Edryka
sudah seperti cacing kepanasan yang asyik mundar mandir di depan perpustakaan
UITM Shah Alam. Seperti sedang menunggu seseorang gayanya. Muka tu nak ketat
semacam saja. Macam gunung berapi nak meletup. Merah padam muka tu. Tahan panas keberangkaliannya. Jam
ditangan ditatap berulang kali. Bengang betul dia menunggu! Hampir setengah jam
masih belum muncul.
“Manalah dia ni! Aku
dekat sini dahlah panas! Habis berpeluh muka aku ni! Janji pukul sembilan
sampai sekarang tak muncul lagi. Apa punya orang pun tak tahu! Aku pantang
kalau orang tak tepati masa ni!” geram Edryka kala itu.
Kelihatan seorang perempuan
yang sedang menuju ke Edryka. Tercungap-cungap dibuatnya. Perempuan tu hendak
berjumpa Edryka atau ke perpustakaan? Kalau dia break, memanglah nak jumpa si Edryka. Kalau terus macam nampak
lampu hijau traffic light tu,
memanglah perpustakaan tu jadi hala tujunya. Perempuan itu kelihatan
tergesa-gesa seperti sudah terlepas temu janji dengan kekasihnya jek.
“Sorry
la Ryka. Aku lambat! Traffic sesak tadi. Macamlah kau tak tahu traffic area kat
sini macam mana. Kalau hari-hari macam ni, pening aku dibuatnya. Duduk
berjam-jam dalam teksi tu.”ujar perempuan itu kepada Edryka.
Kepanasan di muka Edryka
sudah jelas kelihatan.
“Banyak la kau! Aku kat sini dah macam udang
kena bakar tau tak! Kalau ada Fresh Oren dekat sini, dah lima gelas habis!
Silap-silap dengan gelasnya sekali aku telan! Itu jelah alasan kau! Tak ada
alasan lain ke kau nak bagi. Muak tau tak! Tu jelah hari-hari aku dengar. Cakaplah
kucing kau nak beranak ke! Burung merpati nak bertelur ke!” tak puas hati
nampak.
Akhirnya muncul juga
orang yang ditunggu-tunggu. Tercunggap-cunggap Lily menanggung keletihan.
“Relax
lah Ryka. Janganlah nak marah-marah
macam ni. Aku pun panas juga tau! Aku dalam perut teksi tu macam dah nak
terbakar. Nampak je macam teksi baru tapi macam aku naik teksi buruk je! Pak
cik tu punyalah kedekut nak pasang
air-cond dia. Kalau pasang pun, apa salahnya! Aku bayar jugak tambang teksi
cabuk dia tu! Harap je pakai kereta waja. Serupa jek naik teksi biasa!” jelas Lily sambil mengawal
keletihannya.
Edryka merenung geram pada
satu-satunya sahabatnya yang paling rapat itu.
“ Dah lah. Jom masuk! Nak bebel
dengan kau ni pun tak guna! Kalau bebel hari ni pun, silap-silap esok pun buat
lagi. Air liur aku je yang habis. Naik kering tekak aku ni! Kalau dah kering,
nak belanja aku air tak apalah juga. Ini tak! Hampeh!”
‘Mulut tu asyik nak membebel jek.
Hai telinga aku ni dah lali dengan semua ni. Kau untunglah pergi sini pun rumah
kau dekat. Bukan macam aku ni hah. Rumah jauh macam duduk dekat hulu sana.
Takkanlah tak faham lagi kot! Keluar awal ke lambat ke, sama je. Sabar jelah
aku dengan kau ni!’ desis hati Lily.
Sifat panas baran Edryka sudah sebati dalam
dirinya. Macam adun kuih tu! Memang tidak dapat dipisahkan dari dirinya. Maklumlah
sejak azali lagi sudah berada di sisinya. Panas baran pun ada juga sifat
kelembutannya. Ianya akan muncul dalam sesuatu keadaan je. Ada juga sifat
pemalunya. Sifat pemalunya itu, kadang
kadang orang menyifatkannya sebagai seorang yang sombong. Yelah boleh disama
ertikan tak nak bergaul dengan orang lain. Buat hal sendiri je.
Edryka dan Lily mencari tempat duduk yang
tersorok sedikit daripada pandangan orang ramai. Senang la sikit hendak mengulang
kaji, nanti tak ada gangguan. Cuba
bayangkan kalau semeja dengan orang yang
kuat kaki gosip, tak pasal-pasal tak
dapat fokus. Apa yang dibaca pun langsung tak masuk dekat otak. Mulut tu tak
reti nak berhenti bercakap. Dosa tu confirm
lah dapatkan.
“Ryka, aku nak pergi
sana dulu! Aku nak pergi ambik buku ekonomi aku dulu.” pinta Lily.
Edryka hanya mengeluh
perlahan. Disebabkan kau lambat tadi, malas aku nak layan kau. Jalanannya
disambung kembali.
“Eleh! Nak touching dengan aku lah tu! Tak pa. Sekejap
je tu! Kau tunggulah kejap lagi kena dengan kuasa aku. Cair habis! Tak ada lagi
keras kau tu!“bebelnya perlahan menjeling ke arah kawannya itu.
Lalu Lily menuju ke rak
buku untuk mencari buku subjeknya iaitu ekonomi. Itulah subjek kegemarannya. Selesai
sahaja mengambil, Lily menuju ke tempat duduknya kembali.
“ Ryka,kau marah dekat aku
lagi ke? Dah-dahlah marah kau tu. Aku bukannya sengaja pun. Aku betul betul
minta maaf. Kau pun tahu kan rumah aku jauh macam duduk kat hulu sana. Aku pun
bukannya sengaja nak datang lambat. Kat sini bandar bukannya pekan. Kalau
universiti kita ni kat pekan, sebelum pukul lapan aku dah terpacak kat sini.
Tak sesak!” mendayu pulak suara si Lily ni. Sesi memujuk ya.
Edryka yang hanya
terdiam sekejap bersuara kembali. Kelembutan hatinya mula menerpa jiwanya. Kalau
bab-bab pujuk-memujuk ni, suara mendayu-dayu
memanglah kelemahannya. Keras
terus cair. Lemah betul hati kau ni,
Edryka.
“Kau ni macamlah tak kenal aku.
Bukan sehari dua kau kenal aku kan. Aku tak marah lah. Lagi pun kau ada
sebab yang logik kan. Kalau kau bagi
sebab yang tak logik, memang nak kena shoot
dengan aku. By the way, sorrylah
aku marah kau tadi. Lama tau tak aku tunggu kau. Macam manalah aku tak angin.
Kalau lima atau sepuluh minit okaylah lagi! Ini hampir setengah jam!” keluhnya
perlahan.
Lily tersengih. Macam
kerang busuk ada juga.
“Ala bukannya salah aku
pun. Salah pak cik teksi yang bawak teksi cabuk tu! Perlahan jek dia bawak. Macam
kura-kura! Nak buat macam mana lagi kan! Dah lah jalan sesak masa tu. Nak tak
nak terima je lah.”
“Urm... Ye lah tu.”
Edryka buat muka dua posennya.
Lily tersenyum. Pantang buat ayat
sedih, terus cair.
“Kau tak marah aku lah ni?”soal
Lily.
“Uurrmm.....” macam nak tak nak
jawab je. Tersenyum sikit.
“Sayang kau! Ni yang Edryka aku
kenal. Tak baik tau nak marah-marah kawan sendiri. Mulai esok, aku janji aku
takkan lambat lagi! Okay?” Tabur janji pulak si Lily ni.
“Nak membodek lah tu. Itu jelah yang
kau tahukan. Tak ada modal lain kan. Tak pa! Aku nak pastikan janji kau tu
betul! Sahih! Aku tak nak janji palsu
yang pernah kau buat dulu! Ingat sikit kalau orang yang bermanis tabur janji ni
dan tak buat, kau fikirlah sendiri akibatnya. Kau tanggunglah sorang!” jawab
Luna Farisya.
Tersengih sampai gigi tu tersusun
rapi lagi. Boleh buat iklan gigi ni.
“Ya! Ya! Aku tahulah. Nanti janji
aku yang lepas tu, aku tebuslah balik.”
Edryka menggeleng perlahan.
“Boleh pulak macam tu ya! Ingat
janji tu macam nak tebus barang ke apa! Suka hati kaulah Lily. Itu hidup kau
kan. Bukannya hidup aku.”
Lily sudah melihat sekitarnya.
Kelihatan seorang lelaki
memasuki ke dalam perpustakaan. Apabila sahaja lelaki itu masuk, semua
perempuan melihat ke arahnya. Ketampanan lelaki itu mampu menggoda naluri
wanita. Lelaki seakan K-pop sudah meracuni fikiran kaum hawa yang berada
disitu. Comelnya dia. Aduh!
Lelaki tersebut mengenakan
t-shirt berwarna hitam campuran putih. Bajunya seakan k-pop dan seluar jean
berwarna biru campuran warna putih. Perh! Mahu pengsan habis nanti. Teramat
kacak dan comel.
Lily juga tidak ketinggalan melihat lelaki itu.
Buntang matanya.
‘Mak oi! Dia ni orang ke
apa! Apasal comel sangat ni! Tak pernah aku nampak lelaki secomel dia ni. Aku
nak dikategorikan dia ni sebagai apa ek? Comel ke handsome? Lain maksud tu! Jap!
Dia ni orang Malaysia ke apa? Takkan orang luar negara pulak kot!’ desis
hati Lily.
Mata tu bukannya nak
tengok buku, tapi merayap je tengok ke tempat lain. Lily terpana apabila
melihat lelaki tersebut.
‘Aku rasa dia ni bukan
orang sini kot! Tengok mata dia tu sepet. Nak kata cina takkanlah. Cina pun aku
boleh beza. Kulit muka dia pulak licin sey. Putih dah satu hal. Tak ada pulak
bekas-bekas jerawat. Satu lagi, rambut dia tu. Macam artis k-pop gitu. Comelnya!!!’
desis hatinya lagi. Senyuman terukir di bibirnya.
Pantang nampak lelaki
kacak.
“ Ly,aku nak tanya sikit. Soalan
ini macam mana ek? Aku kurang faham lah. Macam berbelit jek soalan ni.” Tanya Edryka
sambil menghulurkan bukunya.
Edryka
yang perasan akan pandangan Lily ke tempat lain pantas menggeleng perlahan. Keluhnya.
‘Aku ingat dia ni baca
buku dia! Hampeh betul dia ni! Nak je aku hempuk buku ni kat kepala kau tu!
Mata tu tak boleh nak duduk diam agaknya. Tahulah library ni dah cantik sikit. Tak payahlah nak over sangat! Macam orang jakun pun ada jugak! Aish dia ni!!’ geram
hati Edryka.
“
Oit Ly! Ly!” Panggil Edryka.
Pekak ke apa dia ni.
Sampai orang panggil pun tak dengar.
Edryka tersenyum nakal.
Tak pa. Kau buat pekak ya. Kau tunggu. Edryka sudah bangun dari dudukannya lalu
menuju ke sisi kawannya itu. Telinga kawannya itu menjadi sasarannya.
“Ly!!!!!!!!!!!!!!!!”
jerit Edryka. Hah ambik kau!
Terkejut habis si Lily.
Berderau darahnya. Dia sudah melihat kawannya itu.. Kacaulah pulak dia ni.
Hilang fokus aku kat mamat comel tu. Ish!!!
“Wei! Apa ni? Kalau ya
pun nak panggil aku, panggil elok-eloklah! Bingit sey telinga aku. Kalau aku
dah pekak nanti macam mana? Kau nak bagi telinga kau tu kat aku? Ish dia ni!!”
Telinga di pegang. Kuatnya.
“Oh! Panggil elok-elok eh! Aku dah
panggil baik-baik, kau boleh pulakkan tebalkan telinga kau tu macam telinga
gajah. Aku panggil kau sampai air liur
aku ni dah nak kering tahu tak. Kau boleh buat selamba je. Tengok apa pun aku tak tahu. Cuba fokus sikit dengan apa yang kau baca tadi
tu. Ini tak. Mata tu nak merayap jek tengok tempat lain. Nanti tak lulus exam
baru kau tahu. Jangan nak menangis depan aku.” Edryka tidak puas hatinya.
Tersengih pulak si Lily
ni. Dah tahulah tu salah dia. Macam kerang busuk je.
“Sorry la Ryka. Kita pause
dulu pasal study kita ni. Sekarang ni
aku nak kongsi sesuatu dengan kau. Kau tahu tak, fikiran aku ni dah terkena
racun dan panahan asmara. Berbisa wey! Alamak! comelnya mamat tu! Kan best
kalau dia jadi pak wa aku.” Jawab Lily dan pandangannya kembali ke arah lelaki
tersebut. Berkerut dahi Edryka apabila Lily
berkata sedemikian.
Edryka pelik. Dah kenapa
pulak si Lily ni!
“
Oit…Apa yang kau mengarut ni! Dah mulalah tu perangai sengal dia tu! Cuba cakap
dengan aku, panah asmara apa pulak ni. Kalau ya pun nak berangan ke kota
kayangan dan jumpa dengan putera raja, kau balik rumah berangan atas katil. Nak
berangan tu tak bertempat langsung! ” Balas Edryka.
Lalu, Lily mengalihkan pandangannya
ke arah Edryka.
“Aku
bukan berangan tapi realiti. Aku ada ternampak seorang mamat ni. Handsome sey! Cair hati aku tengok dia!
Elok aku demam terus baik demam aku ni. Wah….. Kalau kau tengok dia, mesti kau
suka.”
Edryka bertambah pelik. Dah
bertambah kronik ni kawan dia ni.
‘Sekejap! Ada ke lelaki kat dalam
perpustakaan ni? Setahu aku bila aku masuk tadi, seorang lelaki pun tak nampak.
Eish! Kawan aku ni dah mereng agaknya! Seram pulak aku dengan dia ni. Perempuan
pun boleh cakap lelaki.’ berderau pulak darahnya.
“ Cuba kau tengok mamat dekat
kaunter tu. Yang tengah pinjam buku tu. Handsome.
Muka dia ada ala ala k-pop sikit. Pipi dia tembam je. Comel! Muka dia tu seakan penyanyi Korea, tapi aku
tak ingat pulak namanya. Apa pun dia tu memang comel.” sambung Lily dengan
suara panahan cintanya.
Edryka pun melihat ke kaunter.
Edryka terpaku apabila melihatnya. Memang diakui, kata rakannya itu betul. Seorang lelaki yang berdouble triple handsome. Comel pulak tu.
Ketampanannya terserlah dengan gayanya.
Lily yang perasan akan pandangan Edryka
terhadap mamat k-pop tu, pantas dipintas
oleh tangannya.
“ Eh.. Chop!!!! Ryka, mamat tu aku
punya. Kau jangan nak sambar aku punya! Kalau kau nak, kau pergi cari sendiri!”suruh
Lily.
Pandangan Edryka terhenti
apabila rakannya memintas pandangannya.
“
Alah! Tak ada maknanya. Tak hingin aku! Macamlah mamat tu dengan rasminya milik
kau! Kalau dah milik kau tu, lainlah.
Ini angan je lebih. Mimpi siang hari je lah! Lagi pun dia tu bukan lah kacak sangat pun. Aku boleh cari lebih baik dari
mamat tu.”balas Edyka. Hatinya tidak berhenti memuji ketampanan lelaki itu.
Mulut cakap lain, hati
cakap lain.
“Ada aku kisah! Yang
penting dia aku punya!”ujarnya perlahan. Pandangannya dihala kembali ke lelaki
tersebut.
Lelaki yang menjadi perhatian ramai
wanita di situ selesai meminjam bukunya. Lalu, dicarinya tempat duduk untuk
didudukinya. Apa lagi. Gediklah semua perempuan kat situ. Menyampah pulak tengok
gayanya! Tersipu-sipu jek. Tersengih macam kerang busuk. Siap tarik kerusi lagi
suruh mamat tu duduk. Memang tak tahu malu betullah minah ni semua. Jangan
haraplah mamat tu nak duduk dengan korang semua. Hehe.
Lelaki tersebut hanya tersenyum je.
Tak ada pulak tanda-tanda dia nak duduk dekat kerusi tu semua. Perpustakaan ni
kan besar. Banyak lagi tempat duduk yang ada.
Anak matanya sudah melihat ke bahagian
belakang perpustakaan. Lalu dia berlalu dari situ dengan senyuman yang tidak
lekang dari bibirnya.
Habis buku dihentaknya. Mulalah tu
buat muka tempe basinya. Dah orang tak nak, takkan nak dipaksa pulak. Wahai
perempuan semua yang perasan cantik. Terimalah hakikat bahawa lelaki tu tak nak
duduk dekat dengan korang semua.