Edryka
dan Lily tiba di Restoran Pizza Hut yang terletak di Puchong. Lantas, mereka
menolak pintu restoran itu dan memasukinya. Gubahan dan susun atur yang berada
di dalam restoran itu teramatlah cantik dan teratur. Inilah salah satu cara
untuk menarik perhatian pelanggan untuk bertandang ke restoran mereka.
Edryka dan Lily terus
mencari tempat duduk. Untung ada tempat kosong di sebelah bawah. Kalau tak
terpaksalah menaiki ke tingkat atas. Kala
itu,ramai orang sedang menjamu pizza mereka daripada pelbagai jenis pizza. Nasib
baik,orang yang sedang beratur di kaunter tidak ramai Cuma seorang sahaja.
“ Ly,kau nak makan
apa?”Tanya Edryka.
Lily tersenyum.
“Makan pizza la. Dekat
sini ada ke ayam goreng, kentang goreng. Kalau ada aku nak jugak. Ayam goreng
tu nak hot and spicy. Tak nak yang
biasa. Heee......” Balas Lily dengan lawaknya.
Kalau sehari tak ada
lawak bodohnya memang tak sah.
“Hah mula la tu,
perangai senteng dia. Aku tahu la kau nak makan pizza. Kau nak jenis yang mana?
Seafood ke, tom yam ke, Cheese?” Balas Edryka.
“ Ala kau ni, takkan tak tahu lagi kot, apa yang aku suka? Dah 3 bulan kau kenal aku.
Macam biasa.” tersenyum Lily.
Edryka baru teringat pizza
kesukaan kawannya itu. Maklumlah pizza
ni,bukan kegemarannya. Tak kuasa aku nak ingat jenis pizza tu semua. Pizza
bukan taste aku,tapi KFC baru taste
aku. Makan banyak kali pun tak jemu. Wedges satu! Hehe.
“ Oh,ye. Lupa pulak aku!
Kau suka tom yam dan seafood kan. Sorry
sorry. Hari ni manalah tahu kau nak ubah selera kau tu. Yelah sekarang kan
dah ada pizza yang baru. Yang ada udang besar tu! Kau tunggu sekejap! Aku pergi
order!” Edryka berlalu ke kaunter untuk memesan pizza kawannya itu.
Lily hanya menggeleng.
Kadang-kadang kawannya itu ada kelakarnya jugak. Bagi dia tak lawak tapi bagi
dirinya lawak. Yelah, kalut semacam je. Terhibur hatinya kala itu. Dia sudah melihat
persekitaran sekeliling. Bau pizza dari dapur, menusuk ke hidungnya.
Wah!!! Ya Ampun! Sedapnya!
Bilalah pizza aku ni nak sampai. Dah menggelegak perut aku ni. Itu belum masuk
lagi, bau pizza yang berada di sebelah
mejanya itu. Wah! Naluri makannya mula melonjak.
“Okay. Pizza kau tu siap kejap lagi. Sabar
sikit! Tahan lapar kau tu!”ujar Edryka lalu duduk berhadapan kawannya itu.
Lily sudah menoleh
kepalanya ke kawannya tu. Macam pusingan 180 darjah je. Nasib baik tak putus urat
dekat leher tu.
“Yang kau ni dah kenapa?
Macam orang tak pernah masuk sini jek. Kalau ya pun, duduklah elok elok sikit.
Ini macam budak tak matang je. Malu
sikit! Kau tu dah besar wey! Dah layak kahwin pun! Ingat! Jangan nak jatuhkan
standard pelajar U! Ingat tu!” Pesan Edryka.
“Amboi! Sedapnya mulut kau tu mengata aku. Cakap aku budak tak
matang! Ada jugak yang nak makan kasut high
heel aku ni! Nanti aku masuk dapur
tu, aku ambik cili, aku tenyeh dekat mulut kau baru tahu. Menggelitik macam
pizza kena bakar tu! Biar serik sikit mulut kau tu! ” Jawab Lily dengan
tangannya diletakkan di pingangnya.
“Ala! Tenang-tenang
sudah! Gurau sikit pun tak boleh! Jangan nak marah-marah. Manalah tahu ada
pakwa kat sini yang handsome dan
comel-comel kan. Kalau dia nampak kau macam ni terus tak jadi dia nak usha kau.
Control ayu sikit! Ini barulah namanya Lily kan!” hendak terketawa Edryka.
“Banyaklah kau!”
Lily sudah dekatkan
mukanya ke Edryka. Dah kenapa pulak si Lily ni!
Pelik Edryka dibuatnya.
“Tapi betul jugak apa
yang kau cakap tu! Nanti melepas pulak aku! Aku ni dahlah single bingle. Tak ada sapa nak kat aku. Manalah tahukan aku kat
sini jumpa lelaki idaman aku kan. Taklah sunyi hidup aku nanti. Betul tak?”
cakap nak berbisik pulak. Macam dalam kubu je.
Cetus gelak Edryka.
“Apa yang lawaknya ni!
Betullah apa yang aku cakap tu! Saham aku naik lagi apa!” sambung Lily lagi.
“Tak ada lawak pun. Kat
sini pun dah ada lelaki yang kau nak tu! Tu hah! Kau tengok kat dapur tu! Ada
mat kacak yang tengah buat pizza tu! Boleh tahan apa! Macho tu! Sekarang ni
susah tau nak tengok lelaki masak pizza. Selama ni pun kau pergi kedai makan,
kau tengok mat-mat siam yang masak. Itu antarabangsa punya. Kat pizza ni yang
tempatan punya. Terbaik!” kenyit mata Edryka ke arah kawannya itu.
Lily sudah menepuk
tangan kawannya itu.
“Ke situ pulak kau
fikir!” bidas Lily.
Edryka menahan
ketawanya.
Anak mata Lily sudah
pandang ke dapur. Ada seorang lelaki sedang mengeyit mata kepadanya. Tersentak
Lily dibuatnya. Gulp!
‘Ini lelaki gatal
namanya. Mata tu ada masalah ke! Kenyit-kenyit aku kasi kunyit baru tau! Dah letak kunyit, lepas
tu goreng je mata kau tu! Tak payah nak kenyit dengan aku!’ desis hati Lily.
Lily menggeleng
perlahan.
‘Masin betullah mulut
Edryka ni. Garam bukit ke apa mulut dia tu! Ish!!!’
Perlahan dia duduk
kembali seperti tadi. Dia sudah curi-curi tengok ke dapur tersebut.
Macam terkena kejutan
elektrik. Lelaki tu masih melihatnya.
‘Boleh pulak dia
layangkan kiss love dia tu. Eeeiii!!!
Wek!’ mahu gugur bulu romanya.
“Bau pizza ni,sedaplah.
Laparnya perut.” ujar Lily. Tukar topik nampak. Hehe.
Edryka tersenyum melihat
gelagat Lily itu.
“Eh sabar la. Sekejap
lagi siap la pizza kau tu. Nanti abang pizza kau tu hantarlah. Dia hantar pizza
cinta dia tu kat kau. Nanti dia letak udang jantan dan betina kat pizza kat tu.
Baru padan! Cinta pizzalah katakan. Lepas tu, kau makanlah puas puas sampai
buncit perut kau tu. Dah buncit, mangkuk tandas ada. Buanglah habis-habis.” Balas
Edryka dengan ketawanya.
“Kau ni tak habis-habis
nak kenakan aku!” monyok pulak si muka Lily ni. Merah padam.
“ Cik Edryka.” Panggil pekerja yang berada
di kaunter. Itu menandakan tempahan yang dibuat sudah siap.
Edryka yang mendengarnya sudah
angkat tangan.
“Hah tu! Pizza kau dah
siap! Merah padam muka kau! Tulah asyik fikir pasal lelaki je. Dah! Kau tunggu
sekejap! Aku pergi ambik pizza kau tu!” langkah mula diatur.
‘Siaplah kau, Ryka. Hari
ni kau kenakan aku kow-kow punya ya! Tak apa! Ada hari nanti, kow-kow kau kena
dari aku! Tapi apa yang aku nak sekarang, pizza aku dah siap..Nyam..Nyam..Sedapnya.’
Bisik hati Lily dengan muka yang tersenyum.
Edryka sudah duduk
kembali dengan pizzanya di tangan lalu diletakkan di atas meja.
“Nah,ambil pizza kau ni!
Makanlah sepuas puas mana yang kau nak. Kalau tak cukup biar aku order lagi.
Tak ada lagi pasal lelaki. Sekarang masa makan. Jom kita makan.” Ujar Edryka
sambil tangannya mengambil pizza di depan matanya itu.
Tidak lama selepas itu, Edryka
dan Lily hanyut dengan gelak ketawa mereka sambil menjamu pizza yang berada di
tangannya. Gembira sungguh mereka ketika itu. Persahabatan memang tidak dapat
dipisahkan dari kehidupan seseorang.
Kelihatan seseorang
lelaki menolak pintu restoran itu dari luar. Lelaki itu mengenakan tshirt
berkolar V berwarna biru cair dan seluar jean yang berwarna biru campuran
putih. Cermin mata hitam dipakainya. Bergaya sungguh lelaki tersebut. Lelaki
itu menuju ke kaunter.
Lily perasan akan kehadiran
lelaki itu dan seperti dia mengenalinya tetapi tidak ingat di mana dia
berjumpa.
‘Kat mana ek aku jumpa
dia ni. Muka dia ni macam familiar
lah.’ otak Lily ligat berfikir. Lalu Lily memegang tangan Edryka yang berada di
atas meja untuk memberitahunya.
“ Ryka, kau perasan tak mamat yang dekat kaunter tu.
Aku rasa macam kenal lah mamat tu. Tapi aku tak ingatlah siapa dia tu. Kau
pernah nampak dia tak?”soal Lily.
Edryka mengalih
pandangannya ke kaunter seperti yang diperkatakn oleh Lily. Edryka terkejut. Tertelan terus pizza di dalam
mulutnya yang belum sempat dikunyah.
‘Apa hal pulak si mamat mata sepet ni buat dekat sini! Dah
dekat library tadi muka dia, kat sini jugak kau nak muncul. Mual aku
tengok muka kau tu! Kalau aku dapat kepala dia tu, aku sepak macam bola. Tak
ada tempat lain ke kau nak pergi. Pergilah McDonald ke, KFC ke. Kacau
ketenteraman aku betullah!’
Kawal muka sehabis
mungkin.
“Kau ni pun satu!
Takkanlah kau tak kenal mamat mata sepet tu! Baru jumpa kat perpustakaan tadi, dah tak
kenal. Tu la, minum air main serbu je, lain kali periksa la dulu air tu ada
semut atau tak. Ni main minum jek! Kan dah jadi pelupa. Ish!!! Muda-muda dah jadi pelupa.”
bebel Edryka.
“Yang mana ek? Cuba bagi
tau kat aku.” balas Lily dengan muka lima posennya.
Lily berfikir seketika
namun tidak dapat menemui jawapannya. Ish memang pelupa betul!
“Otak kau ni ada sarang
semut ke apa! Itu pun tak ingat. Ada semut hitam ke apa dalam otak kau tu! Huh!”
marah Edryka.
“Ish betullah! Aku
tak ingat lah. Cuba bagi tau je. Jangan
nak bebel macam kak long boleh tak! Sakit telinga aku ni!”
“Pastikan kat telinga
kau ni tak ada taik telinga yang menimbun ya! Kau review balik hal yang kat perpustakaan tadi. Masa tu ada berapa
orang lelaki? Sorang je kan. Jadi, mamat
sepet yang kau tengah tengok tu, itulah dia. Mamat yang duduk semeja dengan
kita tadi. Mamat yang kaki penyebok tu! Jangan cakap kau tak ingat pulak! Lepas
ni kau makanlah kismis arab sepuluh kotak. Bagi daya ingatan kau tu kuat sikit.”
Jawab Edryka.
Lily termenung seketika.
Tersentak.
“ Hah! Baru aku ingat.
Itu kan mamat k-pop aku. Ceh! Lain sey penampilan dia sekarang ni. Berbeza
dekat U tadi. Macam mana lah aku tak kenal dia. Bertambah handsome. Wah!!! Dialah bidadara aku.” Ujar Lily dengan memuji
mamat k-pop nya itu.
Edryka hanya menggeleng
kepala melihat rakannya itu.
“Kau ni memang kuat
pelupa! Habis tu apa yang kau belajar selama ni masuk telinga kanan keluar
telinga kiri lah ya! Teruk!”
Lily hanya memandang ke
arah lelaki itu. Tersenyum lebar jek. Entah dengar ke tidak kata kawannya itu.
‘Akhirnya aku jumpa
jugak lelaki idaman aku kat sini! Bukan mat pizza yang mata sakit tu ya. Lepas
ni pergi doktor mata terus. Tak payah nak kenyit-kenyit lagi!’ desis hati Lily.
Sebaik sahaja Rain selesai membuat tempahan, dia hendak mencari tempat duduk. Sedang
matanya melilau mencarinya, terjumpa
seorang wanita yang seakan dikenalinya.
‘Itu bukan ke perempuan
tadi. Macam dia.’ bisik hati Rain. Kaca mata hitamnya dibuka.
Chop! Kenapa Rain tak
Nampak Lily? Kesian Lily. Perasaan cinta sudah mula berputik. Dengan cinta apa
sahaja boleh berlaku. Rain menuju ke arah Edryka dan Lily. Belum sempat Rain
menegur, Lily dengan ramahnya sudah menegurnya dahulu.
“Hai,wak.” Tegur Lily
tersenyum.
Rain hanya tersenyum apabila
ditegur oleh Lily.
“Hai..” Balas Rain.
“Awak buat apa dekat
sini? Tak sangka kita boleh jumpa dekat
sini kan. Macam kita ni ada jodoh je.”
Tak malu ke cakap macam
tu! Ada jodoh konon! Macam tuan badan lelaki itu sudi je nak terima kau, Lily. Lagi
satu, orang datang situ nak beli pizza la. Takkan nak beli orang kot. Tak masuk
akal betullah pertanyaan si Lily ni.
“Oh. I datang sini nak tackle awek dekat sini. Itu hah awek
dekat kaunter tu. Cun kan! Nak jadikan peneman hidup. Sunyilah hidup i sekarang
ni. I nak lah juga jadi macam lelaki lain. Ada buah hati. Boleh bermanja-manja.”
Ujar Rain dengan sedikit tawanya sambil menghulurkan tangannya ke kaunter.
‘Eh! Gatalnya mamat mata
sepet ni! Lelaki hidung belang betul!’ Bisik hati Edryka.
“Oh ye ke? Dah dapat
belum?”Soal Lily.
Rain hanya tersenyum
lalu pandang insan yang lagi satu tu.
“Boleh I duduk sini,
Edryka?” Soal Rain kepada Edryka.
Edryka terkejut dengan
kata Rain lalu menjawabnya.
“Silalah duduk. Ini kan tempat
awam. Semua orang boleh duduk. Tak ada yang terkecuali.” Jawab Edryka
bersahaja.
Lily hanya terdiam
dengan sikap Rain. Hatinya sudah merasakan sesuatu dengan sikap Rain. Rain
sudah duduk di situ.
“Awak ni memang pendiam
ye? Saya tengok awak ni suka berdiam diri je. Awak ni memang pemalu ke atau
jenis yang tak suka bergaul dengan
orang?” Soal Rain.
‘Dasar mamat mata sepet!
Berani Tanya macam tu dekat aku. Kasi pancung itu leher baru tahu.’ bisik hati
Edryka. Dia membiarkan sahaja pertanyaan mamat poyo tu berlalu seperti angin
yang membawa arusnya.
Secara tiba-tiba, Rain
bangun dari tempat duduknya dan menuju ke pintu dan ditolak keluar dengan
cepatnya. Lily yang hanya berdiam diri dan bermasam muka itu, terkejut akan
tindakan mamat k-pop tersebut. Edryka pun terkejut melihatnya.
“Ly, mamat sepet tu dah kenapa?
Tiba-tiba je dia keluar? Dia tolak pintu tu kuat betul! Dia buat kita ni macam
tak wujud jek! Boleh blah macam tu je!” Soal Edryka kepada Lily.
“Entah.” Lily hanya
menggerakkan bahunya. Suram wajahnya. Kalau nak dikatakan dirinya terasa dengan
sikap Rain, adalah juga. Mesti lelaki tu suka dekat kawannya itu.
Walaupun keceriaannya
tidak seperti mula mula mereka datang tadi, wajahnya dimaniskan sehabis mungkin.
Nanti taklah timbul rasa curiga pada kawannya itu. Tak pasal-pasal nanti nak
bersoal jawab pulak.
Edryka hanya mengangguk
sahaja lalu sambung kembali santapan pizzanya itu. Lily hanya pandang lemah ke
arah kawannya itu.
‘Untunglah kau Ryka. Aku
yang suka kat mamat tu, dia buat aku ni macam tak istimewa je kat hati dia. Dia
langsung tak nak pandang dekat aku ni. Dia suka dekat kau. Bukan kat aku. Aku
dapat rasa semua tu. Aku tahu rasa cemburu tu macam mana. Sakit! Teramat sakit!
Tapi apa aku boleh buat lagi. Aku terima dengan ikhlas. Mungkin belum sampai
lagi seruan angin cinta untuk aku. Ini jodoh kau.’ desis hatinya. Pizza di
hadapannya itu hanya mampu dilihat je. Rasa macam dah kenyang pulak.
Lima minit berlalu dengan cepatnya seperti tidak
merasa akan pergerakan waktu ketika itu. Pintu restoran dikuak dari luar dengan
kuat. Ternyata adalah Rain. Dia sudah tercungap-cungap. Macam orang baru lepas
berlari je. Pandangannya sudah terhala pada Edryka.
Orang yang berada di
dalam restoran turut melihat ke arah Rain termasuk Edryka dan Lily. Buat terkejut
je. Lalu mereka kembali ke santapan mereka kecuali Edryka dan Lily. Ingatkan
ada apalah tadi. Buka pintu tu macam nak cari pasal dengan orang je.
Edryka sudah pandang
Lily. Lily hanya menjongketkan bahu lagi. Tak tahu.
Langkah perlahan mula
diatur. Sampai saja Rain ke tempat Edryka, dia sudah membengkokkan lututnya
seperti orang yang hendak melamar kekasihnya saja. Senang cerita nak sehidup
sematilah. Kahwin.
Edryka terkejut dengan
kelakuan Rain. Bulat matanya. Lily turut terkejut melihatnya.
“Sudikah awak menerima
pemberian saya ini? Saya ikhlas.” Ujar Rain sambil menghulurkan sekuntum bunga
mawar berwarna putih.
Orang yang berada di
dalam restoran terkejut dengan kelakuan Rain. Macam-macam gelagat ada. Pandangan
mereka menghala ke Rain. Tindakan berani mati ni!
“Bunga mawar putih ini melambangkan keikhlasan dan kesucian
hati saya untuk mengenali diri awak. Harap awak tak
kisah untuk menjadi kawan saya. Izinkanlah dari hubungan kawan ni menjadi
sesuatu yang teristimewa buat saya.
Cinta adalah bahasa yang
digunakan oleh semua orang. Tetapi hanya dapat difahami oleh hati.”luah Rain
dengan beraninya.
Amboi! Tak sangka pulak
mamat Korea ni pandai bermadah cinta. Di luar jangkaan betul!
Orang yang berada di
dalam restoran itu, terharu akan tindakan Rain yang berani itu. Kasi gegar restoran pizza hut itu dengan
tingkah Rain. Silap-silap nanti ada yang bersorak pulak. Macam tengok live bola sepak je.
Lily berasa seperti dirinya tidak wujud di situ. Lily
harus akui bahawa mamat k-pop kesukaannya itu tidak menyukai dirinya. Siapalah
dirinya itu jikalau hendak dibandingkan dengan Edryka yang kecantikannya lebih menyerlah itu.
Orang kata mukanya
seakan Erra Fazira. Yang meletop tu! Sentiasa cantik dan menawan.
“Apa ni Rain? Ini tempat
awam lah. Awak tak tahu malu ke! Stopped!
Don’t be crazy!”ujar Edryka. Matanya
sudah memandang sekeliling. Malu! Edryka bingkas bangun.
“Biar saya menjadi gila
disebabkan awak. Saya rela terima tanggapan negatif orang pada saya. Menyukai
awak adalah keinginan saya. Menyayangi awak adalah keikhlasan saya. Tapi
membenci awak adalah suatu kepayahan untuk saya. Tolong terima saya dalam hati
awak.” sambung Rain lagi dengan tulus.
“Kalau ya pun awak nak
saya berkawan dengan awak, janganlah nak buat kerja gila macam ni! Buat malu
tahu tak! Orang dah tengok kita je! Awak tolong bangun sekarang! Tolong jangan
buat saya macam ni!” balas Edryka perlahan.
Bunga tersebut masih dihulurkan ke
Edryka. Rain hanya mendiamkan diri sehingga pemberiannya diambil oleh Edryka.
‘Biarlah diriku membatu
dengan lamanya asalkan dia sudi terima pemberian aku ni.’ bisik hati Rain.
Ketika itu,orang yang
berada di situ sedang melihat ke arah Rain dan Edryka. Bukan sikit tapi ramai.
Orang yang berada di situ, seakan sedang menanti jawapan oleh Edryka sama ada
untuk menerima pemberian oleh Rain atau tidak.
‘Mamat sepet ni sengaja
buat aku malu! Sengal betullah dia ni! Nak je aku ambik pizza aku ni, lepas tu layang
kat muka dia tu. Buat macam roda impian gitu! Nak tunjuk macho sangatlah tu!
Ish! Menyusahkan betullah!’ desis hati Edryka.
Bagi mengelakkan orang
melihat kearahnya dengan terlalu lama, Edryka mengambil sekuntum bunga mawar
putih yang sedang dihulurkan oleh Rain kepadanya. Orang yang berada di situ sudah
menepuk tangan sambil tersenyum.
Edryka tak tahu nak
berbuat apa lagi. Rasa malunya seperti dah tak larat nak ditanggung lagi. Lily
hanya terdiam saja. Hatinya hancur berkecai. Remuk. Tahan saja air matanya
ketika itu.
Rain kembali seperti
sedia kala.
“Harap awak ikhlas
menerima pemberian saya ni. Awaklah kebahagiaan saya setiap hari.” Ujar Rain
tersenyum.
Edryka hanya terdiam. Edryka
seakan tidak percaya apa yang dilaluinya pada saat itu. Ini semua mimpi ngeri!
“Encik Rain Daniel.” Kedengaran
suara pekerja di kaunter yang memanggil Rain. Tempahannya sudah siap.
Rain berlalu ke kaunter
untuk mengambil tempahannya. Orang yang berada di situ hanya melihatnya dengan
senyuman yang tidak lekang di bibir.
Edryka duduk kembali.
Wajahnya hanya tertunduk. Dirinya menjadi perhatian ramai. Macam artis pulak
gayanya.
‘Apa semua ni! Kau
siaplah mamat sepet! Kau dah malukan aku! Kau tak patut buat semua ni kat aku!
Kau patut buat ni kat Lily. Dia suka dekat kau. Bukannya aku. Kau tunggu
pembalasan dari aku!’ geram hati Edryka.
Selesai sahaja Rain
mengambil pizzanya, pekerja di kaunter tersebut hanya tersenyum.
“Encik ni memang seorang yang romantik. Beruntung
perempuan tu dapat Encik. Terima kasih,datang lagi.” Ujar pekerja tersebut
kepada Rain.
Rain hanya tersenyum
saja.
“Welcome.” Rain berlalu
dari kaunter dan mengatur langkahnya ke pintu. Namun langkahnya terhenti
seketika. Rain memandang Edryka.
“Bye,wak. Simpan tau
bunga tu! Simpan bunga tu macam awak jaga hati awak sendiri. Bye Lily.”ujar Rain
tersenyum lagi dan menolak pintu restoran keluar dan hilang dari pandangan.
Edryka dan Lily hanya
terdiam sesama mereka apabila Rain mengucapkan kata selamat tinggal kepada
mereka. Lalu, Lily bangun dari tempat duduknya dan menuju ke pintu untuk keluar
dari restoran tersebut.
Edryka terkejut dengan
tindakan kawannya itu. Dengan pantas Edryka mendapatkan Lily dan memanggilnya.
“Lily! Tunggu sekejap!
Tunggu!”
Langkah Lily terhenti
sebaik kedengaran suara Edryka memanggilnya.
Edryka tahu Lily mesti
berasa marah dan sakit hati kepadanya
setelah apa yang terjadi sebentar tadi. Ini semua diluar dugaan. Dirinya tak
minta semua ni terjadi.
“Ly, kau ambil la bunga
ni. Aku tak nak. Bunga ni bukan untuk aku tapi untuk kau. Mamat sepet tu mesti
tersilap bagi. Dia sepatutnya bagi kat kau.” Ujar Edryka sambil menghulurkan
bunga mawar itu kepada Lily.
Lily hanya tertunduk dan
mengangkat kepalanya kembali untuk berbicara dengan rakannya itu.
“Kau ambil je la bunga tu. Lagipun Rain bagi dekat kau bukan
dekat aku. Kau boleh bayangkan tak, kalau orang tu dah bagi kat kau dan kau
buat macam ni, kau nak bagi bunga tu dekat aku, agak-agak apa perasaan Rain
sekarang ni. Mesti dia kecewakan! Dia ikhlas bagi bunga tu dekat kau. Jadi
tolong hargainya walaupun hati kau tak rela untuk terima semua ni. Dia suka
dekat kau.
Okaylah Ryka. Aku balik dulu.
Nanti mak aku risau pulak. Assalamualaikum.” Balas Lily dan berlalu dari situ.
Kebetulan sebuah teksi
proton waja melalui di situ lalu ditahan dan dinaikinya. Bayangan teksi tersebut
hilang dari pandangan Edryka.
Edryka hanya terkedu
dengan kata Lily.
‘Aku tak berniat nak
buat kau kecewa. Aku tahu apa yang kau rasa sekarang ni. Maafkan aku.’ pinta
hatinya.
Kenapalah mamat ni buat
macam ni? Setelah melalui dengan kegembiraan,kesedihan mula menerpa.
2 comments:
Kya!!! sweet nyer Rain.... tapi kesian Lily.... huhuu... anyway... good luck writer... hehe ^.^
tq dik,, truskan membaca ya!
Post a Comment