“Aku
ceraikan kau dengan talak satu!”
“Abang!!!”
“Apa? Kau nak marah
aku?”
“Tarik balik apa yang
abang cakap tadi.”
“Huh! Kau ingat
perkataan cerai tu main-main? Senang nak ditarik balik? Aku lafazkan cerai
dekat kau, dalam keadaan waras. Jadi… lafaz cerai aku adalah sah!”
Mata Rafia terus
berkaca-kaca. Dia tak menyangka yang lelaki itu sanggup menceraikan dirinya.
Apa salahnya? Kenapa sanggup diceraikan tanpa alasan yang munasabah?
“Abang…”
“Aku tak nak tengok muka
kau lagi! Tolong berambus dari rumah ni!”
“Kenapa abang buat Fia
macam ni?”
“Suka hati akulah, aku
nak buat apa pun. Hak aku!”
“Hak Fia yang mencintai
abang, macam mana pulak?”
Si suami senyap.
“Sikit pun abang tak
sayang Fia?”
“Aku kata berambus!”
“Kenapa abang…”
“Aku kata berambus!!!”
Mata Rafia terbuka besar
memandang siling bilik. Dia terus bangun dengan nafasnya sedikit
tercungap-cungap. Lidahnya dibasahi dengan kalimah Allah.
Apa maksud mimpi
tersebut?
“Ya Allah… Engkau nak
beri petunjuk apa lagi kepada aku?”
Mulalah hati Rafia
Fatina tak tenang.
Kali ini dia merasakan
mimpi tersebut lain macam sangat.
Patut atau tidak, dia
percaya pada mimpi tersebut?
1 comment:
Uishhh nasib mimpi jee Ery.. Klau Khazin cerai sgguh habisla.. meraung sye bce.. hahaha.. tolong siapkan cerita ni.. plissss sye suke Ery.. Hehhe
Post a Comment