Diana.”
“Kau dah kenapa?”
“Coolblog kau dah cair. Sorry.”
Lengan tangannya masih dipegang. Muka menahan sakit saja terkena mata
jarum sebentar tadi. Terasa mahu pitam saja.
Fobia sekejap!
Lemah satu badan!
Nasib baik semangat
kuat!
Diana sudah pelik
melihat keadaan kawannya itu. Kenapa muka pucat? Badan lemah aje. Macam orang
tak makan dua hari. Takkan tak sihat pula kut.
“Beb…” panggil Diana.
Liyana diam. Rasa pening
pula mencengkam fikiran.
“Kau janganlah diam.
Jawablah.”
“Kenapa? Kau nak tanya
apa?”
“Kau kenapa ni? Kau
sakit ke? Pucat aje muka tu!” soal Diana terus bangun dari baringan. Cemas
sekejap!
Liyana sudah meletakkan
coolblog yang dibelinya tadi di atas kabinet kecil bersebelahan katil dan duduk
di kerusi di hadapan kawannya itu. Rasa mahu di rebahkan saja kepalanya di atas katil. Akhirnya rebah juga.
Diana semakin pelik
dengan tingkah Liyana. Ditanya hanya diam saja. Lagilah dia bertambah risau. Bukannya apa, disebabkan dia
kawannya itu datang ke hospital. Tak tahulah pula kawannya itu sakit. Kalau
sakit, dia takkan suruh. Jikalau bukan permintaannya hendak minum coolblog,
kawannya pasti tidak akan jadi begitu. Rasa menyesal pula. Rindu punya pasal,
mencari alasan supaya Liyana datang berjumpa dengannya. Kalau tak bagi alasan,
susah nak datang.
“Cuba jangan buat aku
risau. Mulut tu sakit ke apa sampai susah sangat nak bercakap. Aku tanya, kau boleh pulak kau
diam. Please tell me something!”
Liyana sudah mula merasa
hendak memejamkan mata. Kuat sungguh penangan menderma darah tadi. Inilah kali
terakhir dia akan menderma darah. Asalkan niatnya tadi hendak menolong pak cik
tu tercapai.
Ikhlas!
Itu yang penting!
“Dahlah datang lambat! Kau tengok
coolblog aku ni! Dah cair. Dah tak sedap!”
Liyana masih diam. Diana
masih gusar.
“Aku tak kisah kalau coolblog
aku ni cair tapi aku risau sangat dekat kau ni. Tolonglah jangan buat aku
risau. Buang degil kau tu sikit. Lengan kau tu dah kenapa? Suka sangat buat aku
fikir bukan-bukan.”rungut Diana. Sengaja dia mengapikan-apikan Liyana supaya
kawannya buka mulut. Selagi tak buka mulut, selagi itu rasa risaunya mencengkam
jiwa.
Ceh!
Ayat tak boleh tahan. Mencengkam
jiwa konon.
Ketika itu, Liyana rasa
tangannya macam hendak tercabut saja. Berbisa sungguh. Rasa ngeri dia tengok
darah miliknya tadi. Terlayar di ruang mata macam mana darahnya mengalir dalam
tube. Rasa mual pun ada masa tu.
Hal tadi memang tak boleh. Masuk
sahaja ke dalam bilik operasi tadi, dia
sudah baring di atas katil. Macam-macam rasa ada bila mengenangkan dirinya
bakal disuntik dengan jarum. Diharapkan dirinya kuat kala itu. Rasa
berdebar-debar tu tetap ada. Macam hendak buat persembahan depan beribu-ribu
orang saja.
Seorang doktor lelaki
datang menghampiri dengan menguntum senyuman lebar.
“Adik pasti dengan
keputusan adik?”
“Pasti doktor.”
“Adik kena kuat tau!
Kalau tak, boleh pengsan nanti.”
“Saya tahu tu. Doktor
janganlah risau. Orang yang bakal terima darah saya ni, yang penting. Saya nak dia
cepat sembuh.”
Doktor lelaki itu yang
mendengarnya, rasa macam tak percaya saja apa yang dilaluinya ketika itu. Murni
sungguh niat perempuan muda itu. Kalau sesetengah orang lain, takut hendak
menderma darah. Kalau tak kuat, boleh pengsan! Badan lemah aje.
“Adik dah bersedia?”
“Siap!”
Nampak saja doktor,
pasti terbayang jarum. Itu memang tak boleh dipisahkan. Nasib baiklah dirinya
tak berminat hendak menjadi doktor. Macam mana kalau hendak jadi doktor, kalau tengok darah sendiri pun takut.
Boleh pengsan dibuatnya. Aduhai! Zahrah! Kau kena kuat. bisik hatinya pula.
“Boleh kita mulakan?”
Angguk lagi.
Doktot lelaki itu masih
tersenyum. Plastik kecil diambil. Tertelan paksa air liurnya. Bertambah seram
Liyana melihat jarum tajam tersebut. Dipejam matanya sekejap. Hilangkan rasa
gementar dan takut.
Aku anggap aje lah mata
jarum tu tumpul. Bertenang Liyana. Kau pasti
boleh. Ingat penerima darah kau! Nyawa orang tu penting! Orang tu nak teruskan
hidup! Kau mesti bersemangat! Hati perempuannya berbisik.
Ceh!
Tumpul konon! Kalau
tumpul macam mana nak dicucuk dekat lengan. Apa pun tak boleh si Liyana ni.
Kalau orang lain dengar apa yang dikatakannya , pasti akan tergelak besar.
Macam budak-budak.
Tidak lama selepas itu, terasa
jarum tersebut menyucuk ke lengan. Betapa sukarnya Liyana hendak menafsirkan
bagaimana perasaannya ketika itu. Rasa mengilu aje. Liyana terbaring lemah.
Siling bilik tersebut dilihat.
Bila teringatkan tentang pak cik
tadi, berkuranglah sikit rasa takut dan gementar yang dihadapinya. Baik betul
si Liyana ni sampai sanggup mengatasi kelemahan diri. Dia cuma memikirkan rasa
kasihan dan menyelamatkan nyawa seseorang.
Tabik springlah!
Ya Allah. Engkau
rahmatilah apa yang aku lakukan ni. Diharapkan dengan apa yang aku buat ni, Engkau
mengembalikan keceriaan dalam hidup pak cik tu. Engkau sihatkanlah kembali anak
pak cik tu. Aku tak sanggup nak melihat dia menderita. Aku nak lihat senyuman di wajah pak cik tu. Kau janganlah
beri kedukaan kepadanya. Diharapkan pertolongan ikhlas ku ini diterima olehMu.
pinta hatinya ketika itu.
Beberapa minit kemudian,
langsir disebelahnya diselak. Liyana sudah memandang ke kanan. Mahu luruh
jantung. Buntang matanya. Dengan lamanya dia mengamati apa yang sedang
dilihatnya itu. Tidak mahu silap. Tertelan air liurnya.
“Tak mungkin dia!” nafi
Liyana perlahan.
Takkan lelaki itu pula.
Kenapa mesti dia? Kenapa bukan orang lain?
“Doktor....” panggil
Liyana yang separuh terkejut.
“Ya. Ada apa?”
“Boleh saya tanya sikit?”
“Adik nak tanya apa?”
“Orang itu ke yang
perlukan darah saya?”
“Ya. Dialah orangnya.
Kenapa ya? Adik kenal ke?”
Liyana menggeleng
perlahan. Doktor tersebut hanya mengangguk tanda faham dan kembali dengan
kerjanya. Liyana masih melihat insan tersebut. Rasa sakit akibat suntikan jarum
tadi hilang seketika.
Macam mana boleh jadi
macam ni! Itu memang lelaki tadi. Apa
maksud semua ni? Soal suara hatinya. Terasa mahu dicabut saja jarum yang ada di
lengan. Bila difikirkan kembali hal yang berlaku tak sampai setengah jam tu,
rasa marah dan geram terhadap lelaki itu masih berbekas di hati. Sesuka hati aje
mengata pasal dirinya. Mulut tu main cakap aje!
Kuku tadika konon!
Tersentak!
Maknanya pak cik tadi tu
ayah dia? Ini bermakna mungkin masa dia balik tadi dia kemalangan? Macam tu? Siapa
langgarnya? Atau pun salah diri sendiri? Nak lintas jalan, main jalan aje. Macam
tu? Monolog hatinya lagi. Liyana pantas menekup mulutnya.
Ya Allah.
Kasihannya!
Dilihat dari hujung
rambut hingga ke hujung kaki lelaki itu.
Rasa hiba di hati melihat keadaannya. Tangan lelaki itu penuh dengan luka. Habis
bercalar. Liyana dapat merasakan kepiluan akibat kesan calar tersebut. Muka
lelaki itu pula sedikit calar dengan sisa darah yang membeku. Dia teringat dengan
kata-katanya yang diucapkan tadi
terhadap lelaki itu.
“Suka hati aje mulut dia
cakap aku macam tu! Nak aje aku bagi penumbuk percuma aku ni dekat muka dia
yang perasan kacak tu! Lebam terus mata kau tu! Panda nombor tiga dekat
Malaysia ni. Sengal punya orang! Kau balik tu kau kemalangan lagi bagus! Baru
padan muka kau! Tempang sebelah kaki tu. Kalau aku jumpa kau lagi, siaplah kau!
Bukan setakat penumbuk aje aku bagi, sepak terajang aku bagi! Aku ni tali
pinggang hitam. Ini Liyana Damia lah.”
Liyana menggeleng
perlahan. Bergenang air mata. Masin sungguh mulutnya. Kata-katanya menjadi
kenyataan. Rasa serba salah mula dirasai.
Ya Allah. Dia
betul-betul kemalangan. Kata-kataku menjadi satu doa. Termakbul. Apa aku dah
buat ni! Teruknya aku. Terlampau ego! Aku dah mendoakan keburukan untuk dia.
Aku tak patut cakap macam tu tadi. Memang tak patut. Kesian dekat ayah dia yang
menanggung semua ni. Ini semua salah aku! Ya Allah. Aku minta ampun ya Allah.
Aku tak sengaja. Rintih hati Liyana.
Rasa bersalah
bertalu-talu menyerbu diri. Liyana rela jika nyawanya menjadi ganti untuk
lelaki itu teruskan hidup. Memang salahnya. Teringat kembali wajah pak cik tadi.
Lelaki itu memang berasa risau sangat terhadap anaknya. Nampak sangat lelaki itu sangat
menyayangi darah dagingnya sendiri. Siapa tak sayang anakkan. Sedangkan kucing
pun sayang anak apatah lagi manusia.
Liyana sudah memandang
ke kiri. Tidak sanggup dia hendak melihat
lelaki itu lagi. Kalau boleh bangun ketika itu, sudah dibangunnya untuk menarik
kembali langsir tersebut. Liyana akur. Badannya lemah. Kalau dipaksakan juga,
mahu rebah tubuhnya ke lantai. Timbul pula satu masalah baru nanti. Gugur setitis
air mata di tubir mata dan dibiarkan jatuh. Kalau boleh ditarik kata-katanya
tadi, memang dia takkan berkata begitu.
Kata-kata yang diucapkan
tadi mengundang penderitaan.
“Yana... Yana...”
panggil Diana menggoyangkan tangan kawannya itu.
Liyana tersentak dari
lamunan sekejapnya itu. Dia terus memandang muka Diana.
“Hah! Ada apa? Doktor
ada masuk ke? Kau dah boleh keluar wad?” soal Liyana tiba-tiba.
Diana hanya mengeluh
panjang.
“Apa kau merepek ni? Kau
kenapa ni? Kau ada masalah ke?”
“Aku okay ajelah. Jangan
risau sangatlah.”
“Kau tu kawan aku.
Mestilah aku risau dekat kau.”
“Betul. Aku okay. Kau
tak jawab pun soalan aku tadi.”
Geram pula Diana melihat
Liyana
“Ya. Ya. Aku jawab. Doktor
tak ada pun. Sekarang satu sama. Kau pun tak jawab soalan aku tadi. Aku tanya
kau, boleh pulak termenung. Lengan kau tu kenapa? Jangan nak sorokkan apa-apa dari aku.
Aku rasa bersalah sangat sekarang ni. Yalah! Disebabkan aku, kau pergi beli
coolblog dan alih-alih kau datang sini dengan keadaan macam ni. Jadi apa-apa
dekat kau, aku pulak yang dipersalahkan nanti. Muka tu macam orang sakit aje!
Pucat!” luah Diana.
Satu keluhan dilepaskan
Liyana. Dia masih memegang tempat suntikan jarum tadi dengan segumpal kapas. Diam
lagi.
“Kau nak ke aku disoal
siasat macam polis nanti?”
“Polis?” Liyana pelik.
“Papa kau lah. Lambat
pick up betul!” geram Diana lagi.
Papa?
Perlu ke dia memberitahu
papanya hal yang sebenar? Dia takut papanya bakal memarahinya nanti. Sesuka
hati saja membuat keputusan sendiri tanpa memaklumkan kepadanya.
“So, please answer my question
now! Anggap ni soalan SPM. Wajib jawab. Kertas Bahasa Melayu. Masa lima
minit. Tahu!”
Hendak tergelak Liyana
dengar kata-kata Diana. Soalan SPM lah sangat!
“Gelak pulak! Aku serius
ni!”
“Aku derma darah tadi.”
jawab Liyana ringkas.
Bulat mata Diana. Betul
ke apa yang didengarnya itu?
“Apa kau cakap?”
“Takkan dah pekak kut.”
“Kau derma darah? Dekat
siapa? Kau jangan nak main-main dengan aku.”
“Muka aku ni macam ada
main-main ke?” perli Liyana.
Diana tersenyum pahit.
Patutlah Liyana asyik saja pegang lengannya.
“Yalah. Aku derma darah
tadi. Masa aku nak datang sini, aku terserempak dengan seorang pak cik ni.
Dipendekkan cerita aku tolong pak cik tu.
Aku kesian sangat tengok dia. Tak sampai hati.”
“Kau memang macam tu.
Tengok orang lain walaupun orang tu jatuh basikal pun, kau dah kasihan.
Macamlah aku tak kenal kau kan. Terkenal sangat dengan sikap pemurah kau tu.”
“Tak salahkan kalau aku
tolong?”
“Memanglah tak salah.
Aku tahu niat kau tu baik.”
“Tahu pun!”
Liyana terasa kebas pula
di lengan. Mungkin kesan ubat bius agaknya.
“Pak cik tu kenapa?”
“Anak dia perlukan darah. Anak dia
kemalangan dan kehilangan banyak darah.”
Diana sudah
memperbetulkan kedudukannya. Lenguh pula punggungnya. Duduk lama sangat. Nak
baring, dah bosan.
“Kenapa mesti kau? Dekat
hospital ni kan ada bekalan darah. Yang kau susah-susah pergi derma darah kau
tu dah kenapa? Kau tahukan kalau orang derma darah ni, diri tu tak kuat, boleh
pitam dibuatnya. Tengoklah diri kau sekarang. Lemah semacam aje! Aku tahu kau ikhlas!
Tolong menolong dituntut dalam islam. Tapi kau kenalah jugak fikirkan diri kau
tu. Jangan disebabkan orang lain, kau abaikan diri kau sendiri.” bebel Diana.
“Kau jangan nak membebel
macam nenek pencen cucu sepuluh orang. Boleh tak?! Suka hati akulah aku nak buat apa pun! Itu
kehendak aku kan! Lagi pun aku kesian sangat tengok pak cik tu! Dia terdesak!
Untuk pengetahuan kau, dekat hospital ni tak ada bekalan simpanan darah yang
sama dengan anak dia tu. Kebetulan darah aku pun sama dengan darah anak dia.
Aku dermakan ajelah. Kau jangan nak soal aku macam-macam lagi. Aku tak nak
dengar!” Liyana sudah membaringkan kepala di atas katil kembali.
Lega!
Diana terdiam. Kalau
mulutnya bercakap lagi, silap-silap kena pulak serangan daripada kawannya itu. Disimpan saja apa yang hendak
diperkatakan. Cukup saja dia tahu apa punca kawannya jadi begitu. Itu pun puas
bertanya. Kalau tak mendesak, mesti takkan cakap. Coolblog yang dibeli kawannya
tadi disedut. Macam minum air biasa. Telan ajelah.
Malam membuka tirai,
Liyana sudah baring di atas katil yang
bersaiz Queen. Dia hanya memandang bilah kipas yang berputar di dada siling.
Dalam otaknya ketika itu hanya memikirkan tentang lelaki itu saja. Rasa
bersalahnya tetap ada setelah apa yang berlaku. Susah benar hendak
menghilangkan rasa yang membelenggu dirinya ketika itu.
“Agak-agak macam manalah
keadaan dia sekarang ni? Aku nak sangat dia kembali macam biasa. Aku berharap
sangat darah aku tu berguna dekat dia. Kalau terjadi apa-apa dekat dia,
memanglah aku tak dapat maafkan diri aku. Disebabkan aku, dia terlantar dekat
hospital. Disebabkan aku juga, ayah dia risau.”
Satu keluhan dilepaskan.
Wajah diraup perlahan.
“Mulut aku ni pun satu!
Cakap tu main lepas aje! Tak ada insurans langsung! Kalau mulut tu dah ada
garam bukit, macam inilah jadinya. Cakap apa pun mesti jadi betul. Orang yang
langsung aku tak kenal, tak tahu siapa nama dia, dekat mana dia tinggal,
menjadi mangsa mulut aku yang tak ada lesen ni.”
Bantal diambil dan
dipeluk erat. Masih terbayang di benak fikiran, wajah lelaki itu. Senyuman
lelaki itu benar-benar mengharu-biru lagikan keadaan. Langsung tak rasa tenang.
Bukan hendak merungut terhadap apa yang sudah terjadi tetapi rasa menyesal tak
sudah. Selagi tidak mengetahui keadaan lelaki itu, dia tidak akan berasa
tenang.
“Aku menyesal sangat apa
yang dah terjadi. Kalaulah dia tahu apa yang aku cakapkan masa dekat kedai tadi,
mesti dia naik hantu pak lampir. Bukan setakat hantu pak lampir, hantu paku pun
keluar. Diketuk kepala aku dengan paku. Sakit tak payah nak cakap. Lepas tu
meroyan. Tak dapat aku bayangkan reaksi muka dia.” Bantal ditekup ke muka.
Takut!
Apa pun yang terjadi pada
hari esok, dia akan pergi lagi ke hospital. Dia harus mengetahui tentang
perkembangan lelaki itu. Manalah tahu lelaki itu sudah sedar. Kalau bernasib
baik, dia dapat bejumpa dengan lelaki. Apa reaksi lelaki itu nanti, fikir
kemudian.
“Anak papa ni kenapa?
Lemah aje badan ni! Anak papa sakit? Keluar rumah tadi bukan main happy lagi.” soal Kamarul.
Liyana menutup pintu
rumah. Sudah diagak papanya mesti akan
bertanya begitu. Kamarul terus mempercepatkan
langkahnya.
“Yana okay aje pa. Papa
janganlah risau sangat. Penat agaknya.”
“Duduk dulu.”
Anaknya itu dibawa duduk
ke sofa. Liyana hanya menurut dengan langkah lemahnya. Punggungnya sudah
mendarat ke kusyen sofa. Kamarul sudah perasan lengan anaknya itu. Pasti ada terjadi
sesuatu.
“Cuba cerita dekat papa.
Apa dah jadi sebenarnya?”
“Nothing, pa.”
“Papa
kenal sangat dengan anak papa. Yana tak boleh nak tipu papa.”
“Papa ni…”
“Tu! Lengan tu kenapa?
Papa nak Yana berterus terang dengan papa. Papa nak pastikan yang anak papa ni
tak kena apa-apa. Tolong jangan buat papa risau. Yana tahukan yang papa ada
Yana seorang aje dalam dunia ni. Yanalah harta berharga buat papa.”
Liyana mengeluh
perlahan. Terlupa pula dia hendak buang kapas yang melekat di lengan. Salah dia
juga. Cuai betul! Papanya kalau mendesak orang, memang nombor satu. Selagi
tak dapat apa yang dikehendaki, selagi
itulah ditanya saja. Mulut tak tahu penat.
“Ya. Papa jangan marah
tau? Janji?”
“Janji.” Kamarul
mengangguk.
“Siang tadi, Yana…”
“Kamu buat apa?”
“Yana derma darah.”
“Apa? Derma darah?”
“Ya. Anak papa derma
darah. Hah! Papa jangan tanya apa-apa. Biar Yana cerita dari awal sampai akhir.” sempat lagi
dia memberi amaran dekat papanya itu.
Lambat Kamarul
mengangguk. Seeloknya dia mendengar apa yang hendak diperkatakan anaknya ketika
itu. Khusyuk betul dia mendengar penjelasan
Liyana. Rasa macam tidak percaya pun ada juga anaknya sanggup berbuat begitu.
Tidak disangkanya anaknya sudah menyelamatkan nyawa seseorang. Dia berasa
bangga mendapat seorang anak yang begitu. Prihatin dengan kesusahan orang lain.
“Any comment?”
“I’m proud of you,
sayang.”
“Yana
pun tak sangka boleh jadi berani sampai macam tu sekali.”
“Besar pahala yang kamu
dapat. Kamu dah selamatkan nyawa seseorang.”
“Sekarang ni Yana nak
naik atas masuk bilik. Nak mandi dan berehat. Lemah sangat badan ni. Yana nak
berehat secukup-cukupnya. Kalau papa nak bersoal jawab lagi, biar Yana berehat
dulu. Boleh?” pinta Liyana dan bingkas bangun.
Kamarul sudah memegang
tangan Liyana. Rasa semacam pulak Liyana ketika itu.
“Duduk sekejap.”
“Esoklah, pa.”
“Sekejap aje.”
Liyana akur.
“Papa tak marahkan? Papa
dah janji tadi.”
“Tak. Papa tak marah
pun. Anak papa buat perkara yang betul. Murni betul niat anak papa ni. Tolong
orang yang berada dalam kesusahan. Yana tolong orang tu ibaratnya memberi
harapan baru untuk orang tu hidup.”
Liyana hanya tersenyum
nipis. Lega dia mendengar ujaran Kamarul. Ingatkan kena marah tadi. Kalau kena
marah, papanya memang mungkir janji. Merajuk seminggu, tak nak keluar bilik. Sanggup
berlapar.
“Papa nak minta sesuatu boleh?”
pinta Kamarul masih tersenyum.
Berkerut dahi Liyana.
Berlapik-lapik kerutan di dahinya. Pegangan papanya masih bersatu di tangannya.
“Papa nak apa?” soal
Liyana lagi.
“Papa nak jumpa dengan
lelaki itu. Papa nak jumpa jugak dengan ayah lelaki tu. Papa cuma nak tahu
keadaan dia. Manalah tahu, papa boleh hulurkan bantuan papa dekat dia orang.
Orang yang dalam kesusahan ni, kita mesti tolong. Dapatlah kurangkan sikit beban
diorang. Kita yang hidup senang ni, wajib tolong orang apatah lagi orang tu
ditimpa musibah. Papa bukannya nak tunjuk baik, tapi hati papa terdetik nak
tolong dia orang tu. Sejak kecil lagi papa dididik oleh atuk dan nenek kamu
supaya rajin menolong orang. Apalah sangat bantuan kita berbanding wang ringgit
yang kita ada. Tak luak pun rezeki malah semakin bertambah.”
“Okay. Esok kita pergi.”
“Walaupun kita tak kenal mereka,
apa salahnya kita mengenali orang baru dalam hidup kita. Dapat tambah kenalan
baru. Lagi pun, berdasarkan apa yang Yana cakap tadi dekat papa, papa betul-betul
rasa kasihan sangat dekat lelaki tu. Papa seakan dapat merasa kesakitan dan
penderitaan dia. Apa yang penting, kita datang sana esok, kita kena beri
sokongan moral dekat dia supaya cepat sembuh. Papa nak mereka tahu, selain
keluarga mereka, ada insan lain yang turut prihatin dan sayang dekat mereka.
Kasih sayang tulah merapatkan hubungan sesama kita.” sambung Kamarul lagi dengan
panjang lebarnya.
Liyana hanya tersenyum
kelat. Panjang pulak papanya berkata. Tertunduk sekejap wajahnya. Baik hati
betul papanya. Pantang nampak orang dalam kesusahan, mesti nak tolong. Sebelum
ini pun entah berapa ramai sudah diberi bantuannya. Langsung tidak pernah
berkira. Ada yang sampai sanggup menanggung kos perubatan hospital.
“Dah mula dah prof
bercakap.” perlahan saja suara Liyana memerli Kamarul.
“Amboi! Perli papa
nampak”
“Sikit aje.” Liyana
tersengih.
“Esok jangan tak jadi pulak.”
“Ya. Kita pergi pagi.”
Semakin melebar senyuman
si Kamarul.
“Yana masuk bilik dulu.
Penat.” tersenyum kambing pula si Liyana ni. Memang sudah terlampau penat. Tak
sabar nak baring atas katil.
Kamarul hanya
mengangguk. Liyana bingkas bangun dan mengatur langkah ke anak tangga rumahnya.
Kamarul hanya melihat kelibat anak tunggalnya itu. Tidak sabar pula dia hendak
berjumpa dengan lelaki yang diperkatakan anaknya tadi.
“Yana…” panggil Kamarul
lagi.
Apa sajalah si Kamarul
ni nak cakapkan. Nanti anak dia mengamuk baru tahu. Penat terlampau! Langkah
Liyana terhenti. Dia tersenyum pahit memandang Kamarul.
Kejadian siang tadi
teringat kembali. Terasa selesa badan Liyana. Hilang rasa lesu di badan. Hari
esok harus ditempuhinya juga. Dia harus berhadapan dengan lelaki itu lagi.
Biarlah rasa bersalahnya itu hilang sedikit apabila bersua dengan lelaki itu
sekaligus meminta maaf tentang kejadian di kedai coolblog yang lepas. Anak mata mulai dipejam rapat. Diharapkan dipermudahkan
urusannya esok.
Fobia darah!
Fobia jarum!
“Siapa dia? Kenapa dia
tolong aku?”
Fariz yang sedang terbaring
di atas katil hospital, dia hanya memandang siling biliknya. Apa yang
diberitahu ayahnya sebentar tadi, ada seorang perempuan yang sudi mendermakan
darah untuknya. Dia asyik terfikir siapakah perempuan yang berhati mulia yang
sanggup menolongnya.
Badannya masih terasa
lemah. Fariz terasa sudah terhutang nyawa pada insan tersebut. Dia harus berjumpa dengan insan tu
tetapi bagaimana dia harus mencarinya?
“Macam mana aku nak cari
dia nanti? Aku terhutang nyawa dekat dia. Kalau dia tak selamatkan aku, sampai
ke detik ni hanya tubuh yang tak bernyawa yang tinggal. Sungguh besar
pengorbanan dia dekat aku. Darah miliknya sudi di dermakan dekat aku.”
Helaan nafas dilepaskan.
Satu tekad dibuat!
“Walauapapun yang
terjadi, aku keluar aje nanti dari hospital, aku nak cari dia. Aku mesti cari
dia. Selagi aku tak jumpa dia, aku takkan tenang. Aku kena ucapkan terima kasih
dekat dia.“ujar Fariz perlahan.
Tapi…
Dia sudah menggaru
kepala yang tak gatal.
“Di mana aku nak mencari
dia?”
No comments:
Post a Comment