Wednesday, August 1, 2012

BAB 3 - Sepet Jodohku?



Edryka dan Lily tiba di Restoran Pizza Hut yang terletak di Puchong. Lantas, mereka menolak pintu restoran itu dan memasukinya. Gubahan dan susun atur yang berada di dalam restoran itu teramatlah cantik dan teratur. Inilah salah satu cara untuk menarik perhatian pelanggan untuk bertandang ke restoran mereka.
                        Edryka dan Lily terus mencari tempat duduk. Untung ada tempat kosong di sebelah bawah. Kalau tak terpaksalah  menaiki ke tingkat atas. Kala itu,ramai orang sedang menjamu pizza mereka daripada pelbagai jenis pizza. Nasib baik,orang yang sedang beratur di kaunter tidak ramai Cuma seorang sahaja.
                        “ Ly,kau nak makan apa?”Tanya Edryka.
                        Lily tersenyum.
                        “Makan pizza la. Dekat sini ada ke ayam goreng, kentang goreng. Kalau ada aku nak jugak. Ayam goreng tu nak hot and spicy. Tak nak yang biasa. Heee......” Balas Lily dengan lawaknya.
                        Kalau sehari tak ada lawak bodohnya memang tak sah.
                        “Hah mula la tu, perangai senteng dia.  Aku tahu la kau  nak makan pizza. Kau nak jenis yang mana? Seafood ke, tom yam ke, Cheese?” Balas Edryka.
                        “ Ala kau ni,  takkan tak tahu lagi kot,  apa yang aku suka? Dah 3 bulan kau kenal aku. Macam biasa.” tersenyum  Lily.
                        Edryka baru teringat pizza kesukaan  kawannya itu. Maklumlah pizza ni,bukan kegemarannya. Tak kuasa aku nak ingat jenis pizza tu semua. Pizza bukan taste aku,tapi KFC baru taste aku. Makan banyak kali pun tak jemu. Wedges satu! Hehe.
                        “ Oh,ye. Lupa pulak aku! Kau suka tom yam dan seafood kan. Sorry sorry. Hari ni manalah tahu kau nak ubah selera kau tu. Yelah sekarang kan dah ada pizza yang baru. Yang ada udang besar tu! Kau tunggu sekejap! Aku pergi order!” Edryka berlalu ke kaunter untuk memesan pizza kawannya itu.
                        Lily hanya menggeleng. Kadang-kadang kawannya itu ada kelakarnya jugak. Bagi dia tak lawak tapi bagi dirinya lawak. Yelah, kalut semacam je. Terhibur hatinya kala itu. Dia sudah melihat persekitaran sekeliling. Bau pizza dari dapur, menusuk ke hidungnya.
                        Wah!!! Ya Ampun! Sedapnya! Bilalah pizza aku ni nak sampai. Dah menggelegak perut aku ni. Itu belum masuk lagi,   bau pizza yang berada di sebelah mejanya itu. Wah! Naluri makannya mula melonjak.
                         “Okay. Pizza kau tu siap kejap lagi. Sabar sikit! Tahan lapar kau tu!”ujar Edryka lalu duduk berhadapan kawannya itu.
                        Lily sudah menoleh kepalanya ke kawannya tu. Macam pusingan 180 darjah je. Nasib baik tak putus urat dekat leher tu.
                        “Yang kau ni dah kenapa? Macam orang tak pernah masuk sini jek. Kalau ya pun, duduklah elok elok sikit. Ini  macam budak tak matang je. Malu sikit! Kau tu dah besar wey! Dah layak kahwin pun! Ingat! Jangan nak jatuhkan standard pelajar U! Ingat tu!” Pesan Edryka.
                        “Amboi! Sedapnya  mulut kau tu mengata aku. Cakap aku budak tak matang! Ada jugak yang nak makan kasut high heel aku ni! Nanti aku masuk dapur  tu, aku ambik cili, aku tenyeh  dekat mulut kau baru tahu. Menggelitik macam pizza kena bakar tu! Biar serik sikit mulut kau tu! ” Jawab Lily dengan tangannya diletakkan di pingangnya.
                        “Ala! Tenang-tenang sudah! Gurau sikit pun tak boleh! Jangan nak marah-marah. Manalah tahu ada pakwa kat sini yang handsome dan comel-comel kan. Kalau dia nampak kau macam ni terus tak jadi dia nak usha kau. Control ayu sikit! Ini barulah namanya Lily kan!” hendak terketawa Edryka.
                        “Banyaklah kau!”
                        Lily sudah dekatkan mukanya ke Edryka. Dah kenapa pulak si Lily ni!
                        Pelik Edryka dibuatnya.
                        “Tapi betul jugak apa yang kau cakap tu! Nanti melepas pulak aku! Aku ni dahlah single bingle. Tak ada sapa nak kat aku. Manalah tahukan aku kat sini jumpa lelaki idaman aku kan. Taklah sunyi hidup aku nanti. Betul tak?” cakap nak berbisik pulak. Macam dalam kubu je.
                        Cetus gelak Edryka.
                        “Apa yang lawaknya ni! Betullah apa yang aku cakap tu! Saham aku naik lagi apa!” sambung Lily lagi.
                        “Tak ada lawak pun. Kat sini pun dah ada lelaki yang kau nak tu! Tu hah! Kau tengok kat dapur tu! Ada mat kacak yang tengah buat pizza tu! Boleh tahan apa! Macho tu! Sekarang ni susah tau nak tengok lelaki masak pizza. Selama ni pun kau pergi kedai makan, kau tengok mat-mat siam yang masak. Itu antarabangsa punya. Kat pizza ni yang tempatan punya. Terbaik!” kenyit mata Edryka ke arah kawannya itu.
                        Lily sudah menepuk tangan kawannya itu.
                        “Ke situ pulak kau fikir!” bidas Lily.
                        Edryka menahan ketawanya.
                        Anak mata Lily sudah pandang ke dapur. Ada seorang lelaki sedang mengeyit mata kepadanya. Tersentak Lily dibuatnya. Gulp!
                        ‘Ini lelaki gatal namanya. Mata tu ada masalah ke! Kenyit-kenyit aku  kasi kunyit baru tau! Dah letak kunyit, lepas tu goreng je mata kau tu! Tak payah nak kenyit dengan aku!’ desis hati Lily.
                        Lily menggeleng perlahan.
                        ‘Masin betullah mulut Edryka ni. Garam bukit ke apa mulut dia tu! Ish!!!’
                        Perlahan dia duduk kembali seperti tadi. Dia sudah curi-curi tengok ke dapur tersebut.
                        Macam terkena kejutan elektrik. Lelaki tu masih melihatnya.
                        ‘Boleh pulak dia layangkan kiss love dia tu. Eeeiii!!! Wek!’ mahu gugur bulu romanya.
                        “Bau pizza ni,sedaplah. Laparnya perut.” ujar Lily. Tukar topik nampak. Hehe.
                        Edryka tersenyum melihat gelagat Lily itu.
                        “Eh sabar la. Sekejap lagi siap la pizza kau tu. Nanti abang pizza kau tu hantarlah. Dia hantar pizza cinta dia tu kat kau. Nanti dia letak udang jantan dan betina kat pizza kat tu. Baru padan! Cinta pizzalah katakan. Lepas tu, kau makanlah puas puas sampai buncit perut kau tu. Dah buncit, mangkuk tandas ada. Buanglah habis-habis.” Balas Edryka dengan ketawanya.
                        “Kau ni tak habis-habis nak kenakan aku!” monyok pulak si muka Lily ni. Merah padam.
            “ Cik Edryka.” Panggil pekerja yang berada di kaunter. Itu menandakan tempahan yang dibuat sudah siap.
            Edryka yang mendengarnya sudah angkat tangan.
                        “Hah tu! Pizza kau dah siap! Merah padam muka kau! Tulah asyik fikir pasal lelaki je. Dah! Kau tunggu sekejap! Aku pergi ambik pizza kau tu!” langkah mula diatur.
                        ‘Siaplah kau, Ryka. Hari ni kau kenakan aku kow-kow punya ya! Tak apa! Ada hari nanti, kow-kow kau kena dari aku! Tapi apa yang aku nak sekarang, pizza aku dah siap..Nyam..Nyam..Sedapnya.’ Bisik hati Lily dengan muka yang tersenyum.
                        Edryka sudah duduk kembali dengan pizzanya di tangan lalu diletakkan di atas meja.
                        “Nah,ambil pizza kau ni! Makanlah sepuas puas mana yang kau nak. Kalau tak cukup biar aku order lagi. Tak ada lagi pasal lelaki. Sekarang masa makan. Jom kita makan.” Ujar Edryka sambil tangannya mengambil pizza di depan matanya itu.
                        Tidak lama selepas itu, Edryka dan Lily hanyut dengan gelak ketawa mereka sambil menjamu pizza yang berada di tangannya. Gembira sungguh mereka ketika itu. Persahabatan memang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan seseorang.



                        Kelihatan seseorang lelaki menolak pintu restoran itu dari luar. Lelaki itu mengenakan tshirt berkolar V berwarna biru cair dan seluar jean yang berwarna biru campuran putih. Cermin mata hitam dipakainya. Bergaya sungguh lelaki tersebut. Lelaki itu menuju ke kaunter.
                        Lily perasan akan kehadiran lelaki itu dan seperti dia mengenalinya tetapi tidak ingat di mana dia berjumpa.
                        ‘Kat mana ek aku jumpa dia ni. Muka dia ni macam familiar lah.’ otak Lily ligat berfikir. Lalu Lily memegang tangan Edryka yang berada di atas meja untuk memberitahunya.
                      “ Ryka,  kau perasan tak mamat yang dekat kaunter tu. Aku rasa macam kenal lah mamat tu. Tapi aku tak ingatlah siapa dia tu. Kau pernah nampak dia tak?”soal Lily.
                        Edryka mengalih pandangannya ke kaunter seperti yang diperkatakn oleh Lily. Edryka   terkejut. Tertelan terus pizza di dalam mulutnya yang belum sempat dikunyah.
                        ‘Apa hal pulak  si mamat mata sepet ni buat dekat sini! Dah dekat library tadi muka dia,  kat sini jugak kau nak muncul. Mual aku tengok muka kau tu! Kalau aku dapat kepala dia tu, aku sepak macam bola. Tak ada tempat lain ke kau nak pergi. Pergilah McDonald ke, KFC ke. Kacau ketenteraman aku betullah!’
                        Kawal muka sehabis mungkin.
                        “Kau ni pun satu! Takkanlah kau tak kenal mamat mata sepet tu!  Baru jumpa kat perpustakaan tadi, dah tak kenal. Tu la, minum air main serbu je, lain kali periksa la dulu air tu ada semut atau tak. Ni main minum jek! Kan dah  jadi pelupa. Ish!!! Muda-muda dah jadi pelupa.” bebel Edryka.
                        “Yang mana ek? Cuba bagi tau kat aku.” balas Lily dengan muka lima posennya.
                        Lily berfikir seketika namun tidak dapat menemui jawapannya. Ish memang pelupa betul!
                        “Otak kau ni ada sarang semut ke apa! Itu pun tak ingat. Ada semut hitam ke apa dalam otak kau tu! Huh!” marah Edryka.
                        “Ish betullah! Aku tak  ingat lah. Cuba bagi tau je. Jangan nak bebel macam kak long boleh tak! Sakit telinga aku ni!”
                        “Pastikan kat telinga kau ni tak ada taik telinga yang menimbun ya! Kau review balik hal yang kat perpustakaan tadi. Masa tu ada berapa orang lelaki? Sorang je kan. Jadi,  mamat sepet yang kau tengah tengok tu, itulah dia. Mamat yang duduk semeja dengan kita tadi. Mamat yang kaki penyebok tu! Jangan cakap kau tak ingat pulak! Lepas ni kau makanlah kismis arab sepuluh kotak. Bagi daya ingatan kau tu kuat sikit.” Jawab Edryka.
                        Lily termenung seketika. Tersentak.
                        “ Hah! Baru aku ingat. Itu kan mamat k-pop aku. Ceh! Lain sey penampilan dia sekarang ni. Berbeza dekat U tadi. Macam mana lah aku tak kenal dia. Bertambah handsome. Wah!!! Dialah bidadara aku.” Ujar Lily dengan memuji mamat k-pop nya itu.
                        Edryka hanya menggeleng kepala melihat rakannya itu.
                        “Kau ni memang kuat pelupa! Habis tu apa yang kau belajar selama ni masuk telinga kanan keluar telinga kiri lah ya! Teruk!”
                        Lily hanya memandang ke arah lelaki itu. Tersenyum lebar jek. Entah dengar ke tidak kata kawannya itu.
                        ‘Akhirnya aku jumpa jugak lelaki idaman aku kat sini! Bukan mat pizza yang mata sakit tu ya. Lepas ni pergi doktor mata terus. Tak payah nak kenyit-kenyit lagi!’ desis hati Lily.
                        Sebaik sahaja  Rain selesai membuat tempahan,  dia hendak mencari tempat duduk. Sedang matanya melilau mencarinya,  terjumpa seorang wanita yang seakan dikenalinya.
                        ‘Itu bukan ke perempuan tadi. Macam dia.’ bisik hati Rain. Kaca mata hitamnya dibuka.
                        Chop! Kenapa Rain tak Nampak Lily? Kesian Lily. Perasaan cinta sudah mula berputik. Dengan cinta apa sahaja boleh berlaku. Rain menuju ke arah Edryka dan Lily. Belum sempat Rain menegur, Lily dengan ramahnya sudah menegurnya dahulu.
                        “Hai,wak.” Tegur Lily tersenyum.
                        Rain hanya tersenyum apabila ditegur oleh Lily.
                        “Hai..” Balas Rain.
                        “Awak buat apa dekat sini? Tak sangka  kita boleh jumpa dekat sini kan. Macam kita ni ada jodoh je.”
                        Tak malu ke cakap macam tu! Ada jodoh konon! Macam tuan badan lelaki itu sudi je nak terima kau, Lily. Lagi satu, orang datang situ nak beli pizza la. Takkan nak beli orang kot. Tak masuk akal betullah  pertanyaan si Lily  ni.
                        “Oh. I datang sini nak tackle awek dekat sini. Itu hah awek dekat kaunter tu. Cun kan! Nak jadikan peneman hidup. Sunyilah hidup i sekarang ni. I nak lah juga jadi macam lelaki lain. Ada buah hati. Boleh bermanja-manja.” Ujar Rain dengan sedikit tawanya sambil menghulurkan tangannya ke kaunter.
                        ‘Eh! Gatalnya mamat mata sepet ni! Lelaki hidung belang betul!’ Bisik hati Edryka.
                        “Oh ye ke? Dah dapat belum?”Soal Lily.
                        Rain hanya tersenyum lalu pandang insan yang lagi satu tu.
                        “Boleh I duduk sini, Edryka?” Soal Rain kepada Edryka.
                        Edryka terkejut dengan kata Rain lalu menjawabnya.
                        “Silalah duduk. Ini kan tempat awam. Semua orang boleh duduk. Tak ada yang terkecuali.” Jawab Edryka bersahaja.
                        Lily hanya terdiam dengan sikap Rain. Hatinya sudah merasakan sesuatu dengan sikap Rain. Rain sudah duduk di situ.
                        “Awak ni memang pendiam ye? Saya tengok awak ni suka berdiam diri je. Awak ni memang pemalu ke atau jenis yang tak suka bergaul  dengan orang?” Soal Rain.
                        ‘Dasar mamat mata sepet! Berani Tanya macam tu dekat aku. Kasi pancung itu leher baru tahu.’ bisik hati Edryka. Dia membiarkan sahaja pertanyaan mamat poyo tu berlalu seperti angin yang membawa arusnya.
                        Secara tiba-tiba, Rain bangun dari tempat duduknya dan menuju ke pintu dan ditolak keluar dengan cepatnya. Lily yang hanya berdiam diri dan bermasam muka itu, terkejut akan tindakan mamat k-pop tersebut. Edryka pun terkejut melihatnya.
                        “Ly, mamat sepet tu dah kenapa? Tiba-tiba je dia keluar? Dia tolak pintu tu kuat betul! Dia buat kita ni macam tak wujud jek! Boleh blah macam tu je!” Soal Edryka kepada Lily.
                        “Entah.” Lily hanya menggerakkan bahunya. Suram wajahnya. Kalau nak dikatakan dirinya terasa dengan sikap Rain, adalah juga. Mesti lelaki tu suka dekat kawannya itu.
                        Walaupun keceriaannya tidak seperti mula mula mereka datang tadi, wajahnya dimaniskan sehabis mungkin. Nanti taklah timbul rasa curiga pada kawannya itu. Tak pasal-pasal nanti nak bersoal jawab pulak.
                        Edryka hanya mengangguk sahaja lalu sambung kembali santapan pizzanya itu. Lily hanya pandang lemah ke arah kawannya itu.
                        ‘Untunglah kau Ryka. Aku yang suka kat mamat tu, dia buat aku ni macam tak istimewa je kat hati dia. Dia langsung tak nak pandang dekat aku ni. Dia suka dekat kau. Bukan kat aku. Aku dapat rasa semua tu. Aku tahu rasa cemburu tu macam mana. Sakit! Teramat sakit! Tapi apa aku boleh buat lagi. Aku terima dengan ikhlas. Mungkin belum sampai lagi seruan angin cinta untuk aku. Ini jodoh kau.’ desis hatinya. Pizza di hadapannya itu hanya mampu dilihat je. Rasa macam dah kenyang pulak.
                        Lima  minit berlalu dengan cepatnya seperti tidak merasa akan pergerakan waktu ketika itu. Pintu restoran dikuak dari luar dengan kuat. Ternyata adalah Rain. Dia sudah tercungap-cungap. Macam orang baru lepas berlari je. Pandangannya sudah terhala pada Edryka.
                        Orang yang berada di dalam restoran turut melihat ke arah Rain termasuk Edryka dan Lily. Buat terkejut je. Lalu mereka kembali ke santapan mereka kecuali Edryka dan Lily. Ingatkan ada apalah tadi. Buka pintu tu macam nak cari pasal dengan orang je.
                        Edryka sudah pandang Lily. Lily hanya menjongketkan bahu lagi. Tak tahu.
                        Langkah perlahan mula diatur. Sampai saja Rain ke tempat Edryka, dia sudah membengkokkan lututnya seperti orang yang hendak melamar kekasihnya saja. Senang cerita nak sehidup sematilah. Kahwin.
                        Edryka terkejut dengan kelakuan Rain. Bulat matanya. Lily turut terkejut melihatnya.
                        “Sudikah awak menerima pemberian saya ini? Saya ikhlas.” Ujar Rain sambil menghulurkan sekuntum bunga mawar berwarna putih.
                        Orang yang berada di dalam restoran terkejut dengan kelakuan Rain. Macam-macam gelagat ada. Pandangan mereka menghala ke Rain. Tindakan berani mati ni!
                        “Bunga mawar  putih ini melambangkan keikhlasan dan kesucian hati  saya  untuk mengenali diri awak. Harap awak tak kisah untuk menjadi kawan saya. Izinkanlah dari hubungan kawan ni menjadi sesuatu yang teristimewa buat saya.
                        Cinta adalah bahasa yang digunakan oleh semua orang. Tetapi hanya dapat difahami oleh hati.”luah Rain dengan beraninya.
                        Amboi! Tak sangka pulak mamat Korea ni pandai bermadah cinta. Di luar jangkaan betul!
                        Orang yang berada di dalam restoran itu, terharu akan tindakan Rain yang berani itu.  Kasi gegar restoran pizza hut itu dengan tingkah Rain. Silap-silap nanti ada yang bersorak pulak. Macam tengok live bola sepak je.
                        Lily berasa  seperti dirinya tidak wujud di situ. Lily harus akui bahawa mamat k-pop kesukaannya itu tidak menyukai dirinya. Siapalah dirinya itu jikalau hendak dibandingkan dengan  Edryka yang kecantikannya lebih menyerlah itu.
                        Orang kata mukanya seakan Erra Fazira. Yang meletop tu! Sentiasa cantik dan menawan.
                        “Apa ni Rain? Ini tempat awam lah. Awak tak tahu malu ke! Stopped! Don’t be crazy!”ujar  Edryka. Matanya sudah memandang sekeliling. Malu! Edryka bingkas bangun.
                        “Biar saya menjadi gila disebabkan awak. Saya rela terima tanggapan negatif orang pada saya. Menyukai awak adalah keinginan saya. Menyayangi awak adalah keikhlasan saya. Tapi membenci awak adalah suatu kepayahan untuk saya. Tolong terima saya dalam hati awak.” sambung Rain lagi dengan tulus.
                        “Kalau ya pun awak nak saya berkawan dengan awak, janganlah nak buat kerja gila macam ni! Buat malu tahu tak! Orang dah tengok kita je! Awak tolong bangun sekarang! Tolong jangan buat saya macam ni!” balas Edryka perlahan.
                       Bunga tersebut masih dihulurkan ke Edryka. Rain hanya mendiamkan diri sehingga pemberiannya diambil oleh Edryka.
                        ‘Biarlah diriku membatu dengan lamanya asalkan dia sudi terima pemberian aku ni.’ bisik hati Rain.
                        Ketika itu,orang yang berada di situ sedang melihat ke arah Rain dan Edryka. Bukan sikit tapi ramai. Orang yang berada di situ, seakan sedang menanti jawapan oleh Edryka sama ada untuk menerima pemberian oleh Rain atau tidak.
                        ‘Mamat sepet ni sengaja buat aku malu! Sengal betullah dia ni! Nak je aku ambik pizza aku ni, lepas tu layang kat muka dia tu. Buat macam roda impian gitu! Nak tunjuk macho sangatlah tu! Ish! Menyusahkan betullah!’ desis hati Edryka.
                        Bagi mengelakkan orang melihat kearahnya dengan terlalu lama, Edryka mengambil sekuntum bunga mawar putih yang sedang dihulurkan oleh Rain kepadanya. Orang yang berada di situ sudah menepuk tangan sambil tersenyum.
                        Edryka tak tahu nak berbuat apa lagi. Rasa malunya seperti dah tak larat nak ditanggung lagi. Lily hanya terdiam saja. Hatinya hancur berkecai. Remuk. Tahan saja air matanya ketika itu.
                        Rain kembali seperti sedia kala.
                        “Harap awak ikhlas menerima pemberian saya ni. Awaklah kebahagiaan saya setiap hari.” Ujar Rain tersenyum.
                        Edryka hanya terdiam. Edryka seakan tidak percaya apa yang dilaluinya pada saat itu. Ini semua mimpi ngeri!
                        “Encik Rain Daniel.” Kedengaran suara pekerja di kaunter yang memanggil Rain. Tempahannya sudah siap.
                        Rain berlalu ke kaunter untuk mengambil tempahannya. Orang yang berada di situ hanya melihatnya dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.
                        Edryka duduk kembali. Wajahnya hanya tertunduk. Dirinya menjadi perhatian ramai. Macam artis pulak gayanya.
                        ‘Apa semua ni! Kau siaplah mamat sepet! Kau dah malukan aku! Kau tak patut buat semua ni kat aku! Kau patut buat ni kat Lily. Dia suka dekat kau. Bukannya aku. Kau tunggu pembalasan dari aku!’ geram hati Edryka.
                        Selesai sahaja Rain mengambil pizzanya, pekerja di kaunter tersebut hanya tersenyum.
                        “Encik  ni memang seorang yang romantik. Beruntung perempuan tu dapat Encik. Terima kasih,datang lagi.” Ujar pekerja tersebut kepada Rain.
                        Rain hanya tersenyum saja.
                        “Welcome.” Rain berlalu dari kaunter dan mengatur langkahnya ke pintu. Namun langkahnya terhenti seketika. Rain memandang Edryka.
                        “Bye,wak. Simpan tau bunga tu! Simpan bunga tu macam awak jaga hati awak sendiri. Bye Lily.”ujar Rain tersenyum lagi dan menolak pintu restoran keluar dan  hilang dari pandangan.
                        Edryka dan Lily hanya terdiam sesama mereka apabila Rain mengucapkan kata selamat tinggal kepada mereka. Lalu, Lily bangun dari tempat duduknya dan menuju ke pintu untuk keluar dari restoran tersebut.
                        Edryka terkejut dengan tindakan kawannya itu. Dengan pantas Edryka mendapatkan Lily dan memanggilnya.
                        “Lily! Tunggu sekejap! Tunggu!”
                        Langkah Lily terhenti sebaik kedengaran suara Edryka memanggilnya.
                        Edryka tahu Lily mesti berasa marah  dan sakit hati kepadanya setelah apa yang terjadi sebentar tadi. Ini semua diluar dugaan. Dirinya tak minta semua ni terjadi.
                        “Ly, kau ambil la bunga ni. Aku tak nak. Bunga ni bukan untuk aku tapi untuk kau. Mamat sepet tu mesti tersilap bagi. Dia sepatutnya bagi kat kau.” Ujar Edryka sambil menghulurkan bunga mawar itu kepada Lily.
                        Lily hanya tertunduk dan mengangkat kepalanya kembali untuk berbicara dengan rakannya itu.
                         “Kau ambil je la  bunga tu. Lagipun Rain bagi dekat kau bukan dekat aku. Kau boleh bayangkan tak, kalau orang tu dah bagi kat kau dan kau buat macam ni, kau nak bagi bunga tu dekat aku, agak-agak apa perasaan Rain sekarang ni. Mesti dia kecewakan! Dia ikhlas bagi bunga tu dekat kau. Jadi tolong hargainya walaupun hati kau tak rela untuk terima semua ni. Dia suka dekat kau.
                        Okaylah Ryka. Aku balik dulu. Nanti mak aku risau pulak. Assalamualaikum.” Balas Lily dan berlalu dari situ.
                        Kebetulan sebuah teksi proton waja melalui di situ lalu ditahan dan dinaikinya. Bayangan teksi tersebut hilang dari pandangan Edryka.
                        Edryka hanya terkedu dengan kata Lily.
                        ‘Aku tak berniat nak buat kau kecewa. Aku tahu apa yang kau rasa sekarang ni. Maafkan aku.’ pinta hatinya.
                        Kenapalah mamat ni buat macam ni? Setelah melalui dengan kegembiraan,kesedihan mula menerpa.

BAB 2 - Sepet Jodohku?


                     Edryka yang sedang menelaah bukunya itu tidak sedar akan kehadiran seseorang  yang sedang menuju ke tempatnya.  Lily sudah perasan akan kehadiran lelaki yang dilihatnya itu. Dia sudah perbetulkan bajunya. Sempat lagi buka bedak compact nya. Touch up apa yang patut.  Diletakkan kembali bedaknya itu ke dalam beg. Hatinya sudah diterpa perasaan bahagia.
                       “Hello…” Ujar mamat k-pop yang digelar oleh Lily.
                        Edryka yang sedang leka membelek bukunya itu,  pantas dikejutkan oleh satu suara yang tak dikenali. Lily sudah mempamerkan senyumannya itu yang tak lekang dari bibirnya.
                        ‘Lily ni dah kenapa! semacam je. Janganlah tersengih sampai macam tu sekali. Nanti tak pasal-pasal orang labelkan kau tu perempuan gedik pulak! Jari tu duduk diam-diam  tak boleh ke! Jangan nak gulung-gulung baju tu! Dah macam orang tak betul je!’ kawannya itu dilihat.
                         “ Hello too..”jawab Lily.
                        Luna Farisya sudah pandang ke hadapan. Bulat anak matanya.
            ‘Hah? Apa mamat ni buat dekat sini? Aku ingat siapa tadi. Tak kan lah dia nak duduk dekat sini pulak. Dekat sini tempat duduk punyalah banyak. Dekat sini jugak dia nak duduk. Masalah betullah dia ni! Tak aman hidup aku hari ni.” Gerutu hati Edryka.
                         “Can I seat here?” Ujar lelaki itu tersenyum.
                        Lily mempersilakan lelaki itu untuk duduk.
                        “Sure.” Lily tarik kerusi di sebelahnya hanya tersenyum lebarnya. Suka pulak hatinya ketika itu.
                         Edryka yang berada di sebelahnya itu, terkejut dibuatnya dengan kata rakannya itu.
            “Ish, dia ni!!! Sesuka hati ja suruh mamat sepet tu  duduk. Kalau ya pun tanya la aku dulu boleh ke tak. Ini tak ada kebenaran aku pun. Macam dia seorang je dekat sini. Kau tunggulah! Aku ketuk kepala kau tu sampai keluar burung baru tahu! Macam dia seorang je dekat sini!” Gerutu Edryka lagi.
            “ Thank you.” Ujar lelaki itu kepada Lily sebaik sahaja membenarkannya duduk di situ.
            Lily tesenyum. Tak sudah dengan senyumnya itu.
                         “ Welcome.” Jawab Lily.
                         Lelaki itu perasan akan seseorang  yang berada di sebelah perempuan yang sudah membenarkan dia duduk di situ. Perempuan  itu memang cantik. Terpana sekejap lelaki itu melihatnya. Jantungnya bergetar laju ketika itu.
                        “My name is Rain. You?” Ujar lelaki itu sebaik sahaja memperkenalkan dirinya.
                         ‘Peliknya nama. Mesti dari Korea. Setahu aku kalau dah nama Rain ni mesti dari Korea. Macam seorang artis tu. Ish! Lupa pulak siapa dia tu. Tapi kan, kalau dah tengok dari dekat ni, muka  tu pun dah macam Korea. Sebijiklah macam Korea. Tak ada yang kurang sikit  pun.’ Bisik hati Lily.
                        Lily menggeleng perlahan.
                         “Oh..My name is Lily. Are you new student here?” Jawab Lily dengan mengajukan satu pertanyaan kepada mamat k-pop itu.
                        “ Yes. This my first day is here.” Balas Rain.
                        Edryka hanya terdiam sambil membelek bukunya. Telinganya menangkap perbualan lelaki tak diundang  itu dengan kawannya.
                        ‘Nak speaking London lah konon! Geli pulak telinga aku ni dengar. Eeeiii!!’ desis hati Edryka.
                        “Where do you from? I think you not from here,right? Based on your look,I don’t think so.”Tanya Lily.
                        Rain hanya tersenyum dengan pertanyaan Lily.
                        “Yes. I from Korea.” Balas Rain.
                         Hati lily terpa gembira.
                        ‘Hah kan betul apa yang aku anggap tadi. Korea. Patutlah comel semacam jek. Rupa tu tak macam lelaki Malaysia. Ya Allah, dekat sebelah aku ni lelaki Korea.  Aku tak bermimpi! Akhirnya aku dapat jugak jumpa lelaki Korea. Face to face. Sabar! Sabar! Jantung aku ni tak boleh terkeluar. Kawal sikit.’ nafasnya dihembus perlahan.
                        “I came here because I’m followed my parent. Their moved here. My father is work here.” Sambung Rain.
                        “ Oh..i see..” Jawab Lily dengan ringkas. Hanya angguk perlahan.
                          Rain tersenyum.
                        “ You, cakap saja melayu. I boleh faham. Kesian tengok you. Lidah you tu berbelit-belit nak cakap inggeris.”ujar Rain tersenyum dan memahaminya.
            Lily  terkejut dengan pertukaran bahasa yang dituturkan oleh mamat tersebut. Edryka juga kelihatan sedemikian. Betul ke ni?
                        “You boleh cakap melayu?” Soal Lily dengan perasaan ingin tahu.
                        “Ya, I boleh cakap melayu. Tak ada lah mahir sangat. Biasa-biasa je. Kenapa tak percaya ke?” Jawab Rain sambil menaikkan kening kanannya itu.
                        Alamak! Comelnya mamat ni buat macam ni. Haiiiii. Cair pulak aku nanti depan mamat ni. Pantas Lily kembali di alam realiti.
             “Macam mana you boleh tahu cakap melayu? You belajar sendiri ke?”Soal Lily.
                         “ Sebenarnya,  my mum orang Malaysia. My pa, orang Korea. Mummy I adalah ajar I sikit sikit cakap melayu. Dulu, susah juga nak cakap melayu. Yelah, macam pelik je bunyinya kan. But now,dah fasih sikit. Taklah terer macam you. Kalau setakat nak bercakap dengan orang, mungkin boleh faham sikit-sikit.
             Dulu,masa I belajar cakap melayu,  nak ketawa pun ada. Macam budak sekolah rendah je. Lama juga I nak faham cakap melayu. Dengan sokongan my mum, akhirnya i berjaya jugak. Lagi pun i rasa tak rugi pun belajar tu semua. Now i dekat Malaysia boleh cakap bahasa tu. Yelah kalau i cakap inggeris tak semua orang tahukan. So it’s better i cakap melayu je. Senang.” Sambung Rain lagi.
            ‘Peramah pulak si mamat ni. Aku Tanya sikit, panjang berjelar pula dia jawab. Macam keretapi. Tapi tak apalah,aku suka juga. Sekurang kurangnya dia bukan seorang yang pendiam.’Bisik hati Lily.
            “ Ye ke? Untung la you,dapat tahu cakap melayu. Tak la you berasa kekok dekat Malaysia ni kan. Lama ke you dekat Malaysia ni?”
            “Bergantung pada my dad lah. Kalau dia lama dekat sini, lamalah i dekat sini. Kalau sekejap, sekejaplah i kat sini. I ikut je.” jawab Rain.
                           Rain hanya tersenyum dan pandangannya bertukar arah kepada Edryka. Seperti hendak menegurnya sahaja.
                        Lily hanya mengangguk perlahan.
                        “Hai,wak. Senyap je. Dalam mulut tu ada emas ke sampai susah sangat nak cakap.” Tegur Rain kepada Edryka.
                        Lily perasan akan teguran yang dibuat oleh lelaki itu kepada kawannya. Hatinya mula bergelodak. Macam ombak besar je melanda dirinya. Takkanlah dirinya tu rasa cemburu pulak. Baru kenal tak sampai setengah jam dia sudah rasa semua tu.
                        Edryka hanya memandang sekilas sahaja kepada mamat tersebut dan memandang bukunya kembali.
                        ‘Boleh pulak dia cakap dalam mulut aku ada emas. Ish! Dia ni nak kena dengan aku agaknya. Sesuka hati mulut dia jek nak cakap macam tu! Kalaulah dalam mulut aku ni ada emas, dah lama aku jual. Tak payah aku nak simpan! Buat menyemak je!’ desis hatinya.
                        Lily yang perasan kawannya itu tidak memberi sebarang tindak balas, dia melihat Rain kembali.
                        ‘Tak mesra alam langsung! Senyum pun tak nak!’ Sempat pulak Lily mengutuk kawannya itu.
                        “Kawan I ni memang macam ni. Susah sikit  nak berbual dengan orang. Dia tu lebih suka bercakap dan bercinta dengan buku dia tu. Nama dia Edryka.” Lily mencelah.
                         Pantas Edryka melihat Lily dengan perasaan yang meluap-luap sebaik sahaja dia menyebut namanya dan memperkenalkan dirinya kepada mamat itu.
                        ‘Kau ni Ly. Memang nak kena dengan aku. Suka hati mak bapak kau je nak sebut nama aku kat mamat sepet ni.’ kecik besar je Edryka jeling kawannya itu.
                        “Oh ye kew? Nice to meet you, Edryka. Tak baik tau kalau mulut tu nak diam je. Sekali sekala kenalah bercakap jugak. You are a beatiful girl.” Ujar Rain sambil pandangannya menuju tepat ke muka Edryka.
                        Tersentak Lily dibuatnya.
                        ‘Dia puji Ryka? Aku yang depan dia ni tak nak dipuji pulak. Jangan cakap yang dia dah tersangkut dengan Ryka dahlah. Sakitnya hati aku!!!’ mendidih hati Lily.
                        “ Thanks.” Jawab Edryka sepatah. Hatinya tidak keruan bila lelaki itu memujinya sebegitu.
                        Terlakar satu senyuman kegembiraan di bibir. Rain seakan sudah jatuh hati dengan Edryka dengan pertemuan kali pertama yang tak disengajakan ini.
                        Lily ligat mencari soalan apa yang harus ditanya kepada lelaki disebelahnya itu. Dirinya memang berasa cemburu dengan pujian tersebut.
                        “You ambil jurusan apa?”Tanya Lily.
                        “ Oh..I ambil course muzik. I memang minat muzik.”jawab Rain.
                        “You pulak ambil course apa?”soal Rain. Aik nak berbalas pulak.
                        “ I ambil Ekonomi. I nak jadi cikgu. Cikgu Ekonomi. I memang minat jadi cikgu. ” Jawab Lily tersenyum.
                        Rain melihat jam tangan yang berada di pergelangan tanganya itu.
                        “ Ok la. I ada hal ni. Maklum lah ini  firsrt day I dekat sini. Banyak benda nak kena buat. So,I kena pergi dulu. Apa pe pun fun jumpa korang berdua dekat sini. I harap kita boleh jadi kawan.” Ujar Rain.
                        “Kalau macam tu, pergilah uruskan hal you tu. Nak uruskan hal kemasukan dekat sini pun macam leceh je. Banyak prosedur kena buat. I pun  seronok dapat jumpa you. I macam tak percaya yang lelaki Korea datang ke meja i dan berbual dengan i. Macam mimpi pulak. Biasanya i tengok dekat TV je.”balas Lily tersenyum.
                        Rain terasa pelik. Dahinya berkerut.
                        “Wait! You cakap apa tadi? Le... leceh. Apa tu? Saya tak tahu.”
                        Lily hendak tergelak je. Itu pun takkanlah tak tahu.
                        “Takkan itu pun you tak tahu. Uurrmm.. Macam mana nak cakap ya. Maksudnya macam..macam... Hah, leceh tu maksudnya susah. Difficult. Faham tak?”
                        “Oh. Nampaknya i kena banyak belajar lagilah bahasa melayu dari you. Sampaikan le.. leceh tu pun i tak tahu. Susah pulak  i nak sebut.  It’s a new word. Okay lah. Saya pergi dulu. Bye. ” Ujar Rain  tersenyum sambil menolak kerusi yang didudukinya ke dalam meja.
                        “Okay.” jawab Lily.
                        Rain  mempercepatkan langkahnya  ke luar perpustakaan. Urusan apalah lagi yang belum diselesaikannya.
                        ‘Lawak pulak dia ni! Dah lah comel. Nampak sweet je. Kenapalah urusan kau tu tak diselesaikan je dari tadi sebelum kau masuk perpustakaan ni. Rasa sayang pulak nak berhenti cakap dengan kau, wahai mamat k-pop. Dia ni memang dah melekat kat hati aku ni.’
                        Berangan je lah kau Lily.
                        ‘Fuh,pergi pun mamat poyo tu. Aman sikit hidup aku. Siap kau Lily. Aku akan buat perhitungan dengan kau hal ni. Apa yang penting bukan sekarang. Kau tunggulah!’ Getus hati Edryka.
                        “Sudah! Sambung study kau tu. Mamat poyo tu a.k.a mamat mata sepet tu dah tak ada. Tak payah tengok mamat tu sampai bijik mata kau tu nak terkeluar. Fokus dekat buku kau tu. Dalam exam nanti tak ada pun pasal mamat sepet tu. Pantang nampak lelaki handsome sikit! Mulalah tu ulat bulu naik ke badan. Tergedik sana, tergedik sini.” Ujar Edryka.
                        Macam tak puas hati je si Edryka ni. Hehe. Takkan cemburu kot.
                        Lily pantas memandang ke kawannya itu.
                        “ Ryka, kau ni janganlah sombong sangat. Mamat poyo atau mamat mata sepet yang kau gelarkan tu  nak berkenalan dengan kau  je pun. Dia bukannya nak buat benda tak baik. Muka baby face dia tu takkanlah orang jahat. Dia baik je. Cubalah jadi orang yang mesra alam sikit.” Luah Lily  sambil tepuk tangan kawannya di atas meja.
                        “ Dah,tak ada maknanya. Kau belum kenal lagi perangai lelaki macam mana. Nanti kalau dah terkena dekat batang hidung sendiri baru kau tahu. Lepas tu kau nak menangis sampai mata kau tu bengkak macam panda dah tak guna. Jangan nak luah kat aku. Kau cari je lah orang lain nak luahkan perasaan kau tu. Aku tak nak dengar lagi dah. Now  continue your study!” Balas Edryka sambil menyambung pandangannya ke buku.
                        Tegas nampak si Edryka. Ada pengalaman hitam ke dalam hidupnya tentang lelaki? Hatinya pernah dipermainkan ke dulu?
                        ‘Aku benci lelaki macam tu! Dia tu sama je macam lelaki lain. Harap muka je market tapi perangai kalah setan! Mula-mula mengayatlah lebih-lebih. Buat-buat baik. Lepas tu buat taik. Bukan taik kucing tapi taik anjing. Busuk! Cukuplah sekali aku kena dulu. Serik! Serik tau tak!’ monolog hatinya.
                        Lily menuruti sahaja tanpa banyak kata.
                        “Okay.” lemah Lily menjawab. Malas nak cari pasal semata-mata pasal lelaki.
                        Jam di perpustakaan itu yang terserlah kecantikannya sudah menunjukkan jam 4 petang. Senyap seketika suasana di perpustakaan itu. Semua orang sedang menelaah bukunya. Musim exam dah dekat. Kedengaran pergerakan bilah kipas menjadi teman melebarkan sayapnya untuk menjalankan tugasnya sebagai penyebaran udara.
                        Lily ketika itu,sudah seperti dalam kepanasan. Tak boleh nak duduk diam. Tergaru sana, tergaru sini. Punggung tu dah lenguh ke sebab dah duduk lama-lama. Ada saja si Lily ni. Gelagatnya itu pantas disedari oleh Edryka.  Edryka hanya menggelengnya.
                        “ Kau ni dah kenapa pulak? Dah macam ikan kena bakar je? Ni mesti ada apa apa ni.” Soal Edryka kepada Lily.
                        Lily hanya tersenyum liat kepada Edryka.
                        “Perut aku ni ha tengah buat okestra yang tak berbayar. Tak tahan aku nak mendengarnya. Dari tadi tak di isi. Aku ingat nak isi sekarang.” Balas Lily dengan lawak bodohnya itu.
                          Hah dah mula la si Lily ni. Ish!  Tak habis-habis.
                        “ Oh,okestra. Okestra sengaja dibuat buat atau semula jadi? Cuba cakap kat aku!  Tak nak study macam-macam je alasannya. Nanti telinga aku ni jugak panas dengar rentehen kau tu. Tak luluslah. Pointer rendahlah. Semua keluar nanti.
                        Sekejap! Ataupun ni semua pasal mamat mata sepet tu. Apa yang dia dah hembus kat kau pun aku tak tahu. Dalam otak kau sekarang ni mesti tengah terfikir  kat manalah mamat tu. Dah makan ke belum. Dia tengah buat apalah sekarang ni. Betul tak?” Duga Edryka dengan kening kananya di naikkan.
                        “ Ceh! Janganlah tengok aku macam tu. Ini original tau. Okestra aku ni tak terima bayaran lagi tau sejak pagi tadi. Tu  yang aku cepat  je untuk jumpa kau dekat gedung ilmu ni. Sampai makan minum aku pun lupa nak isi.
                        Pembetulan. Ini semua tak ada kena mengena dengan mamat sepet kau tu. Ryka, Jomlah kita pergi makan. Aku dah lapar ni. Please!!!! ” Luah Lily sambil tangannya memegang perutnya.
                         Edryka berasa kesian kepada Lily. Pantang Nampak orang dalam kesusahan, kesedihan, mulalah sifat keprihatinannya muncul. Memang lembut hati si Edryka ni.
                        “Apa-apa je lah. Mulut kata lain, hati kata lain.  Kalau kau dah lapar sangat, kau tahan la sikit. Pukul 5 nanti,aku belanja kau. Kita pergi pizza hut. Kita makan sama sama. Aku nak habiskan sikit study aku ni. Nak buat nota apa yang patut.” Ujar Edryka.
                        Senyuman di muka  Lily mula terukir sebaik sahaja mendengar kata rakannya itu.
                        “ Thanks, Ryka.” Jawab Lily.
                        “ Suka la tu. Dengar je pasal makan terus ceria muka tu. Kalau tak, tadi muka tu dah macam ayam berak kapur je. Tambah-tambah lagi, orang nak belanjakan.” Edryka tersenyum dengan katanya.
                        Lily hanya tersenyum gembira.
                        “Rezeki jangan ditolak.” tersengih pulak. Ryka kau lah kawan baik aku dunia dan akhirat. Untung ALLAH pertemukan aku dengan kau. Semoga hidup kau dimurahkan rezeki selalu.