Cappuccino?
Mocha?
Bingung pula. Okay!
“Kak, saya nak
cappuccino dua. Tambah sekali pearl yang comel tu.” ujar Liyana Damia kepada
pekerja kedai Coolblog tersebut. Dia tersenyum
“Okay dik. Tunggu
sekejap ya. Macam biasa lima minit.”
“Lama tak?”
“Macam biasalah. Nak
ketuk air batu lagi. Itu yang lambat.”
“Itu memang kelakar.”
Liyana menggeleng. Kalau
dia datang ke kedai itu, mesti terkena usikan daripada kakak itu. Kalau mood
dia merudum, kena saja usik, terus moodnya okay.
“Kak, saya pun nak
cappuccino macam amoi cantik tu! Tambah pearl lepas tu bagi padat. Tak nak bagi
ada ruang sikit pun. Mampat tau!” ujar Fariz Aiman lalu menunjuk ke perempuan di sebelahnya itu.
Dia tersenyum pula.
Senyuman mengurat ke?
Lain macam aje tengok tu. Ada apa-apa makna ke?
Dalam leka membalas SMS,
Liyana perasan dirinya sedang diperkatakan. Pelik. Setahunya tadi dia
berseorangan sahaja. Mana ada orang lain. Dia sudah menoleh insan ke sebelahnya.
Lelaki itu dilihat dengan pandangan tidak puas hati.
Siapa pulak lelaki ni!
Siap cakap aku amoi cantik lagi! Kenal pun tidak! Takkan kawan facebook aku kut!
Macam tak! Tak pernah nampak pun! Sengal agaknya mamat ni. Boleh pulak dia
tersenyum macam nangka busuk yang diurung lalat. Perasan diri tu macam Izzue
Islam lah tu. Nak ikut gaya Izzue Islam tapi tak menjadi. Sengal! Ini kes
tengok cerita sebenarnya saya isteri dia lah ni! Nak mengikut jek! Tak ada identiti diri langsung! Huh! Pelik aje aku
tengok dia ni! Mereng ke apa! Getus hati Liyana.
Lelaki itu menapak
beberapa langkah ke hadapan. Dia buat-buat tenang. Berlagak poyolah pula si
Fariz ni.
“Hai….” sapa Fariz.
Tangan ke belakang.
“Maafkan saya ya.”
“Awak ada buat salah ke?
Why to say sorry?” soal Fariz.
“Memang ada.”
“Apa dia?”
“Kita kenal?”
“Tak.” geleng lelaki itu
perlahan.
Liyana tersenyum
sumbing. Senyum sinis namanya tu.
“Bagus!”
Berkerut dahi Fariz. Tak
faham. Dia menjungkit bahu.
“Kalau awak nak order
cappuccino awak tu, awak order ajelah. Tak payahlah nak tunjuk dekat saya siap
cakap saya ni amoi cantik! Saya tahulah
saya ni cantik. Ingat saya ni duta coolblog ke apa! Cakap cappuccino aje
sudahlah. Tak payahlah nak guna kecantikan saya ni nak order cappuccino awak
tu. Dahlah order sama! Macam dah tak ada
flavor lain aje nak order. Menyibuk!” balas Liyana dengan sedikit tidak puas
hatinya.
Fariz mencebik
mulut. Dia tersenyum manis pula.
Bersabar wahai Fariz. Senang aje hendak melayan perempuan macam ni. Bagi senyum,
ayat manis, selepas tu dah okay.
“Saya nak cakap sikit
boleh?”
Liyana diam. Sedikit
angkuh dari segi gayanya. Malas nak layan!
“Perasan jugakan awak
ni! Siap mengaku diri tu cantik! Cantiklah sangat! Cantik tahap ke berapa?
Boleh beritahu? Ada tahap super model tak?”
perli Fariz lalu menggeleng perlahan.
“Apa awak cakap?! Awak…”
“Sebelum awak nak cakap
lagi, izinkan saya sambung lagi. Sikit aje! Tak banyak! Cantik? Macam cantik aje
kan! Huh! Nak termuntah tahu tak saya dengar! Suka hati sayalah nak cakap apa
pun! Ini mulut saya. Saya guna mulut awak ke nak cakap! Saya memang suka
cappuccino. Berjuta-juta rakyat Malaysia suka cappuccino. Ingat awak seorang aje
ke yang suka? Lagi pun kan, setiap kali saya datang sini saya akan pesan
cappuccino. Kalau awak tak percaya, tanyalah akak ni! Dia tahu apa yang saya
suka.” tunjuk Fariz kepada pekerja kedai tersebut.
Pekerja kedai tersebut
hanya tersenyum. Mahu geleng kepala dibuatnya apabila dirinya turut terlibat.
Aik! Aku pulak yang
kena. Aku pun terbabit sekali. Peninglah macam ni. Pasal cappuccino pun nak
bergaduh! Peliklah diorang ni! Ramai lagi yang suka cappuccino. Sekejap! Macam
comel aje diorang ni. Kalau tengok lama-lama diorang ni, padanlah pulak. Macam
comel aje. Seorang handsome, seorang cantik. Padan! Gumam perempuan tersebut.
Liyana mendengus kuat.
Dia sudah berpeluk tubuh. Lelaki di hadapannya itu memang nak kena semburan
setiap patah katanya. Mata tu sinis aje.
“Dah habis?”
“Tak payah nak perli
sayalah. Nak cakap, cakap. Kalau tak nak cakap, diam.”
Sabar ajelah Liyana oi!
“Nak muntah saya boleh
bagi baldi! Dekat kedai dua ringgit belambak. Nak kecik ke, besar ke, saya
sanggup bagi percuma dekat orang macam awak ni! Perasan macho lah tu! Wek!
Memanglah mulut awak, tapi saya tak suka awak sebut pasal saya. Kita kenal pun
tak, alih-alih awak cakap pasal saya. Tak tahu malu ke cakap pasal orang yang
tak kenal. Muka tembok! Macam tembok dekat belakang rumah saya aje! Berlumut 60
hari.” balas Liyana dengan muka ketatnya.
Hanya terdiam. Fariz
terpaku dengan apa yang dilihatnya. Tiba-tiba jantungnya berketar kencang.
Mulut Fariz memang benar-benar berat untuk berkata. Aduh! Bagai kena gam aje.
Mata tak berkelip pula memandang perempuan singa itu.
Dah kenapa jantung aku
ni! Dengan minah berlagak ni pun, boleh buat hal! Sengal betullah jantung aku
ni! Sekejap! Aku baru perasan. Comelnya dia ni! Mata dia bulat, mulut tu kecik aje.
Macam mulut burung. Nasib baik mulut tu
tak besar. Dia buat muka macam ni tak tahu kenapa aku suka sangat tengok. Rasa
macam tak nak lepas tengok dia walaupun seminit. Kenapa mesto dia? Bisik hati
Fariz. Dia keliru.
Liyana sudah menggeleng.
Satu keluhan dilepaskan. Pandangan dibuang tepat ke muka lelaki itu. Bertambah
bengang! Memang lelaki itu mahu kena lagi dengan serangan mulutnya.
Orang cakap dengan dia
boleh pulak termenung! Dia ni mat
termenung ke apa! Buat penat mulut aku aje cakap. Pergilah sana dekat lorong
termenung! Saja aje buat aku naik hangin! Aku tarik rambut karat dia tu baru
tahu. Biar botak kepala tu! Dah elok-elok rambut tu warna hitam, sibuk nak
warna lain. Perasan nak jadi orang Hollywood lah tu! Tak reti bersyukur
langsung! Kalau handsome tak apalah juga! Ini tak! Macam orang tak betul aje.
Nak berfesyenlah sangat! Huh! Tak menjadi langsung! Cemuh hati Liyana.
Bagi Liyana, apa yang
berada di tubuh lelaki itu semuanya tidak kena. Jika sekali tidak suka pada
seseorang tu, dari A sampai Z dipandang sebelah mata aje walaupun orang tu ada
rupa.
Fariz masih tidak
berkutik. Insan di hadapannya itu memang sudah meranap segala perhatiannya.
Hatinya kala itu masih berdegup kencang.
Tapikan adalah jugak handsome dia tu! Nasib baik kulit
tu putih. Setelah aku belek, sesuailah
jugak rambut karat dia tu dengan diri yang berupa tak siap tu. Lagi bagus kalau
rambut dia tu warna hitam! Sedap sikit
mata memandang. Itu lebih baik! Lebih afdal. Tak adalah orang lain nak pandang
serong. Bisik hati Liyana lagi.
Dari duduk, Liyana sudah
berdiri. Dia sudah berdehem untuk mematikan lamunan lelaki itu. Macamlah dia
tidak tahu macam mana reaksi orang mengelamun. Sikap lelaki memang sudah
dihafalnya. Pantang nampak perempuan cantik. Amboi! Liyana cantik ke?
“Ehem! Ehem!”
Fariz tersedar dari
lamunan yang dah sampai entah ke mana itu.
Dia sudah menggosok matanya.
“Apa kes?”
“Apanya?”
“Macamlah saya tak tahu.”
“Apa ni?! Saya tak
fahamlah.”
“Tak payahlah nak tengok
saya sampai macam tu sekali! Terkebil-kebil! Itu hah! Cappuccino amoi cantik
awak tu dah siap! Bayar, lepas tu balik.
Saya tak sudi nak tengok muka awak tu. Saya tak ada selera nak tengok muka ala
Hollywood awak yang tak menjadi tu! Jadi orang tu reti bersyukur sikit. Elok
rambut tu warna hitam nak diwarnakan. Tak tahu dosa ke apa! Dah! Cepat bayar!
Sakit mata ni tengok!” suruh Liyana.
Membulat mata Fariz.
Telinga tak salah dengar ke? Perempuan tu mengutuk rambutnya? Fariz melepaskan
satu helaan nafas geram. Kecil besar aje dia melihat perempuan itu.
Eleh minah ni. Suka hati
aje dia cakap aku macam tu! Ini Rambut aku, bukan rambut kau! Warna rambut aku
ni semula jadi. Bukan cap kotak yang ada dekat Watsons tu. Sengal! Kalau rambut
aku hitam sekalipun, ada ke aku guna
duit kau nak warnakan rambut aku ni! Membebel aje! Suka hati akulah nak buat
apa pun! Macam diri tu perfect sangat! Eeerrgghh! Geram hati Fariz.
Baru aje Fariz hendak
buka mulut, perempuan itu bersuara lagi. Tak bagi peluang langsung nak
bercakap! Geram pula Fariz dibuatnya. Nasib baiklah perempuan, kalau lelaki
tahulah hendak berbuat macam mana. Mahu saja dia mengetuk kepala perempuan tu.
Bagi ting tong sikit.
“Nak cakap apa? Tak habis
lagi? Tak payahlah. Saya tak sudi nak dengar.”
“Nasib baiklah kau ni
perempuan, kalau lelaki…”
“Nak tumbuk? Tumbuklah. Kalau
berani.”
“Eh minah ni! Geram
pulak aku dibuatnya.”
“Baliklah sana! Cepat
sikit! Sakit mata ni tengok!” halau Liyana.
Sabar Fariz oi! Bertenang!
“Kalau awak teringin sangat nak warnakan rambut tu macam warna cappuccino ni, cakap aje
dekat saya! Saya boleh jadi penaja rasmi awak. Sekarang pun boleh. Siang malam
saya sanggup tunggu sampai rambut awak tu jadi macam warna cappuccino ni. Bolehlah
saya tengok rambut ala Hollywood awak
yang tak siap tu! Tak payah nak jadi mak nenek kat sini! Membebel aje!” Fariz
sudah mengambil duit di kocek seluarnya lalu menghulurkan duit kepada pekerja
kedai tersebut.
“Whatever!”
Liyana
buat muka bersahajanya. Anggap saja radio buruk berbunyi. Tinggal tunggu masa
campak dalam tong sampah. Kalau tak nak buang ke dalam tong sampah, buang dekat
tempat besi buruk. Boleh dijual, dapat juga duit.
“Dahlah pergi cepat! Nak
muntah saya tengok awak dekat sini! Dah mula rasa gatal pulak tekak ni! Sesak
hidung saya ni! Susah nak bernafas.” hidungnya dipicit. Liyana sudah
mengipas-ngipas menggunakan tangannya.
“Sesak nafas tu tandanya
nak mati cepat! Tahu!”
“Apa awak cakap?”
Ters membuntang mata
Liyana. Terhenti tangannya mengipas. Nak mati?
“Kasihan! Pekak!”
Fariz tersenyum sinis.
Baru puas hatinya. Coolblog cappuccino di ambil. Anak mata Fariz terarah pada
insan yang tidak disenanginya itu. Mahu aje dia mengambil serbuk coklat dekat
situ, lepas tu tuang dekat kepala perempuan tu.
Mandi serbuk coklat sana! Ada produk terbaru jual di pasaran coolblog.
Tak ada harga pun tak apa. Teramat pasti
tak ada orang nak beli.
“Okaylah kak. Saya balik
dulu. Sakit mata saya ni kalau duduk lama-lama dekat sini. Boleh keluar taik
mata menimbun dekat mata ni. Tak pasal-pasal kena buang taik mata ni guna kuku.
Bukan kuku biasa tapi kuku hantu.” Jelling Fariz kepada Liyana.
Berkerut dahi Liyana.
Kuku hantu? Dia tak faham. Lelaki itu menyindir dia ke?
“Boleh saya cakap
sikit?” soal Fariz tersenyum.
Liyana diam.
“Dengar tau apa yang saya
nak cakap ni.”
Fariz memandang kembali
kepada pekerja kedai tersebut. Pekerja kedai tersebut hanya tersenyum sahaja.
Dalam hati, habis dia mengata pasal pelanggan kedainya itu. Nak bertikam lidah aje.
Sabar sajalah.
“Akak jangan marah tau!”
“Apa dia?”
“Fariz cuma nak cakaplah kalau nak nasihat dekat orang lain, pastikan
diri sendiri tu biar sempurna. Lengkap! Tak ada cacat celanya. Kalau orang tu
sempurna, kuku takkan diwarnakan. Bukan tanda tak bersyukur ke? Kuku warna pink
lagi. Macam budak tadika baru dapat pensel warna. Buat malu aje. Tak matang
langsung! Kalau cantik tak apalah juga, ini macam model tak laku! Top model
tersingkir minggu pertama. Errgghh! Gelilah!” bidas Fariz menjeling terhadap
perempuan itu.
Pekerja kedai tersebut
hanya tersengih. Dalam hati tuhan aje yang tahu apa dibebelnya. Kalau dia
menjadi Liyana, teramat pasti kepala lelaki itu diketuknya. Suka hati saja
cakap Top model tersengkir minggu pertama. Hendak terkeluar pun, biarlah minggu
keempat. Hap tui!
Sakit
saja telinga Liyana mendengar. Menggelegak amarah yang sedia ada. Tangan
digenggam kuat. Terkena juga akhirnya. Geram! Mahu saja dia menarik bibir
lelaki itu. Pulas kuat-kuat.
“Saya balik dulu.”
“Hah yalah. Hati-hati.” Ujar
pekerja kedai tersebut.
Fariz
sudah mengatur langkah keluar dari kedai tersebut. Dia tersenyum puas siap bernyanyi
kecil lagi. Lagu Jangan Nakal. Perempuan
tu nakal ke? Suka benar dapat mengenakan perempuan tu. Merah padam muka tu.
“Padan muka kau,
perempuan! Rasakan!”
“Tak guna punya lelaki!”
Dalam perjalanan Fariz,
sempat lagi dia mencelah.
“Nanti jangan lupa basuh
kuku tu. Guna Clorox ke, apa ke. Cantik lagi warna kuku asal. Kalau tak boleh
basuh, tak hilang warna tu, ambik pisau potong aje jari tu. Kodong terus! Lagi
senang! Tak payah nak warna kuku macam budak tadika! Tak matang langsung! Ingat
tu! Warna rambut saya asli. Bukan tiruan. Jumpa lagi!” tangannya dilambaikan.
Liyana terus duduk di
kerusi. Dia sudah menggenggam tangannya. Kelibat lelaki itu masih dilihat.
Menggigil tangannya ketika itu.
Suka hati aje cakap aku macam tu! Nak aje aku bagi penumbuk
percuma aku ni dekat muka dia yang perasan kacak tu! Lebam terus mata kau tu! Panda
nombor tiga dekat Malaysia ni. Sengal punya orang! Kau balik tu kau kemalangan
lagi bagus! Baru padan muka kau! Tempang sebelah kaki tu. Kalau aku jumpa kau
lagi, siaplah kau! Bukan setakat penumbuk aje aku bagi, sepak terajang aku
bagi! Aku ni tali pinggang hitam. Ini Liyana Damia lah. bebel hati Liyana, tak
puas hati.
“Dik!” panggil pekerja
kedai tersebut.
Liyana menoleh.
“Akak cakap sikit,
boleh?”
“Akak nak cakap apa?”
“Pasal lelaki tadi tu.”
“Dah kenapa dengan dia?”
“Warna rambut dia tu memang
asli. Betullah apa yang dia cakap tu. Dia tak tipu. Akak memang dah lama kenal
dia. Dia pelanggan tetap dekat sini.”
Asli?
Macam tak percaya aje!
Bertambah geram Liyana
mendengarnya. Sehinggakan kakak kedai coolblog tu membela lelaki rambut karat
tu. Ini yang bertambah tak puas hati. Siapa hendak membelanya pula?
Sakit hati!
Dua cawan coolblog
perisa cappuccino ditangan. Liyana Damia sudah masuk ke dalam ruang hospital. Terukir
sekuntum senyuman di wajah. Tidak sabar pula hendak bertemu dengan kawannya.
Kelakar juga terhadap permintaan kawannya yang seorang itu. Telefon manalah dia
dapat untuk menelefonnya. Mungkin
telefon hospital. Dia sudah menggeleng perlahan.
“Tolong belikan aku
cappuccino. Nanti aku bayar.”
“Wei! Kau kan sakit.”
“Tekak teringin nak
minumlah.”
“Tak boleh. Nanti doktor
marah aku pulak.”
“Alaaa… please…”
Tak boleh kena merayu
sikit. Mudah cair. Tak sudah dia teringat perbualan dia dengan kawannya tadi.
“Diana… Diana.. Kau ni
memanglah tak padan sakit. Dah sakit tu buatlah cara orang sakit. Sakit-sakit
pun nak minum coolblog. Tak pernah dibuat orang tau tak. Kalau nak minum pun
tunggulah diri kau tu sembuh dulu. Dah boleh lari satu padang. Ingatkan suruh
aku beli buah ke, apa ke, ini tak! Beli coolblog rupanya. Ini kes mengidamlah
ni. Macam perempuan mengandung pulak. Tahu doktor, kau jawablah sendiri. Malas
aku nak masuk campur. ” bebel Liyana
dalam perjalanannya.
Dalam perjalanannya itu,
anak mata Liyana sudah perasan seorang lelaki yang agak berusia di hadapannya. Lelaki itu sudah
menutup pintu bilik. Wajah lelaki itu kelihatan berat menanggung masalah. Liyana
pelik. Macam orang tengah bersedih pun ada. Terus mati senyuman yang bersimpul
di bibir.
Lelaki berusia itu terduduk di lantai. Dia terus menangis.
Teresak-esak. Wajah diraup lalu ke rambut. Gugur air mata lelaki itu.
Liyana bertambah
terkejut dengan apa yang dilihatnya itu. Ternganga sedikit mulutnya dan pantas
ditutup kembali. Perjalanannya terhenti. Dua cawan coolblog masih di tangan.
“Kenapa pulak dengan pak
cik ni? Kenapa dia menangis? Ada apa-apa yang tak kena ke?” ujuar Liyana yang
sedikit risau.
Langkah disambung
kembali. Dia hendak mendapatkan lelaki tua itu atau tidak. Otak mula berfikir.
Rasa kasihan tak sudah. Satu keputusan dibuat. Liyana terus mendapatkan lelaki
itu. Coolblog yang dibawanya diletakkan di atas kerusi yang berada di situ.
“Pak cik.” Sapa Liyana
perlahan.
Lelaki itu terus mendongak. Masih menangis. Bingung
Liyana dibuatnya.
“Anak ni siapa?”
“Saya Liyana.”
“Kamu buat apa dekat
sini?”
Liyana tersengih kecil.
“Saya ternampak pak cik.
Pak cik kenapa ni? Ada masalah ke? Pak cik sakit?”
Mata lelaki itu bengkak yang
tenggelam dek tangisan dikeluarkan.
Bertambah lebat air mata yang tumpah ke wajah. Kelihatan kemerahan anak mata. Dia
buntu. Perlu ke dia meminta belas ihsan anak muda itu?
Liyana sedikit gusar
ketika itu. Insan di hadapannya itu tidak menjawab akan pertanyaannya. Lelaki
itu hanya melihat. Tiada pula tanda-tanda hendak bercakap. Liyana semakin
resah.
“Kalau pak cik ada
masalah, beritahu dekat saya. Manalah tahu saya boleh tolong. Apa yang saya
boleh buat untuk pak cik, saya cuba buat yang termampu. Saya takkan kecewakan
pak cik.” baik sungguh si Liyana ni. Mesti dia dapat didikan yang sempurna dan
baik daripada ibu bapanya.
“Betul anak ni nak tolong
pak cik?”
“Ya. Saya akan tolong.
InsyaAllah.” angguk Liyana tersenyum.
“Ini hal besar bukan
kecil.”’
“Tak apa. Pak cik cakap aje dekat saya.”
“Pak cik perlukan
darah.”
“Darah?”
Lelaki itu mengangguk.
Liyana pelik.
“Pak cik nak buat apa
dengan darah? Saya tak faham.”
“Boleh tak anak dermakan
darah untuk anak pak cik? Anak pak cik perlukan darah. Dia kemalangan semasa
dia nak balik rumah tadi. Dia kehilangan banyak darah. Doktor ada cakap yang
dekat hospital ni kekurangan darah. Lagi pun jenis darah yang macam anak pak
cik tu susah nak dapat. Pak cik buntu tak tahu nak buat apa lagi.”
Liyana terkesima. Kemalangan?
Perlukan darah? Dia tertelan sedikit payah.
“Pak cik mohon sangat
dekat anak. Tolonglah pak cik. Tolonglah anak pak cik. Hanya anaklah harapan
pak cik. Anak nak apa saja, pak cik akan bagi asalkan anak sanggup tolong
anak pak cik. Dialah satu-satunya anak
pak cik yang ada. Pak cik sayang sangat dekat dia. Tolonglah, Nak.” pinta
lelaki berusia itu sedikit lemah.
Apa aku nak buat ni? Dah
lah aku takut jarum. Seram aku dengan cucuk-cucuk jarum ni. Aduhai! Kes masa
aku masuk hospital dulu pun masih melekat dekat otak aku ni. Melalak aku kena
suntik jarum. Urm… Pak cik ni harap sangat yang aku dapat tolong dia Macam mana
ni. Bisik hati Liyana.
Jikalau dia tidak cuba
menolongnya, dianggap kejam pula. Nanti rasa kesal tak sudah kalau terjadi
apa-apa terhadap anak pak cik itu. Meninggal?
Geleng lagi. Janganlah anak pak cik itu meninggal. Wajah lelaki itu
masih di amati. Semakin bertambah rasa kasihannya. Otak ligat memikir sesuatu.
Buntu sekejap! Memang otak
tak boleh berfikir detik itu.
“Tolonglah, Nak. Pak cik
tak nak kehilangan anak pak cik. Pak cik sayang sangat dekat dia. Dialah
satu-satunya anak pak cik. Hanya dialah harta yang paling berharga untuk pak
cik.” Rayu lelaki itu lagi.
“Pak cik. Bawa bertenang
dulu. Bersabar. Apa kata pak cik bangun dulu dan duduk dekat kerusi ni. Tak
elok kalau orang yang lalu lalang tengok pak cik macam ni.” suruh Liyana untuk
duduk di kerusi di sebelahnya itu.
Lelaki itu terus bangun
dengan pimpingan Liyana. Sebaik saja lelaki itu duduk, dia terus duduk di
sebelah lelaki berusia itu. Wajah lelaki itu, Liyana lihat lagi.
Sekejap! Darah aku
dengan anak pak cik ni sama ke? Yakin aje aku
nak tolong anak pak cik ni. Kalau dibuatnya tak sama, macam mana pulak!
Buat bagi harapan palsu aje kat pak cik ni. Takkan aku nak tanya pak cik ni
pulak anak dia tu darah apa! Pilihan apa lagi yang aku adakan. Urm.. Jarum
tajam kalah mata pensil. Seram aku nak tengok jarum tu lagi. Tak apa. Aku kena
kuat. Tak boleh lemah. Aku nak tolong orang. Aku akan buat selagi apa yang aku
mampu. Tekad hati Liyana.
Satu helaan dilepaskan.
Liyana cuba tersenyum.
“Kalau pak cik tak
kisah, saya nak tanya sikit. Boleh?”
“Kamu nak tanya apa?”
“ Anak pak cik tu jenis darah
apa ya? Manalah tahu kalau darah anak pak cik tu tak sama dengan saya. Kalau
tak sama, tak dapatlah saya nak tolong. Kalau sama, saya akan tolong anak pak
cik tu. Saya janji. Pak cik jangan risau.” ujar Liyana tersenyum.
Lelaki itu sudah melihat
Liyana. Dia bagai dapat sinar pertolongan daripada insan tersebut. Terukir
sedikit senyuman di bibir. Akhirnya Allah mengirim seseorang untuk menolong
anaknya. Alhamdulillah.
“Betul ni?” soal lelaki
itu sedikit tidak percaya.
“Betul. Saya tolong dengan ikhlas. Kerana Allah.” Liyana
tersenyum.
“Darah A.”
“A?”
Lelaki itu mengangguk. Liyana
tersenyum lebar pula.
“Alhamdulillah.
Memanglah rezeki pak cik.”
“Kenapa?”
“Nasib baik jenis darah
saya A jugak. Saya akan tolong anak pak cik tu. Apa kata, sekarang ni kita
pergi jumpa doktor. Kita cakap dekat dia, yang saya akan dermakan darah untuk
anak pak cik. Sekarang ni pak cik ada masalah, saya tolong. Manalah tahu kalau
saya ada masalah, pak cik boleh tolong saya pulakkan. Pak cik jangan risau ya.”
ujar Liyana dengan tenangnya.
Makin melebar senyuman
lelaki itu.
“Pak cik tak
bermimpikan?”
“Tak. Pak cik tak
bermimpi.”
“Betul anak nak tolong
anak pak cik? Anak tak berguraukan?”
Liyana hanya mengangguk.
“Ya Allah, akhirnya aku
jumpa juga dengan orang yang sama darah dengan anak aku Ya Allah. Terima kasih,
Ya Allah. Aku bersyukur sangat. Ada orang yang sudi tolong anakku. Apa yang
Engkau berikan ni pun, sudah memadai untuk anakku. Engkau limpahkanlah gadis
ini dengan keberkatanmu Ya Allah.” ucap lelaki itu tanda syukur.
Tersentuh hati Liyana
melihat reaksi lelaki berusia itu. Bagai
hendak gugur manik jernih di tubir mata. Dia hanya mampu menahan rasa sebak di
hati sebaik mungkin. Perasaan seorang ayah bagai dapat dirasai kala itu. Dengan
semangat yang kuat, dia tidak mahu lelaki di hadapannya itu nampak akan jatuhan air matanya nanti.
“Sekarang kita masuk dalam.
Lagi cepat anak pak cik terima darah, lagi cepat untuk anak pak cik sembuh.
Nyawa anak pak cik penting. Saya tak nak
tengok pak cik sedih macam ni lagi. Pak cik mesti sayang sangatkan dekat anak
pak cik tu. Jadi, pak cik tak payahlah nak beri apa-apa dekat saya. Saya tolong
anak pak cik dengan ikhlas. Hah! Masuk ni dah tiga kali saya cakap. Saya
ikhlas.” Sempat pula Liyana mengusik
lelaki itu.
Lelaki itu hanya
tersenyum lebar.
“Pak cik tak tahu nak
balas macam mana kebaikan kamu. Pak cik….”
Liyana menggeleng.
“Pak cik tak payah banyak fikir
lagi. Ini dah menjadi tanggungjawab saya untuk tolong anak pak cik. Saya tak
mintak sebarang apa-apa balasan pun. Dalam agama kita pun, kita digalakkan tolong menolong sesama kaum. Apa
yang saya tolong pak cik ni, biarlah Allah yang membalasnya.” ujar Liyana lagi.
Lelaki itu tidak tahu
hendak berkata apa lagi. Begitu baik sekali hamba Allah itu. Liyana sudah
bangun diikuti lelaki itu.
“Jom?” ajak Liyana.
“Terima kasih, nak.”
ucap lelaki itu ikhlas.
“Sama-sama.”
“Pak cik kena senyum.
Anak pak cik akan kembali seperti biasa. Agaknya kan anak pak cik tu tak sabar
nak buat pak cik senyum. Saya tahu perasaan disayangi dan menyayangi tu macam
mana. Terlalu indah rasanya sampai susah nak digambarkan. Saya doakan pak cik
dan anak pak cik hidup bahagia.”
Sejak tadi hanya terbit
segaris senyuman saja di bibir lelaki itu. Benar kata anak muda di sisinya.
Keindahan itu terlalu sukar hendak digambarkan dan hanya dapat dirasai.
Mereka sudah masuk ke
bilik rawatan tersebut. Diharapkan pertolongan Liyana tidak menjadi sia-sia.
Dia berharap sangat anak pak cik itu cepat sembuh. Biarlah rasa takut terhadap
jarum yang tajam itu diletakkan ke tepi. Digagahkan juga dirinya. Nyawa
seseorang teramat penting ketika itu.
Terkebil-kebil mata Liyana
melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Boleh pitam dibuatnya jika asyik
terbayangkan mata jarum yang tajam tu.
Mengilu!
Satu helaan dilepaskan perlahan.
Di harapkan pertolongannya diberkati oleh Allah.
Ya Allah, Engkau lancarkanlah
urusan ini. Kau bantulah hambamu ini untuk membantu pak cik ni. Kau berikanlah yang terbaik untuk pak cik ni dan anaknya.
Berikanlah kegembiraan kepada mereka kembali. Hanya itu yang hambaMu ini mampu minta.
Kebahagiaan pak cik ni, kebahagiaan aku juga. Pinta Liyana dalam hati.
Liyana tertunduk dalam
perjalanannya.
Gusar!
Jarum! Kau jangan degil
sangat ya! Kau cucuk aku tu lembut-lembut sikit! Jangan nak ganas sangat! Walaupun
kau kecik, aku besar, kau memang boleh buat aku pengsan! Fobia! Ingat tau! Jangan
nak kasar-kasar dengan aku. Tak pasal-pasal aku melalak pulak nanti! Kantoi
pulak depan pak cik ni yang aku takut jarum. Kau kan baik! Tolong aku ya! Sempat
pula Liyana mengomel dalam hatinya. Masuk dengan penuh debaran.
No comments:
Post a Comment