tersenyum dengan lawak kau tu. Tapi lawak kau tu hanya 5% jelah  menjadi. Kau kena berusaha lagilah  nak mantapkan lagi lawak kau tu. Nak cepat menjadi lawak kau tu, tengok Super spontan.  Habis cerita.” Ujar Rifqi dengan sedikit ketawanya.
                        Muka kawannya itu dilihat. Pelik.
                        “Apa kau cakap? Super spontan? Apa tu?” soal Rain.
                        Rifqi menahan ketawanya. Lalu dia menepuk bahu kawannya itu.
                        “Tak ada apalah. Tak penting. Tak payahlah kau nak fikir tu semua. Lebih baik kau fokus balik kat buku kau tu. Lagi bagus. Kalau ada ilmu yang kau nak kongsikan dengan aku, bagi tau aku. Jangan bolot sorang je.” Tak habis-habis dengan ketawanya. Macam lawak Jozan pulak nak ketawa macam tu.
                        Rain mengangguk perlahan.
                        ‘Kau ni memang pelik. Tak pa lah. Malas nak fikir. Sekejap! Aku ada buat lawak ke tadi? Qi ni betul ke tak! Seram jugak aku. Ketawa lain macam je. Aarrhh! Malaslah nak fikir tu semua. Aku baca buku ni lagi bagus. Kau nak ketawa ke apa ke suka hati kau lah. Jangan kacau aku sudah.’ desis hati Rain.
                        Dalam bacaannya itu, dia teringat sesuatu. Mungkin kawannya tahu. Bahu kawannya ditepuk perlahan. Serangan mengejut tidak dapat dielakkan. Tepat terkena sasarannya. Rain menutup buku bacaannya.Kawannya dilihat.
                        “Oh mak kau!” Melatah pulak si Rifqi ni. Terkejut beruk di buatnya.
                        Ingatkan perempuan je yang kuat melatah ternyata lelaki pun ada yang melatah juga. Jarang nampak lelaki melatah. Hehe.
                        ‘Aku nak tanya ke tak? Kalau aku tak tanya, aku jugak yang rugi. Kalau Qi tahu pasal si perempuan tu,  aku jugak yang melepas. Mungkin Qi kenal perempuan tu. Tak salahkan kalau aku mencuba dulu.’ gumam hati Rain. Muka kawannya itu dilihat.
                        “Kau ni dah kenapa? Terkejut tahu tak! Janganlah tengok aku macam tu! Nak serious je muka tu. Macam aku ni ada buat salah dekat kau je. Cuba muka tu mesra alam sikit. ” berderau darahnya bila kena tepuk dengan kawannya itu. Dadanya diurut perlahan. Terus mati ketawanya itu.
                         “Qi, kau kenal tak perempuan yang bernama Edryka dekat U ni? Dia free hair.” Soal Rain.
                        Berkerut dahi Rifqi sebaik sahaja kawannya itu bertanya  tentang seorang perempuan kepadanya.
                        ‘Perempuan tu dah buat apa pulak dekat dia ni? Ini mesti Rain dah pernah jumpa dia. Kalau dia tak jumpa, takkan dia tanya pasal perempuan tu dekat aku. Takkan perempuan tu cari pasal pulak dekat Rain. Takkanlah. Biasanya orang yang cari pasal dekat dia tu. Kalau orang dah tak sudi nak bercintan-cintun, nak berkongsi sayang, hati dah tak sudi, dipaksa, mahu tak melenting tuan badan. ‘ bisik hati Rifqi.
                        Rain mengeluh. Orang tanya dia, boleh pulak dia mengelamun.
                        “Oit! Aku tanya kau, boleh pulak nak berangan.” sergah Rain.
                        Kelam kabut kau Rifqi. “ Apa? Apa?”
                        “Kau berangan apa ni? Ini last aku tanya. Kau kenal tak perempuan tu?” soal Rain lagi.
                        Buat habis air liur aku je cakap dengan kau ni, Qi. Gelengnya perlahan.
                        ‘Sekejap! Takkan Rain dah jatuh hati dekat perempuan tu? Ish! Takkanlah! Biar betul? Tak! Tak! Itu semua tak betul. Tapi kalau betul, macam mana pulak! Kiranya kalau betul Rain dah pernah jumpa perempuan tu, boleh dianggap pertemuan pertamalah ni. Atau pun boleh dikatakan cinta pandang pertama. Ish! Hebat betul penangan perempuan tu sampai kawan aku ni boleh tersangkut dekat dia. Ilmu dunia manalah dia guna ni! Mungkin sebab tu juga, dia tanya aku pasal perempuan tu. Sekarang nak siasatlah ni.’ gumamnya lagi. Macam-macam andaian terjah dalam otaknya.
                        Kawannya itu dilihat.
                        “Edryka? Uurrm... Macam pernah aku dengar nama tu. Tapi tak ingatlah  pulak dekat mana aku dengar.  Sekejap! Mana kau tahu ni? Kau kenal ke perempuan tu? Kau pernah jumpa dia?” dalih  Rifqi.
                        Satu lagi keluhan dilepaskan.
                        “Aku tanya kau, kau tanya aku balik. Macam ni. Tak silap aku, kawan dia tu  nama Lily. Kau kenal tak?” Sambung Rain.
                        ‘Memang betullah perempuan tu. Confirm kawan aku ni pernah jumpa perempuan tu. Sampai nama kawan perempuan tu, Rain boleh tahu.’ bisik hati Rifqi lagi.
                        “Sebelum tu, kau jawab dulu soalan aku. Dekat mana kau jumpa dia? Macam mana kau kenal dia?” kening kanan Rifqi dinaikkan. Macam penyiasat pulak dia ni.
                        Bahu kawannya dipeluk.
                        “Kalau kau nak aku jawab soalan kau tu, bagi tahu aku dulu kau kenal ke tidak dia tu? Kalau kau tak nak bagi tahu, aku boleh tanya orang lain. Aku tak rugi pun. Aku teramat yakin, orang lain kenal dia tu. Senang cerita aku tanya orang yang sama fakulti dengan dia.”
                        “Ugut nampak?” balas Rifqi.
                        “Terpulang. Jadi sekarang, aku bagi kau pilihan. Kau nak jawab atau tak? Yes or no?” ringkas Rain menjawab.
                        “Okay okay. Kalau dah satu fakulti, memanglah orang kenal dengan perempuan tu. Tak payah kau nak tanya orang lain, biar aku cakap. Aku memang kenal dia tu. Tapi kenal setakat nama je lah. Hati budi dia tu aku tak kenal sangat. Dia ambil course pendidikan. Boleh tahanlah perempuan tu. Cantik. Siapa yang tengok dia tu mesti cair. Terpikat habis!”
                        Rain hanya mengangguk.
                        “kenapa kau tanya? Boleh aku tahu kenapa?” Duga Rifqi ingin mendapat kepastian. Mesti ada apa-apa ni.
                        “Aku ada terjumpa dia lepas aku buat pendaftaran masa  first day aku dekat sini. Macam kau cakap tadi, dia tu memang cantik orangnya. Boleh tahanlah. Siapa tak nakkan kalau perempuan cantik macam tu. Setiap orang ada kelebihankan. Susah kalau nak cari perempuan cantik macam dia tu.  I mean it’s natural. No make up. Bukan macam dekat negara aku tu, ye lah semua perempuan dekat sana memang cantik. Cantik pun muka plastik. Walaupun tak semua, puratanya memang macam tu.
                        Dekat sini lain. Tak ada muka plastik. Original. Itu yang aku nak.” Jawab Rain.
                        Aik,dah memuji pulak. Takkan dah tersangkut pulak dengan minah sombong tu. Uurrmm. Jangan cakap semua dugaan aku tadi tu betul. Bisik hati Rifqi.
                        “Alang-alang kau dah tanya pasal perempuan tu, meh sini aku bagi tau sikit tentang perempuan tu. Maklumat yang aku nak bagi tahu ni semuanya betul. Aku nampak dengan dua bijik mata aku ni. Lepas tu kau nak percaya ke tak, terpulanglah dekat kau.
                        Untuk pengetahuan kau, dia tu lain sikit. Ter-over sikit orangnya. Maksud aku dia tu sombong sikit. Kawan pun memilih. Yang si Lily tu pun orang biasa je. Tapi tak tahulah macam mana perempuan tu boleh berkawan dengan dia tu. Maklumlah perempuan  tu kan anak orang  kaya.  Adatlah kan bila bapak kaya anak jadi macam tu. Berlagak macam anak VVIP.  Macam anak tokei kayu balak je. Nasib baiklah aku tak jadi macam tu. Aku ni bolehlah di katakan baik. Tak kisah dengan siapa aku nak berkawan.
                        Bapak aku pun kaya juga, tapi kaya biasa-biasa je. Setiap orang kan lain-lain sikapnya. Kalau aku tengok kau ni, susah aku nak cakap macam mana. Dress up biasa je. Tapi tak apalah. Kau kaya ke, apa ke, aku tak kisah. Aku berkawan ikhlas. Aku tak kisah apa asal usul kau. Yang penting hati mau kena bersih dan ikhlas.” Ujar Rifqi tersenyum. Sempat pulak kata dirinya baik. Baik ke? Hehe.
                        Rain sedikit terkejut dengan kata rakannya itu. Sombong? Dia teringat dengan peristiwa lepas. Hatinya sudah terpaut dengan seorang gadis bernama Edryka. Dengan sikap jual mahal perempuan itu membuatkan dirinya untuk mendekati perempuan itu lagi. Apa yang buruk semuanya boleh dibuang dan diperbaiki.
                        “Rain, kau suka dia ke?”Tanya Rifqi.
                        Tergamam Rain dengan pertanyaan Rifqi. Seolah-olah ada kesukaran untuknya menjawab. Lidah kelu untuk berkata-kata.
                        “Eh, merepek la. Aku Cuma nak berkawan dengan dia je. Tak lebih dari tu. Kalau kau kata dia tu sombong, aku tak kisah. Orang boleh berubahkan. Boleh dibentuk. Mungkin orang lain tak boleh ubah sikap dia tu. Tapi dengan aku manalah tahukan sikap dia tu boleh hilang. Kita hanya mampu berusaha. Lagi pun, tak salahkan kalau aku mencuba.” Balas Rain dengan tersenyumnya.
                         Rifqi tersenyum mendengar akan kata rakannya itu.
                        ‘Memang sahlah kau ni dah suka dekat perempuan tu. Kau memang tak boleh tipu aku. Aku nak tengok sejauh mana kau boleh bertahan dengan perempuan tu. Kalaulah kau berjaya buang sikap kebal sombong perempuan tu, aku salute dekat kau. Pulut kuning aku buat untuk kau. Bukan setakat pulut kuning je, daging rendang pun aku sanggup masak untuk kau.’ desis hatinya.
                        Ingat ini hari raya ke nak masak rendang. Penipuan yang dibuat Rain jelas terpapar di raut mukanya itu. Tak ada bakat langsung nak  menipu. Dah suka cakap jelah suka. Tak payah nak cover sangat.
                        “Kalau aku nak tunggu kau straight to the point, sampai KL ni kena Tsunami pun belum tentu kau nak bagi tahu dekat aku kan. Macam nilah. Apa kata kalau kau dapat tackle dia, memang kau adalah lelaki yang teramat beruntung dekat U ni. Aku tabik dekat kau. Ye lah selama ni pun lelaki lain yang pernah nak tackle dia semua tak dapat. Akhir sekali give up dengan sikap sombong dia tu.” Tutur Rifqi.
                        “Salah seorang lelaki tu, mesti kaulah kan. Betul tak?” duga Rain. Wajahnya didekatkan ke muka Rifqi. Rain tersenyum.
                        Terkejut dibuatnya. Tertelan paksa air liurnya. Dah terkena dekat batang hidung sendiri.
                        “Eh, mana ada. Aku sekali tengok perempuan tu tambah-tambah lagi dengan perangai dia tu, yang tak semegah tu  aku dah meluat. Nak je aku pusing kepala dia tu laju-laju. Sekali jentik pusing je kepala tu. Terus black list dalam calon-calon isteri aku. Berlambak lagi perempuan yang ada dekat U ni. Tinggal mengayat je. Lepas tu cairlah kan.” tembak dengan katanya.
                        Pandangan Rifqi dihala ke kiri. Merah padam muka tu. Macam orang kena makan cili padi kampung je. Kalau boleh nampak asap dekat muka tu, mahu ketawa berdekah-dekahnya. Bayangkan jelah.
                        Rain kembali seperti sedia kala lalu membuka bukunya dan meneruskan bacaannya itu. Gelengnya perlahan. Baginya, dia sudah mengetahui serba sedikit tentang perempuan kesukaannya itu. Buat masa ini, apa yang dia dapat tu sudah cukup.
                        ‘Masih ada banyak masa lagi. Tak perlulah nak terburu-buru sangat. Masa tu akan datang jugak nanti. Aku yakin peluang yang aku harapkan tu akan jadi milik aku. Aku akan buat sikit-sikit supaya dia suka dekat aku. Kalau dah cinta, dah sayang apa boleh buat. Usaha tu yang penting.’ bisik hati Rain. Senyuman senang mengiringi bacaannya.

Bab 4 - Sepet Jodohku?




                        “Assalamualaikum..” Ujar Edryka sambil tangannya mengetuk pintu rumahnya.
                        Seorang pembantu rumah Indonesia yang digelar bibik oleh keluarga Edryka menuju ke pintu untuk melihat siapa yang memberi salam  lalu dibuka pintunya.
                        “Waalaikumussalam. Oh Non. Jemput masuk.” Jawab bibik tersenyum. 
                         Edryka tersenyum melihat bibiknya itu.
                         “Bik, Papa mana?” Tanya Edryka.
                          “Oh, tuan di atas sedang menonton televisyen. Biasalah kalau waktu begini, tuan tonton di atas. Apa itu. Ah.... yang ada banyak binatang tu. Urm.. Gekrapik.” Jawab bibik sambil garu kepalanya yang tidak gatal.
                        “Bik, bukan begitu. Bukan gekrapik tapi National Geographic lah.”balas Edryka tersenyum lagi.
                        “Tak kisahlah Non. Gekrapik ke, apa kek, itu cerita ada banyak binatang. Seram bibik tengok. Oh Non. Mahu bibik buatkan air? Milo?” soal bibik.
                        “Tak pa, bik. Saya mahu pergi  dekat papa dulu. Saya naik atas dulu ya.” pinta Edryka.
                        “Okaylah, Non.” hanya mengangguk.
                          Edryka berlalu dari situ dengan senyuman yang menghiasi wajahnya. Geleng perlahan kepalanya dengan gelagat orang gajinya itu. Dari moodnya yang suram terus saja ceria. Langkahnya diatur macam pencuri je. Terhinjut-hinjut. Apa lagi nak beri kejutan dekat papa dia lah tu. Anak tangga mula didakinya.
                        Bahagian dalaman rumahnya memanglah  teramat cantik. Rekaan yang dibuat menyerlahkan lagi bahagian dalaman rumahnya itu. Kelihatan tampak mewah. Dinding rumahnya berwarna coklat cair lembut. Kiranya langsir, sofa, permaidani dan segala perhiasan berwarna sedemikian. kelihatan tenang persekitarannya. Ini semua cita rasa isteri Datuk Sazali, iaitu Datin Azizah. Isterinya itu memang berbakat dalam hiasan bahagian dalaman rumah.
                        “ Hai, pa!” Sergah Edryka mengejutkan papanya. Papanya dipeluk dari belakang.
                        Kecut perut Datuk Sazali dibuatnya. Berderau darah. Tarik nafas panjang lagi.
                        “Bertuah punya anak! Bukannya nak bagi salam dulu, ini main sergah je.Terkejut papa. Anak papa ni suka sangat buat macam ni kan! Kalau dah suka menerjah sangat,  jadilah wartawan sana. Ganti Kiah propa Tv9 tu.” Ujar Datuk Sazali. Dadanya diurut perlahan.
                        Tersengih Edryka. Pelukannya makin erat. Pipi papanya dicium.
                        “Kalau papa ada sakit jantung, itu hah hospital yang papa kena duduk. Silap-silap kalau umur papa tak panjang, Ryka kena tempah kubur  untuk papa.” Sambungnya lagi.
                        Edryka sudah mula menunjukkan muka muramnya. Dia seakan tidak menyukai dengan kata papanya itu. Pelukannya direnggangkan.
                        “Apa papa ni! Janganlah cakap macam tu! Suka sangat buat Ryka sedih. Ini yang Ryka tak suka ni. Lagipun Ryka nak bagi papa ceria je. Kan papa penat. Siang papa kerja. Takkan itu pun tak boleh.” monyok habis muka tu.
                        Datuk sazali perasan akan perubahan riak wajah anak bongsunya itu. Sekali sekala kenakan anaknya itu, terhibur juga hati tuanya. Dia tersenyum. Nampak sangat sikap manja si Edryka ni. Nak curi perhatian lebih.
                        Dekat siapa lagi hendak menumpahkan kasih sayang, kalau bukan anak bongsunya itu. Kalau hendak mengharapkan anaknya yang lain, semua sibuk belajar. Bukannya dekat. Jauh di perantauan sana. Anak lelaki pertamanya sedang melanjutkan pelajaran di London manakala anak perempuan keduanya sedang melanjutkan pelajaran di America.
                        “Ish! Anak papa ni, tak cantiklah  buat muka macam ni! Tak comel. Nanti cepat tua! Dah ada kedut-kedut dekat muka tu. Cuba senyum sikit. Papa tak nampak pun pipi tembam anak papa ni. Tu hah, ada apa pulak kat pipi dia tu! Taik cicak ke apa tu! Hitam putih je.” usik Datuk Sazali tersenyum.
                        Bahu papanya dipukul lembut lalu tersenyum sedikit. Pipinya disapu sikit.
                        “Apa papa ni! Mana ada taik cicak! Pipi papa tu yang ada taik cicak.”
                        “Dekat pipi papa ni tahi lalat bukan taik cicak. Hah! Inilah anak papa. Yang cantik. Yang comel. Tersenyum jek. Okay. Papa minta maaf cakap macam tu tadi kat Ryka.” Ujar Datuk sazali dengan sedikit usikan kepada Edryka.
                        Edryka tersenyum lebar. Air mata yang gugur setitis disekanya.
                        “Tapi lain kali jangan buat macam ni lagi. Kalau Ryka selalu buat papa macam ni, boleh kena heart attack tau tak! Papa naklah juga tengok anak papa yang comel ni bersuami. Berkahwin. Papa naklah juga main dengan cucu. Kalau cucu papa tu perempuan, mesti dia comel macam mama dia. Ada pipi tembam. Mata bulat. Cantik.” puji melambung terhadap anak bongsunya itu. Teramat pastilah si Edryka tersenyum lebar. Senyum sampai ke telinga.
                        “Apa papa merepek ni! Calon pun tak ada lagi. Siapalah nak dekat Ryka ni. Ryka ni belajar lagi. Tak naklah kahwin! Ryka nak enjoy dulu. Lagi pun Ryka tak puas lagi nak bermanja dengan papa. Nanti kalau Ryka dah kahwin, tak dapat nak bermanja dengan papa lagi. Betul tak?” balas Edryka tersenyum sambil peluk leher papanya itu.
                        Kata papanya mengembalikan keceriaan di mukanya. Edryka sememangnya amat  rapat dengan papanya.
                        “Kalau tak dapat bermanja dengan papa, suami Ryka kan ada. Boleh bermanja dengan dia. Kalau dapat suami yang loving, best tau! Mesti Ryka akan rasa diri tu macam puteri raja. Dapat layanan tu yang terbaik punya. Nanti dah kahwin tahulah apa maksud papa ni.”
                        Bahu papanya dipukul lagi.
                        “Papa ni! Jangan merepeklah! Ryka nak papa jugak!” balas Edryka dengan muka tiga posennya.
                        “Lagi satu, kalau nak kahwin tu tak tahu bila. Mungkin esok ke, lusa ke, kita mana tahukan. Papa terima je, kalau itu dah jodoh Ryka. Lagi pun tak salahkan kalau berkahwin masa belajar ni. Apa orang kata, kalau berkahwin masa belajar ni, memang best. Seronok! Lelaki tu hak milik kita sorang je. Hak milik yang sah. Ada orang jaga kita.
                        Manalah tahu, esok ada lelaki handsome dekat Universiti tu suka dekat anak papa ni. Alih-alih dia ajak Ryka jadi makwa dia. Macam mana? Kalau betul apa yang papa cakap ni, Ryka nak kata apa?” duga Datuk Sazali.
                        “Entah.” Ringkas Edryka menjawabnya.
                        “Entah pulak dijawabnya. Nanti kalau dah tahu rasa cinta tu macam mana jangan nak tepis pulak. Mesti tak boleh nak tepis cinta tu. Kalaulah cinta tu dah macam lelaki Korea, papa yakin sangat anak papa ni tak boleh nak tepis cinta tu. Dia asyik datang kat kita je.
                        Apa yang papa tahu, aura cinta Korea ni lain sikit. Lelaki korea kan romantik orangnya. Nanti ada je idea dia nak tackle kita. Mula-mula tu mungkin kita akan rasa benci, tak suka  tapi dah lama-lama nanti, dalam hati tu berbunga je. Nak tau sebabnya apa? Sebabnya lelaki macam tu susah sangat nak dapat kat dunia ni. Kalau sekali dah dapat, tak tidur malam dibuatnya. Lelaki edisi terhad gitu.” panjang pulak si papa ni bercakap tentang cinta. Hehe. Tersenyum.
                        “Yelah tu papa. Lelaki Korea ke, Malaysia ke, apa ke, itu semua lambat lagi. Buat masa ni dalam hidup Ryka tak ada masa nak bercinta cintun. Nak kejar cita-cita dulu. Lepas tu baru fikir pasal cinta tu semua.” jawab Edryka.
                        “Papa Cuma nak pesan, jangan cuba nak mengelak kalau dah ada cinta tu depan mata. Ingat! Setiap hari dia akan datang dalam hidup kita! Dia akan ketuk pintu hati Ryka! Kalau dah jumpa jodoh awal, apa salahnya kan! Terima je. Jangan nak tebal sangat muka tu.” tersenyum lagi Datuk Sazali. Sporting habis si papa ni! Sokong habis dalam bab-bab cinta ni! Hehe.
                        Bayangan si mamat mata sepet terjah ke dalam fikirannya. Apa yang dilihat petang tadi merasuk dalam mindanya.
                        ‘Apasal pulak mamat ni datang dalam otak aku ni! Ingat kau kacak sangat ke apa petang tadi tu! Huh! Mamat buat pizza tu lagi kacak dari kau! Tersenyum macam nangka busuk je! Ingat aku melting ke dengan senyum kau tu! Jangan mimpilah! Confirm muka tu penuh touch up dengan make up. Yelah, lelaki Korea kan macam plastik. Licin je muka tu! Kalah muka perempuan. Mentang-mentang papa cakap pasal lelaki Korea, tiba-tiba je dia nak muncul. Ada ke aku bagi kad jemputan dekat kau untuk datang dalam otak aku ni! Tetamu tak diundang! Macam udang!’ getus hatinya. Geleng perlahan kepala Edryka. Buang masa aku je! Papanya dilihat kembali.
                        “Okay Pa. Back to our early topic. Ryka janji, Ryka takkan sergah papa dan terkejutkan papa lagi. Ryka sayang papa tau.” Ujar Edryka sambil memeluk badan Datuk Sazali. Beginilah keakraban Edryka terhadap papanya.
                        “ Papa,dah makan?” Soal Edryka.
                        Datuk sazali tersenyum melihat anak bongsunya itu kembali ceria.
                        “Belum lagi. Papa tunggu Ryka balik la.” Jawab Datuk Sazali.
                        “Okay. Papa tunggu Ryka sekejap. Ryka nak pergi mandi dulu. Badan Ryka ni minyak wangi dah mula menebal sepuluh inci. Wangi tak? Heee....” Ujar Edryka dengan tersengihnya.
                        “Patutlah papa bau semacam je. Macam orang tak mandi setahun. Anak papa belum mandi lagi rupanya.” Usik Datuk Sazali dengan ketawanya.
                        “Nanti Ryka pakai minyak wangi SimplySiti tu sebotol. Biar hidung papa tu tersumbat.”
                        Edryka hanya tersenyum lalu berlalu ke biliknya dan meninggalkan papanya di ruang tamu atas. Kelibat Edryka hilang dari pandangan Datuk sazali.
                        Datuk sazali hanya tersenyum dan menggeleng  melihat gelagat anak bongsunya itu. Sesungguhnya, Edryka merawat segala kedukaan di dalam hatinya dan memberi kegembiraan dalam dirinya sementara anak pertama dan keduanya  tiada di sisinya.



                        Jam menunjukkan 8.30 malam. Selesai sahaja Edryka bermakan malam dengan papanya lalu Edryka memasuki ke biliknya. Dirinya berasa penat setelah menjalani kehidupan sehariannya. Koridor bilik ditujunya dan duduk di atas kerusi yang berserta meja yang berada di situ. Angin malam yang sejuk tersepoi-sepoi bahasa melanggari badan. Berasa tenang ketika itu.
                        ‘Lily. Macam mana keadaan dia sekarang ni? Dia masih marah dekat aku lagi ke?’ monolog hatinya. Edryka termenung seketika.
                        Satu keluhan dilepaskan.
                        ‘Kalau mamat tu tak muncul masa tu, ini semua takkan jadi. Kau memang gila! Boleh pulak kau buat perangai romeo kau tu! Aku malu tahu tak! Itu semua kerja gila! Eeii!!! Nak melututlah konon! Perasan diri tu putera rajalah tu! Dia ingat aku terharu? Huh!  Jangan haraplah! Terjunlah kau kat dekat tasik Putrajaya tu!’
                        Edryka menggeleng.
                        ‘Tak! Tak! Itu semua bukan salah aku! Lainlah kalau aku yang mintak semua ni. Aku tak salah! Buat apa aku nak takut dengan semua ni! Lily mesti tak marah dekat aku. Ya! Dia mesti tak marah dekat aku!’ sambung monolognya lagi. Mengangguk perlahan.
                        Edryka bingkas bangun dari tempat duduknya dan masuk ke bilik dan menuju ke meja belajarnya untuk mendapatkan telefon bimbitnya. Edryka mencari nama kawan baiknya dan terus  menelefon kawannya itu.
                        Kedengaran caller ringtone lagu Alyah-Kisah Hati. Meruntun hati apabila mendengar lagu tu. Lirik lagunya yang sedang didengarinya seakan kena dengan keadaan kawannya itu. Adakah kawannya itu sengaja memasang lagu tersebut?
                        “Hello..” kedengaran suara Lily di sebalik telefon.
                        Lamunan Edryka pantas hilang sebaik sahaja kedengaran suara kawannya itu.
                        “Hai, Ly. Kau buat apa?”Tanya Edryka sedikit gugup.
                        Kedengaran suara Lily seperti kebiasaannya. Edryka pelik.
                        “Aku tengah online ni.” Jawab Lily. Kebingungan Edryka semakin bertambah dengan kata rakannya itu.
                        ‘Dia tak marah dekat aku ke pasal siang tadi? Masa dia balik tadi pun, aku dah dapat agak. Muka ketat semacam je. Mesti dia bengang dan marah dekat aku.’ getus hati Edryka.
                        “Ada apa telefon aku malam-malam ni? Nak chatting dengan aku ke?  Jomlah!” Pelawa Lily tersenyum. Anak matanya menghadap ke skrin laptop dihadapannya.
                        ‘Aku mesti kena tanya jugak! Aku kena tahu!’ getus hati Edryka lagi.
                        Edryka meneruskan niatnya untuk bertanya kepada Lily tentang kejadian petang tadi.
                        “Uurrmm…Kau okay tak? Kau tak marah ke dekat aku pasal mamat sepet tu?” Soal Edryka sedikit teragak-agak.
                        Lily perasan akan perubahan suara Edryka yang kelihatan serba salah.
                        “Eh, Ryka, aku okaylah. Kau jangan nak fikir bukan-bukan. Aku tak marah pun dekat kau. Tak ada sebab aku nak marah dekat kau. Lagipun itu semua bukan salah kau. Kalau aku jadi kau pun, aku buat hal yang sama.” Balas Lily.
                        “Betul ke ni? Aku bukannya apa. Kau kan suka si mamat sepet tu.” ujar Edryka.
                        “Tentang Rain tu aku tak kisah. Aku rasa mamat tu suka dekat kaulah  Ryka. Kalau dia suka aku, bunga tu mesti dia dah bagi kat aku. Jadi maknanya bunga tu dia bagi dekat kau. Dia suka dekat kau.”
                        “Arh kau ni! Jangan nak merepeklah! Tak ada masa aku nak fikir pasal cinta ni! Kalau kau nak tahu, apa yang terjadi hari ni semuanya bala. Ye lah. Kalau mamat sepet tu tak muncul hari ni, semua ni takkan terjadi. Hura-hara jadinya!“ bela Edryka.
                        Lily mengeluh. Dia sudah bersandar di kerusinya.
                        “Kau jangan nak mengelak kalau dia tu cinta kau. Mungkin semua ni rahsia Allah kan. Allah kirimkan dia untuk datang dalam hidup kau. Kalau dah memang ditakdirkan dia tu cinta kau, kau larilah ke mana pun, Ke hujung dunia sekali pun, dia tetap akan ada kat sisi kau. Dia tetap kejar cinta dia. Percayalah.
                        Lagi satu, macamlah kau tak tahu  apa maksudnya kalau lelaki bagi bunga dekat perempuan. Takkan niat tu nak berkawan je. Impossible! Kalau nak berkawan, selain bunga boleh bagi. Kau fikirlah Ryka. Cakap aku ni bukan cakap kosong. Bunga tu lambang cinta dia. Tujuan dia bagi bunga dekat kau pun supaya kau faham isi hati dia.” Sambung Lily. Namun hati Lily berasa pedihnya apabila untuk mengatakannya.
                        Edryka terdiam apabila Lily berkata sedemikian. Ada betul juga kata kawannya itu.
                        ‘Kalau kawan takkan nak bagi bunga. Ish! Takkanlah mamat tu suka dekat aku! Eeii! Tak nak aku mamat mata sepet tu! Mata tu kuyu je! Macam orang baru bangun tidur.’ geleng perlahan kepalanya.
                        “Eh tak da maknanya. Mengarut je kau ni. Forget it!” Dalih Edryka.
                        Lily hanya menggeleng dengan kata rakannya itu.
                      “Kau jangan Ryka. Nanti kalau kau dah sangkut dengan mamat tu, kau tak tertepis nak halangnya. Aku tengok mamat tu ikhlas suka kat kau. Lagi pun apa kurangnya dia. Kalau kau setakat nak cakap mata dia sepet, tak ada masalahnya. Sepet dia pun, handsome jugak dia. Aku yang tengok dia pun dah cair, apatah lagi perempuan lain. Mustahillah dalam hati kau tu tak ada secuit pun rasa suka kat dia.” Luah Lily.
                        Walaupun baru sahaja mengenali Edryka, Lily dapat merasakan Edryka menyukai akan mamat korea tersebut. Hati sesama perempuan jelas dapat difahami.
                      “Sepet tetap sepet. Taste aku bukan lelaki mata sepet. Kalau dia suka dekat aku pun, pergi jalanlah dengan cinta dia tu. Dia tu dah sepet jadi sesuai dengan perempuan mata sepet je. Dekat negara dia pun ramai lagi perempuan cantik dekat sana. Cun melecun lagi. Dah kau jangan nak merepek meraban lagi.
                        Okaylah, tujuan aku call kau ni pun aku nak minta maaf   dekat kau  sebab aku rasa serba salah sangat dekat kau. Aku tak sangka mamat tu buat perkara bodoh macam tu.” Balas Edryka.
                        Lily terdiam.
                        ‘Sampai bilalah kau nak menafikan perasaan kau tu Ryka. Kau akan tewas jugak nanti.’ bisik hati Lily.
                        “Okaylah Ryka. Aku nak terkucil ni. Jumpa esok. Selamat malam.” Talian telefon dimatikan.
                        Edryka akur dengan kehendak  rakannya itu.
                        “Tak menyempat aku nak say night. Laju jek tutup telefon dia tu!”ujar Edryka perlahan.
                        Bahu katilnya menjadi tempat sandarannya. Bayangan Rain mula menerjah masuk ke fikirannya.
                        ‘Kenapa hati aku ni tak boleh nak marah  dan benci dia  setelah apa yang dia dah buat dekat aku? Takkan aku suka dengan apa yang dia dah buat tu?  Tak! Aku tak suka!  Ini semua mengarut. Ini semua tak masuk akal. Malu aku dibuatnya tadi!’ desis hatinya.
                        Lantas Edryka teringat akan kejadian  petang tadi. Mamat mata sepet  itu memberinya sekuntum bunga mawar putih. Lalu, Edryka mendapatkan di dalam begnya. Ternyata bunga itu masih berada dalam keadaan baik. Hatinya sedikit tenang bila ternampak bunga tersebut.
                        ‘Kenapa aku tak boleh nak buang bunga ni! Aku tak sampai hati nak buang bunga secantik ni.’ bunga tersebut dicium. Memang wangi.
                        Edryka termenung seketika. Kenapa mamat ni buat semua ni? Apa yang aku rasa sekarang ni? Tak mungkin ia adalah...............
                        Kedengaran bunyi kereta Nissan Teanna memasuki di perkarangan rumahnya. Siapa lagi kalau bukan Datin Azizah, isteri Datuk Sazali merangkap mama Edryka. Kebiasaannya pada waktu sebegini, Datin Azizah baru sahaja selesai mesyuarat  dengan kawan-kawannya yang membincangkan pembukaan perniagaan spa mereka ataupun untuk melepaskan rindu dengan kawan-kawannya.
                        Biasalah kalau orang perempuan sudah jumpa teman sekaumnya, mesti lama jumpanya. Berbual je sampai mulut tu tak penat.
                        Bunyi kereta mamanya itu, membantutkan lamunannya terhadap mamat sepet itu. Lalu Edryka membetulkan bantalnya dan menarik selimutnya. Semoga tidurnya diulik mimpi yang indah dan dapat melupakan perkara yang di luar jangkaan apa yang berlaku siang tadi.
                        Seorang lelaki bernama Rain kacukan Korea-Malaysia sudah mula muncul dalam hidup Edryka. Apakah tujuan lelaki kacukan tersebut muncul dalam hidupnya? Siapakah dia?