Klik!
Klik!
Wazrul kerjanya asyik
tangkap gambar aje. Tak boleh nak buat kerja lain. Kalau sehari tak tangkap
gambar, memang tak lengkap hidupnya. Kadang-kadang sampai fikir nak tangkap
gambar apa. Buntu! Dia dengan kamera
canon miliknya tak boleh berpisah langsung. Asyik nak berkepit aje. Inilah
namanya jodoh dengan canon.
Aduhai!
Inilah hidup mat
photographer.
“Kalau tangkap gambar
perempuan kan best. Mata ni segar sikit. Cantik! Lemah lembut! Sopan santun!
Apa yang paling penting….” Wazrul mula bebel sendirian. Dia mula naik tangga.
Apa yang dia belek dengan kameranya pun tidak tahu. Nampak berkilat aje. “Dia
ada senyum yang menawan. Bila tengok aje, terus buat hati aku ni tergoda dan
jatuh hati.” Dia tertunduk dan senyum sendirian.
“Perempuan?” geleng
perlahan.
Bukan tak suka terhadap
perempuan tapi…
“Aku ni nampak perempuan
pun, tunduk aje. Malu! Kalau belakang perempuan kembang semacam, depan
perempuan menguncup. Tak tahu kenapa. Haih! Sampai bila nak macam ni pun tak
tahu. Kahwin ke tak aku ni.” Satu keluhan berat dilepaskan.
“Jadi berani sikit
Wazrul oi!” bisik satu suara.
“Dah cuba tapi tak
boleh.”
“Jadi photographer kena
berani. Tak boleh nak takut.”
“Aku berani pun sekejap
aje.”
“Memanglah kau takkan
berkahwin.”
“Choi!
Aku akan berkahwin juga. Mesti ada perempuan nakkan aku.”
Lelaki mana yang tak nak
berkahwin. Nak ada isteri dan anak. Anak itulah penyambung keturunan. Manalah
tahunya anaknya boleh mewarisi bakatnya. Menjadi seorang photographer yang
terkenal dan berjaya. Masuk majalah atau TV, dah kira beruntung. Photographer
ada nama. Orang pandang tinggi. Tiba sahaja di tingkat atas, dia terus menuju
ke bilik bos. Dia macam biasa. Walaupun langkah yang diatur tampak lemah, lelaki
itu cuba berlagak kuat.
“Bos.”
“Dah kenapa?”
“Hari ni bos nak suruh
saya buat apa pulak?”
“Macam biasalah. Saya
nak kamu guna kreativiti kamu sendiri.”
“Saya manalah tahu. Otak
ni dah tak boleh fikirlah bos.”
“Macam tu pulak!”
“Idea tak ada. Hari ni
otak tak boleh proses.”
Geleng kepala si Saiful.
Insan yang bernama Wazrul, tu dah kenapa? Tak ada mood pula. Macam pelik aje. Biasanya
setiap pagi cergas saja tapi pada pagi itu mood macam ke laut aje. Takkan sakit
pula kut. Rambut tersisir rapi. Mata tak sembab. Kalau sembab memanglah tak
cukup tidur.
“Sihat ke tak ni? Kalau
tak sihat, ambil MC aje.” Ujar si Saiful.
“Sihatlah bos. Macamlah
bos tak kenal saya. Saya mana suka cuti.”
“Hari ini saya tak kenal
kamu. Kamu lain sangat!”
“Apa yang lainnya? Saya
biasa ajelah.” Wazrul mendongak.
“Hari ini kami memang lain.
Serius saya katakan.”
Saiful duduk di kerusi.
Wazrul di hadapan mejanya. Fail yang berada di atas meja tersusun rapi. Macam
biasa setiap pagi Saiful akan mengemas meja. Biar nampak kemas. Mata pun tak
sakit memandang. Bila hati tenang, nak buat apa pun boleh. Nak mesej dengan
kekasih hati pun boleh. Senyum meleret saja.
Erk!
Lagi tiga bulan nak
bertunang.
“Kamu sakitkan?” soal si
Saiful.
“Mana ada. Saya…”
“Jangan nak tipu
sayalah. Awak bekerja dengan saya bukannya sekejap. Saya dah faham sangat perangai kamu macam mana. Kamu tu bukan
setakat photographer untuk syarikat saya ni tapi saya dah anggap kamu ni
seperti kawan saya. Saya ambil berat pasal kamu dan kakitangan lain. Kalau
betul tak sihat, ambil cuti. Hari ni tak payah kerja.”
“Saya cuma pening kepala
aje.”
“Dah! Pergi ambil cuti.
Dah sakit kepala, nak buat kerja apa pun tak boleh. Kalau buat juga, tak boleh
fokus. Setiap hasil kerja kamu, saya nak yang terbaik. Semua orang kenal kamu
dan tahu hasil kerja kamu macam mana. Jangan sesekali mengecewakan saya!”
Wazrul tak suka ambil
cuti melainkan dia hendak berbuat sesuatu yang penting saja. Sakit boleh diatasi.
Tak boleh nak manjakan sangat badan. Kalau dah berehat mulalah rasa malas. Itu
yang dia tak suka. Dia nak jadi seorang yang rajin. Rajin membuahkan hasil.
Kalau malas membuahkan…
Anak-anak pemalas!
“Bos janganlah risau.
Saya ni kan kuat. Saya takkan pengsan punya. Saya boleh buat kerja lagi. Lagi
pun, saya mana boleh duduk diam. Ada aje benda yang saya nak buat. Kalau saya
terasa nak cuti, saya cuti. Okay?”
“Yalah tu. Risau pulak
saya dengan kamu ni.”
“Risau tu simpan dulu
dalam laci meja bos tu. Apa plan hari ni?”
“Saya?”
“Bukan bos tapi saya.”
Saiful tak faham. Dia
mula berkerut dahi. Plan apa pula? Baru masuk kerja dah kena fikir pasal plan.
Semalam dia ada cakap apa-apa ke kepada Wazrul? Dia mula memikir. Setahunya
tiada. Semalam lelaki itu bertugas di luar. Masuk pejabat pun pada waktu pagi.
Itu pun sekejap. Wazrul menggeleng.
“Bos tak payahlah nak
berkerut dahi macam tu. Bos tak fahamlah ni?”
“Plan apa?”
“Ish bos ni! Lupalah tu!
Hari ni saya nak tangkap gambar apa?”
“Oh…Entahlah. Macam
tak ada job.”
“Tak ada? Baguslah. Tak adalah saya nak berjemur
panas. Lega!”
Saiful mula berfikir
sesuatu. Takkan tak ada kerja pula kut. macam ada. Dahinya mula berkerut
kembali. Setahunya semalam ada orang datang ke pejabat. Minta buat sesuatu tapi
apakah benda itu? Aduh! Kuat lupa betul! Dia mengetuk kepala perlahan. Wazrul
yang melihatnya malas nak ambil tahu. Dia membelek kamera canon di tangan. Tiup
pula. Ada habuk melekat.
“Hah!”
“Bos nak makan apa?”
Melatah pula si Wazrul.
Geram pula dia melihat Saiful. Dia mengurut dada perlahan. Hendak saja dia hempuk
kepala bosnya itu dengan fail di atas meja itu. Saiful hanya tersengih saja.
Ingatkan perempuan saja yang kuat melatah, lelaki pun ada yang melatah.
“Macamlah kamu tak kenal
sayakan…”
“Nasib baik saya tak
pergi KPJ.”
“Sorry… sorry. Kami ada kerja
hari ni.”
“Laaa… kata tak
ada. Baru nak rest.”
“Saya baru teringat.
Kalau kita tak ambil job ni, memang rugi.”
Wazrul mengeluh.
Terpaksalah dia buat kerja sebentar lagi. Bosnya suka sangat bagi harapan
palsu. Lain kali fikir betul-betul ada kerja atau tidak. Saiful buka fail
hitam. Dia hendak semak butiran yang ada di situ supaya tidak silap. Nampaknya
kerja kali itu tidak susah pun. Tak susah tapi berharga.
“Kamu kena tangkap
gambar bunga.” Pinta si Saiful.
“Hah? Bunga?”
“Kamu jangan risau.
Ambil masa kamu dalam sebulan ni. Cari bunga yang menarik dan position yang bagus. Saya tahu kemampuan
kamu. Lagi pun gambar tu nak letak dalam
majalah. Kalau kamu buat dengan baik, nama syarikat kita yang naik. Terkenal!
Kamu pun turut terkenal. Apa yang penting, saya bagi bonus tiga bulan gaji
kepada kamu. Okay?”
“Ini bukan masalah
terkenal, pasal bonus tapi masalahnya saya.”
“Kamu? Ada masalah apa
pulak?”
“Takkanlah… ish! Bos
sendiri tahukan yang saya ni…”
“Anti dengan bunga?”
“Urm. Tahu pun!”
“Si bedol Mail tu cuti hari ni. Kamulah yang kena
buat.”
“Tunggu esok ajelah.
Biar si bedol tu buat.”
“Dia cuti seminggu.”
Erk!
Wazrul terus tertelan
liur. Sedikit terkejut! Memanglah si bedol tu hendak kena dengannya. Kenapa
lelaki tu nak cuti dia tak tahu? Ish! Mesti nak kenakan dirinya. Jangan-jangan
si Mail tu tahu tentang projek ini. Selepas tu mengelak. Dia pula yang kena.
Dia mengeluh lagi. Sabar sajalah. Lagi pun jikalau lelaki itu beritahunya,
mesti tak boleh cuti. Tapi kenapa tiba-tiba ambil cuti?
Pelik bin musyhkil!
“Masalah betul! Baru nak
rilek hari ni. Choilah!”
Wazrul sudah menggeleng.
Dah berapa kali geleng pun, tak terkira. Habis rosak rancangannya. Nak cari
kasut tak jadi. Rancangannya yang satu itu ditangguh lagi. Berapa kali nak
tangguh pun tak tahu. Geram pula dia
dengan si bedol a.k.a Mail Malik. Cuti tak beritahu pula tu. Siaplah lelaki itu
apabila sudah naik kerja nanti. Kena belanja mee kari secret recipe.
“Bunga?”
Tabahkan hati. Tak suka
bunga, dia kena suka. Keluh pula. Buntu!
“Aku nak tangkap gambar
bunga apa pulak?”
“Bunga tahi ayam ajelah.
Habis cerita.” Bisik satu suara.
“Ish! Gila ke apa! Agak-agaklah.”
“Boleh apa. Cantik pun
cantik.”
“Memanglah cantik tapi
busuk. Kalau orang sekali pandang aje bunga tu, dah boleh agak nak cakap apa.
Tup tup kalau orang berpemikiran jauh, orang tahu nilai seni tu apa, dapat tahu
apa maksud penyampaian bunga tu.”
“Mulalah bahasa tu tahap
tingkat empat. Choi!”
“Yalah. Contoh paling
senang, orang. Luar nampak cantik tapi dalam… hampeh!”
“Bunga ada kaki tak
nak?”
“Gila ke apa!”
“Apa salahnya kan?”
“Sekejap! Bunga ada
kaki? Maksudnya?”
“Masuk simpang tiga dekat
depan sana tu! Nanti dapat jawapan.”
Haih! Bunga ada kaki?
Maksudnya? Otak Wazrul masih memikir. Bunga jenis apa pula tu? Kamera canon di
tangan dilihat. Cari bunga lain. Idea masih tak
ada. Dia harus pergi ke mana? Takkan nak merayap di tepi jalan raya
pula. Semata-mata nak cari bunga? Dia takkan berbuat begitu. Nanti orang kata
tak betul pula. Sudahlah orang sudah mula kenal dirinya. Sebut sahaja nama
Wazrul Aideen, berkulit putih, kening lebat, biji mata coklat, orang dah kenal.
Dah macam artis lagaknya. Esoknya keluar surat khabar muka depan. Muka depan?
Gila tak glamor!
“Apa kata kau pergi
kedai bunga?” bisik suara itu lagi.
“Kedai bunga?”
“Di simpang tiga depan
tu, ada kedai bunga. Try sana!”
“Itu bunga kertaslah.
Aku nak bunga betul.”
“Carilah bunga yang
dalam proses awet. Otak bagi berfungsi sikit, Wazrul oi!”
“Yek?”
“Kira untung aku bagi
idea. Harap kau? Memang taklah.”
Wazrul mula mengusap
dagu. Boleh pakai juga idea tu. Pergi ke kedai bunga tapi bunga apa aje yang
ada? Dia mula berfikir lagi. Kalau setakat bunga mawar, matahari, pasti ada.
Dia menggeleng pula. Bunga tu dah biasa tengok. Nak yang lain sikit. Jadilah
jurugambar yang ada nilai. Kreatif!
“Apa kata kalau aku
pergi nursery? Okay tak?” soalnya sendirian.
Dia beranggapan kalau
pergi ke sana, boleh tengok pokok hidup di depan mata. Ada pelbagai jenis
bunga. Tanam dalam pasu lagi. Salah satu bunga kesukaannya adalah bunga orkid.
Di sana pasti ada pelbagai jenis bunga orkid. Dia suka bunga tulip juga tapi
manalah ada dekat sana. Bunga tu ada di luar negara aje. Dia mengangguk dan
mula memandang keadaan sekitar. Nasib baiklah dia sudah handal kawasan itu.
Nursery yang terdekat bolehlah dia pergi. Tengok spesis bunga apa yang ada. Langkah
mula diorak.
Sampai sahaja ke tempat
yang dituju, langkah terhenti. Besarlah juga tempat tersebut. Dari luar pun,
sudah nampak kelibat pokok bunga. Berkembang mekar pula tu. Dia ingat lagi kata-kata
bos tadi. Dia ada masa sebulan untuk
mencari bunga yang menarik. Nak disiarkan dalam majalah, mestilah gambar yang
menarik dan terbaik.
Langkah diatur masuk ke
dalam. Dia tersenyum lebar. Sampai sahaja ke satu tempat di mana dipenuhi
dengan bunga mawar, langkah terhenti. Dia terus tertelan liur. Mata tak
berkelip. Cantik kut.
“Amazing!” ujarnya perlahan.
“Apa yang amazing nya tu?” Bisik suara itu lagi.
Muncul tak sudah!
“Bungalah.”
“Bunga biasa atau yang
luar biasa?”
“Entah. Apa yang
penting, bunga tu menarik.”
“Kau tak nak petik?”
“Boleh ke?”
“Tak cuba kau tak tahu.
Apa yang penting kau kena berani. Go wazrul!”
Mulalah Wazrul rasa
semacam. Bunga tu terlampau cantik. Tak pernah nampak di tempat lain. Mulalah
peluh menapak di dahi. Redup kut. Tak panas pun. Macam pelik aje. Jejak diatur
sedikit perlahan. Kalau boleh nak lambat sampai. Nak tengok bunga tu puas-puas.
Kamera di angkat ke atas. Sesi tangkap gambar bermula.
Klik!
Klik!
Klik!
Tiga gambar sudah siap
diambil. Masih tak cukup. Biar banyak gambar diambil, nanti boleh pilih hasil
yang terbaik. Semakin dekat. Akhirnya!
“Hello… miss?”
“Yes?”
“Can I know your name?”
“My name?”
“Yes.”
“For what?”
Gila ke apa si Wazrul ni! Ini bunga apalah pulak.
Takkan bunga boleh bercakap kut! Lain macam tu. Bunga ada rambut, hidung dan
mulut? Serius cantik. Hati dah melekat, mulalah mata tak berkelip melihat.
Inilah namanya bunga ada kaki.
1 comment:
Amboii amboii Wazrul.. dan dan yeee.. hahaha Best lah cerita ni..
Post a Comment