Laju saja
langkah Liyana menuruni anak tangga rumahnya. Tersilang kaki baru tahu. Jatuh tergolek sampai ke bawah. Kalau sudah jatuh tu jadilah macam nangka busuk. Sakit
satu badan. Dia sudah pandang papanya di meja makan. dan tersenyum nipis.
“Yana nak pergi mana
tu?”
“Nak keluar sekejap.
Jumpa kawan.”
“Kawan yang mana?”
“Pa… Yana kan…”
“Kamu tu anak papa.
Mestilah papa nak tahu kamu keluar dengan siapa.”
“Papa jangan risaulah.
Yana tahu jaga diri. Lagi pun ini kan hujung minggu.”
“Balik bila?”
“Macam biasa. Sebelum
pukul 5.”
Kamarul terus meneguk
air kopi. Lega sedikit tekaknya. Tak kering lagi.
“Papa.”
“Nak apa? Duit?”
“Taklah.”
“Habis tu?”
“Yana nak pinjam kereta.
Boleh?”
“Yalah. Hati-hati.”
“Yana pergi dulu.” pinta
Liyana dan terus berlalu dari situ dengan cepatnya.
Kelam kabut!
Menggeleng Kamarul
dibuatnya. Tak sempat dia hendak mencelah kata. Satu keluhan dilepaskan.. Ke
mana sajalah anaknya mahu pergi ketika itu. Fikir positif saja. Selama ini pun
anaknya tidak pernah buat hal. Tahu jaga pergaulan. Sandwich di hadapannya itu
diambil lalu disuapkan ke mulut. Berseoranganlah
dia pada pagi itu. Anak mata sudah melihat keseluruhan isi atas meja. Banyak
betul makanan yang dibuatnya tadi. Semuanya makanan kegemaran anaknya. Rasa
macam membazir pula.
“Siapalah yang nak makan
semua ni. Kalau tahu jadi macam ni, buat sikit aje tadi. Tak tahulah pulak nak
jadi macam ni. Tapi tak apalah. Selagi
boleh disumbat dalam mulut ni, sumbat ajelah. Nak gemuk badan ni, gemuklah.”
Dia tersenyum nipis. Sandwich ditangannya di suap lagi ke dalam mulut.
Dalam suapan ketiga,
Kamarul teringat hal semalam. Sebaik saja anaknya keluar dari kedai, dia
perasan anaknya mengikuti seorang lelaki. Dia sudah pelik. Lelaki yang diekori
anaknya itu sudah mendapatkan seorang lelaki yang agak berusia. Berkerut dahi
Kamarul melihatnya.
Macam kenal tapi…
Kamarul mengamati lagi.
Sah! Dia memang kenal.
Bukan ke tu lelaki tadi?
Lelaki yang terlanggar dengan aku. Apa hubungan dia dengan budak lelaki tu? Soal fikiran Kamarul.
Tanda tanya!
Asyik terfikir je!
Mereka sudah menahan teksi
di tepi jalan dan dinaiki. Kamarul perasan anaknya turut menahan teksi dan
mengikuti lelaki itu. Kamarul pelik. Kenapa pula anaknya hendak mengikut pula?
Ada sesuatu yang terjadi ke? Niatnya untuk bersarapan ketika itu dibatalkan.
Dia terus mendapatkan kereta dan mengikuti
jejak anaknya.
Dalam perjalanan,
Kamarul sudah perasan teksi yang dinaiki anaknya berhenti di bahu jalan. Dia
sudah menjauhkan kedudukan kereta dari tempat keberadaan teksi anaknya itu.
Mujur cermin gelap. Orang luar tak nampak bahagian dalam kereta. Senanglah
sedikit untuk Kamarul mengetahui apa yang terjadi. Liyana pun tidak akan perasan kehadirannya ketika
itu. Rasa berdebar-debar pula Kamarul ketika itu.
Fariz dan ayahnya sudah
keluar dari perut teksi dan mengatur
langkah perlahan masuk ke halaman rumah. Fariz hanya tersenyum.
“Ayah hati-hati.”
“Kamu jangan risaulah.
Ayah okay aje.”
“Ayah nampak macam tak
sihat. Itu yang Fariz risau.”
“Ada-ada aje kamu ni.”
Liyana keluar pula dari
perut teksi dan terus menyorok di sebalik batang pokok besar. Dia sudah
memandang ke dalam. Sayu sungguh dia melihat keadaan rumah di hadapannya itu.
Kelihatan papan yang macam hendak reput saja. Bertambah rasa sebak di hati.
“Ya Allah. Ini ke
rumah dia? Usangnya rumah dia.”
Sampai saja di anak tangga,
Ahmad memasuki dahulu ke dalam rumah. Fariz sudah buka kasutnya. Dia hanya
tersenyum saja sebab dapat menjejaki ke rumahnya kembali. Ternyata Allah masih memberi peluang kepadanya
untuk bernafas lagi.
Liyana terkejut dengan
kehadiran tiga orang lelaki ketika itu. Macam orang nak cari pasal aje. Kaki
gaduh? Kaki samseng? Macam ya! Liyana sendiri pun tidak tahu. Tak berani nak
menuduh.
Lintah darat?
Cepat-cepat Liyana
membuang semua tanggapannya. Itu semua tak betul!
Kamarul yang melihat dari dalam
kereta turut pelik. Siapa pula lelaki-lelaki itu? Apa mereka mahukan? Tidak
lama selepas itu, Kamarul perasan anak muda lelaki itu rebah ke jalan dan
kelihatan seperti sedang menangis. Dia perasan anaknya turut menangis. Kamarul
semakin pelik.
Apa dah terjadi
sebenarnya? Soal hatinya.
Kamarul minum air kopi
lagi. Teringat lagi hal malam semalam. Sebaik saja, anaknya tutup pintu rumah,
dia terus duduk di sofa. Lemah saja keadaan anaknya ketika itu. Kamarul mendapatkan Liyana.
“Kamu ni dah kenapa? Ada
apa-apa yang berlaku ke?”
“Yana penat.”
“Cuba beritahu dekat
papa. Kenapa mata tu sembab aje? Yana baru lepas menangiskan? Papa kenal anak
papa.” Dia sudah dapat mengagak mesti
ada kaitan yang terjadi tadi.
Liyana diam. Rasa sebak
yang dirasai tadi masih terasa. Walaupun telinga menangkap semua perbualan,
hati ni….
Remuk!
Derita!
Mata dipejam perlahan.
Masih terbayang bagaimana reaksi lelaki itu selepas dihina teruk oleh manusia
yang tak bertamadun itu. Langsung tak ada adab! Menghina aje kerjanya! Macamlah
diri tu sempurna sangat!
“Sayang….”
Liyana masih tertunduk. Kamarul
memegang bahu Liyana dengan lembut.
“Just tell me, sayang.”
“No, pa. Yana…”
“Apa gunanya seorang
ayah kalau tak dapat dengar masalah anak dia. Selama ni pun Yana selalu cerita
masalah Yana dekat papa. Sampai ada orang gila nak kacau Yana pun, Yana kongsi
dengan papa. Bukan setakat orang gila, Yana kena kejar dengan anjing pun, Yana
beritahu papa. Kucing? Ingat?” tersenyum nipis.
“Ish papa ni! Hal tu dah
lama kan.” Mula tersenyum.
“Papa ingat lagi macam
mana reaksi Yana ketika tu. Takut macam kena kejar harimau aje. Macamlah anjing
tu larat nak kejar. Anjing patah kaki aje pun.”
Akhirnya Liyana
menggaris senyum nipis. Sempat lagi dia memukul perlahan tangan Kamarul. Malu! Pasal
kucing tu pun, memang tak boleh dilupakan. Gara-gara kucing meleset dekat kaki,
dia terus menjerit kuat. Berdengung seluruh isi rumah. Macam terkena cakar
kucing aje. Kamarul yang mendengar, sudah tutup telinga. Tak tahan! Bingit!
Liyana tersenyum
mengingat peristiwa tersebut. Sehingga ke detik itu, dia fobia apabila
terserempak dengan binatang berkaki empat tu. Geli!
“Papa ingatkan pasal Yana
derma darah tu?” soal Liyana.
“Kenapa? Yana tak tenang
selagi tak jumpa lelaki tu?”
“Mulanya memanglah macam tu. Yana
takkan tenang selagi tak jumpa dia. Rasa gelisah aje! Untuk pengetahuan papa,
Yana dah jumpa dia.” jelas Liyana lemah tertunduk.
“What?!”
Kamarul tersentak. Tekaannya
hampir mengena. Jikalau betul apa yang dilihat tadi, ternyata lelaki itu adalah
penerima darah anaknya. Itu bermakna lelaki yang terlanggar dengannya siang tadi
adalah ayah kepada lelaki itu? Kecil betul dunia ni sehingga terlalu cepat
merungkai segala persoalan yang ingin diketahui.
“Betul ni?”
Liyana mengangguk
perlahan.
“Yana jumpa dekat mana?”
soal Kamarul pura-pura. Dia mengingin tahu hal yang sebenar dari mulut anaknya.
“Sebenarnya….”
Lepas saja Liyana menceritakan di mana pertemuannya
dengan lelaki itu, mulut terasa berat untuk menceritakan tentang kisah hidup lelaki
itu pula. Bukan hendak campur tangan tetapi dia kesian dengan nasib yang
dialami lelaki itu. Kamarul patut tahu. Kata-kata lelaki yang sudah macam
penyangak itu masih bermain di cuping telinga. Dah macam mendengar pita rakaman
aje. Tahulah diri tu lahir dalam keadaan sempurna, tak payahlah sampai memerli
dan mengaibkan orang.
Kamarul sedikit pelik
dengan tingkah Liyana ketika itu.
“Papa nak tahu sesuatu
tak?”
“Apa dia?” Risau Kamarul
dibuatnya.
“Pasal lelaki tu.”
“Kenapa dengan dia?”
“Dia tak sempurna.”
Dahi Kamarul berkerut. Tak
faham.
“Tak sempurna? Maksud
Yana?”
“Papa jangan terkejut
tau. Hal ni memang kita tak sangka.”
“Beritahu aje. Jangan buat
papa risau.”
Liyana mengumpul
kekuatan untuk mengungkapkan hal yang sebenar. Bukan untuk mengaibkan tentang
lelaki itu tetapi tumpang rasa simpati. Mungkin ada pertolongan yang boleh
diberikan kepada keluarga lelaki itu.
“Dia sebenarnya anak luar
nikah.” jelas Liyana perlahan. Tertunduk lagi.
Kamarul sedikit terkejut
mendengarnya. Dia macam tidak percaya
apa yang didengarinya ketika itu.
“Yana jangan nak buat
cerita. Yana sedar tak apa yang Yana
cakapkan ni! Kalau hal tu tak betul, boleh jadi fitnah. Tahu tak! Memfitnah tu
hukumnya lebih berat daripada membunuh.”
Liyana pantas
menggeleng. Dia memandang Kamarul.
“Pernah ke Yana tipu
papa?”
Kamarul terdiam. Memang
benar anaknya itu tidak pernah menipu kepadanya. Jikalau Liyana hendak meminta
sesuatu pun kepadanya, pasti akan berterus-terang. Itu satu hal yang tak boleh
dinafikan. Perangai anaknya yang satu itu persis seperti isterinya.
“Betul ke ni, sayang?”
Liyana mengangguk.
“Mana Yana tahu?”
Liyana sudah cium lembut
tangan Kamarul.
“Betul pa. Yana tak
tipu. Sebelum tu Yana nak minta maaf dekat papa. Yana tak beritahu papa yang Yana
ikut dia siang tadi sampai ke rumah dia. Yana tinggalkan papa. Hati Yana
terdetik untuk mengikut dia. Tak sangka pulak bila sampai sana, ada sesuatu
yang tak diduga berlaku. Yana dapat tahu rahsia besar lelaki itu. Yana sendiri pun
terkejut bila dengar semua tu. Rasa macam nak gugur jantung ni.” bela Liyana sungguh-sungguh.
Kamarul diam. Liyana
menceritakan semuanya kepada dia.
Kamarul tidak mengungkapkan sepatah kata pun. Asyik betul dia mendengar
penjelasan anaknya. Tidak disangka air mata yang tumpah ke wajah lelaki itu,
adalah hal yang sukar hendak ditanggung. Dugaan yang terlalu besar. Kini,
Kamarul benar-benar dapat merasai penderitaan yang ditanggung oleh lelaki muda
itu. Terlalu penuh dengan episod penderitaan. Kejam betul orang yang selalu
berfikir negatif dan suka mengaibkan orang.
“Akhir sekali, Liyana
dengar yang lelaki tu mengaku sendiri
yang dia memang anak luar nikah. Ayah dia terlanjur dengan seorang perempuan
ni. Sampai sekarang ayah dia tak kahwin lagi. Disebabkan memikirkan anak yang
bakal lahir, ayah dia tekad untuk bertanggungjawab dan menjaga dia. Sanggup membujang sampai ke tua.
Pasal emak lelaki itu, Yana tak tahu.”
Kamarul mengenggam erat
tangan Liyana.
“Apa lagi Yana dengar?”
“Lelaki tu tak peduli dengan segala
cemuhan dan cacian orang kampung. Dia pekakkan telinga. Dia memang seorang yang
tabah. Kesian Yana tengok dia masa tu, pa. Kalau papa ada masa tu, mesti papa
sedih. Memanglah dia tu anak luar nikah, janganlah orang memandang hina dekat dia. Bukannya salah dia pun. Dia
tak minta pun dilahirkan macam tu. Dia ada hak nak hidup macam orang lain. Yang
bersalah pun ayah dia. Yalah! Setiap
orang dekat dunia ni berhak di beri peluang kedua.” luah Liyana lagi. Gugur air
mata jernihnya.
Sebak pula Kamarul
mendengar cerita anaknya. Dia sudah peluk Liyana dengan erat. Kepala anaknya
diusap lembut.
“Sabar ya, sayang.”
“Yana betul-betul kesian
dekat dia. Yana rasa macam nak tolong aje ringankan beban dia. Tapi Yana buntu.
Tak tahu nak buat apa.”
“Papa faham perasaan
Yana. Papa pun kesian dekat dia. Tapi Yana kena ingat, setiap manusia tak lari
dari melakukan salah. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hambaNya yang
ingin bertaubat. Allah tu Maha Pengampun, sayang. Dia sayang kepada
hamba-hambanya.”
Liyana masih dengan
tangisan air mata. Akalnya ligat berfikir dengan cara apa dia harus membantu
lelaki itu. Takkan hendak tiba-tiba muncul depan lelaki tu? Mestilah lelaki itu
pelik. Apatah lagi mendapat tahu di mana dia tinggal. Fikir Liyana! Teruskan
berfikir.
“Apa yang papa kagum sekarang, ayah
dia dah sedar dari salah silap dia dulu. Papa tabik apa yang dia buat. Ayah lelaki tu sanggup menjaga anak dia. Dia
tak buang anak dia. Terbela jugak nasib anaknya tu. Dia memang seorang ayah
yang bertanggungjawab. Jarang kita dapat tengok
hal macam ni dekat luar.”
Diam.
“Guna otak dan
berfikir.”
“Maksud papa?”
“Yana boleh bayangkan
tak, kalau ayah lelaki itu buang anak dia ke tempat pembuangan sampah? Apa
nasib bayi tu nanti? Hidup dalam kesejukan. Mati kelaparan. Dekat badan dia
masih bermandikan darah. Tali pusat masih ada. Hina sangat ke bayi comel tu
sampai sanggup diperlakukan sampai macam tu sekali? Kalau dibiarkan bayi masa
tu, mungkin dah boleh dijadikan bahan makanan anjing-anjing liar. Memang tak
boleh dibayangkan. Tak sanggup! Kasihan! Papa memang betul-betul kesian dengan
bayi tu. Memang langsung tak ada sikap
kemanusiaan orang yang buang bayi tu. Binatang pun sayang anak.”
Pendengaran Liyana tidak
sanggup mendengar kata-kata Kamarul lagi. Dia sudah menggeleng perlahan. Makin
lebat air mata yang jatuh. Dia seakan
dapat merasakan keadaan bayi tersebut. Bayi yang tidak bersalah dan masih suci
boleh dibuat macam sampah. Tak ada sivik
betul! Jikalau tidak mahu sekalipun bayi tu, letaklah di rumah anak yatim.
Rumah kebajikan pun boleh. Terbela juga nasib bayi itu. Ada insan yang
menyayanginya.
“Macam Yana cakap tadi,
lelaki itu memang tak bersalah. Tapi Yana kena tahu, hidup dekat dunia ni tak
lepas dari terkena cemuhan dan cacian orang apabila mendapat tahu keburukan seseorang itu. Susah
kita nak jumpa orang yang boleh terima
kita dengan seadanya. Kita ada fikiran yang waras, berpelajaran, dan jangan
jadi macam dia orang tu. Suka menghina
aje! Kita boleh berfikir secara rasional terhadap apa yang kita tempuhi. Berfikir secara baik itu
yang membezakan seseorang itu dengan orang lain. Papa pasti, kedudukan lelaki
itu di sisi Maha PenciptaNya teramat tinggi. InsyaAllah syurga tempatnya nanti.
Allah teramat sayang kepada dia.” luah Kamarul lagi.
Liyana mengesat air
mata. Dia sudah menyembam wajah ke bidang dada Kamarul. Kuat pula tangisan yang
dikeluarkan. Kamarul hanya membiarkan saja Liyana melayan perasaan. Dalam pada masa yang sama,
dia kagum dengan sikap prihatin anaknya.
“But the important is…”
Wajah Kamarul terus
dipandang.
“Apa, pa?”
“Kebijaksanaan. Itu yang
membezakan kita dengan orang lain.”
Liyana tersenyum pahit.
Ya Allah. Engkau
tabahkanlah hati lelaki itu. Berikanlah kebahagiaan dalam hidupnya. Hindarilah
dia dari segala cemuhan dan cacian orang. Pinta hati Kamarul.
Liyana sudah
memperlahankan kereta di bahu jalan. Dia sudah memandang ke luar kereta. Pandangannya sudah tertancap
pada rumah papan yang dah kiranya boleh dibuat muzium saja. Usang sungguh. Kereta
BMW nya diberhentikan.
“Mana pulak dia ni?”
Masih tiada orang.
“Tak nampak pun batang
hidung dia. Ish! Tak naklah aku batang hidung dia tu. Banyak tahi hidung aje!
Menyesal aku cakap hidung. Aku nak rambut karat dia. Dengan rambut karat dia
tu, senang sikit aku nak kenal pasti dia. Pergi mana-mana aje nampak rambut
karat, mesti teringat dekat dia. Nak sangat diri tu perasan macam orang Hollywood.”
Fariz sudah menyarung
selipar jepun dan mengatur langkah. Dia memakai pula songkok hitam di kepala. Kala itu dia hanya
berpakaian baju melayu berwarna biru gelap. Kelihatan tenang saja dari riak
wajahnya. Dia sudah melipatkan sedikit lengan bajunya.
“Nanti bila nak buat
kerja, tak adalah kotor. Aku kena berjimat.
Duit dah semakin sikit. Nanti kalau beli sabun baju, tak cukup pula duit nak
makan. Fariz… kasihanlah dekat ayah kau. Dia dah tua. Kau kena senangkan hati
dia dan bukannya susahkan hati dia.” ujarnya perlahan lalu tersenyum.
Dalam leka Liyana
melihat persekitaran rumah tersebut, dia sudah perasan kehadiran seseorang. Liyana hanya tersenyum saja. Mood
yang merudum tadi automatik menjadi
gembira. Macam dapat gula-gula aje.
Ceh!
Macam budak tadika
betul!
Cermin
kereta dinaikkan. Takut pula lelaki itu nanti perasan kehadirannya ketika itu.
Dalam pada masa yang sama, dia terpegun dengan penampilan lelaki itu. Rasa
macam tidak percaya pula.
“Ya Allah. Lelaki ni dah
kenapa! Suka sangat buat aku macam orang tak betul. Kacaknya dia ni! Macam kaki
masjid aje. Amboi! Ayat tak boleh bla betul aku ni. Cakap handsome kan senang. Macam janggal aje nak cakap perkataan kacak
tu. Urm… tapikan dia pakai pakaian macam ni memang menampakkan lagi kekacakan dia. Bedal ajelah Yana oi! Kacak pun kacaklah. Sejuk aje mata
aku memandang dia. Aku memang dah jatuh hati dekat dia.”
Fariz sudah berada di
bahu jalan. Dia sudah pandang ke kiri dan kanan. Lagaknya macam hendak
menyeberang jalan saja. Setelah keadaan jalan raya kelihatan lenggang sedikit, dia menyambung kembali langkahnya. Fariz sudah
masuk ke perkarangan surau.
Liyana pelik.
“Surau?”
Mata digosok perlahan.
Tengok lagi.
Betul!
“Dia nak buat apa pulak
dekat situ? Takkan nak sembahyang kut.
Sembahyang apa pagi macam ni. Waktu subuh dah habis.” bebel Liyana lalu lihat
jam di pergelengan tangan.
Tersentak!
Liyana tersengih pula.
Betul ke tidak Liyana ni. Tiba-tiba aje tersengih.
“Dah memang dia pakai
baju melayu, mestilah nak ke surau. Aku ni pun satu. Tak boleh fikir langsung.
Asyik blur aje! Apa pun tak boleh. Kenapalah sejak menjak ni otak aku blur aje.
Kurang makan vitaminlah ni.” Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.
“Sekejap! Pukul 10?
Takkan sembahyang sunat kut! Dekat rumah pun boleh buat.”Liyana mengeluh pula.
Dia sudah bersandar di kerusi. Anak matanya masih memandang surau di seberang
jalan itu.
Tersentak lagi.
“Betul ke mamat tu nak
sembahyang? Takkanlah! Rambut pun macam warna besi karat. Bukan setakat macam aje,
memang warna besi karat. Ish! Mereng
agaknya lelaki ni. Ada skru longgar ke
apa dekat kepala tu. Memanglah
tak sah sembahyang tu. Sia-sia je dia buat. Sengallah dia ni!”
Suka hati aje Liyana
cakap orang sengal, merenglah. Macam diri tu cukup sempurna aje hendak mengata
orang. Tersentak kali ketiga.
“Tapikan…”
Kejadian di coolblog
terus menerjah ke dalam otak. Malu lagi! Tertunduk. Geleng perlahan.
“Berdosanya aku cakap
dia macam tu. Kan kakak tu cakap, warna rambut lelaki tu original. Ish! Aku ni
memang kuat pelupa. Untunglah kau mamat cappuccino oi! Sejak kecil lagi rambut tu dah perang. Tak payahlah nak inai ke
atau pun nak warnakan rambut. Rambut aku
juga yang hitam.” Kepalanya diketuk perlahan.
Liyana sudah terpandang
kerusi di sebelahnya. Ada sehelai selendang. Senyum lebar. “Memang kaulah mangsa aku.” Selendang
terus diambil.
Surau dipandang kembali.
Selendangnya terus diletakkan di kepala dan diperkemaskan. Habis dililitnya.
Liyana melihat cermin. Makin melebar
senyumannya.
Ayu!
Comel!
“Siap! Cantik jugak aku
pakai selendang ni. Dah aku ni cantik, pakai apa saja mesti cantik. “
Amboi! Perasan habis si
Liyana ni. Tak habis-habis nak perasan cantik. Setiap manusia dekat dunia ni
ada kelebihan yang tersendiri. Jika bukan Allah mengurniakan kecantikan, Allah
memberi yang lain.
Kepandaian!
Bakat!
Pintu kereta dikuak lalu
keluar dari perut kereta. Liyana sudah melihat pakaian yang terletak di tubuh.
Sopan dan tidak terlalu ketat. Sesuailah jika dia masuk ke rumah Allah itu. Liyana
sudah pandang ke kiri dan kanannya lalu melintas ke seberang jalan. Tak sabar
pula dia untuk melihat lelaki itu lagi.
Elok saja Fariz masuk ke
perkarangan surau, dia rasa ada sesuatu yang tidak kena. Jantungnya mula
berdetak kencang. Biasanya kalau dah berdetak kencang seperti itu, tandanya…
dia pantas menggeleng. Tak mungkin! Orang macam dia, manalah ada perempuan yang
nak. Duit sudahlah tak ada. Rupa
tak ada. Rumah buruk. Kalau perempuan
tahu semua tu, terus lari. Tak tahu nama pun tak apa.
“Mana pulak dia ni?
Sekejap betul hilang.”
Liyana memanjangkan leher. Dia melihat sekeliling.
Sunyi sepi. Macam tak ada orang aje. Apa
yang dia pelik, ke mana pula lelaki itu pergi? Dalam surau? Mungkin! Dia
mengangguk perlahan. Tidak lama selepas itu dia perasan ada kelibat lelaki.
Liyana segera menyorok di sebalik dinding dan curi-curi
pandang lelaki itu. Lelaki itu bersama dengan seseorang. Mungkin ahli
jawatankuasa surau.
“Muncul pun. Nasib baik
surau ni tak besar macam masjid. Kalau tak jenuh aku nak mencari.” Selesai
sahaja Liyana membetulkan selendang di kepala, dia tersentak!
“Adui! Aku ni dah macam
pengintiplah pulak! Kalau mat rambut
perang tu tahu yang aku ada dekat sini,
memang masak lemak cili api aku
dibuatnya. Bukang setakat masak lemak cili api, asam pedas pun boleh. Ada
lebih, digoreng pulak. Ish! Apalah yang aku melalut ni. Inilah kes tak cukup
vitaminlah ni. Melalut tak tentu pasal.”
Liyana menutup muka
dengan kedua-dua tangan. Sudah kenapa pulak dia ni! Macam minah gedik aje
gayanya. Dia cuba menenangkan diri yang sedikit gelisah. Ditarik nafas dan
dihembus perlahan. Harap semua okay.
“Memanglah aku tak dapat bayangkan kalau aku bersemuka dengan mat
rambut karat ala cappuccino tu. Mesti terkejut trang-trang dibuatnya. Macam nak
makan orang.”
Fariz terdengar
seseorang bercakap di sebalik dinding. Dia pelik dan memperlahankan langkah.
Dia sudah menjengah kepala. Terus mulat matanya. Rasa terkejut tak payah di
kata. Macam… kenal!
Elok sahaja Liyana memandang ke kanan, dia terkejut besar. Bila pula lelaki itu datang
ke tempatnya? Tak dengar bunyi orang berjalan. Pelik! Nasib baik tak melatah. Tertelan air liuarnya. Dia tersenyum kambing.
Siap melambai lagi.
“Hai....” sapa Liyana.
“Awak?” Rasa terkejutnya
masih tidak hilang.
“Urm… awak sihat?”
“Macam mana awak boleh…”
“Tak payah fikirlah. Tak
penting pun.”
Fariz terdiam. Dia masih
tidak percaya perempuan coolblog yang digelarnya sedang berada di hadapannya. Ini
mesti kes mengintip dirinya. Dia balik semalam, perempuan itu mengikut. Pasti! Fariz
berpeluk tubuh pula. Tajam anak matanya memandang perempuan itu.
“Kenapa tengok saya
macam tu? Takutlah. Menusuk hati. Tahu tak!”
“Menusuk hati?”
“Kelakar ke?”
“Ingat ini scene cinta ke
apa, sampai nak cakap macam tu.”
“Spontan. Heee…”
Sabar sajalah Fariz
ketika itu. Siasatan diteruskan kembali.
“Saya tengok bersebab.”
“Bersebab?”
Sebabnya…. Akulah tu. Pasti!
Bisik hatinya pula.
“Jujur dengan saya.”
“Okay. Awak nak tahu
apa?”
“Awak buat apa dekat
sini?”
Liyana sudah tidak
senang hati. Dia sudah bermain-main dengan jarinya. Dia hendak jawab apa? Buntu
pula! Sengaja cari pasal! Takut pula dia hendak tengok muka lelaki tu. Garang
betul! Macam singa nak makan orang aje! Tak reti nak senyum langsung! Kalau ya
pun, senyumlah sikit muka tu! Sejuk sikit mata dia memandang. Izzue Islam pun
tahu senyum.
Fariz tersentak.
“Hah!”
“What?!”
Fariz sudah bergerak ke
hadapan sedikit supaya terlindung dari pandangan orang. Nanti kalau orang-orang
surau nampak, kata apalah pula. Timbul lagi gossip. Itu yang tak sanggup nak
dengar. Muka perempuan itu tepat menjadi
santapan penglihatan tajamnya.
“Kenapa pulak ni?”
“Awak ikut saya kan?
Awak intip saya? Hah! Ataupun awak ada upah orang untuk intip saya? Macam tu?
Huh! Saya dah agak dah. Mesti awak dah tahu dekat mana saya tinggal. Kenapalah
awak ni selalu sangat muncul dalam hidup saya? Saya ingat dah tak jumpa awak
lagi, ternyata jumpa jugak. Tak tenang betul hidup saya! Tolonglah benarkan
saya hidup dengan tenang sikit.” keluh Fariz lalu memicit-micit kepalanya. Pening
sekejap kepalanya.
Geram Liyana dengar. Dia
berpeluk tubuh.
“Eh! Suka hati aje awak
cakap saya upah orang. Membazirkan duit buat semua tu. Kalau saya nak upah
orang pun, biarlah buat kerja mencabar sikit. Pergi overseas ke, apa ke. Tahu! Kalau setakat upah orang, nak tahu awak
tinggal di mana, lebih baik tak payah. Saya boleh buat diri sendiri.”
“So, betullah?”
“Apanya?”
“Awak intip saya?”
“Kenapa? Tak boleh?”
Fariz mengeluh. Dia meraup
wajah. Tak boleh nak kata apa dah. Apa yang dia rasa sekarang adalah malu. Dia malu
apabila perempuan itu dapat tahu keadaan rumahnya seperti apa. Dia teramat
pasti perempuan coolblog tu dari golongan yang berada. Tengok sajalah dari segi
pemakaian. Boleh dapat beza baju yang terletak di tubuh, mahal atau tak. Anak
mata Fariz sudah tertancap pada arah jalan. Dia menggeleng perlahan lalu
melihat perempuan itu kembali.
Kereta dia betul-betul
parkir depan rumah aku! Sengal punya perempuan! Macam manalah aku boleh tak
perasan tadi. Ish! Apalah dia nak dari aku.Nak kata aku ada hutang dengan dia,
tak adalah pulak. Perempuan ni betul ke tak? Tak ada lelaki lain ke apa yang
dia nak ikut. Aku ni bukannya orang yang berduit. Seringgit adalah. Bebel hati
Fariz pula.
Liyana sudah menarik
tangan lelaki itu untuk mengikutinya. Fariz terkejut. Dia sudah melihat
perempuan itu memegang tangannya. Suka hati saja memegang tangannya. Tidak pula
dia hendak mencegahnya. Dia sendiri pelik kenapa dia tak nak tarik tangannya
sendiri.
“Apa ni?” soal Fariz.
“Jangan banyak cakap!
Ikut aje!”
“Awak jangan buat
macam-macam. Ini kampung bukan bandar.”
“Ada saya kisah?!”
“Saya kisah!”
“Diam! Ikut aje!”
Fariz menggeleng perlahan.
Rasa mahu ditunjal-tunjal kepala
perempuan tu. Dia tersentak. Jangan-jangan… Fariz menghentikan langkah. Tak mungkin! Liyana
sudah melihat Fariz. Sempat lagi dia membetulkan selendang yang hendak
terjatuh. Licin sangat kain selendang tu. Nampak rambut sikit.
“Apa kes? Ada semut nak
melintas ke?”
“Bukan semut tapi anai-anai.”
“Hah?! Ini tak kelakar.”
“Ada saya cakap kelakar?”
“Janganlah nak serius
sangat muka tu. Senyum sikit.”
“Awak nak culik saya
eh?”
“Baguslah kalau awak dah
tahu.”
“What?!”
“Saya nak culik awak.
Izinkan saya culik awak ya. Sekejap aje! Baikkan saya sampai minta izin. Jom
kita pergi ke tempat persembunyian saya. Saya nak masak sup badan awak tu! Kerat
lapan belas potong dadu. Biar lambat habis. Lepas tu saya letak cappuccino. Jadilah sup
badan mamat sengal rambut karat perisa cappuccino. Dah! Jangan nak banyak bunyi
mulut tu! Ikut aje saya!” Liyana menarik
tangan Fariz kembali.
Bulat mata Fariz.
“What?!”
“Dah terkena penyakit what ke apa!”
“Awak panggil saya apa?”
“Tak penting!”
“Awak panggil saya mamat
sengal rambut karat perisa cappuccino?’
Geram tahap dua ratus!
Liyana buat tidak tahu saja.