“Other women will not
be able to feel love and love me except you. You're entitled to love and love
me.”
Masih terngiang-ngiang
kata-kata Faizul terhadapnya sebentar
tadi. Zahrah hanya berpeluk tubuh di bersebelahan pangkin. Angin malam
memang jelas terasa. Dia masih tak percaya apa yang berlaku tadi.
Satu keluhan perlahan
dilepaskan. Bingung pula. Aku yang layak mendapat cinta dia? soal suara
hatinya.
Zahrah sendiri tidak
tahu hendak mempercayai sepenuhnya atau tidak terhadap kata-kata Faizul tadi.
Bukan ke selama ini lelaki itu ramai yang meminati dia? Berderet-deret
perempuan yang mahukan dia tapi kenapa dia yang menjadi sasarannya? Menjadi
pilihannya? Dia yang layak mendapat cinta lelaki itu? Macam tak percaya.
Tertunduk pula.
Tak mungkin!
Tapi….
Zahrah mendongak semula.
Tak tahu hendak mengulas apa lagi. Dia mula duduk di pangkin. Satu keluhan lagi
dilepaskan.
“Awak kena kahwin dengan
saya.” Suara Faizul mula kedengaran. Nada suaranya kelihatan serius. Tajam
pandangan anak mata memandang wajah Zahrah.
“What?”
“Marry me.”
“Are you crazy?”
“No.”
“You crazy.”
Zahrah melepaskan
keluhan geram. Lelaki yang berada di hadapannya itu memang tidak betul.
Ingatkan setelah berjumpa dengan lelaki itu, dia dapat apa yang diimpikannya.
Suatu perjumpaan yang indah. Ajak pergi makan ke, tengok wayang ke. Ini tidak.
Lain pula jadinya. Minta kahwin.
Berkahwin dengan dia?
Memanglah Zahrah naik
angin. Tak logik! Ingat sekarang ni ada
cameraman ke apa. Ini bukan pengambaran
drama. Tahu! Mesti ada wayar terputus dalam otak lelaki itu. Itu yang minta hal
yang bukan-bukan aje.
“Saya serius.” Ujar
Faizul.
“Saya pun serius.
“Kenapa? Awak tak boleh
terima saya? Tell me why.” soal
Faizul tenang.
“Awak dengar sini apa
yang saya nak cakap.”
“I’m listening to.” Balas Faizul.
Zahrah menapak beberapa
langkah ke hadapan. Dia berdiri tegak di hadapan Faizul. Muka lelaki itu
ditenung dalam-dalam. Mata dikecilkan.
“Awak tahukan saya ada dekat
sini kenapa?”
“Ya. Saya memang tahu.
Saya yang suruh awak datang sini.”
“Jadi, inilah…..”
“Kali pertama saya jumpa
awak. Betul?” celah Faizul.
Zahrah terdiam sejenak.
Geram pula dia melihat muka lelaki itu. Dia belum habis bercakap lagi, lelaki
itu sudah buka mulut. Kalau ya pun hendak bercakap, tunggulah dirinya habis
bercakap dulu. Sebal betul! Dia paling pantang kalau ada orang memintas apa yang dia hendak
cakap.
“Memang saya akui,
selama ni saya kerap chat dengan awak dekat facebook. Twitter. Saya senang hati
dapat chat dengan awak. Saya terima pelawaan awak untuk berjumpa dengan saya ni
pun bukan kerana terpaksa. Saya pun
teringinlah juga nak berjumpa dengan awak. So,
I follow my conscience. Saya merelakan diri dan ikhlas untuk berjumpa
dengan awak.”
Faizul diam. Dia ingin
mendengar apa yang diperkatakan oleh Zahrah. Berpeluk tubuh pula. Nasib baiklah
cuaca ketika itu tidak panas. Redup saja. Mentari berselindung di sebalik awan
yang berarak.
“We are just friends.” Sambung Zahrah lagi.
“Memang kita kawan tapi
saya nak berkahwin dengan awak.”
“But why me?”
“Saya yakin awak adalah
jodoh saya.”
“Ridiculous!”
Faizul bergerak ke sisi
Zahrah. Dia mengukir senyum nipis dan tekad dengan niatnya. Dia akan pastikan
niatnya itu tercapai.
“Saya tahu awak bukan
seorang yang senang terima seorang lelaki dalam hidup awak. Dan saya dapat
merasakan awak suka dekat saya. Betul?”
Zahrah terus menoleh ke
muka Faizul. Suka? Lagilah mengarut. Serta merta muka Zahrah kelihatan sedikit
pucat. Kenapa hendak pucat pula ni?
Zahrah suka Faizul?
“Saya pun suka dekat
awak. Sebab tu saya mengambil keputusan hendak berjumpa dengan awak. Saya tak
nak kita berkawan tanpa bersua muka. Bosan juga kan kalau kita asyik chat aje. Bagi
saya, awak berbeza dengan perempuan lain. Saya ingin berkawan dalam erti kata
yang sebenar. Keluar bersama-sama, pergi makan, tengok wayang.”
Diam. Lelaki tu suka
kepada dia? Zahrah macam tidak percaya. Tak mungkin! Lelaki itu belum kenal
lagi hati budinya takkan dah jatuh hati pula. Ini tetap mengarut. Dia tak boleh
terima.
“Kita berkenalan pun dah
hampir tiga tahun dekat facebook. Awak tak pernah menolak kehadiran saya. Kalau
awak tak suka saya, mesti awak dah block
saya. Betulkan?” soal Faizul pula.
Diam.
“Awak pun serba sedikit
dah tahu perangai saya macam mana kan. Nampaknya awak pun dah boleh terima
perangai saya. Awak tak pernah tak balas chat saya. Mesti balas. Malah setiap
hari saya mengharapkan awak chat dengan
saya. Detik tu saya merasakan saya mula rasa suka dekat awak. Please do not consider this as a dream.”
Wajah Faizul mula
didekatkan ke muka Zahrah. Dia mula senyum menyenget. Terpana Zahrah
melihatnya. Jantungnya mula beroperasi laju. Lelaki itu sudah kenapa pula.
Kenapa hendak mendekatkan mukanya pula? Tak malu ke apa
kalau orang lain tengok.
“Without you my life is not perfect.” Sambung Faizul lagi.
Zahrah tertunduk
sedikit. Dia mula bermain dengan emosi. Lidah kelu tapi kata hati pantas aje
bersuara. Bermacam-macam dia menyoal akal. Lelaki itu…
Cerewet.
Berlagak.
Cakap besar.
Kuat sentap.
Tapi satu hal yang
Zahrah suka terhadap lelaki itu adalah….
Pandai memujuk.
Dia mengetahui semua itu sepanjang dia berkenalan lelaki itu
di facebook. Ya! Zahrah suka sifat lelaki itu yang pandai memujuk. Terasa macam
dirinya dihargai saja. Bila sekali lelaki itu dah memujuk dirinya, terus hilang
amarah yang bertapa di hati. Walaupun mata hanya melihat setiap patah kata yang
terpapar di skrin, dia yang membacanya seperti tidak percaya apa yang dibaca.
Kata-kata lelaki itu seperti memujuk kekasih hati yang sedang merajuk. Memang
terbaik! Cair habis.
“Saya tak pernah nak
tipu awak. Saya berlaku jujur dengan awak. Ya! Saya memang cerewet, berlagak,
dan suka cakap besar. Buat apa saya hendak sembunyikan sikap saya memandangkan itu adalah sikap saya yang
sebenar kan? Macam awak nampak saya tadi, kereta tu memang milik saya. Honda
accord tu baru aje saya beli.”
“Saya tak tanya pun
pasal kereta tu.”
“Saya tahu awak
tertanya-tanya. Jadi saya akan menjelaskan apa yang patut untuk awak tahu. I know what you think.”
“Manalah tahu awak
pinjam kereta kawan awak kan? Saya mana tahu.”
“Saya akan buktikan.”
Zahrah terus melihat
wajah Faizul. Buktikan? Lelaki itu hendak buat apa? Janganlah buat hal yang
bukan-bukan. Sekejap! Takkan hendak menjerit pula. Macam dia tengok dalam drama
TV, lelaki akan menjerit untuk membuktikan yang dirinya adalah benar. Si
perempuannya pula terkejut. Takkan Zahrah hendak mengalami semua tu? Tak! Kata
hati mula memangkah.
“I say again, I’ll prove it.” Ujar Faizul lagi.
Tiba sahaja di hadapan
sebuah rumah banglo besar, Zahrah sedikit terkejut. Tercengang pun ya juga. Dia
macam faham apa tindakan lelaki yang bernama Faizul. Zahrah memandang Faizul di
sisi. Pandangan yang mengambarkan meminta penjelasan.
“Inilah jawapan saya. My evidence to you.” Ujar Faizul.
Zahrah seperti tidak
percaya. Memang betullah rumah besar itu milik Faizul. Jika melihat kebesaran
rumah itu, memang dah macam rumah Menteri aje.
Faizul menekan remote kawalan. Pintu pagar besar yang berwarna seakan
emas terbuka luas. Zahrah memandang ke hadapan. Kereta melucur masuk ke dalam.
Dia lagilah bertambah terkejut. Banyak
betul kereta yang berada di ruang parkir. Setelah dikira, ada empat buah
kereta. Jika termasuk kereta yang sedang dinaikinya itu adalah lima. Tertelan
air liur Zahrah.
Pintu kereta dibuka.
Faizul terus keluar dan menuju ke tempat Zahrah. Pintu dibuka. Zahrah terkedu.
Lelaki itu buka pintu untuknya? Jatuh hati pula Zahrah dengan tingkah lelaki
itu. Romantik sangat. Faizul tersenyum. Entah kenapa Zahrah melihat senyuman
lelaki itu seperti ada yang tak kena. Jantungnya memang bermasalah. Suatu
penyakit yang pelik.
Penyakit cinta?
“Terima kasih.” Zahrah
keluar dari perut kereta.
Faizul masih tersenyum.
Zahrah mula memandang persekitaran rumah. Terpegun sekejap. Memang cantik. Ada
rumput karpet. Kolam ikan.
“Jom masuk?”
“Masuk?”
“Yalah. Takkan hendak
duduk dekat luar ni kut. Panas.”
“Nak jumpa siapa?”
“Awak akan tahu nanti.”
Zahrah hanya mengangguk.
Iyakan sajalah. Dia akan mengikut segala
permainan lelaki itu. Jika dia sudah menjejakkan kaki ke dalam rumah lelaki itu
nanti, jadilah seorang tetamu yang baik. Jangan menjadi seperti tetamu yang
menjengkalkan hati.
Baru saja Zahrah hendak
menapak ke hadapan, pandangannya terhala ke hadapan. Kedengaran derapan kaki
seseorang.
“Mama…”
Puan Hafizah tersenyum
lebar memandang anak lelakinya itu. Dia menapak ke tempat keberadaan Faizul. Akhirnya
detik yang ditunggu telah tiba. Ini ke perempuannya? Dia macam tidak percaya
melihat penampilan insan tersebut. Kelihatan sopan aje. Tak ada macam orang berlagak pun. Inilah yang dia
suka. Pandai Faizul mencari yang menepati citarasanya. Zahrah mula tertunduk.
Malu!
“This is the answer?” soal Puan Hafizah terhadap Faizul.
Zahrah yang mendengarnya
sedikit pelik. Jawapan? Jawapan apa pula ni. Dia tidak faham. Zahrah mendongak
kembali lalu tersenyum nipis memandang wanita yang dikira berusia itu.
Memanglah tidak nampak ditelan umur yang banyak. Wanita yang dihadapannya itu memanglah
seorang yang cantik dan pandai bergaya. Terpegun pula Zahrah melihatnya.
“As you wished, mum.” Jawab Faizul dengan senang hati.
Puan Hafizah terus
memandang wajah Zahrah. Zahrah mengangguk kecil dan masih tersenyum. Dia hendak
cakap apa? Otak buntu. Memang mulut tak boleh hendak membuang patah kata.
“Can we start?” soal Puan Hafizah.
Tak faham. Dahi Zahrah
berkerut.
Start?
Belum sempat Zahrah
hendak buka mulut, Faizul memintas dengan katanya. Lagi sekali. Faizul memintas
apa yang hendak dicakapkannya. Geram! Zahrah menjeling tajam ke arah Faizul. Zahrah masih bingung dengan apa
yang dah terjadi.
“Mama. Kita bincang
dekat dalam. Boleh?”
Puan Hafizah tersenyum.
“Jemput masuk. Anggap
aje rumah ni seperti rumah kamu sendiri. You’re
my daughter. Rumah ni rumah kamu juga nanti.”
Langkah Puan Hafizah terus
di atur masuk ke dalam rumah. Tinggal Faizul dan Zahrah. Anak? Apa semua ni?
Zahrah semakin tidak faham. Elok sahaja Faizul memandang Zahrah, dia dapat
mengagak apa yang Zahrah hendak bertanya kepadanya.
“Jom masuk.”
“Sekejap!”
“Apa semua ni? Saya tak
faham.”
Diam.
“Tolong jelaskan kepada
saya sekarang!”
“You will get the answer later.”
“Saya nak sekarang!”
Faizul terus menapak masuk
ke dalam rumah. Zahrah terpinga-pinga. Lelaki itu tidak mahu jawab. Mendengus
lagi. Bertambah geram. Jawapan? Sakit
pula hatinya melihat lelaki itu. Permainan apa yang dia sedang hadapi ketika
itu? Dia mulai bingung. Macam nak kena migrain aje.
Setelah punggung Zahrah
melabuh di sofa…
“Cantik betul bakal
menantu mama ni.” Suara Puan Hafizah kedengaran.
Zahrah terpempam. Bakal
menantu? Faizul yang mendengarnya pun sedikit terkejut. Mamanya pun satu. Tak
menyempat betul hendak bercakap mengenai itu. Pasti Zahrah terkejut besar. Tidak
lama selepas itu, anak mata Faizul bertembung dengan anak mata Zahrah. Terus
pucat wajah Faizul.
“Termenung jauh nampak?”
suara seseorang mula menembus ke gegendang
telinga Zahrah.
Zahrah terkejut. Dia
terus menoleh ke kanan. Ingatkan siapalah tadi. Dia buat muka kelat dan
memandang ke hadapan kembali. Dasar suami angin malam. Memanglah tiba-tiba
hendak menjadi seorang suami yang penyayang. Biasanya panggilan antara mereka,
saya dan awak saja. Kini nak bersayang dan berabang pula. Terasa janggallah
pula.
“Boleh saya duduk?” soal
Faizul tersenyum.
“Kalau saya larang pun,
awak tetap nak duduk juga kan?”
Faizul terus mencubit
pipi Zahrah. Geram! Tengah marah pun nampak comel aje. Zahrah buat-buat tidak
tahu saja. Anggap saja tiada apa-apa yang berlaku. Punggung Faizul mula
melabuhkan di pangkin.
“Awak marah saya ke?”
“Mana ada.”
“Kalau tak marah, kenapa
muka tu masam aje. Marah sayalah tu.”
“Suka hati awaklah nak
cakap apa pun. Malas nak layan.”
“Orang yang malas
berusaha, memanglah orang tu rugi. But
you do not. You’re a hardworking person. Your effort should be commended.”
“Perli saya lah tu?”
“Ish! Taklah. Saya cakap
yang betul. Bertuah saya dapat isteri macam awak ni.”
“Yalah tu.”
“Yalah. Jujur saya
cakap, usaha awak patut dipuji.”
“Kalau seorang isteri tu
tak pandai buat ketupat, kira bertuah jugalah ya?” perli Zahrah pula. Sengaja
dia berkata begitu. Kalau sehari dia tak mengenakan si Faizul, memang tidak
sah. Ada saja yang hendak dicakapkan. Ketika itu pasal ketupat. Esok? Entahlah.
Pasal lemang kut. Pelita ke, apa ke.
“Tapi sekarang awak dah
pandaikan?” soal Faizul pula.
Diam. Zahrah hanya
memendam perasaan dalam hati. Geram? Sakit hati? Pelbagai perasaan mula menapak
dalam diri. Asyik nak menang aje si Faizul. Bertambah geram si Zahrah
dibuatnya. Asyik nak geram aje. Dia sendiri pun pelik. Orang kata kalau geram
ni tandanya suka? Betul ke?
Gulp!
Zahrah terkedu. Tak
mungkin! Geram bukan tandanya suka tapi sakit hati.
Faizul masih tersenyum.
Angin malam ketika itu memanglah sejuk. Banyak saja angin. Kalau rumah di
tengah-tengah sawah padi, memanglah ada untungnya. Pada waktu malam, angin
memang banyak. Salah satu sebab kenapa Faizul menyukai kampung isterinya
adalah…
Angin.
Memang terbaik. Kalau
dekat bandar, memanglah susahlah hendak mendapat angin yang sebegitu. Asyik
hidu asap kenderaan aje. Mendatangkan penyakit. Satu hal dia berasa gembira
ketika itu adalah isterinya dah pandai buat ketupat. Tahun depan bolehlah buat
lagi untuknya. Jangan lupa sudah macam mana hendak membuatnya.
“Pagi raya nanti saya
nak rasa ketupat tu. Boleh?”
Diam. Zahrah leka
memandang bendang sawah yang tetbentang luas. Nampak lentokan padi yang ditiup
angin.
“Boleh tak?” soal Faizul
lagi.
“Okay.” Jawab Zahrah
acuh tidak acuh saja.
Faizul berdiri.
Tangannya berada dalam poket seluar. Zahrah pantas melihat lelaki itu yang
sedang berdiri di hadapannya.
“Kenapa pulak ni?” soal
Zahrah.
“What do you think?”
“Manalah saya tahu.”
Faizul mula tersenyum
nakal dan mengenyitkan mata kirinya. Membulat besar mata Zahrah. Dia terus
menginjak ke belakang. Senyum tu lain macam. Kenyit mata tu pun sama. Lelaki
itu mahu apa? Faizul mula mengatur langkah.
“Awak nak buat apa ni?
Awak jangan macam-macam.”
“Saya peduli apa. Suka
hati sayalah nak buat apa pun.”
“Saya menjerit kang!”
“Jeritlah. Saya nak
dengar.”
“Awak jangan nak cabar
saya.”
“It’s up to you. We are husband and wife.” Faizul masih tersenyum
nakal. Dia hendak berbuat apa ajelah tu dengan si Zahrah. Sampai pucat wajah si
Zahrah dibuatnya. Wajah Faizul mula dekat dengan wajah Zahrah.
“Awak tu milik saya.”
Ujar Faizul.
“So?”
“Awak ikhlas?”
“Ikhlas?”
Faizul mengangguk
perlahan. “Awak ikhlas tak terima saya sebagai suami awak? Atau pun terpaksa?
Dah lama saya nak tahu.”
Zahrah diam. Baru tadi
dia teringat hal yang lepas. Semuanya pasal lamaran si lelaki yang bernama
Faizul Arman. Semua terjadi secara tiba-tiba. Kini lelaki itu mengutarakan hal keikhlasan pula. Kenapa mesti
bercakap hal tu? Dia tak suka. Selama ini dia ikhlas ke menerima seorang lelaki
yang bernama Faizul Arman dalam hidupnya? Sebagai seorang suami?
“Saya perlukan jawapan
daripada awak.”
“Tapi kenapa baru
sekarang awak tanya? Kenapa bukan dulu?” soal Zahrah sedikit berani.
Faizul pula terdiam. Dia
masih statik dengan kedudukannya.
“Dah dua bulan saya
berkahwin dengan awak. Awak anggap saya ni seperti tak wujud aje. Awak pergi
kerja, balik kerja, makan, lepas tu tidur. Ada awak nak tengok saya? Ada awak
nak tanya khabar saya? Sakit ke, apa ke. Itu ikhlas ke namanya? Saya rasa awak
yang tak ikhlas dan bukannya saya. Apa saja saya buat untuk awak, saya ikhlas.”
Luah Zahrah.
“Saya….”
“Awak ingat dua bulan tu
sekejap ke? Huh!”
“Saya….”
“Cukup! Saya tak nak
dengar.” Zahrah menepis halangan tangan Faizul namun tidak berjaya. Lelaki itu
masih dengan tetap dengan tingkahnya. Zahrah memandang Faizul dengan sedikit
geram.
“Tolong jangan halang
saya.”
“Awak tak boleh pergi.”
“Kenapa pulak? Tolong
beritahu saya sekarang. Saya kena tengok muka awak 24 jam ke? Nak layan awak
setiap masa? Oh lupa pulak. Awak kan raja. Semua arahan nak kena patuh. Okay.”
Faizul terdiam. Pedas
sungguh perli isterinya.
“Awak perlu cari makna
ikhlas tu apa. Fahamkan betul-betul. Kalau saya tak ikhlas, saya takkan
berkahwin dengan awak. Siapa saya hendak menolak takdirkan? Jadi, tolong ke
tepi. Saya nak masuk.”
“Saya buat semua tu
bersebab.”
“Bersebab? Hah! Ini kelakar.”
Kedengaran hembusan
nafas yang dilepaskan oleh Faizul. Zahrah masih memerhati wajah Faizul. Sayu
pula wajah si Faizul. Hendak menagih simpatilah tu. Zahrah tidak faham. Apa
sebenarnya lelaki itu mahukan? Sampai sahaja di kampungnya, lelaki itu terus
berubah. Menjadi seorang suami idaman setiap perempuan. Seorang yang penyayang,
mengambil berat dan sentiasa membuat si isteri gembira dan bahagia. Janganlah
dia buat semua itu hanya lakonan. Demi ibu dan ayah.
“Saya cuma nak menguji
awak aje.”
“Menguji saya? Ini
memang kelakar.”
“Saya serius.”
“Kenapa awak nak menguji
saya? Takut saya ni kikis duit awak? Ambil harta awak? Macam tu? Kalau awak
fikir macam tu, kenapa ambil perempuan macam saya ni sebagai isteri awak? Tak
takut? Ramai lagi perempuan di luar sana yang boleh jadi isteri awak. Untuk
pengetahuan awak, saya tak pernah terbayang pun hendak ada seorang suami yang
kaya-raya, ada syarikat besar, ada rumah besar dan kemewahan. Nak tahu tak
sebabnya apa? Sebabnya itu betul tentu menjaminkan kebahagiaan. Lagi pun saya
masih muda hendak fikir pasal kahwin.”
Faizul diam lagi. Dia
macam tidak percaya Zahrah begitu. Perempuan itu fikir hendak mengikis duitnya?
Harta benda? Kenapa sampai begitu sekali isterinya berfikir. Dia tak ada maksud macam itu pun. Apa yang dia
mahukan, kejujuran dan keikhlasan menerima dirinya sebagai seorang suami.
“Saya minta awak berkahwin
dengan saya seolah-oleh saya ni macam seorang lelaki yang terdesak nak cari
calon isteri.”
“Tahu pun.” Celah Zahrah
selamba.
Lain
macam pula raut wajah si Faizul. Zahrah sudah kecut perut. Kuat ke suaranya
tadi? Cepat-cepat Zahrah memandang ke hadapan. Wajah Faizul masih kaku tanpa
segaris senyuman.
“Tujuan saya buat semua
tu sebab saya nak tengok awak sudi atau
tak terima saya sebagai suami awak. Saya nak tengok tingkah laku awak terhadap
saya. Awak sendiri tahukan macam mana kita berkahwin dulu. Awak seakan tak rela
nak berkahwin dengan saya. Ya! Apa awak cakap memang betul. Awak memang ikhlas berkahwin
dengan saya. Saya boleh nampak tu semua.” Sambung Faizul lagi sedikit
tertunduk.
Zahrah pantas memandang
ke kirinya. Wajah sugul Faizul menjadi mangsa renungannya. Rasa serba salahlah
pula. Rapuh betul perasaan seorang isteri. Terkenang hal lalu pula.
“Awak mengemas rumah
saya, awak masak untuk saya, awak sediakan pakaian untuk saya, awak hantar saya
ke pintu rumah bila saya pergi kerja, awak menyambut saya bila saya balik kerja.
Itu dah cukup menggambarkan yang awak betul-betul ikhlas terhadap saya. Bagi
saya awak buat semua tu menandakan awak sayang saya.”
Faizul terus memandang
Zahrah. Nampak tenang aje di wajahnya.
“Saya tak pernah kata
yang saya tak suka awak. Saya tak pernah kata yang saya benci dekat awak.” Pipi
gebu Zahrah dielus lembut oleh Faizul. Dia merenung dalam-dalam ke anak mata
Zahrah.
“Selama ni salah satu
tanda saya cintakan awak, saya menghargai awak dalam hidup saya, ialah….”
Berdebar-debar pula Zahrah
hendak mendengar patah kata yang keluar dari mulut Faizul. Renungan lelaki itu yang boleh membuatkan
dirinya pengsan. Renungan yang boleh menusuk ke kalbu.
“Apa dia?”
“Smile belongs to me.”
Zahrah sedikit terkedu.
“Senyum?”
Faizul mengangguk perlahan.
“Dalam sehari saya tak
pernah lupa hendak memberikan sekuntum senyuman saya untuk awak. Tak kisahlah
saya buat apa pun, bila saya terserempak dengan awak, saya pasti akan tersenyum
kepada awak. Itu bukan senyuman plastik tapi ia adalah sekuntum senyuman ikhlas
yang terukir di bibir saya. Senyuman
istimewa untuk isteri saya, Zahrah Imani.” Bibir Zahrah dielus pula Faizul.
Ya! Memang betul kata
Faizul. Baru Zahrah teringat. Selama ini lelaki itu apabila terserampak saja
dengan dia, pasti akan mengukir senyum. Tak pernah tak senyum. Dengan senyuman
tulah serba sedikit membuatkan hatinya tenang. Rasa suka pun ada. Kadang-kadang
dia merasakan kenapa pula suaminya senyum? Tak nak nak bercakap tapi suka
senyum? Sampai dia fikir, si Faizul ni mat senyum ke apa.
“Mulai detik ni, saya
nak cakap dekat awak yang saya…”
Zahrah tertelan liur.
“I will show my real sincerity to you, dear. I want us to live like
everyone else. The happy couple. Can?”
Suara si Faizul sudah
macam orang berbisik saja. Zahrah tergamam. Kini dia dapat merasakan apa yang
diluahkan oleh lelaki itu, memang benar-benar ikhlas. Ya! Faizul memang ikhlas
terhadapnya.
Happy couple?
Zahrah kaku seketika.
5 comments:
Faizul ni ingat isteri ni spt apa. Beria2 kahwin dgn Zahrah tapi layanan tak sepatutnya. Ada pulak menguji isteri sampai mcm tu.
Sesiapa pun akan terasa jika suami meragui si isteri. Mcm mana Zahrah nk berikan kasih sayang kalau si suami buat tk endah aje.
amboi sis! geram nampak... kiki.. kita tunggu kejutan by bab ya...
Wow..br kenal, jumpa jer terus ajak kahwin. Biar betul? Kalau dah mmg tertulis jodoh tu kan..lari ke mana pun xguna.
Nak uji pun agak2 la..rasanya kalau perempuan lain dah bye2 dah...
Kan... heee.. nsib baiklah si zahrah tu okay orngnya....
Wowww mcm tu je dorg kal then terus khwin.. perghhh kleas kau Faizul.. Tapi knpe Faizulbuat mcm tu dekat Zahrah.. Klau sye lah dh lama tgglkan... Huhh mnyampah dpt lelaki mcm ni.. Wat dunno je kat kite.. Hahaha
Post a Comment